Monday, January 31, 2011

Cikgu Mala Yang Kian Malap

PRK Dun Tenang sudah berahkir.  Pemenang pun sudah diketahui. Tahniah kepada Tok Ai yang diterima oleh penduduk Tenang sebagai wakil rakyat mereka. Kepada yang menang akan terpikullah amanah yang besar di atas bahu mereka. Rasulullah s.a.w. dari riwayat Muslim : " Dari Abu Zhar, dia berkata : " Saya berkata " : Ya Rasulullah mengapa engkau tidak memilih saya. "  Rasulullah bersabda " hai Abu Zhar engkau seorang yang lemah, sedangkan itu sebagai amanah pada hari kiamat hanya akan menjadi penyesalan dan kehinaan. Kecuali orang yang dapat menunaikan hak kewajipannya dan memenuhi tanggungjawabnya. Tok Ai ditakdirkan untuk bergelar wakil rakyat, maka dia wajib melaksanakan tanggungjawab tersebut sebelum dihisab dikemudian hari.

Bagaimana pula dengan nasib Cikgu Mala? Melepaskan jawatan yang selama ini telah memberi ‘income’ kepada beliau bertahun tahun lamanya. Selama ini tangan Kerajaan yang menyuapkan makan kepada beliau dan keluarga, digigit kembali. Dimana erti ‘terima kasih’ yang kerap beliau ajarkan kepada anak didiknya di sekolah? Belum diambil kira lagi nasib suaminya yang dikatakan menipu cuti tu. Kerana mereka berdua, banyak masalah yang timbul. Apalah pula nasib tuan doktor yang meluluskan cuti atas alasan kemurungan yang teruk. Ni apa kes beb. Persoalannya, dengan Cikgu Mala yang sudah hilang pendapatan, suaminya pula pasti akan menghadapi tindakan tatartertib, bagaimana mereka harus melangsungkan hidup yang serba mencabar ini? Adakah PAS akan membela nasib mereka? Atau benarkah istilah habis madu sepah dibuang, istilah yang sangat sangat sinonim dengan cikgu yang satu ni disepanjang tempoh berkempen.

PRK telah pun berakhir. Pemenang telah pun diketahui untuk menjalankan tanggung jawab dan amanah. Tetapi Cikgu Mala telah ditelanjangi serba serbi. Dan perkara perkara itu akan terus menghantui dan menghambat beliau. Banyak perkara yang tidak diketahui selama ini, telah menjadi bahan bual sepanjang kempen. Dan ia akan terus dibualkan untuk satu jangka masa yang lama terutama setiap kali cikgu ni bertemu mata dengan penduduk Tenang terutamanya. Lantaran itu, jadikan ini sebagai satu tauladan kepada mana mana orang yang mahu menceburi dunia politik. Fikir panjang panjang dan semasak masaknya. Elok elok ada kerja, sampai sudahnya apa pun tak ada. Pencen hilang dan maruah pula terdedah. Malu adalah aset paling berharga buat wanita. Cikgu Mala hilang benda tu semata mata nafsunya untuk menjadi wakil rakyat. Cuma cikgu berdiri di platform yang salah. PAS tidak akan bela nasib cikgu selepas apa yang mereka harapkan tidak menjadi kenyataan. PKR dan DAP jauh sekali lah nak amik kisah. Yang pasti Cikgu Mala telah jadi kambing hitam untuk kerusi Dun Tenang ini. Pasti dalam PRU akan datang, dia bukan lagi calon di pihak PAS.

Sunday, January 30, 2011

Interlok dan UMNO


Kepimpinan UMNO tunduk lagi. Kali ini dalam kegagalan menanggani isu buku Interlok. Hal budak sekolah pun parti keramat UMNO gagal untuk pertahankan. Apa lah yang boleh dikatakan lagi. Akan relevankah lagi UMNO untuk perjuangkan nasib orang melayu dikemudian hari. Dalam sibuk kita menangkis serangan dari pihak Pembangkang, masih ada wujud gunting dalam lipatan dikalangan parti komponen kita sendiri.

Interlok akan dilaksananakan dalam pembelajaran KOMSAS Tingkatan 5 tapi dengan sedikit pindaan. Ermm..hilang sudah keaslian sebuah karya agung seorang Sasterawan Negara. Apalah ertinya penganugerahan itu kepada beliau sekiranya karya beliau diubah suai dan dilaraskan kembali oleh orang orang yang buta seni dan buta sejarah. Salahkah beliau mengutarakan sejarah sebenar pembentukkan kaum utama di Malaysia ini? Apakah MIC masih belum jelas akan acuan 1Malaysia yang mahu dibina oleh Perdana Menteri? Sekiranya MIC sebagai satu komponen dalam Barisan masih kabur dan kurang faham, bagaimana pula rakyat mahu mendalami dan menghayati semangat 1 Malaysia itu sendiri?

Semakin hari semakin kerap kita ( UMNO ) melayan karenah karenah picisan ini. Serba serbi yang dituntut dan dipersoalkan, maka UMNO akan kelam kabut mempertahankan dan kemudian sedikit demi sedikit kendur pertahanannya maka mulalah mengkaji kaji yang mana hasilnya kelak, keputusan untuk beralah mula terbit. Kononnya atas alasan semangat permuafakatan. Adakah cuma kita sahaja orang Melayu yang perlu akur dan menghayati semangat permuafakatan ini.

Ayuh, cepat bangkit. Para pemimpin UMNO jangan tidur. Di peringkat bawahan ini akan marah dan jelak dengan sikap kita yang sering beralah. Kedua dua pihak akan dapat imbalannya. UMNO akan dilihat sebagai parti yang gagal untuk mempertahankan hak dan dasar orang orang Melayu maka di pihak parti komponen pula, undi dan kepercayaan orang Melayu akan mula terhakis ekoran berbulunya kita dengan sikap mereka yang diberi betis, mahukan peha. Sudah diberi peha, mahukan lebih lagi. Akhirnya habis semua jantung, limpa, hati dan macam macam lagi lah yang akan dituntut. Habis tu, apa lagi yang tinggal untuk anak bangsa dikemudian hari?

Salahkan penulis tersebut membicarakan hal yang sebenar tentang senario kebangsaan? Itu sejarah, dan sejarah tidak boleh di ubah. Apa yang perlu diubah agar sejarah itu tidak berulang. Dan kita tinggal dalam negara yang memahami erti sejarah yang sebenar. Kan ada pepatah mengatakan yang baik dijadikan tauladan dan yang jahat dijadikan sempadan. Akan ada fungsi guru yang akan membimbing pelajar untuk jelas dan faham apa yang diutarakan dalam penulisan tersebut.

Interlok ditulis 40 tahun dahulu, sekarang baru nak dipersoalkan semata mata dia dah jadi buku teks sekolah. Kenapa sebelum ini tidak diperkatakan? Dah lama berada dalam pasaran, dah ramai pun orang yang baca. Jangan lah diubah ubah hak orang, baik tolak terus penggunaanya daripada kita meminda minda karya orang lain. MIC boleh terbitkan buku lain yang lebih rasional serta logik mengutarakan konsep 1Malaysia bagi menggantikan Interlok. Baru kita akan tahu apa sebenarnya intipati dan mahunya mereka ini. 

Dan UMNO, jangan berlembut sangat. Pilihanraya dah dekat, jangan kerana kita asyik berlembut, kelak akan menyebabkan undi orang Melayu lari ke tempat lain. Jangan kerana terlalu mengharap undi bukan melayu, kerana setakat hari ini, belum nampak ada usaha yang drastik komponen ke arah itu. Jangan dengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan..

Saturday, January 29, 2011

Selamat Mengundi Orang Orang DUN Tenang

Esok penduduk di Dun Tenang akan keluar mengundi.. Harap mereka akan menggunakan kuasa undi mereka dengan betul. Pilihlah wakil yang boleh membawa suara mereka ke pihak yang berwajip. Jangan gadaikan masa depan anak cucu kita hanya pada janji janji yang tidak pasti. Penduduk Dun Tenang akan buktikan esok, bahawa mereka bijak memilih dan pasti tidak akan silap dalam menetukan wakil mereka. Gunakan kuasa anda dengan bijaksana..

Wednesday, January 26, 2011

'Selamat Datang Ke Alam Barzakh'

Begitulah kata-kata aluan yang tertera pada papan tanda di suatu sudut dalam bangunan milik Rufaqa' Corporation di Bandar Country Homes, disini. Setakat ini telah lebih 600 orang menyahut kata-kata aluan tersebut untuk merasai pengalaman berada didalam sebuah kotak kayu berukuran 6 x 4 kaki persegi yang tersedia di satu ruang dalam bangunan itu.

Kotak kayu itu dilengkapi sepasang batu nesan dengan sekujur tubuh replika mayat terbaring kaku ditepinya, ditutupi dengan kain batik panjang.


Semasa berada dalam liang lahad buatan itu, para pengunjung akan diperdengarkan dengan jeritan mayat-mayat yang berjiran, derapan kaki tujuh langkah pengiring meninggalkan anda seorang diri setelah dikebumikan serta pelbagai bunyi-bunyian lain yang menakutkan.


Detik paling mendebarkan apabila datang Malikat munkar Nakir yang bertanya beberapa soalan berkaitan Iman.


Suara Malaikat itu sebenarnya adalah suara penyanyi Sheqal, antara individu yang paling awal memasuki liang lahad itu sewaktu Alam Barzakh mula-mula dibuka.


Seorang Bilal dari Kajang, Muhammad salim Abdullah, 50, menceritakan, dia sendiri mengalami pengalaman yang cukup ganjil sewaktu berada dalam kubur buatan tersebut sewaktu memasukinya beberapa minggu lepas.


"Saya nampak asap berkepul-kepul dalam liang lahad saya. Saya terasa betul-betul sudah mati.. " katanya ketika ditemui dirumahnya di Sungai Jelok, Kajang.


Bagaimanapun, Muhammad Salim begitu terkejut apabila petugas pusat tarbiah itu memberitahu, mereka tidak memasukkan asap ke dalam kubur buatan itu sebagaimana yang dikatakannya.


Sementara itu, seorang petugas pusat tersebut, Siti Maznah Mohamad Taufik pula menceritakan, tangannya yang dikiamkan (diletakkan atas perut seperti mayat) sewaktu berada dalam liang lahad itu gagal dileraikan walaupun setelah pintu kubur buatan itu dibuka oleh rakan-rakannya.


'Saya panik, saya tak tahu mengapa jadi begitu. Lepas saya isthigfar beberapa kali, barulah tangan saya boleh diangkat,' katanya.


Dalam pada itu, wartawan, wartawan (Mingguan Perdana) Siti Zarinah Sahib sendiri mengalami peristiwa yang tak kurang menarik.


'Saya berdebar-debar bila mendengar derap kaki tujuh langkah pergi meninggalkan mayat saya bersendirian dalam kubur, Saya terasa seperti hendak menjerit , tapi suara saya seakan tersekat. Saya terasa begitu takut bila disoal malaikat siapa Tuhan saya, apa Agama saya, siapa Nabi saya dan macam-macam lagi.


Sedar-sedar, saya menangis. Pengalaman 15 minit itu, walaupun tak lama tapi cukup bermakna.' katanya.


Penyelia Alam Barzakh itu Ustazah Asmah Musa, 26, idea melaksanakan Alam Barzakh diambil daripada konsep rumah hantu yang dibuat di Fun Fair. Tetapi rumah hantu lebih kepada menakut-nakutkan orang tanpa memberi manfaat kepada mereka.


'Justeru itu saya memikirkan satu kaedah berbentuk motivasi yang dapat memberi faedah kepada orang ramai,' katanya.


Dengan niat kerana Allah untuk memberi keinsafan kepada orang ramai maka Ustazah Asmah membuat sebuah kotak kecil ibaratkan sebagai kubur dengan tayangan video tentang kematian. Baginya cara motivasi melalui perasaan dan roh lebih berkesan berbanding motivasi fizikal seperti yang biasa dijalankan.


'Mereka yang mengalaminya akan berasa takut dengan Tuhan dan bukan dengan manusia,' katanya lagi. Dengan megunakan sistem teknologi canggih menggunakan sistem audio dan video menjadikan Alam Barzakh rekaan ini menjadi lebih berkesan.


Tambah Ustazah Asmah suara dari video itu adalah suara penyanyi Sheqal yang telah melalui proses campuran di studio. Manakala tayangan video adalah tayangan sebenar diambil daripada kematian salah seorang staf di Rufaqa'.


'Semua ini dilakukan untuk memberi kesan mendalam kepada pengunjung,' katanya.


*Jadi kalau sesiapa yg nak merasainya sendiri... bolehlah ke Rufaqa Corporation di Bandar Country Home, Rawang. Mungkin akan menimbulkan keinsafan pada mereka yang lalai dan pada mereka yang sewaktu dengannya dalam mengingati
KEMATIAN.

sumber: petikan ini aku copy dari sini. Sekadar sebuah renungan dan pengetahuan.

DUN TENANG OH DUN TENANG..

                                        

Dun Tenang agak tidak tenang dalam minggu ni. Belbagai bagai jenis orang, orang besar, orang kecik, orang yang tak beberapa besar silap silap orang-orangan pun ada sama di sana. Tiba tiba semua pemimpin, semua rakyat macam baru tersedar, oooooo..kat Tenang masih perlukan banyak pembangunan, banyak perubahan huhu..selama ini macam semua orang tidur atau selesa dengan apa yang ada. Bila proses untuk hilang kuasa berlaku, atau sesuatu yang boleh mengugat kuasa timbul, maka berpusu pusulah semua orang berteriak dan menjerit memperjuangkan macam macam hal atas dasar pengorbanan untuk rakyat, demi perjuangkan nasib rakyat tapi yang sebenar benarnya hanya untuk kelangsungan hayat politik masing masing tanpa mengira ianya dari pro Kerajaan atau pro Pembangkang. Di mana ketelusan yang digembar gemburkan. 

Pada hari hari biasa, Ketua Bahagian atau Ahli Parlimen bahkan ADUN kawasan berkenaan sendiri cukup cukup  payah untuk melawat kawasan. Seminggu sekali pun macam nak menunggu Hari Raya gayanya, yang cuma timbul setahun sekali. Tapi bila adanya PRK, bukan setakat orang dalam kawasan, malah wakil rakyat dari Sabah Sarawak pun boleh berkampung sama. Apalah salahnya kalau perkara itu dikekalkan. Tiap tiap sebulan, pilih mana mana DUN yang berkenaan, para pemimpin pergi berkampung dan meninjau keperluan penduduk penduduk di kawasan berkenaan. Itu baru namanya Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan

Jangan sampai, setiap kali selepas Pilihanraya Umum, maka sebulan selepas itu, rakyat kawasan masing masing, hari hari berdoa agar wakil rakyat mereka cepat mati agar semua janji janji pilihanraya cepat dilaksanakan. Agar semua janji  janji pembangunan cepat untuk dinikmati. Kalau begitulah gayanya nanti, tak mustahil satu hari nanti dalam khutbah Jumaat akan ada doa utnuk pemimpin cepat mati. Tak ker haru jadinya nanti..

By the way, satu hal lagi, suami calon Pas di Dun Tenang ni tak pergi mengajar ker? Hari hari dia dok ikut isteri dia ke hulu ke hilir berkempen? Ada tak korang terpikir? Bila nak ditukarkan, melenting. Bila disuruh sokong kerajaan, tak mahu. Tapi amik gaji dari kerajaan, kerja tak buat. Makan gaji tu jadi apa hukumnya ya? Macam mana lak nasib anak anak bangsa yang sepatutnya dapat ilmu dari dia pada hari hari yang dia mengular tu? Ni apa cerita ni? Ni pulak masalah di pihak pembangkang. Orang lain semua tak betul, mereka jer yang betul walaupun tak betul. Betul betullah tak betul ni hehehe. So, penduduk DUN Tenang, undilah yang betul bukan undi yang betul betul tak betul.

Tuesday, January 25, 2011

Pasukan Bola Sepak KETIOR FC

Tiba tiba seorang sahabat mohon aku jadi Pengurus untuk pasukan bola sepak pasukannya. Wah...tiba tiba semangat budak budak muda sekarang membuak buak kembali mahu bermain bola sepak, kembali mahu memenuhi ruang padang disekitar sekolah, kampung kampung, pendek kata di mana ada padang akan adalah orang bermain bola sepak. Paling menarik, kini mereka sudah mula membayangkan diri mereka seperti Safee Sali, Idlan Talaha dan beberapa lagi nama famous dalam pasukan bola sepak Malaysia yang memenagi Piala Suzuki 2010 baru baru ini.

Telah agak lama aku rasa rakyat Malaysia tidak berbangga untuk membayangkan diri mereka sebagai pemain daripada wira wira negara. Ramai yang mahu jadi macam Rooney, Ronaldo, Kaka dan ramai lagi lah tapi bukan dari kalangan pemain negara dan jauh sekali lah lau dari list pemain Liga Super. Ini fenomena yang baik, ini perkembangan yang baik. Sudah ada budak budak yang tak lagi segan pakai jersi Negara. Timbul semangat patriotik di situ, ada semangat nasionalisme yang terserlah. Itulah sebabnya kenapa PM sudi memberi cuti atas kejayaan yang lalu, ada perkara perkara yang tak perlu nak diterangkan secara halus oleh beliau tapi kita harus perhalusi tindakan beliau itu.

Ermm..berbalik kepada jemputan sahabat tadi, aku ahkirnya sudi untuk menjadi Pengurus kepada pasukannya. Jawatan itu memang tak glamour, jauh sekali untuk jadi kaya raya seperti pengurus pengurus EPL tu. Jadi pengurus tanpa adanya penaja penaja korporat, bermakna aku kena keluarkan duit poket sendiri untuk tujuan sebarang perbelanjaan. Tapi aku tak kisah, aku anggap ini sebagai satu tanggung jawab sosial aku kepada negara. Sekurang kurangnya aku dapat isikan masa luang budak budak tu dengan aktiviti sampingan. Sekurang kurangnya waktu petang mereka kini dah ada aktiviti berfaedah. Mereka kini dah ada misi dan visi untuk pertandingan liga daerah. Dalam erti kata lain, mereka setidak tidaknya terhindar dari aktiviti aktiviti yang tidak sihat.

Aku harap akan ada bakat bakat baru dari pasukan itu yang boleh diketengahkan dikemudian hari. Sukan pada hari ini sudah menjadi satu kerjaya yang lumayan jika bakat dimanipulasikan dengan betul.

Pssssstttt...ada jugak kawan kawan yang bertanya, kenapa aku tak taja budak budak daerah sendiri tapi taja budak budak daerah yang tiada kena mengena dengan aku. Jawabnya mudah, pertama kerana daerah aku tiada liga daerah dan kedua budak budak daerah aku lebih gaya dari kerjasama. Budak budak ni walaupun tak bergaya, walaupun kerja biasa biasa, tapi mereka ada disiplin dan kerjasama. Paling penting komitmen. Dan setakat ini, aku tak nampak item item tu dengan budak budak tempat aku melainkan sibuk bergaya dengan peel masing masing. Mahu jawatan tapi kerja malas huhu..Go KETIOR FC....

Sunday, January 23, 2011

Hepi Birthday To Me..

Hari ni birthday aku..hehehe..cam biasa lah, tak der lah apa pun yang nak di seronokkan sangat bila menyambut hari tua ni..lain la kalau pada hari lahir kita leh wish berapa umur yang kita mahukan..sah sah ler aku nak minta time awal usia remaja..best woooo..walaupun time tu duit tak banyak, kerja pun tak ada, tapi time tu la yang paling bernilai belajar untuk memulakan hidup. masa tu lah paling banyak dugaan dan cabaran yang akan membimbing aku untuk menempuhi ruang hidup yang semakin hari semakin besar dan hebat cabarannya..

kerana tu aku sering nasihatkan pada para remaja yang sedang meniti usia dewasa, ini zaman yang mereka perlu bijak untuk membuat penilaian. jangan hilang pertimbangan kerana keseronokan sentiasa membayangi diri dalam kita membuat keputusan. aku bercakap kerana aku dah lalui usia itu. aku telah lepasi zaman itu. dan kini aku hanya boleh mengenang semua keputusan keputusan yang pernah aku lalui dulu. masa itu tidak akan kembali lagi. apa pun yang telah berlaku, hanya boleh dijadikan panduan dan sedikit nasihat kepada kalian yang akan melalui zaman remaja yang serba baru itu.

sempena birthday aku yang dah tak muda lagi ini, aku bersyukur kepada Tuhan atas limpah kurnianya. segala yang telah di rezekikan kepada aku sebagai hamba Mu dan aku bersyukur sesungguhnya. Berikan lah aku ruang dan waktu yang panjang agar dapat aku memenuhi ruang taubat Mu dan moga ia akan Kau terima. Terima kasih atas kepanjangan umur ini..amiiiiinnnn..




Tuesday, January 11, 2011

Jika Niat Sambung Belajar...

Semalam adinda call..dia dah last sem pun..Cuma dia tanya pendapat coz Universiti dia tawarkan sambung Master terus selepas dia selesai buat 1st degreenya..kiranya nak ada Master dalam usia yang lebih muda lah..bagus lah..budak budak nak belajar, biarkan lah dia belajar setinggi mana pun yang dia mahu..sementara masih muda, otak tengah cerdas dan keinginan tengah ada..bab bayar, abang abang dia ni pakat lah ramai ramai tanggung sorang sikit hehehe..Cuma sebelum tu aku bagi dia nilai dulu 2 jenis situasi..dia perlu fikir dengan tenang dan waras sebelum buat keputusan..kerana pada aku, university pada hari ini dah jadi macam agen perniagaan..masing masing berlumba lumba untuk melonjak ke atas dengan bermacam pakej tawaran. Itu kalau di IPTA. Kalau di IPTS lagi hebat tawaran dan offer yang di buat.

Situasi Satu.. 
Setelah habis buat 1st degree selama 3 tahun, dan dengan andaian sambung terus ke peringkat Sarjana selama lagi 2 tahun, dia akan menambah hutang PTPTNnya selama 2 tahun lagi. Hutang basic selama 3 tahun pertama belum boleh dibayar kerana dia masih belajar.. maka nama akan mula di senarai hitamkan oleh PTPTN dan kadar bunga akan meningkatkan lagi jumlah hutang selama 2 tahun tersebut.

Selain itu, dia juga tidak akan mempunyai pengalaman bekerja kerana waima setinggi mana pun belajar jika ia dibuat secara berterusan, dipenghujungnya ia tetap akan tercampak ke dalam pasaran sebagai ‘fresh graduate’. Dalam market hari ini, pengalaman sangat2 diperlukan dalam melantik seseorang ke sesebuah jawatan. Setakat pengalaman buat latihan industry kat ofis aku ni dulu, apa sangatlah yang dia boleh banggakan.

Cuma sesuatu yang boleh dibanggakan hanyalah dia akan ada master tu dalam usia yang masih muda tapi harus diingat akan beban hutang dan kos lepas pada tangga pengalaman yang dia harus abaikan. Tempoh 2 tahun tu, macam macam boleh dilakukan dan dicapai..

Situasi Dua..
Setelah buat 1st degree, terus apply kerja. Tak perlu sambung terus. Dengan andaian dia kerja dengan Gomen lah, pada hari pertama kerja, dia terus buat Master secara PJJ. Tempoh masa yang ditawarkan untuk sepenuh masa adalah diantara 1 setengah hingga 2 tahun dan kalau secara PJJ, tempoh masanya 2 tahun. Jarak beza masa yang tak lah jauh mana.

Dia pun dah ada gaji..dah boleh mula bayar hutang PTPTN yang biayai pengajian dia 3 tahun sebelum ini. Buat Master pun dah boleh bayar ansur ansur yuran pengajian melalui gaji bulanan setiap bulan. Tak perlu tambah dan buat hutang baru pun. Bunga PTPTN pun takde lah melambung tinggi tinggi coz ia diselaraskan melalui jumlah ahkir setiap bulan.

Dalam tempoh 2 tahun, dia akan punya pengalaman kerja. Jika bagus, akan mula menikmati peluang kenaikan pangkat. Sekiranya selepas 2 tahun dia akan mula menjawat jawatan kanan, berbanding keluar sebagai ‘fresh graduate’ lagi 2 tahun dengan ada 1st degree dan Master, ia tetap akan mula bekerja diperingkat tangga pertama..wooooooo…banyaknya kerugian di situ.

Ahkirnya, aku minta dia fikir kembali. Fikir sebagai seorang graduan, dan fikir sebagai seorang dewasa. Ini bukan lagi masa untuk try n error..ni masa untuk mencatur kehidupan sendiri yang lebih matang dan dewasa. Zaman hu ha hu ha dan berlalu..Dunia Universiti akan berahkir tak lama lagi..so, adik perlu fikir untuk masa depan. Kita kena faham mengapa tawaran belajar begitu mudah pada zaman hari ini. Pelajaran sudah menjadi satu ruang niaga. Mungkin ada ramai yang tidak bersetuju, tapi aku menilai nya begitu..

Terlalu ramai anak muda terutama daripada orang melayu yang sudah mula menanggung hutang dari usia yang lebih muda. Keluar keluar Universiti, tawaran kerja belum terima lagi tapi surat tawaran tuntutan hutang PTPTN dah pun mula menjenguk pintu peti surat huhuhu..

Dalam keadaan ekonomi negara yang tidak menentu, mana mana Kerajaan pun akan buka pintu peluang untuk belajar seluas luasnya. Ini untuk kurangkan gunatenaga yang tidak mampu di optimumkan oleh Kerajaan dalam pasaran. Itu sudah menjadi hukum ekonomi.. Tak boleh nak dielak atau dinafikan..

So dik, moralnya..bagus kau kerja dan wat Master PJJ lah..bersepah orang lain buat benda yang sama..jangan takut lah konon2nya komitmen bekerja dan belajar akan menyebabkan kita stress dan terganggu..kau dah besar, mesti boleh buat punya ma…

Saturday, January 8, 2011

Ahkirnya..ia menjadi satu perMulaan..

Ermmm..dah lama gak aku berpikir pikir untuk buat blog ni..ahkirnya hari ini aku masuk jugak ke dalam dunia bloggers hehehe..layak ke aku di gelar sebagai blogger? atau aku hanya akan menjadi bahan tawa orang hasil tulisan aku yang tak seberapa..aku tak pandai dalam apa bidang pun, tak kira sama ada ia isu semasa atau pun politik..dan aku juga bukan cari makan hasil penulisan, tap aku menulis kerana ada yang ingin aku perkatakan, ada yang ingin aku kongsikan..dan ia naluri aku..dari hati aku..mungkin akan ada yang bersetuju, tidak bersetuju, terasa atau tersenyum. tapi itu masing masing punya penilaian...

bagi kawan kawan atau para bloggers yang dah otai otai tu, maybe leh beri tunjuk ajar..perkongsian dalam apa jua aspek akan menambahkan ilmu sesama kita kan..pssssttt..Bos aku cabar untuk menulis dalam Bahasa Inggeris, sebagai improvisasi katanya..tapi aku ni kan anti penjajah skit hahahaha..lom masa nya lagi kut..nak eja basikal pun terkial kial cari kamus, so buat permulaan ni biar la aku bermula secara aku, dalam bahasa aku..InsyaAllah, lama lama nanti pandai ler tu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...