Thursday, May 31, 2012

Najib bantu Nik Aziz kutip derma Lebuhraya! Kena Tolong Menolong maaa..Tahniah!


Pakatan Rakyat mengakui kos sara hidup hari ini meningkat. Mereka juga dok bising supaya PTPTN dimansuhkan. Mereka juga yang katakana sana sini bahawa setelah 54 tahun merdeka, inilah baru BN nak bagi macam – macam jenis bantuan termasuk BRIM , Bantuan Sekolah, Bantuan Buku dan macam – macam jenis bantuan lagi. Rupa rupanya mereka nak suruh semua jenis bantuan tu diconvertkan dalam bentuk derma bagi pembinaan lebuhraya mereka.

Sepatutnya bila dah akui beban semakin meningkat, kita sebagai pemimpin harus kurangkan lagi beban sara hidup tersebut. Bukan kita bebani lagi mereka dengan hal – hal yang menyusahkan lagi seperti pohon mereka derma untuk buat lebuhraya.. memang Nampak ia satu usaha yang baik, dan jika Kerajaan BN 54 tahun baru nak terfikir beri belbagai jenis bantuan kepada rakyat, apa bezanya dengan PAS Kelantan yang baru jugak terfikir idea nak buat Highway Rakyat ni, itu pun bila dah dekat dekat nak PRU.

Tapi bagus jugaklah, kan mereka kata BRIM dan segala macam bantuan kewangan ini haram, so moleklah kiranya deme yang amik bantuan tu, cashkan dalam bentuk tunai, dan dermakan semula kepada Nik Aziz untuk jadikan lebuhraya tu sebuah realiti. Kira tolong menolong lah hehehe..Itu kira bantuan Kerajaan Pusat secara tidak langsung lah dalam membina prasarana rakyat di Kelantan. 

Tapi sebelum derma tu, elok lah jengah – jengah dulu kat SINI. Jangan lebuh jer nanti lebuhraya nye hahahahaha…Nik Aziz, Nik Aziz..ada ada jer dia ni ek..Manalah deme dapat idea ni..Idea tu menarik, tapi…..tengokkan je lah..

Mesti Baca Maaaa..

Monday, May 28, 2012

Tragedi Himpunan Belia 2012 : Adoiiiiiiii Shabery...

Dua orang cedera parah dan 10 yang lain cedera ringan dalam kemalangan yang berlaku ketika sessi Drag Racing diadakan sempena Himpunan Sejuta Belia 2012 anjuran Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya, malam tadi.

Penonton yang cedera parah dilanggar kereta Mitsubishi Lancer Turbo yang terbabas& dan gagal dikawal.
Penganjur perlumbaan telah mengeluarkan kenyataan rasmi sejurus insiden tersebut bahawa tiada kematian dilaporkan dan keadaan penonton yang cedera masih belum dapat disahkan.
Apa yang dikesalkan, penganjur tidak menyediakan kawalan keselamatan secukupnya, apabila penonton hanya dipisahkan dengan pokok hiasan, dan hanya sebuah ambulans sahaja disediakan sebagai langkah keselamatan manakala pihak polis pula langsung tidak ada di lokasi kejadian.
Bagaimanapun, sumber yang belum disahkan mengatakan seorang penonton maut dan kesahihan mengenainya masih dalam siasatan.

sumber : Media Malaysia

Ashamsuri : Aku pun tak tahu nak kata apa lagi. Pro BN kata ini dah ketentuan Illahi, Qada dan Qadar. Pro PR pula kata ini lah bala, atau balasan Allah SWT coz program yg entah apa apa yang dijadikan pengisian. Ini bukan aku kata, tapi deme yang kata. 

Pada aku pulak, aku tetap berpegang pada kenyataan bahawa takde penyakit sengaja cari penyakit. Jadi aku tak boleh lah katakan program BERSIH Ambiga tu banggang, alih alih program Drag Race ni bagus pulak kan. Coz sama jer kesannya mcm yang aku cakap kat sini. Masing masing dah besor panjang, ada otak, yang ko pergi join acara acara bodoh ni buat apa. Terang terang dah tahu race tu merbahaya. Sibuk kita haramkan filem filem yang ada unsur unsur racing dan rempit ni dah tak boleh diterbitkan lagi, tapi kita sendiri anjurkan benda benda macam ni. Didikan memerlukan komitmen semua pihak. Dan kali ini kerajaan perlu bertanggung jawap bukan pada mangsa kemalangan tapi kepada bagaimana situasi bodoh ini boleh berlaku.

Aku ada terdengar berita mengatakan Menteri KBS tanggung semua kos rawatan. Itu sudah menunjukkan betapa kerajaan sendiri terpukul dengan insiden ini. Jika tidak, kenapa bersusah payah nak tanggung kan. Apa istimewanya mangsa mangsa kali ini jika dibandingkan dengan mangsa lumba haram, atau mangsa mangsa drag race yang lain. Tu nak cover rasa bersalah lah tu. Elok elok Najib dah berusaha mcm mcm hal nak kasi cantik coz PRU dah dekat, alih alih benda ni dah jadi spoil skit huhu..abih lah ko Shabery..Macam dah takde acara yang semenggah korang nak buat.


1Malaysia Pad


A new player has come into the country’s tablet market – the 1 Malaysia Pad. For me it is a healthy competition in the IT industry for the creator of this tablet, MalTechPro Sdn. Bhd. to involve in the market. Although they might not be able to compete with current competitor like Samsung and Apple but they have the ability and confidence to get involve in. They don’t want to miss the chance to grab the opportunity as it was reported earlier this month that Malaysia is the largest tablet market in south East Asia with sales reached to RM1.18 billion in 2011. 
 
Claimed to be the first Malaysian built tablet in the market, this  7 inch tablet is using the  Android Gingerbread Operating System with 3 mega pixels camera. It also comes with its own messaging service called 1 Malaysia Messenger  which offers free messaging between WhatsApp and Blackberry Messenger. 
More info just go HERE

Thursday, May 24, 2012

Peserta BERSIH mungkin buta sebelah mata - Ambiga amik jadi anak angkat..


Salah seorang peserta yang cedera serius terkena kanister gas pemedih mata sewaktu berlaku kekecohan ketika perhimpunan BERSIH 3.0, tampil hari ini untuk mencerita apa yang telah menimpa dirinya.

NONEAsrul Wadi Ahmad, 29, (dua dari kanan) dari Kepala Batas, telah diperiksa oleh empat
orang doktor dan mungkin didiagnosis buta mata kanannya  jika
keadaan tidak bertambah baik dalam tempoh enam bulan.

Asrul berkata dia terkena kanister gas pemedih mata tepat di mukanya pada kira-kira jam 3.15 petang di sekitar Masjid Jamek, ketika dia menyertai bantahan BERSIH pada 28 April.

Debat : Lagi Hujah-Hujah Bohong Rafizi Lembu Didedahkan

 
Satu demi satu hujah dan fakta yang digunapakai oleh Rafizi Lembu semasa program debatnya dengan KJ dua malam dipatahkan dan berjaya disahkan bohong.
Dia bercakap ikut sedap keluar mulutnya kerana semata-mata nak tunjuk hebatnya dalam siaran langsung yang disiarkan.
Pada malam tersebut KJ berjaya dedahkan pembohongan Rafizi Lembu berhubung pendidikan percuma di Turki. 
Semalam pula ramai kawan-kawan kita yang berjaya bongkarkan satu persatu pembohongan dalam hujah Rafizi Lembu.
Rafizi Lembu ingat semua orang boleh dibodohkan seperti lembu-lembu PKR yang sering dibodohkan tuan-tuannya. Tidak.....jangan pandang kami sebelah mata. Kami mampu cari fakta yang sebenar dengan pantas menggunakan teknologi maklumat yang wujud hari ini.
Yang penting kami tidak sebodoh lembu-lembu PKR....Dah terang-terang dalam video pun ada lagi yang masih percaya itu bukan tuan mereka.
Saya tidak tahu selepas ini samada masih ada penganjur yang hendak menjemput Rafizi Lembu atau tidak untuk program-program yang lain.
Lagi pembohongan Rafizi Lembu dibongkarkan. 

Rakyat Dah Muak Dengan Cerita Seks - Cepatlah PRU!


Bila nak PRU ni? Makin lama makin sesak kepala dibuatnya. Makin lama pending, makin Nampak perpecahan rakyat Malaysia ni terutama orang Melayu. Aku tak tahu lah sama ada orang melayu jer yang berpolitik atau sememangnya orang melayu jer yang LEBIH LEBIH berpolitik ni. 

Aku ada ramai sahabat daripada rakan rakan di sebelah PR. Bila tengok mereka menulis dalam facebook ker, twitter ke, blog ker atau pun sekadar sembang sembang santai, masing masing akan tegakkan pendirian masing masing walau pun ada kalanya pendirian tu dah terang terang salah. Fanatik tahap mega giler babi punye, tak kira lah belah PR apa lagi yang belah BN.

Jadi sila lah Tok Jib segerakan PRU ni, dah tak tertanggung rasanya hari hari nak nyembang politik. Harga barang tetap naik jugak, kos hidup tetap jugak makin tinggi. Sekarang semua orang sibuk cerita pasal BERSIH lah, pasal NKP Kampar yang flip flop tu lah, pasal video vodeo porno pemimpin pembangkang lah, yang latest dan di tunggu tunggu sekarang pasal video Nurul Izzah pulak, macam semua hidup ini di selubungi seks dan porno jer. Sampai lupe kita pada kos sara hidup yang dah melambung lambung tingginya sekarang. Lupa pada peluang peluang pekerjaan yang semakin tak ada sekarang ni. Banyak lah aspek kehidupan lain yang kita lupa lantaran sibuk berpolitik.

Jadi, Dato’ Seri Najib, tolong cepatkan PRU dan lepas tu parti Pemerintah sila lihat dan selesaiikan masalah rakyat yang bertimpa timpa ni. Rakyat takkan kenyang dan senang dengan hanya memamah berita dan isu politik setiap hari. Muak dah!

Monday, May 21, 2012

Zamhuri - Sampah, Tempatnya di Tong Sampah!


Sampah sarap tempatnya di tong sampah jugak lah. Itu jer lah yang aku boleh komen tentang Naib Ketua Pemuda UMNO Kampar yang telah mengistiharkan diri dan ahli ahlinya untuk keluar parti. Fenomena yang mendapat perhatian umum tak kira disebelah Kerajaan mahu pun sebelah Pembangkang. Laju jer YB Nizar datang amik kredit daripada peristiwa tu. Biasalah, orang politik ni sentiasa menghidu ruang dan peluang. 

Tapi Nampak sangat si bahlol tu keluar bukan kerana UMNO tu dah tak relevan, tetapi sebab dia tak dapat projek. Dia bertahan selama 27 tahun dalam parti dengan segala kemudahan dan ruang perniagaan. Tapi bila hati dah gelap, dan rasa tamak menguasai diri, dia tak dapat terima bila mana ruang dan peluang tu bukan milik dia lagi. Logik lah, takkan balik balik nak kat kau jer. Orang lain pun nak cari makan jugak. Tak reti nak bersyukur dia ni. Ni sepsis Mamak Kadir tu jugak, yang bila tembolok tak boleh nak kenyang, cepat jer melompatnya dengan harapan aka nada lah bergunung gunung harta Ahmad Albab datang mencurah curah kat pale hotak dia orang.

Dan yang paling penting, yang tak bantu dia tu bukan UMNO tapi Penjawat Awam. Dia bermasalah dengan Pejabat Tanah, bukan dengan UMNO. Tapi yang dia burukkan nama UMNO. Puiiiii!!! Bodoh punya bangkai. Penjawat Awam ni berkecuali, takde UMNO takde PR nye. Mereka terikat dengan terma terma serta pekeliling selaku penjawat awam. Tentulah ada batas dan hadnya. Ini lah sikap orang yang merosakkan. Semua dia nak main langgar aje. Sekurang kurangnya situasi ini membuktikan bahawa kuasa politik tidak akan dapat mengatasi tatacara perolehan dalam sektor awam. Ko ingat ko tu NKP Kampar, kuat sangat ke? Puiiiiiiiii!!!!

Thursday, May 17, 2012

Opah Hang Lah!!

Gambar Hiasan.
Menurut buku yang ditulis oleh R.O. Windstedt nama Pahang pada mulanya ialah Inderapura. Pada suatu ketika Raja negeri Inderapura Makmur Shahbana ketika itu berhasrat menukar nama Inderapura Makmur Shahbana kepada suatu nama yang ringkas dan sedap di dengar. Beliau meminta Bendahara mencadangkan kepada rakyat jelata bahawa beliau akan memberi seuncang emas dan sepersalinan pakaian baru kepada sesiapa yang dapat memberi nama baru yang menarik. Beliau memberi tempoh selama tiga hari untuk orang ramai tampil ke istana mencuba nasib. Pada hari pertama tidak ramai yang datang ke istana. Kalau ada pun seorang dua. Raja Inderapura pula tidak berkenan. Masuk hari kedua jumlah yang datang berkali-kali ganda dari hari pertama namun semua tidak mendapat tempat di hati raja. Pada hari ke tiga datanglah dua orang sahabat karib ke istana ketika hari masih pagi benar. Ketika ditanya apakah nama yang hendak mereka berikan, kedua mereka berlumba-lumba bersuara.

“Hamba cadangkan nama Karma Sari.”
“Hamba pula cadangkan Margapura.”
“Karma Sari lebih molek.”
“Molek lagi Margapura.”
“Pilihlah Karma Sari!”
“Margapura!”
“Karma Sari!”
“Margapura!”
“Karma Sari molek!”
“Molek lagi Margapura!”
“Tengkorak hang!”
“Opah hang!”
“Opah hang!”

“Sudah! Sudah!” Tiba-tiba raja Inderapura mencelah,”Dalam banyak-banyak nama yang kamu sebutkan tadi, Beta amat tertarik dengan nama yang terakir kamu berdua berikan tadi, apa tadi… haaa? Opahang! Ya… opahang! Pahang sedap nama tu mulai hari ini beta namakan negeri ini dengan nama baru iaitu Pahang.” Demikianlah kisahnya.

Ashamsuri : Hehehehe..Opah Hang lahhhh..banyak lagi idea lain kalau nak bagi nama negeri ke, nak luahkan rasa tak puas hati ke atau pun kalau untuk mencari ilham PRU ke..apa apa aje lah..asalkan dalam catatan sejarah, kita tak nampak banggang..

Tuesday, May 15, 2012

7 Sebab Umno BN Sudah Tak Layak Perintah Negara - Ini Jawapan saya


Aku dapat artikel ini dari sini.Aku nak jawap jugak dari sudut pandang aku. Pasal deme ni memandai mandai jer, semua yang BN buat salah dan semua yang PR buat tu betul. Tahap fanatik dah melebihi segala galanya. Kita bukan maksum pun atas dunia ni. Semua orang buat silap, cuma kesilapan BN tu lebih sedikit daripada PR dan kebaikan BN tu pulak lebih banyak daripada kebaikan PR. So, yang terbaik tentulah lebih sesuai memerintah negara hahaha..

Monday, May 14, 2012

BERSIH 3.0 memang idea jahat Anwar

Dari awal lagi aku dah cakap bahawa Bersih 3.0 ni platform PKR untuk tunjuk jaguhan..gunakan NGO tu sebagai wayang je. Anwar cuba nak jadikan Malaysia mcm negara negara luar yang mengamalkan pendekatan demonstrant jalanan.

Cuma bagi mereka yang terlalu fanatik, memang takkan jadi apa pun walau macam mana atau apa pun alasan dan kenyataan yang kita beri. Taksub dan fanatik yang melampau mengaburi mata dan otak dia orang. Atleast, aku respek kat beberapa bloggers yang pro PR tapi still tak menyokong membuta tuli. Yang salah tetap salah..Korang leh baca kat sini, sini dan sini.. Fikir fikirkan lah..

Anwar Ibrahim Pernah Merayu Kepada Pak Lah Nak Masuk UMNO Semula..!

Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor secara terbuka mengakui sanggup bersumpah bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah merayu kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi agar membawanya masuk ke dalam UMNO semula.

Ahli Dewan Negara tersebut berkata, perkara itu berlaku seminggu sebelum Abdullah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Katanya, tindakan mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri tersebut adalah usaha terakhirnya untuk menggagalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada terus memegang tampuk kerajaan di negara ini. Selanjutnya DI SINI

ASHAMSURI: kadang kadang dah terasa seperti BN melawan Anwar seorang je..Komponen dan Tokoh lain dalam PR macam tak ada fungsi. Itu satu hal, dalam erti kata lain mmg Anwar ini dilihat tokoh dan aset kepada PR. Dia ada karisma untuk mengalih pandangan umum agar dia di lihat sebagai ikon yang paling sesuai dan ideal serta ter'best' lah untuk menerajui negara ini.

Namun dalam masa yang sama UMNO serta BN jangan leka dan abaikan lain lain tokoh yang ada dalam PR tu. Silent Killer ada di mana mana. dan kita kena sentiasa berjaga - jaga. Jangan kerana tertumpu kepada seorang aje, maka tiba tiba akan ada super sub lain yg merobek robek gawang kita nanti. Politik semasa PRU ibarat macam main bola sepak. Srategi kena betul, namun harus diingat bola ( undi ) itu bulat. Apa apa boleh jadi. Man. City jadi juara EPL tahun ni dalam tempoh 5 minit masa kecederaan yang terahkir je. Amik tu sebagai iktibar. Banyakkan perangkap offsaid hehehe..

Sunday, May 13, 2012

PETUNJUK SUDAH JELAS!!! Bubar parlimen minggu depan. Kita sudah bersedia!!

SHAH ALAM - Selepas spekulasi lebih setahun, mengambil kira ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan ulang tahun Umno ke-66 kelmarin, teka-teki terbaru menyebut Perdana Menteri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, esok, untuk mendapatkan perkenan membubarkan Parlimen.
Malah, laporan-laporan blog dan SMS disebar luas mengatakan Parlimen akan dibubarkan Selasa ini manakala penamaan calon akan berlangsung pada 26 Mei dan diikuti dengan tarikh pengundian pada 9 Jun - dengan tempoh berkempen selama 14 hari.
Ramalan itu turut mengambil kira cuti sekolah dua minggu bermula 28 Mei.
“Berdasarkan maklumat yang saya terima, Perdana Menteri akan bubar Parlimen Isnin,” kata seorang pemimpin kanan parti komponen kepada Sinar Harian, semalam.
“Nampak gaya Perdana Menteri lebih yakin ekoran sambutan diberikan oleh ahli-ahli Umno,” katanya lagi.
Ketika ditanya Najib akan berada di United Kingdom dan Amerika Syarikat untuk menghadiri majlis konvokesyen dan kemudian bercuti, pemimpin itu menambah, “itu satu rutin, ini perkara lebih penting.”
Apabila diajukan soalan yang sama, Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional di Parlimen, Datuk Bung Moktar Radin berkata, pihaknya kini berada di paras “cukup bersedia” untuk menghadapi PRU13.
“Saya tidak terkejut jika Parlimen dibubarkan minggu depan, apa pun keputusan akhir di tangan PM,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan.
Beliau yang turut menghadiri sambutan ulang tahun ke-66 di Stadium Nasional Bukit Jalil berkata, mesej perhimpunan kali ini menunjukkan “pilihan raya sudah semakin dekat.”
“Memang pilihan raya sudah dekat. Hanya tunggu untuk mendengar semboyan PRU,” katanya lagi.
Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian berkata, “berdasarkan apa yang saya dapat lihat semalam, nampaknya Umno kini sudah bersedia.”
Ibrahim juga berkata beliau tidak hairan jika Najib, selaku Pengerusi BN memutuskan untuk membubarkan Parlimen minggu ini.
Penganalisis politik Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian yang seiring dengan pandangan beliau pula berkata: “PRU13 akan diadakan sebelum Ramadan... awal bulan Jun.”
Bagaimanapun Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar melihat mesej bahawa Najib akan menghadap Agong “hanya satu gurauan”.
“Apapun gurauan ini juga boleh menjadi realiti (diadakan PRU13 lebih awal), apapun boleh terjadi,” kata pemimpin dari Sarawak itu.
Menurut Wan Junaidi, selepas menyelesaikan siri isu dan masalah, Najib mempunyai satu lagi perkara penting untuk ditangani iaitu projek nadir bumi Lynas di Pahang.
“Saya fikir Najib mahu menyelesaikan kesemua masalah yang ada dengan baik. Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen hanya akan membentangkan laporan pada awal Julai ini... jadi, saya fikir paling cepat pun awal pada Julai sebelum Ramadan atau selepas Aidilfitri, sekitar September,” kata beliau. 

Sumber : DI SINI

ASHAMSURI : bagi aku tarikh PRU ni bukan lah sesuatu yang penting pun untuk diteka. Esok, lusa atau bila - bila pun DS Najib umumkan, kita telah lama bersedia. Waima lau kejap lagi pun dibubar, kita jentera semua telah siap siaga. Mereka yang ternanti - nanti adalah mereka - mereka yang tidak lagi bersedia. Apa pun, dan bila pun, PRU 13 tetap milik BN. InsyaAllah..

Friday, May 11, 2012

Hepi Birthday My Dear

Selamat Ulang Tahun UMNO yang ke 66. Biarlah orang nak kata apa pun, aku tetap akan bersama demi perjuangkan nasib bangsa aku. Sekarang dah ramai tak bangga jadi melayu, biarkan lah mereka. Di negara demokrasi ni setiap orang bebas bersuara, dan suara aku di pentas UMNO..Hidup UMNO! Putrajaya tetap kita yang punya! Itu realiti! Biarkan yang lain lain kekal dengan mimpi!!

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, May 8, 2012

PM UMUM DURIAN RUNTUH RM1.68 BILLION


Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini mengumumkan durian runtuh berjumlah RM1.689 bilion untuk diagihkan kepada lebih 112,000 peneroka Felda di seluruh negara.

Durian runtuh itu dibahagikan kepada tiga fasa, iaitu Fasa 1 kepada ketua keluarga peneroka sebanyak RM5,000, Fasa 11 kepada isteri peneroka RM5,000 dan Fasa 111 kepada anak generasi kedua peneroka juga RN5,000.

Selain itu, Dato' Seri Najib juga mengumumkan apa yang disifatkannya 'durian gugur' berupa tabung saham amanah yang akan membolehkan keluarga peneroka Felda menerima dividen.

Setiap peneroka juga akan mendapat pink-form bagi penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.

Kakitaangan Felda dari pelbagai jawatan juga mendapat habuan berupa bonus tambahan iaitu dua setengah bulan gaji.

Pengumuman Perdana Menteri itu benar-benar menggembirakan warga Felda, bukan sahaja di kalangan peneroka, malahan isteri mereka, anak-anak generasi kedua serta kakitangan yang bertugas dengan Felda.

Beliau mengumumkannya dalam majlis sejahtera peneroka bersama Perdana Menteri di Felda Jengka 8, Pahang sebentar tadi yang dihadiri oleh lebih 40,000 warga peneroka dari seluruh negara.

sumber : di SINI

AKU: tak kira lah sama ada penyokong BN atau penyokong PR yang menjadi peneroka Felda, semua akan rasa. Semua dapat apa yang mereka patut dapat. Harap DS Najib akan lihat juga di lain2 skim tanah rancangan seperti Felcra dan selanjutnya lah..

Sunday, May 6, 2012

Mak Azmin sayang bangat kat anaknye..

amik masa sedikit..8 minit jer..dengarlah keluhan hati seorang ibu..sejahat mana pun kita, kurang2 hargailah jasa seorang ibu. yang melahirkan dan mendidik kita selama ini. Jangan kata ini konspirasi, coz aku masih percaya pada konsep kasih sayang seorang ibu. jika akhlak kita bagus, sayang mak kita, seorang ibu takkan tergamak jual maruah anaknye walau berapa pun harga yang ditawarkan..fikir fikirkan lah.. tak salah berpolitik, tapi bila sebagai pengikut kita mengambil pendekatan taksub yg melampau, yang itu salah..



Friday, May 4, 2012

Usik Tok Jib skit..

Dalam dok belek belek layan youtube hari ni, aku terjumpa lah video klip ni. maybe dah ramai orang tengok sebelum ni, tapi takpelah aku nak post jugak pasal dalam sinis tu ada nasihat. ia mencuit hati.


DS Najib jangan marah ye..amik itu sebagai cabaran. Tunjukkan yang dibawah pemerintahan DS, akan jauh lebih berjaya. Tun Mahathir dah letakkan indikator yang tinggi..Harap DS Najib boleh buat lebih baik ataupun sekurang kurangnya sama hasil dan kualiti.


DS Najib tak marah ke kita hihihi..

Wednesday, May 2, 2012

PESAN LEE KUAN YEW - SEBELUM SAYA MATI SAYA MAHU MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA WALAUPUN 1 MINIT

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM

PM pertama Kristian

Anak-anak Melayu sibuk dengan demo dan bantah. Berkorban melakukan sesuatu yang bukan sahaja sia-sia bahkan akan meranapkan apa yang mereka sendiri harapkan. Ada rahsia besar yang tidak mereka ketahui. Jika mereka mengetahuinya, pasti mereka tidak melakukan kerja bodoh dan gila ini. Bukan sahaja bangsa mereka akan hancur, malah agama Islam juga ikut musnah.

Perancangan telah diatur kemas dan sedang berjalan dengan baik. PRU 13 adalah landasan mula pelaksanaan Pancangan Kristianisasi Malaysia yang pastinya akan membuahkan kejayaan menjelang PRU 14 nanti. 
Biarpun kalah dalam PRU kali ini, mereka akan meneruskan momentum pertentangan rakyat kepada UMNO sebagai pemerintah Melayu Islam. Tidaklah menjadi rahsia lagi sekarang bahawa jika benar wujud rancangan tersebut, sudah tentu dengan bantuan pakar dari para pelobi antarabangsa.
PESAN LEE KUAN YEW KEPADA DR. CHAN MEN HIN - SEBELUM SAYA MATI SAYA MAHU MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA WALAUPUN 1 MINIT


ASHAMSURI: tiada istilah angkuh atau besar kepala, kesedaran kena ada. jangan dah terhantuk baru nak tergadah. Jika betul kita berjuang untuk pertahankan Islam, pertahankan bangsa Melayu dan pertahankan kuasa politik Melayu di negara ini, ketepikan sentimen politik yang bodoh dan memualkan.

Jangan jual agama dan bangsa atas paksi politik. Kelak esok tergadai segalanya dan kita berputih mata. Beringat sebelum terlewat. Jangan berkeringat selepas terliwat..itu beda kata Ahmad Dhani hahaha...

Tuesday, May 1, 2012

Taiping Mali: WOW! HEBAT DIA NOOOOO

Taiping Mali: WOW! HEBAT DIA NOOOOO

Muka macam Azmin..Gaya macam Azmin cuma perempuan tu tak nampak mcm Shamsidar lak..kenapa ek? ni mesti gambar superimpose ni hak hak hak..gambar menceritakan sejuta makna..betul atau idak, masing masing nilaikan lah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...