Monday, April 30, 2012

BERSIH 3.0 - Penganjur ( 1 ) vs Kerajaan ( 2 )


Alahaiiiiii...
 Bersih 3.0 sudah pun berlalu. Ia siri yang bersambung sambung daripada siri 1.0, 2.0 dan beberapa hari lalu ke siri 3.0. Implikasi, natijah, kesan dan hasil daripada Bersih tu pun dah nampak. Berbeza 2 siri awal, siri yang terbaharu ni lebih haru lagi. Banyak sumber online yang sekejap kata ada polis mati, kejap kata tak jadi mati, kejap mati kejap tidak mati. Sekarang ni perkara mati pun boleh buat main – main. Takde pulak setakat ini mana mana sumber cuba dapatkan kesahihan daripada keluarga terdekat mangsa polis berkenaan sama ada dia benar benar mati atau tidak. Yang ada aku Cuma terbaca tweeter Menteri KDN je mengatakan jangan percaya pada khabar angin tapi rakyat kena ‘percaya’ bahawa satu bentuk tindakan tegas akan di ambil oleh KDN untuk menanggani pencetus – pencetus rusuhan B3.0 ni.
Bersihkan Angry Bird. Sape punye? Hehehe
Macam – macam gambar sama ada yang superimpose, yang asli, yang diada adakan, yang kata ia dicetuskan oleh provokasi Kerajaan, malah ada yang katakan rusuhan bermula dengan restu Ketua Umum PKR, macam – macam rumors dan andaian. Tak kurang juga yang tolak menolak untuk lari dari tanggungjawap setelah banyak kerosakan termasuk mencalarkan imej Negara.
Soalnya, adakah pihak penganjur begitu banggang tak tahu ke bahawa himpunan ramai orang hanya akan menyebabkan mudahnya tercetus perkara yang tidak diingini? Nak jaga seorang pun payah seperti susahnya Wan Azizah menjaga Anwar, inikan pulak nak menjaga beribu2 orang. Contoh ada depan mata, betapa payahnya Wakil2 Rakyat hari ini ‘menjaga’ para pengundi mereka hinggakan makin dekat dengan PRU maka makin sibuk mereka turun padang. Inikan nak harap Ambiga sorang menjaga berpuluh puluh ribu orang ramainya yang turun berdemo. Akibatnya macam tu lah.
Jika tindakan penganjur itu banggang, pihak Kerajaan pulak 2 kali banggangnya. 2 siri awal seolah tidak mengajar sesuatu kepada kita. Kenapa tak ambil tindakan dari awal? Kenapa kurang tegas? Kenapa terlalu bagi muka? Kenapa terlalu manja? Kenapa dan kenapa dan kenapa? Dah jadi macam ni baru nak telagah. Seharusnya tanggungjawap umum itu lebih besar kita laksanakan daripada melayan kerenah penganjur bodoh tu. Letih lah..Otak pun leh jadi beku macam ni. Aku cuma nak tahu kenapa tak bendung dari awal. Kenapa tak cegah sebelum parah..

Friday, April 27, 2012

Perjuangan Ambiga Dibawa Sehingga Ke Dalam Masjid Nabi Di Madinah


Dengan penuh bangga dan tanpa sedikit pun rasa bersalah atau malu lidah rasmi Pas melaporkan berita pelancaran bersih di Madinah dan Mekah. Lihat di sini
Masjid Nabawi atau dikenali juga sebagai sebagai Nabi di Kota Madinah yang mana juga disitu terletaknya Makam Rasulullah SAW telah digunakan sebagai tempat untuk melancarkan perjuangan Ambiga. Gambar diatas dirakam dalam perkarangan Masjid Nabawi (Tanah Haram) Madinah.
Semua orang telah tahu siapa Ambiga. Dengan LGBTnya  dengan kes murtad dan sebagainya. Amat malang sekali apabila masih ada keldai-keldai yang berugama islam yang bodoh yang membawa perjuangan yang dibawa Ambiga sehingga ke dalam Masjid Nabi.
Soal kamu orang nak sokong, kamu sokonglah. Tapi jangan sampai jadi bangang bawa sampai ke dalam Masjid Nabi.
Inilah kebodohan dan kebebalan Pas yang tiada tolok bandingnya. Sanggup lakukan apa sahaja demi untuk mencapai nafsu mereka. Musuh-musuh islam sedang gelak ketawa melihat bagaimana keldai-keldai mereka sanggup membawa perjuangan mereka sehingga ke dalam Masjid Junjungan Mulia umat islam.
Walaupun mereka (musuh islam) dilarang menjejaki kaki di Tanah Haram , tetapi perjuangan mereka boleh sampai hingga ke dalam masjid di Tanah Haram.


Sumber : RBF Online

KONVENSYEN MEDIA SOSIAL 1MALAYSIA PKT NG. PERAK - JEMPUT HADIR SEMUA

Jemput semua pengamal media sosial / media baru untuk sama - sama hadir di konvensyen tersebut. Selain bertukar tukar fikiran serta bersua muka, kita juga dapat menjalinkan kerjasama dari sudut dan perspektif yang menguntungkan.

Pohon panjangkan kepada semua rakan bloggers, facebookers dan semua semua yang lain. Bersama kita menjayakannya.

Monday, April 23, 2012

Amaran Rasulullah!!! Jangan kahwini 6 jenis wanita ini...

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : “Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah”.

1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tengok apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.

5. Wanita Basaqah : ada 2 makna,

Pertama, wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua, dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja. 
 
sumber : MPP Online

ASHAMSURI : Kongsi ilmu sikit2..itu pun copy dari orang..awak sendiri pun bukannya pandai..tapi sebaik2 menuntut ilmu, carilah guru yang betul.

Wednesday, April 18, 2012

Shafie Pulak Dah..Bagus! Bagus!

Lom abih masalah NFC Kak Jat, ni dah timbul pulak hal Shafie Afdal..huhu..betul atau idak, aku pun tak pasti. tapi dah banyak lah blog2 rakan pembangkang yang menibai dan memceritakan hal ni..korang nak tahu, korang search sendirilah..aku malas nak publish..

cuma aku harap DS Shafie leh tampil segera buat penjelasan. Jangan biarkan isu ni nak melarat larat baru nak komen. Kena settle down segera jika ia tidak benar. Kata tok nenek aku dulu, orang melayu ni kalau diam, tandanya setuju.

Dekat dekat nak PRU ni jangan biarkan isu macam ni jadi beban pada parti. Akar umbi kerja macam nak mati kat bawah ni bagi parti jadi kuat, agar boleh menang bergaya tapi lau pemimpin semua bergaya dengan bermacam macam isu, esok esok kita tangguh lah sama sama kesannya. Rakyat tidak bodoh, tapi kita selalu buat tindakan tindakan bodoh..

Monday, April 16, 2012

Rileks Jap..

Pengorbanan seorang isteri..hahaha..







buat kengkawan yang suka sgt g spa haha..
lately ni byk sgt isu lembu, sape kata lembu bodoh?
hahaha..saje2 layan stress. buat halwa mata..ada byk perkara kreatif dalam dunia ni. tapi lebih banyak yg kreatif dalam dunia politik hahahaha..

PTPTN, Student Melayu dan Keiklasan Kerajaan

Kalau ikut gambar ni, ternyata memang sah ramai anak orang melayu yang kena bayar balik PTPTN ni pasal anak orang melayu merupakan peminjam teramai dan pada masa yang sama tidak ramai yang dapat di convertkan menjadi biasiswa.

Sebab diperingkat Universiti, ramai anak melayu yang tak begitu tekun belajar, tapi sangat tekun berdemo dan macam - macam hal lagi yang tak ada kena mengena dengan markah CGPA dia orang termasuklah bermain mesin judi internet ( part ni aku pun heran kenapa polis tak rush tempat2 tersebut, mereka buta? tak tahu kewujudan premis2 tersebut atau ada lagi sebab sebab lain yang aku kurang pasti? )

minat demo lebih dari minat blajo
bab PTPTN ni, aku tak mahu komen lebih lah, pasal aku setuju setiap pinjaman itu perlu dibayar balik. Lau semua benda nak free, susah jugakkan. Tapi jangan lah dikenakan bunga yang 4% tu. Kesian lah kat adik adik yang baru nak beridup, dah dibebani hutang. Mereka bukan sahaja grad dengan skroll di tangan, tapi jumlah kredit hutang yang lebih laju dari peluang pekerja yang tiba dalam hidup mereka. Pinjam berapa, bayar banyak tu lah. Agak agak lah gomen hoiiii...

aku agak setuju dengan komen seorang sahabat aku seperti di Gendang Perang. Ada betulnya teori dia tu, cuma kita sebagai kerajaan, perlu lihat dan muhasabah diri jika benar benar kita iklas dalam mendahulukan rakyat.

Friday, April 13, 2012

Azmin Biadap Semasa Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong

Published by AIDC on April 11, 2012
Dr Rahman Kadir – 11 April 2012 mencatat satu sejarah di dalam negara dengan berlangsungnya pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Sejarah kerana bukan sahaja ia merupakan pertabalan pertama yang berlangsung di Istana Negara baru, tetapi juga kerana perlantikan baginda sebagai YDPA untuk kali kedua setelah berkhidmat sebagai YDPA yang ke-5 dari 1970 hingga 1975.


Upacara gilang gemilang dan penuh istiadat ini merupakan suatu upacara yang sungguh istimewa kerana ia melambangkan kedaulatan negara kita sebagai sebuah negara yang merdeka serta mempunyai seorang Ketua Utama Negara selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.


Saya bertuah kerana terpilih menyertai pasukan perubatan yang beroperasi semasa istiadat pertabalan berlangsung yang bertujuan memberikan khidmat perubatan kecemasan bagi YDPA serta dif-dif kehormat dan para tetamu baginda sepanjang istiadat berlangsung.


Kami melaksanakan persiapan yang rapi serta rumit bagi memastikan istiadat pertabalan Seri Paduka Baginda berdua akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden perubatan.


Untuk makluman semua, setiap majlis yang melibatkan YDPA akan diberikan perlindungan perubatan. Kemahiran kami yang beroperasi secara discreet atau ‘sir’ ini hinggakan pihak luar serta orang awam tidak langsung dapat menghidu sebarang insiden perubatan yang berlaku di istana.


Seawal jam 6.30 pagi, pasukan perubatan telah tiba di istana dan set up klinik-klinik di tempat-tempat strategik dan tersembunyi. Petugas-petugas perubatan yang berpakaian mengikut protokol istana sudahpun mengambil posisi masing-masing.


Saya beruntung kerana di tempatkan di dalam Balairong Seri. Ini memberikan saya peluang keemasan untuk menyaksikan istiadat pertabalan Tuanku dengan mata kepala saya sendiri, merasai suasana dan atmosfera pertabalan yang cukup penuh dengan adat istiadat serta protokol yang bukan semua orang dapat merasainya.


Saya duduk bersama dengan para dif-dif kehormat di belakang saf-saf kedutaan negara asing. Duduk di sebelah saya adalah Professor Datuk Dr. Firdaus Abdullah, bekas Timbalan Naib Canselor, Universiti Malaya, TNC saya semasa saya masih seorang mahasiswa Universiti Malaya.


Saya menyapa beliau dan beliau cukup berbangga kerana ‘murid’nya kini adalah merupakan seorang doktor yang duduk sebaris dengan beliau kini.


Malangnya, suasana istana yang murni dicemari dengan perlakuan beberapa orang yang sepatutnya menunjukkan satu contoh tauladan yang baik kepada rakyat Malaysia.


Di belakang saya, suasana cukup bising dengan hilaian ketawa dan apabila saya menoleh ke belakang, rupa-rupanya, ada beberapa ahli parlimen pembangkang yang duduk di belakang saya.


Antara yang saya kenal adalah Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR dan isterinya Shamsidar Taharin, Tian Chua Naib Presiden PKR, Dr Siti Mariah Mahmud PAS serta beberapa orang lain yang saya tidak kenal nama mereka. Nurul Izzah Anwar, Khalid Samad dan Loh Gwoh Burne duduk jauh sedikit dari mereka. YB Kamalanathan Ahli Parlimen BN dari Hulu Selangor duduk di belakang mereka ini.


Saya amat terkejut dan kecewa apabila melihat mereka mempersendakan serta mengejek-ejek pemimpin negara seawal dari kemasukan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ada hilaian ketawa dan bermula dari situ saya mendengar apa yang mereka perkatakan.


Apabila majlis mengumumkan kemasukan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak ke dalam Balairong, mereka cukup berat hati hendak bangun berdiri. Sambil ketawa dan mengejek-ejek, saya mendengar Azmin Ali berkata, “bangun untuk Rosmah, Perdana Menteri Wanita Pertama Malaysia.” Tian Chua menyampuk sama dan menyebut-nyebut “Menteri Wanita” dan hilaian tawa berterusan.


Saya sangka ejekan-ejekan ini hanyalah untuk pemimpin politik sahaja, maklumlah mereka ini (pembangkang) memanglah seteru politik bagi PM. Saya boleh terima, kerana memang mereka saban hari pun berceramah mengejek dan menghina PM.


Alangkah terkejutnya saya ejekan dan gurauan mereka itu berterusan kepada TYT Negeri Melaka dan seterusnya kepada bentuk fizikal beberapa Sultan dan Raja yang masuk secara teratur ke dalam balairong Seri.


Menerusi TV plasma yang ditempatkan, mereka dapat melihat setiap Sultan masuk ke dalam Balairong.


Seolah-olah seperti kanak-kanak di sekolah, mereka mentertawakan penampilan dan fizikal beberapa Sultan. Saya tidak tergamak hendak menulis di sini kerana ia sama seperti menghina baginda semua.


Apabila Sultan Selangor masuk, Azmin yang paling kuat ketawa dan berperangai kebudak-budakan memanggil Tian Chua dan berkata, “Tangan jangan masuk poket….nanti dia marah.” Semua mereka ketawa termasuk Dr Siti Mariah Mahmud sambil Tian Chua terus memasukkan tangannya ke dalam poket seluarnya seolah-olah memberi isyarat, “i don’t care“.


Kemasukan Sultan Perak juga mencetuskan kata-kata biadap yang seterusnya mencetuskan deraian tawa mereka.


Hanya kemasukan Sultan Kelantan sahaja yang mereka puji dengan mengatakan, “Wah! Laju tuanku masuk. Segak dan tampan. Nik Aziz tak boleh kejar” sambil Khalid Samad senyum dengan bangga.


Saya cukup hairan. Mereka semua ini adalah sultan-sultan kita. Pegawai-pegawai kedutaan asing duduk dengan tertib tanpa bersuara dan jika perlu bercakap hanya berbisik sesama mereka. Begitu menghormati protokol dan adat istiadat. Tetapi, pemimpin pembangkang ini yang merupakan rakyat Malaysia dan bercita-cita besar memimpin negara satu hari nanti, bersikap biadap kepada Raja-raja Melayu. Sebagai Ahli Parlimen dan ADUN yang mengaku taat setia kepada Raja, sewajarnya perangai seperti ini dihindarkan.


Saya dapat melihat para hulubalang istana yang berdiri di tepi balairong bersebelahan mereka cukup terganggu dengan gelagat biadap kumpulan pemimpin pembangkang ini. Jika negara ini tiada undang-undang, ada kemungkinan lembing yang mereka pegang dirodok kepada mereka-mereka yang biadap ini.


Suasana kurang manis ini berterusan sehinggalah majlis bermula dengan rasminya dengan kemasukan Seri Paduka Baginda berdua ke Balairong Seri. Mujurlah selepas dari itu, majlis berlangsung dengan aman dan tenteram.


Tidak semua pemimpin pembangkang yang berperangai sedemikian. Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw misalannya, kelihatan cukup tertib, berdiam diri dan tidak menyertai gurauan-gurauan mereka yang lain malah tidak senyum pun mendengar kata-kata rakan-rakannya. Sikap dan tingkah lakunya di dalam balairong adalah terpuji.


Nasihat saya kepada Azmin Ali, Tian Chua dan angkatannya, jika menghadiri majlis rasmi, berperangailah sebagai manusia yang bertamadun. Janganlah terbawa dengan sikap murahan jalanan anda ke istana. Lihatlah di sekeling sebelum berkata-kata kerana apa yang dipertuturkan mencerminkan sikap dan jiwa anda. Sebagai rakyat, tunjukkanlah kesetiaan dan rasa hormat anda kepada Raja selaku tonggak negara.


Perkara ini tidak perlu saya nasihatkan pun sepatutnya kerana ia perkara asas yang sudah pun termaktub di dalam Rukunegara yang kanak-kanak sekolah pun arif tentangnya.


Semoga Allah SWT panjangkan umur Tuanku dan kekal negara aman dan Islam terus terbela di bawah payungan Tuanku.


Daulat Tuanku.
sumber : facebook
Ashamsuri : Ada masa masanya kita kena tahu di mana kita berada dan dalam majlis apa kita hadiri.  

Thursday, April 12, 2012

UMNO TANJONG MALIM LANCAR JENTERA PRU13


UMNO Bahagian Tanjong Malim telah melancarkan jentera  pilihanrayanya bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 nanti.
Majlis pelancaran diadakan serentak dengan perasmian Persidangan UMNO Cawangan-Cawangan dan Sayap-sayapnya di Dewan Semai Bakti, Felda Gunung Besout 1 semalam (11 April 2012).
Kesemua kepimpinan 55 cawangan UMNO dalam Bahagian Tanjong Malim dari Bidor di utara hinggalah ke Tanjong Malim di sempadan Selangor di selatan hadir dalam majlis itu.
Di majlis berkenaan, watikah perlantikan kepada Ketua-ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) telah disampaikan. Perlantikan mereka telahpun dibuat pada Jun 2011.
Terdapat sebanyak 48 PDM dalam Parlimen Tanjong Malim, iaitu 17 di DUN Sungkai, DUN Slim (11) dan DUN Behrang (20).
Berdasarkan bilangan daftar pemilih berakhir pada September 2011, terdapat seramai 61,547 pengundi dalam Parlimen Tanjong Malim, di mana 18,859 pengundi berdaftar di DUN Sungkai, DUN Slim (21,098) dan DUN Behrang (21,590).
Dalam PRU12 pada 2008, Barisan Nasional mempertahankan kerusi Parlimen Tanjong Malim (BN-MCA) dengan majoriti 5,524 undi dan DUN Slim (BN-UMNO) dengan majoriti 3,526 undi.

Walaupun begitu, calon-calon BN-MIC gagal mempertahankan dua kerusi iaitu di DUN Behrang yang dimenangi PKR dengan majoriti 1,027 undi dan DUN Sungkai dimenangi DAP dengan majoriti 1,454 undi.
 
Sumber : Wangsa Setia




Wednesday, April 11, 2012

AMARAN TSUNAMI

Pukul 4.40 petang tadi telah berlaku gegaran yang kuat di Penang. Time tu pulak aku mmg tengah on call dengan kawan aku di Seberang Jaya. Alih alih dia org semua berebut rebut turun dari kondo masing2..

Aku ingat apa hal lah. Member aku tu pun tak tau hal. Ni dah sampai rumah update segala hal, baru tau dah ada gegaran dan ancaman tsunami.

Gempa bumi telah dikesan di Acheh. Dan dengar khabar ombak sedang menuju ke Malaysia dgn kelajuan 800km/j..ini bukan Ombak Rindu, jauh sekali Ombak Biru, tp ini amaran dari Allah SWT. Moga semuanya akan selamat dan terhindar dari malapetaka.

Jauhi kawasan laut dan sentiasa peka pada keadaan sekeliling..Rakan sahabat semua, semoga kita semua dilindungi Allah SWT..aminnnn..
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, April 10, 2012

Fakta Minyak Yang Disorokkan Pakatan Rakyat

 1)Brazil negara ke 13 pengeluar minyak tetapi harga minyak dinegara tersebut dijual rm4.57. Sebagai perbandingan, malaysia di ranking ke 27 pengeluar.

2) Jumlah subsidi di malaysia adalah antara yang tertinggi iaitu sebanyak 2.4 peratus dari KDNK. Manakala brunei pula sebanyak 2.2 peratus sahaja dari KDNK. Sebagai rekod, KDNK malaysia adalah sebanyak rm682.66 billion manakala brunei jauh lebih kecil sebanyak rm 36.88 billion.

3) Negara2 arab yang merupakan anggota OPEC (pengeluar minyak) mempunyai harga petrol termurah kerana kadar pengeluaran petrol mereka melebihi kadar permintaan. Ini berbeza dengan malaysia kerana kadar permintaan di malaysia melebihi kadar pengeluaran. Malah, malaysia tidak layak menganggotai OPEC

Kesimpulan; ketika kuasa ekonomi seperti china terpaksa tunduk kepada realiti pasaran, malangnya terdapat segelintir diantara kita di malaysia ini kononnya lebih bijak dengan manabur janji dengan mencipta keajaiban "menurunkan harga petrol serta merta". Ini ditambah lagi dengan janji terbaru perlupusan PTPTN, tol dan lain2 akan diambil dari duit subsidi minyak. Apa yang pelik, walaupun janji mereka ini tidak berpijak di bumi yang nyata, berduyun2 rakyat termakan dengan janji2 tersebut termasuklah golongan2 terpelajar. 

sumber : Taiping Mali

Monday, April 9, 2012

Najib Boleh Bubar Dah Parlimen..

Ermmm..pagi ni tergerak hati lak nak layan rancangan Dari Parlimen kat TV1 ni. Rancangan setengah jam yang dibawakan secara langsung.

Apa yang aku nampak, banyak kerusi yang kosong daripada MP yang hadir. Dia orang ni kemana semuanya? Tak tahu lah pulak kalau mereka ni dibenarkan nyorok di bawah meja hingga aku tak nampak tadi. 

Nampak sangat lah dia orang ni dah tak berminat dengan kerusi parlimen masing2 pasal tu banyak yang terbiar kosong..tak kira lah ianya disebelah BN atau PR, sama je mentaliti dia orang ni. mungkin sibuk di kawasan kut, walaupun jika time parlimen tak bersidang cukup payah nak nampak muka di dalam kawasan.. So DS Najib, bubar je lah cepat. Mereka dah tak minat lagi tu nak jadi MP. 

Bubar! Bubar! Bubar!


Sent from Samsung tablet

Tuesday, April 3, 2012

Cromok - Dulu, Kini dan Selamanya...

Kumpulan otai metal, Cromok, terdiri daripada Khairul Anuar Shariff (Karl), Shamsudin Ali (Sam) dan Tarmizi Mokhtar (Miji) .

Konsert Cromok Reunion bakal berlangsung pada pukul 4 petang 8 April ini di KL Live Center, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Konsert anjuran bersama Clockwork Events dan Uncang Tiga itu juga bakal meraikan ulang tahun ke-25 kewujudan kumpulan itu.

Kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 1987 dan pernah menempa nama di Australia dan seluruh rantau di Asia itu kini hanya menyaksikan Karl, Sam dan Miji sahaja sebagai anggotanya, memandangkan seorang lagi anggotanya, iaitu Din atau nama sebenarnya Khairuddin Mohamad sudah meninggal dunia pada tahun 1997.

Menurut Karl atau nama sebenarnya Khairul Anuar Salleh, dia bersetuju untuk kembali menghidupkan Cromok semula kerana begitu merindui bermain alat muzik selain mengakui ingin mengubat rindu peminat tegar mereka. 

Tiket Konsert Cromok Reunion Live In KL Live 2012 akan dijual pada harga RM98 dan RM138. Tiket boleh didapati menerusi www.ticketpro.com.my atau hubungi talian 03-7880 7999.

Pembeli tiket yang berharga RM138 akan menerima baju-T eksklusif daripada Cromok.

Ashamsuri : Jom ramai ramai kita ke sana..layan muzik sebenar..dengan lirik2 yang menarik..

Sumber : buzeera

Monday, April 2, 2012

Awang Afrika Buat Kurang Hajor kat Malaysia - Mana Hero2 Malaya Semua Ni?

Aku memang dah lama berbulu bab pendatang - pendatang asing ni tak kira lah dia datang secara sah atau pun yang tidak sah. Sakit mata dan hati pun sakittttt je bila menengokkan perangai dan kelibat mereka ni. 

Dalam sibuk - sibuk kita mengata rakan - rakan dari kaum yang menuntut hak kesama rataan ( part ni pun aku berbulu gak ), tapi aku boleh blah lagi lah pasal dia orang rakyat Malaysia cuma mereka maybe tak berapa faham akan konsep kontrak sosial yang telah dipersetujui dari awal semasa nak menuntut kemerdekaan dulu. Namun yang mamat mamat dan minah minah kurap dari negara luar ni apa kes beb..Dah la datang tak diundang, pastu nak tunjuk samseng lak kat sini.

KDN diam aje ker? Apa dia orang ni buta mata ke tak nampak lambakan masyarakat luar yang makin hari makin bersepah kat Malaysia ni? Kehadiran mereka ni hanya menambahkan kes bilangan masalah sosial yang makin meninggi. Bukan boleh 'MENGUNDI' pun dia orang ni. Tolong lah buat sesuatu sebelum keadaan semakin parah. Ni siap dah berani memberontak lagi ni.. Lau Pakatan Rakyat wat Bersih, takut esok esok puak puak ni lak buat demo yang tak berapa nak Bersih.

Berita pasal mangkuk hayun ni korang leh baca kat sini dan sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...