Wednesday, June 27, 2012

MB Perlis, Mohd Isa Sabu Menipu, Ijazah PHD Milik Beliau Sebenarnya PALSU?

KANGAR: Seorang ahli Pemuda Umno Arau membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Mohd Isa Sabu mengenai status ijazah doktor falsafah (Phd) beliau.
Syed Atif Syed Abu Bakar yang juga Ketua Pemuda Umno cawangan Bandar Arau membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar tengah hari tadi.
“Menteri Besar telah menggunakan gelaran itu dalam dokumen dan majlis rasmi kerajaan negeri dipercayai diperolehi dari sebuah institusi pengajian tinggi yang tidak mendapat tauliah atau akreditasi daripada agensi pemberi tauliah yang diamanahkan oleh kerajaan Malaysia mahupun kerajaan Amerika Syarikat.

Tuesday, June 26, 2012

Gambar Gendang Perang! Kah Kah Kah...


Gambar ni aku cilok dari satu member blogger..ntah kenapa dalam banyak2 yang dia post, gambar ni yang paling menarik sekali..sama ada sebab keyakinan DS Najb atau lebih yakinnya DS Hishamuddin hahaha..tapi kalau di buat skrip, mcm2 ayat boleh dimasukkan..hahahaha..

Najib : we are confident winning 14 - 0 in GE13..
Hishamuddin : Hahahahahaha..hahahahahaha..hahahahahaha..

kome pikior ler kenapa dia gelak kuat..sama ada benar2 yakin, atau sebab dia geli hati dengar Najib beretorik lagi..coz yang mcm nak mati buat kerja sekarang ni cume Najib dengan Muhyiddin jer..yang lain lain aku tengok, aper pun tak boleh..

Sunday, June 24, 2012

England vs Italy

Go Go Go England..support lu beb..dah rasmi rakyat Malaysia yg mmg jauh lebih giler sokong negara atau team luar berbanding pasukan negara sendiri.

Jadi aku pun xmau ketinggalan lah menjadi sebahagian drpd statistik tersebut. Ada juga kawan yg banggang mengatakan sokong England mcm sokong Malaysia jugak pasal mereka pernah menjadi sebahagian drpd sejarah negara kita. Entah lah..persepsi masing masing..tp aku sokong England mlm ni..Go Go Go England..


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, June 20, 2012

PRU 13 dah dekat. Nama nama calon dah dikenal pasti..


PRU dah dekat woiii..nama nama bakal calon pun dah submit..ishhh..berdebar debar lak aku menunggu PRU ni..aku confident yang BN masih lagi akan menjadi teraju utama negara selepas PRU ke13 ni. Namun over confident jugak boleh menyebabkan sesebuah pasukan/batolion atau parti tu menyembah bumi.

Kira amcam nasib Holland lah, datang EURO dengan reputasi tinggi, alih alih balik dengan tangan kosong. Jangan katakana nak menang game, points pun tak dapat hak hak hak..Dan atas dasar itulah jugak aku harap DS Najib jangan terlalu over confident dengan memutuskan calon yang bukan bukan untuk PRU ni atau kita akan berputih mata.

Secara peribadi atas pemantauan aku akhir akhir ini, PR juga dilihat kuat. Teori Daim tu kena jugak diambik kira. Semua pertimbangan dan keputusan perlu secara kolektif dan holistik. Jangan asyik nak pikirkan kroni dan juak juak penjilat tegar aje. 

Kalau semua nasihat, pandangan dan suara akar umbi tak diambil kira, kita boleh bersiap siaga sebagai barisan pembangkang tegar dalam Parlimen selepas ini. Selamat Maju Jaya BN dalam PRU 13 ini. Gendang dah bunyi, tinggal tunggu semboyan perang jer ni. Dekatttttttt dah sangat sangat rasanye tu…

Monday, June 18, 2012

Didenda RM4,500 Kerana Buang Air Kecil Di Tandas Wanita


KUALA LUMPUR: Percutian seorang pelancong Singapura menjadi sia-sia apabila dia dikenakan denda berjumlah RM4,5000 kerana masuk dan membuang air kecil di tandas wanita.

Ong Lek Lim, 51, mengaku bersalah kerana mencabul kehormatan seorang perundingan pengembaraan dengan membuang air kecil di kubikel tandas yang sedang digunakan wanita di tandas itu.

Lelaki itu turut mengaku terhadap tuduhan menceroboh masuk ke tandas di tingkat 11 di bangunan Amoda di Jalan Bukit Bintang pada pukul 3 petang pada 13 Jun.

Ong, yang tidak diwakili oleh sesiapa, memohon supaya pertuduhan itu dibacakan dalam bahasa Mandarin.

Difahamkan, mangsa itu menyedari dirinya diintip oleh Ong, dan menghalau lelaki itu keluar dari tandas tersebut.

Dengan bantuan seorang majikan, telah menahannya dan dibawa kepada pegawai keselamatan bangunan itu.

Ong membuat rayuan dan berkata, dia memohon maaf terhadap tindakannya dan berjanji untuk tidak akan melakukan perkara itu lagi.

Majistret, Siti Shakirah Mohtaruddin mengenakan denda RM4,500 untuk kedua-dua pertuduhan.

Sumber: MStar

ASHAMSURI: ni lah perangai buruk warga Singapore ni..aku mmg berbulu je orang2 Singapore ni yang sentiasa perasan bagus. Tapi still gak ada puak - puak dalam Malaysia ni yang berkiblatkan mangkuk hayun di Singapura ni. Hairan akau bila mereka boleh bandingkan sitem pentadbiran negara kita dengan negara bongok ni. Bagi aku, Singapura sentiasa berniat busuk dan berusaha untuk mengencing Malaysia. Dan perangai babi sekor ni membuktikan lagi perangai buruk rakyat mereka terhadap rakyat negara kita..Puiiiiii..

Friday, June 15, 2012

TAZKIRAH JUMAAT - PESANAN IMAM AL-GHAZALI

Sesekali kena ubah haluan penulisan. Mana artikel atau source yang baik perlu dijadikan panduan dalam hidup ini. Pasal kita hidup idak menongkat dunia. Jadi aku share kan artikel ini untuk panduan kita semua. Hati yang iklas mudah menerima ilmu, tetapi hati yang gelap, kita mohon agar Allah SWT permudahkan..InsyaAllah..

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali bertanya:

1 – Pertama, “Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”.

Wednesday, June 13, 2012

Tugas Tugas Wakil Rakyat Malaysia


Seorang kenalan aku yang bergelar Datuk Prof. Madya memberi pandangan. Dah banyak negara luar yang dia dah pergi, katanya tugas Wakil2 Rakyat: Jika di negara maju spt USA, Australia, UK...bahkan di China..Wakil2 Rakyat adalah Pembuat Polisi (Policy Makers). Mereka berbahas, menganalisa, mengkritik serta memberi idea dan cadangan2 dalan Parlimen atau lain2 Dewan Perwakilan mengenai polisi2 kerajaan dan negara. Mereka juga boleh mengemukakan kertas2 cadangan mereka sendiri. Itu kata dia lah, aku tak tau lah betul atau idak pasal aku tak pernah ke luar negeri malah kaunter Imegresen untuk cop passport pun aku tak kenal. Kaunter post office tau lah aku hehehehe..

Itu di negara luar Datuk. Di Malaysia ini, tugas wakil rakyat adalah berbeza. Tugas mereka ialah menghadiri majlis majlis kenduri khawin, merasmikan Mesyuarat PIBG sekolah, menempek pada program – program KEMAS, Penerangan dan sebagainya untuk tingkatkan political millage, ermm maybe sedikit masa untuk bermain golf, ke Danok oppss..mungkin juga tempat2 lain hehehe..menunjukkan muka bila pemimpin utama turun ke kawasan, jika idak, haram nak nampak. 

Tuesday, June 12, 2012

Beranikah DS Najib Memutuskan Calon Boleh Menang?


Kira – kira dan congak umum mengenai tarikh sebenar PRU13 makin hari dah makin kuat diceritakan. Tapi dalam menentukan tarikh tersebut, perkara yang jauh lebih penting adalah penentuan calon boleh menang, atau dalam bahasa penjajahnya ‘winnable candidate’. Soalnya sekarang ini, ada banyak kerusi yang jika masih lagi diletakkan calon – calon berdasarkan hierarki dalam parti mahupun kuota pembahagian kerusi yang dilihat semakin hari semakin tidak relevan.

Ada sesetengah tempat Ketua Bahagian bukan calon yang popular didalam masyarakat. Popular dalam UMNO bukan semestinya akan popular juga dalam masyarakat. Lupakan seketika hal UMNO, kerana aku melihat walaupun ada calon – calon mengikut ranking dalam UMNO yang tidak sesuai sebagai calon PRU, tetapi gerak kerja UMNO dalam mendekati masyarakat sentiasa bergerak dan berjalan.

Soalnye sekarang ini, calon – calon dari pari komponen. Jika kita masih lagi mengguna pakai system kuota ini, alamatnya adalah antara kerusi – kerusi yang akan kalah mudah sebelum hari pertandingan. Perkara ini DS Najib tahu, dan aku rasa kepimpinan parti komponen juga tahu, masalahanya adakah mereka bersedia mengorbankan kerusi dan kuota masing – masing untuk kepentingan BN secara kolektif? Ada antara mereka yang setuju untuk korbankan kerusi tapi dengan kaedah swapping. Korban secara percuma atas nama perjuangan dan permuafakatan, haram lah jawapnya.

Bersediakah Najib mengunakan kuasa veto sebagai PM dan Pengerusi BN? Dan bersediakah juga Najib mengenepikan nama – nama besar dan rakan taulan yang sentiasa berada disekeliling beliau lebih – lebih lagi mereka – mereka itu sedang hangat melobi diri sebagai calon? Ini penyakit kepimpinan dari dahulu. Lobi jadi calon sepatutnya dengan menunjukkan muka dalam kawasan bersama rakyat, bukan menunjukkan muka kepada PM.

Kalau nak terus berkuasa, perlu lah ada keiklasan dan pengorbanan kali ini. Jangan ada unsur sabotaj dan iri hati. Inilah masanye untuk membuktikan keiklasan dan mengutamakan parti. Jika nak berbakti kepada masyarakat ni, tak perlu jadi YB pun boleh jugak tabur bakti. Apa ada hal maaaa…

Lainlah kalau dah pasang niat nak jadi YB coz nak jadi jutawan, bab tu yang payah nak cakap hehehe..

Tuesday, June 5, 2012

Zaman Hippies dan pesta woodstock kembali semula

hippies and woodstock


Mislina Mustaffa wanita gelandangan yang tiba-tiba meletup namanya selepas menyertai demo PTPTN bersama mahsewel ini mengakui beliau sudah 5 bulan hidup tanpa rumah, berbekalkan 4 helai pakaian dan sebuah notebook beliau merayau bagaikan hippies pada zaman woodstock 1969 dahulu.

Selanjutnya di TAIPING MALI

Monday, June 4, 2012

Apa Mau Risau Kalau BN Benar Benar Kuat?!


Apa Mau Takut?
Ramai orang dari peringkat orang awam ke para bloggers Pro BN dan dah sampai ke tahap TPM, semua dok berkira hitung berapa ramai jumlah kehadiran penyokong PAS ke Kedah untuk Perhimpunan Hijau mereka tu. Adatlah kalau pro PR gembar gemburkan kehadiran ramai ahli mereka coz mereka nak tunjukkan kekuatan dan perpaduan mereka. Yang kita dok sibuk sibuk bilang tu buat apa..

Kita buat aje kerja kita, dari sibuk bilang kehadiran jumlah mereka, baguslah kita bilang berapa ramai lagi rakyat yang tak cukup makan, yang kurang terima bantuan, prasarana belum sempurna, rumah terbakar, kematian, bencana alam, eksiden drag race oppsss eksiden jalan raya dan macam macam lagi.

Kita tak perlu risau kekuatan orang lain sekiranya kita lebih kuat dan kita dah buat semua tanggungjawap kita sebagai pemerintah terhadap sekalian rakyat yang diperintah. Pengundi hari ini telah semakin bijak, mereka mengundi berdasarkan calon yang bersih dan boleh diharap. Istilah BN letak tunggul pakai songkok, dah tak relevan dengan senario politik hari ini. 

Maka, lupakan berapa jumlah kehadiran mereka, lupakan juga mekanisme bagaimana mereka himpunkan semua penyokong mereka, tapi kita perlu consensus serta istiqamah dalam usaha beri servis dan nilai yang jauh lebih baik kepada rakyat. 

Hari mengundi ibarat macam orang pergi market la. Ada 2 jenis buah betik. Satu bagus dan satu lagi lebih bagus. Maka mereka pasti akan pilih yang lebih bagus tu. Orang giler jer beli pilihan kedua. Lantakkan kekuatan mereka sekiranya kita benar2 kuat dan telah bersedia. Itu janji semua penyokong saat berhimpun Lautan Merah di Stadium depan DS Najib hari tu kan..so, BUKTIKANLAH KEKUATAN SEBENAR KITA!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...