Monday, February 21, 2011

Azizulhasni selamat dibedah - Ini Baru HERO!!!!


KUALA LUMPUR – Jaguh trek negara, Mohd. Azizulhasni Awang selamat dibedah selepas mengalami kecederaan ngeri, tertusuk serpihan kayu di betis kirinya akibat kemalangan dalam laluan memenangi pingat gangsa pada Siri Piala Dunia Klasik di Manchester, semalam.
Azizulhasni bersama empat lagi pelumba terlibat dalam kemalangan, menyebabkan serpihan dari trek kayu sepanjang 23 sentimeter tertusuk di betisnya. Dia tetap meneruskan perlumbaan selepas kemalangan dan hanya menyedari tentang kecederaan yang dialami selepas menamatkan saingan. Selajutnya DI SINI

DNA : Ini baru betul betul hero. Semangat yang membara dan patriotisme yang tinggi benar – benar buat aku terharu. Dah sangat kurang dan jarang ahkir – ahkir ini yang dapat kita tengok atlit Malaysia yang punya semangat juang semacam ini. Terus terang cakap, aku salute sama lu bro..Rasa diri ni kecik je kalau nak dibandingkan dengan dia ni.

Tanpa menghiraukan kesakitan yang dialami, dia bangun dan meneruskan kayuhannya hanya untuk Negara. Sebutir pingat yang dihadiahkan walaupun sekadar berwarna gangsa, ia sangat bernilai dan jauh lebih beerti bila kita mengetahui kisah sebenar perwira nan seorang ni.

Jadi jika adalah anugerah pingat atau darjat yang dikurniakan kepada beliau, aku merupakan orang yang sangat – sangat bersetuju. Kalau zaman aku kecik – kecik dulu ada Anugerah Hang Tuah ( kalau tak silap ingatan aku lah ), dia ni dah lebih dari layak untuk tujuan tersebut. Sekurang – kurangnya penganugerahan sebarang darjah kebesaran akan lebih dihargai jika dikurniakan kepada beliau daripada selama ini yang aku lihat dah mula dikurniakan kepada entah sape sape lah. Malah ada satu kes tu, sanggup beli darjah kurniaan. Apa punya turrr la manusia tu.

So, Azizul, sekali lagi aku nak lahirkan penghargaan dan sanjungan aku kepada kau. Cerita kau menjadi topik utama yang kami bicarakan time lunch hari ini. Semua tabik spring kat kau bro. Semangat kau memang lain macam dan kau buktikan bahawa semangat orang melayu memang menjadi jati diri yang sangat kukuh dalam setiap ruang pembuluh darah kau. DS Najib, you better do something for this amazing herooooo..

Sunday, February 20, 2011

Pemimpin Bersama Rakyat atau Pemimpin Bersama Masyarakat?

Hari ini aku dapat suatu ilmu baru dari seorang ahli akademik yang mengupas frasa tersebut secara ilmiah. Katanya ungkapan yang selama ini diguna pakai bahawa pelaksanaan program – program Pemimpin Bersama Rakyat adalah tidak betul. Seharusnya pemimpin bersama masyarakat kerana dalam negara yang mengamalkan serta mendukung nas – nas demokrasi, pemimpin itu sendiri merupakan anggota yang terpilih dikalangan rakyat. Yang sebetulnya adalah Raja Bersama Rakyat bukannya pemimpin.

Bila dilihat dan dinilai kembali, ada kebenarannya. Kerana menurut beliau, apabila diklasifikasikan pemimpin bersama rakyat, mereka seolah olah sudah kita gazetkan sebagai raja kerana hanya raja yang mempunyai rakyat, sedangkan pemimpin dikelilingi masyarakat. Seolah olah selama ini masyarakat sendiri yang mengangkat darjat seseorang pemimpin itu seperti raja. Jadi kerana itu pemimpin hari ini dilihat semakin lama semakin bermaharajalela. Mereka tidak boleh dipersalahkan apabila mereka mula bersultan di mata beraja di hati.

Sebaik baiknya, kita ubah slogan yang diuar – uarkan selama ini. Sebagai ahli akademik, ada betulnya apa yang diperkatakan oleh beliau. Sebagai orang yang lebih berpengetahuan, lebih tinggi nilai ilmunya, tentulah teguran – teguran yang dibuat ada logik dan hujahnya. Kalau selama ini tersilap, tidak salah kita jadikan ini sebagai satu titik tolak membetulkan kenyataan. Sekurang kurangnya kita dilihat sebagai pemimpin yang menerima pandangan dan buah fikiran masyarakat persekitaran. Pemimpin bersama Rakyat atau Masyarakat? Jika pemimpin bersama rakyat, raja bersama siapa? Jika raja bersama rakyat, samakah taraf raja dan pemimpin pada hari ini? Tepuk dada tanya selera. Daulat Tuanku...

Tuesday, February 8, 2011

Subsidi - Rakyat Tahu kah?

Ermm sebenarnya ada banyak subsidi yang dibekalkan oleh Kerajaan kepada rakyat Malaysia. Tak kira sama ada kamu orang UMNO atau PAS atau apa apa jer lah lagi. Semua merasa dan menikmati. Tiada lagi istilah masa pengguna membeli gas yang terpaksa tunjuk kad ahli parti mana untuk menikmati keistimewaan subsidi tersebut. Terima kasihlah Kerajaan atas keperihatinan tersebut. Kalau nak ikutkan harga petrol guna harga pasaran semasa, aku takut silap silap haribulan setengah gaji aku habis kat minyak kereta jer lah. Atau aku mungkin kena ubah corak hidup selaras dengan kempen “Berbasikal Ke Pejabat”. Mesti Kerajaan akan buat kempen ni punya untuk cover harga petrol yang naik. Sama kes lah macam kurangkan gula lebihkan senyuman yang tujuan asalnya untuk sembunyikan isu kekurangan bekalan gula dalam negara ataupun kempen minum air kelapa muda semata mata nak pastikan para pengusaha kelapa tak jatuh terduduk ekoran harga kelapa yang jatuh teruk waktu itu.

Tinggalkan soal kempen. Aku cuma nak bagi highlight pada Kerajaan, subsidi yang diberikan ini tidak diketahui oleh ramai orang di bawah sana. Orang tidak tahu pun kewujudan subsidi yang diberi. Bahkan mereka tidak tahu juga bahawa kenaikan harga petrol RON95 yang dah naik 10sen tu sebenarnya masih lagi dibantu oleh subsidi kerajaan. Dan bila mereka tak tahu itu, dan tak tahu ini, maka mudahlah pihak Pembangkang memanipulasikan setiap isu kenaikan. Kerajaan fikirlah satu mekanisme baru agar penjelasan yang sewajarnya mudah difahami dan sampai keperingkat paling bawah.

Jangan ingat semua makcik makcik ni faham apa yang disebut sebagai Government Transformation Programme tu, belum ditambah lagi dengan GST, NKRA, KPI dan macam macam istilah lagi lah. Berbuih buih lah pemimpin melaung dan memberi penerangan, mereka tak faham pun. Jangan katakan makcik yang di kampung, ada makcik yang dalam parlimen pun kadang kadang masih tak faham istilah istilah ini. Gunakanlah istilah yang semua orang faham, semua orang mengerti. Ini penting, penerangan sedemikian perlu ada supaya bila ia dimanipulasikan oleh pembangkang, mereka boleh nilai, mereka boleh timbang betul atau tidak isu kenaikan harga ini. Bagi orang kampung, naik je gula 5sen sekali pun, mereka akan mula mengeluh. Dalam mengeluh inilah pembangkang akan masukkan jarum dan ahkirnya dalam kepala marhain ni pun akan set “Kerajaan Tidak Perihatin”, “Zalim”, “Tidak Memenuhi Aspirasi Rakyat”, sedangkan kita dah bantu, cuma penjelasan dan penerangan itu tak kena caranya.

Jangan anggap semua orang pandai kerana orang yang pandai pun kadang kadang akan memandai mandai. Pastikan matlamat, perancangan serta sebab musabab itu sampai keperingkat bawahan dan mereka faham. Gunakan istilah yang mudah dan bahasa yang mudah. Jangan hanya sedap didengar tapi penghayatan berada pada tahap paling minima. Akibatnya nanti, jahanam kita nak menepis isu isu ini bila PRU menjelang tiba. UMNO kena ingat, zaman datang meraih undi dengan kain pelikat atau sejadah dari Mekah sebagai buah tangan sudah lama berlalu. Makcik di kampung sudah kelaskan diri mereka sebagai makcik makcik generasi baru walaupun istilah istilah generasi hari ini banyak lagi yang mereka tidak tahu. Barang Naik, Undi Turun maaaaaa..Jangan dilayan sangat politing pihak pembangkang tu, mereka hanya mahu kita alpa kepada masalah utama terhadap gaya hidup berbelanja hari ini kerana inilah senjata mereka paling ampuh untuk menjatuhkan reputasi kita kelak. Tepuk dada tanya selera. Bertindak atau kelak kita ditidakkan..

Saturday, February 5, 2011

UMNO TELAH MENGEGARKAN NEGERI KELANTAN !!!

Umno Kelantan melancarkan kempen Gelombang Merah untuk mendekati dan mendapatkan kepercayaan kira-kira 400,000 pengundi muda di Kelantan untuk menyokong Barisan Nasional(BN).

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Gelombang Merah bertemakan "Transformasi 1Kelantan Gelombang Rakyat" akan dilaksanakan Pergerakan Pemuda Umno negeri Kelantan melalui penganjuran ceramah, kursus, seminar dan gerak kerja.

menurut laporan dari BERNAMA,Kempen itu antara lain berobjektif untuk menawan negeri itu daripada kepimpinan PAS yang telah memerintah Kelantan selama 21 tahun,pada pilihan raya umum akan datang. Selanjutnya disini

DNA : Kelantan, negeri yang majoritinya orang melayu, tak kira dia orang PAS atau dia orang UMNO, pokoknya dia orang melayu dan beragama Islam. Dan gerakan gelombang merah ini bagus, bagus untuk gerak kerja terutama sekali bagi Pemuda UMNO Negeri Kelantan. Usaha mengembleng tenaga dan usaha dari peringkat awal agar bila tiba PRU 13 nanti tak lah UMNO Kelantan ternganga nganga dalam usaha memenangi hati pengundi muda.

Aku tinggalkan hal gelombang merah di Kelantan ni. Yang aku nak soalkan kenapa muka YB KJ tak ada bersama. Adakah aku tak nampak atau pun dia hadir tapi diluar pengetahuan aku yang dangkal ini? Bukankah dia Ketua Pemuda UMNO Kebangsaan? Kenapa program yang dilancarkan menggunakan tiket Pemuda, tapi dia selaku KP tidak dibabitkan bersama? Sampai bila UMNO mahu terus begini? Kita sering suarakan selepas pertandingan kita kembali bersatu padu, tapi usaha ke arah itu masih belum kelihatan? KJ seperti makin hari makin tertinggal. Aku pun bukanlah penyokong tegar beliau, tapi takdir sudah nyata beliau menang, maka seharusnya kita akur. Kalau tak mahu hormat sekali pun, sekurang kurangnya hormatilah kedudukan jawatan Ketua Pemuda itu.

Yang kedua aku mahu persoalkan, kalau Kelantan sudah memulakan, bagaimana pula Pemuda di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah? Wilayah Persekutuan pun jangan dilamun mimpi sama. Paling penting Pulau Pinang. Harus ada keberanian dalam jiwa Pemuda untuk mengikut jejak langkah rakan rakan di Kelantan. Pulau Pinang perlu dirampas kembali. Jika mengikut logiknya, Kelantan sudah pun 21 tahun diperintah PAS, maksudnya PAS semakin ampuh disitu, tapi di Pulau Pinang atau Selangor, mereka baru berkuasa selama satu penggal. Ironinya mereka masih belum cukup kuat. Dan sekiranya tindakan yang sama dilakukan, adakan gerakan secara besar besaran dari sekarang, sesuatu boleh dilakukan. Lain lah kalau Pemuda hanya berani berdepan sesama melayu jer hehehehe..


Friday, February 4, 2011

Extra Things Between Hari Raya and CNY

Every time before Hari Raya and Chinese New Year there would be something that is often played in my mind. And when I observed, this will happen again and again every year.  

Firstly, the horrific accidents that frequently occur. Every time, a few days before Hari Raya, we will be ‘entertained’ by lots of tragic accidents which involve loss of life of loved ones and it seems to be equivalent to mega sales and ads during Hari Raya. Everyday there will be news of this accident which appears in major national daily newspapers. However, when comes to CNY, there is no such accident happen. Especially this year, we can see the lack of news of horrific accidents during CNY celebration. Does this mean that the attitudes of the Malays drivers who are careless and not cautious? Or does it indicate the quality of the Chinese drivers which are more careful and good?

Or whether it also contributed by the tow truck operation whereby most of the workshops are held by Chinese? And they are still in operation few days before, during and after Hari Raya. While when it comes to CNY, the workshop will surely close for the celebrations. I'm not prejudiced, but this is one possibility that I have thought. Furthermore, many cases of accidents are normally happen at the black spot areas. If we think logically, drivers will be more alert and pay extra attention when arrived at these zones. But accidents continue to occur. Is it because of other external factors that we have not refined?  

Secondly, during Hari Raya, the prices of almost all goods and necessaries will begin to rise and there would be a great number of complaints from customers of all races. In fact, prices of control goods are also rise. Ministers of all kind will start to go upstream and downstream for the sake of ‘showing’ that they have done all out to control the rate of price increases. At that time the price of milk, oil, meat, poultry, eggs, butter and others will increase. When this happen, not only the prices increase but the temper of the customers will also increase and it may be much more than the increase of price. Did you notice that we will never come across to this issue during CNY celebration? Indeed, a friend of mine who is a Chinese also admit that during CNY there will be no price rising for goods and necessities. He is more afraid during Hari Raya season which the price of essential goods will definitely increase. Why does this situation exist? Have the government do anything in terms of monitoring this?

There are many other issues occurred during this festive season such as the issue of fireworks, festive holiday and more. But this time I only focus upon only these two issues for us to think and observe intensely.

Pasaraya 1Malaysia


Makin hari makin banyak barang naik. Minyak naik, gula naik, beras naik dan macam macam lagilah. Yang susah nak naik ni, gaji. Kalau berterusan macam ni silap silap rakyat leh naik hantu. Kepimpinan perlu peka, dasar mahu mendengar luahan akar umbi perlu diambil kira. Jangan hanya dengar sekadar pandangan pengikut kepada saf barisan kepimpinan aje. Hal hal lain juga perlu diambil kira terutama sekali dalam kos sara hidup yang makin hari makin meningkat ini.

Salah satu resolusi yang aku nak cadangkan kepada Kerajaan terutama sekali kepada UMNO ialah mewujudkan pasaraya 1Malaysia di setiap Bahagian di dalam negara. Kita baru ada 191 Bahagian UMNO di dalam negara. Jadi bukanlah sebuah isu yang besar untuk mengadakan pasaraya tersebut. Pasaraya ini bertanggungjawap untuk mengimbangi harga pasaran barangan setempat. Tak perlulah untuk jual semua barang pada harga yang murah, cukup sekiranya barang barang keperluan asas yang perlu lebih murah disekitar 10sen atau 20sen lebih rendah daripada harga biasa. Konsep pasaraya ini perlulah tidak berorientasikan keuntungan yang berlipat ganda. Memadailah jika ia boleh ‘rolling’ kos dan untung sikit sikit. Memanglah kalau boleh semua orang berniaga nak untung yang berlipat ganda, tapi inilah tanggung jawap sosial yang terpikul atas bahu pemimpin. Dan dalam kes ini, UMNO perlu menjuarainya.

Jika PM boleh memperkenalkan klinik 1Malaysia, tak salah kiranya ini satu lagi cadangan dalam usaha memenangi hati rakyat dan secara tak langsung menjaga kebajikan mereka. Di sini baru akan kelihatan bagaimana Kerajaan menguasai pasaran lantas membantu menaikkan imej mereka sendiri. Jadi tak perlulah kita mahu berdoa agar hari hari rakyat Malaysia ni kena sakit demi untuk menjayakan Klinik 1Malaysia kan hehehe..tapi doa agar hari hari rakyat Malaysia boleh beli barang keperluan dengan harga yang lebih murah kan ke lebih afdal hahahaha..

Pasaraya ini perlu diselenggarakan oleh mereka yang mempunyai rekod yang baik serta amanah. Kadang kala, usaha yang dijalankan oleh Kerajaan itu sangat baik, tetapi dalam usaha pelaksanaan, maka di situlah timbulnya anasir anasir yang tidak baik ini. Timbul gunting dalam lipatan, senang cakap macam macamlah yang akan timbul lagi demi mengenyangkan perut dan mengembungkan poket masing masing. Senang sebenarnya untuk menilai mereka yang benar benar jujur dan boleh menjalankan amanah dengan baik, cuma persoalannya adakah kepimpinan bersedia untuk meletakkan mereka dalam menjalankan amanah ini atau masih lagi tidak dapat lari dari perasaan mengayakan diri sendiri dan kroni kroni mereka sahaja.

Dalam konteks pasaraya ini, aku dapat rasakan bahawa ia akan menjadi pilihan utama para pembeli setempat tanpa mengambil kira apa fahaman politik mereka atau pun anutan agama mereka. Mengapa mereka perlu bayar lebih untuk kualiti perkhidmatan dan barangan pengguna yang sama kan. Sedikit demi sedikit ia akan mula menguasai struktur ekonomi barangan pengguna setempat. Harga akan berlawan dalam pasaran setempat. Peniaga lain akan mula menurunkan harga masing masing untuk bersaing dengan pasaraya 1Malaysia. Pasaraya 1Malaysia perlu dapat harga yang lebih baik daripada pembekal/pemborong. Perlu ada dasar yang digubal agar keistimewaan ini dapat dinikmati oleh pengusaha pasaraya 1Malaysia mungkin kaedah skim Perintis yang diperkenalkan kepada industri industri baru boleh diguna pakai dalam pelaksanaan peringkat awal konsep pasaraya 1Malaysia ini.

Aku hanya beri cadangan dan sedikit pandangan. Terpulanglah kepada kepimpinan terutama sekali Perdana Menteri. Isyarat yang jelas telah ditunjukkan oleh rakyat, mereka mahukan kualiti hidup yang lebih baik dari hari ini. Bagi yang bergaji kecil, kesempitan ini sangat sangat dirasakan. Kita tidak mahu kesempitan ini akan menyebabkan kadar keterberhutangan rakyat meninggi terutama sekali kepada generasi muda. Dalam usia yang masih muda, mereka telah mula menanggung hutang di sana sini hanya sekadar mahu meneruskan hidup dalam arus pembangunan hari ini. Ini negara kita, dan kita harus menjaga rakyat negara sendiri. Jangan kita sibuk berperihatin kepada masalah rakyat negara luar, tapi rakyat sendiri tidak terbela. Jangan harapkan parti lain untuk tampil sebagai hero, kerana UMNO itu sudah seharusnya menjadi wira dalam banyak hal. Selesaikan masalah kesempitan hidup rakyat hari ini. Mereka tidak mahu tahu apa yang disebut sebutkan sebagai Transformasi atau apa apa je lah nama yang indah indah dalam menjalankan dasar, yang mereka mahu tahu, barang harus murah bersesuaian dengan kadar pendapatan majoriti rakyat hari ini.

Ayuh buktikan kita boleh membela nasib mereka sebelum kita tampil merayu undi mereka untuk kita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...