Tuesday, April 30, 2013

Selamat Mengundi Awal! Justifikasinya...

Hari ini satu daripada pembaharuan SPR dilaksanakan iaitu Hari Undi Awal bagi warga polis dan tentera suami isteri. Bagi yang kurang 50 orang 1 saluran akan ditutup pada jam 2 petang dan saluran yang lebih akan ditutup pada jam 7 malam.

Kertas kertas undi ini akan dimateri sebelum dibawa ke balai polis untuk dikuarantinkan sebelum dikira pada hari penjumlahan undi 5 Mei nanti jam 4 petang. Proses pengundian pun tiada yang pelik pelik. Ia sama seperti undi biasa cuma diawalkan atas sebab petugas petugas tersebut.akan bertugas pada hari pengundian dan menambah baik sistem undi pos yang selama ini dikecam hebat oleh PR melalui agen Bersih mereka.

Ada juga yang bertanya apa justifikasinya pengiraan dilakukan pada 5 Mei dan bukan pada hari ini. Macam macam la spekulasi kononnya pihak polis akan ubah keputusan sebelum hari penjumlahan. Itu semua fitnah dan dakyah. Wakil parti/calon dibenarkan untuk memerhati peti undi tersebut setiap saat sehingga hari penjumlahan, so apa ada masalah.

Selain daripada itu, jika awal dikira keputusan undi awal boleh dijadikan bahan kempen bagi pihak pihak yang berkepentingan. Itu antara rasional kenapa perlu dikira pada hari besarnya. Baru.lah ada suspen sikit hehe..

Selamat Mengundi.
UNDILAH DENGAN BIJAK.

Sent by Samsung Galaxy Note

Tuesday, April 23, 2013

ANAK GADIS MEMBELI AYAHNYA SENDIRI! KUASA DUIT!


Dalam musim pilihanraya ini, macam macam perkara boleh berlaku dan kadang kadang di luar kewarasan dan penerimaan akal fikiran kita. Situasi ini juga berlaku bila seorang anak gadis membeli ayahnya sendiri.

ANAK: "Ayah, boleh adik tanya satu soalan?"

AYAH: "Boleh, apa dia?"

ANAK: "Ayah, berapa gaji ayah sejam?"

AYAH: "Kenapa adik tanya?"

ANAK: "Saja adik nak tahu... Berapa ayah?"

AYAH: "Gaji ayah RM100 sejam"

ANAK: "Oh! (Sambil menundukkan kepala).

ANAK: "Ayah, boleh adik pinjam RM50?"


Ayah pun berasa geram...


AYAH: "Kalau alasan adik bertanya gaji ayah tadi hanya untuk meminjam duit untuk membeli mainan, lupakan saja. Fikirkan kelakuan adik...Kenapa adik mementingkan diri sangat? Ayah bekerja kuat untuk kita sekeluarga."

Adik pun masuk ke biliknya dengan perasaan sedih.
Ayah pula berasa sangat marah dengan kelakuan anaknya itu. Berani anaknya bertanya soalan sebegitu hanya untuk meminta duit?
Selang sejam kemudian, ayah pun kembali tenang, dan kembali berfikir dengan rasionalnya:
Mungkin adik betul-betul memerlukan duit RM50 tersebut dan lagipun bukan selalu juga adik meminta duit. Ayah pun pergi ke bilik anaknya itu...

AYAH: "Adik, adik dah tidur?"

ANAK: "Tidak ayah, masih bangun lagi ni".
AYAH: "Ayah telah berfikir, mungkin ayah terlalu tegas dengan adik tadi. Ayah sungguh penat di tempat kerja tadi sebab itu mood ayah tidak baik. Nah, ini duit RM50 yang adik minta..."

Adik pun berasa sangat gembira...
ANAK: "Oh, terima kasih ayah!"
Selepas itu, adik pun menyelak bantal tidurnya dan mengeluarkan beberapa helai wang kertas yang dikumpulnya. Ayah yang melihat adik sudahpun mempunyai duit, mulai berasa sangat marah. Adik pula dengan perlahannya menghitung jumlah duitnya...
AYAH: "Kenapa adik meminta lagi duit kalau adik sudah ada duit?"

ANAK: "Sebab duit adik tadi tak cukup, sekarang baru cukup..."

"Ayah, adik ada RM100 sekarang. Boleh adik membeli sejam dari masa ayah? Ayah pulanglah awal ke rumah esok. Adik teringin sangat nak makan malam dengan ayah..."
Si ayah pun berasa sangat terharu. Dia pun memeluk anak kecilnya itu dan meminta maaf.

Ini adalah peringatan untuk mereka yang bekerja sangat kuat di dalam hidup. Kita seharusnya tidak membiarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa menghabiskannya dengan orang yang penting dalam hidup kita; orang yang dekat di hati kita. Sentiasalah ingat bahawa apalah saja nilainya RM100 sejam tersebut kalau dibandingkan dengan nilai sejam bersama orang tersayang? Kalau kita meninggal esoknya, tempat kita bekerja dengan senangnya akan mencari pengganti kita. Tetapi, keluarga dan sahabat handai yang kita tinggalkan akan terasa kehilangan kita untuk seumur hidup. Dan kalau difikirkan lagi, kita memang sentiasa mendekatkan diri kita di tempat kerja berbanding dekat dengan keluarga kita.

Sesetengah perkara adalah lebih penting dari kerja...


Sumber : Facebook  


Ada sesetengah perkara walaupun ia nampak penting, namun ada yang lebih penting dalam segala gala yang penting itu. Ia perlu mengikut keutamaan. Penting dimata kita mungkin bukan begitu penting di mata mereka. Maka keserasian dan kesefahaman adalah dua perkara yang perlu seiring. Hargai lah sebelum kamu kehilangan untuk selamanya. Kehilangan itu amat menyakitkan.


61 Orang Penderhaka Parti! Kenali Mereka Mereka Ini.

Seramai 61 orang abli UMNO dipecat daripada keahlian ekoran tindakan berani mereka bertanding sebagai calon bebas dengan didahului oleh Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia.

Secara peribadi, aku melihat pemecatan ini sebagai satu langkah memperlihatkan tindakan tegas kepimpinan terhadap order atau arahan yang telah mereka keluarkan sebelum ini. Namun, bukan isu pemecatan yang hendak aku perkatakan, tetapi kerosakkan kepada strategi parti yang telah diolah dan dirangka sebelum hari penamaan calon.

Aku yakin, PM bukan suka suka letak sebarang nama, ia pasti diiringi dengan strategi dan rangka khusus untuk setiap kawasan DUN dan Parlimen demi melangsungkan hayat UMNO dan BN amnya. Dan bila ia ditikam dari kalangan ahli sendiri, maka tidak dinafikan akan berlaku gangguan dan pecah undi kepada calon BN sendiri.

Walaupun kebanyakan mereka ini jika ditakdirkan menang akan pro atau mesra BN, namun itu jika ditakdirkan menang. Jika ditakdirkan kalah dan kekalahan mereka turut mengheret sama kepada kekalahan ayam sabung BN di kawasan berkenaan, maka ia merupakan bala dan malapetaka kepada parti dan Barisan.

Apa yang perlu dilakukan sekarang ialah kerja kerja pemulihan dan pembaikan yang perlu dilakukan serta merta. Ini yang dikatakan sebagai Strategi Perhubungan Awam yang serta merta perlu diambil dan pendekatan keorganisasian harus disegerakan agar wabak dapat dibendung dan wadah sampai kepada golongan sasaran. 
Opppsss..satu lagi hal, mereka yang tak bertanding Bebas, tapi senyap senyap tarik hand brake dan sabotaj diam diam lagi parah bang. Yang ni pun jangan PM lepas pandang pulak. Gunting dalam lipatan ni yang lebih menyakitkan. Ia makan dalaaaaaammmmm..

Segera Bertindak!
Mereka yang dipecat adalah seperti senarai dibawah yang aku petik dari Jomo Online.
“Mereka ini dipanggil di bawah falsal 20.8 Perlembagaan UMNO dibaca bersama perkara 3 Tataetika Ahli UMNO berikutan gagal mengikut perintah-perintah Parti atau gagal menjalankan dasar-dasar parti.
Berikut adalah senarai nama anggota parti yang dipecat dari UMNO:
1. PARLIMEN KUALA KANGSAR – DATUK KAMILIA IBRAHIM (NAIB KETUA WANITA UMNO MALAYSIA)

Friday, April 19, 2013

LAGU TENTANG KEHILANGAN!

Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku

 
Ku merasa t’lah kehilangan
Cintamu yang tlah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada

 

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
 

Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

 
Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila 


Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita

Takkan ku sia-siakan kamu lagi




Thursday, April 18, 2013

Kamilia Mengamuk. Wanita UMNO Umum Boikot PRU 13?

Tindakan Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan pemimpin tertinggi Wanita Umno dan BN sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mengecewakan dan dianggap penghinaan kepada wanita, kata Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim.



Menurutnya, ia menunjukkan BN tidak beri pengiktirafan sewajarnya kepada pemimpin wanita yang berada dalam hierarki tertinggi organisasi wanita untuk bersama-sama saf kepimpinan parti bertanding pada PRU13.



Beliau, yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar berkata, beliau sebagai orang nombor dua dalam Pergerakan Wanita Umno dan BN sepatutnya diberikan peluang bertanding di Parlimen supaya dapat terlibat sebagai pembuat dasar dan keputusan politik.



“Tindakan kepimpinan BN memeranjatkan saya dan wanita lain. Saya kecewa kerana tidak ada pengiktirafan sewajarnya diberi kepada pemimpin Wanita Umno dan BN yang mewakili seluruh wanita Umno dan BN,” katanya kepada Sinar Harian.
Selanjutnya di Medan Info Kita

Ashamsuri : Sebagai seorang peguam, Datuk Kamilia patut faham terma 'winnable candidate'. Di situ pun sudah jelas menunjukkan calon boleh menang. Dia bukan seorang calon boleh menang. Memang tidak dinafikan beliau popular dikalangan wanita UMNO, harus di ingat PRU menuntut landskap yang lebih besar. Ia bukan sekadar mencakupi undi Wanita Wanita UMNO sahaja. Tidak dinafikan sumbangan wanita amat besar sebagai tulang belakang UMNO dan BN.

Beliau perlu realistik. Beliau menang Naib Ketua UMNO Pusat pun bukan melalui pertandingan undi. Menang kerana tiada pencabar. Mendesak DS Sharizat untuk bertempur dengan DS Rafidah dan beliau memperolehi ' red carpet' sebagai laluan di kerusi nombor dua parti. Kalau kira undi, belum tentu Datuk. Dan beliau pun tak popular di kawasan sendiri. Jarang turun padang. Orang pun tak kenal, kecuali orang UMNO la. Dari segi pengiktirafan, calon calon wanita ramai yang jadi calon, bukan semua ketua harus jadi calon. Chua Soi Lek pun tak jadi calon. Koh Tsu Koon pun sama, Wan Bro KP UMNO Perak pun tak tersenarai, malah ramai lagi lah. Ini kerana banyak penilaian dan saringan yang dilakukan. Muhasabah diri. Takkan kita nak ajar satu satu. Tanya diri sendiri, mampukah aku menang jika tersenarai sebagai calon. Jagoan tak semestinya di barisan hadapan Datuk. Jangan mudah dan cepat melatah.

Mungkin Datuk memikirkan boleh menang iaitu dengan MEMENANGKAN calon lawan la. 


Gunting Dalam Lipatan JPM. Najib Akan Tersungkur!

Ini adalah satu contoh terbaik gunting di dalam lipatan dan duri dalam daging. Jika dibiarkan berterusan daging akan menanah dan menjadi busuk. Berkhidmat paling hampir dengan Perdana Menteri iaitu di Jabatan Perdana Menteri tetapi menjadi dalang kepada Pakatan Haram.
Gaji yang diperolehi, bonus, elaun dan sebagainya yang datang dari poket kerajaan nampaknya langsung tidak dihargai oleh pemuda ini.  Apa lagi yang kurang?  Kenapa tidak bersyukur dengan rezeki yang diperolehi hasil berkhidmat dengan kerajaan kenapa tidak berhenti dan makanlah dari hasil yang diberikan oleh Pakatan Haram.
Kalau Jabatan macam nie pun boleh sokong #SpendaStoPAS macam mana pulak Jabatan Lain...
 
 
ASHAMSURI : Ali Hamsa..takkan diam jer kut? Omar Osman any komen? Pencacai macam ini yang disimpan buat apa? Dasar tak tahu berterima kasih. Tak respek pada istilah 'Government Of The Day'. 
 
Aku paham ini negara demokrasi dan mereka bebas memilihpemimpin kesukaan mereka. Namun pada masa yang sama, mereka juga sebagai pelaksana dasar dasar Kerajaan Semasa, dan dasar dasar yang baik tersebut takkan sampai matlamatnya kepada khalayak sasaran akibat daripada unsur unsur sabotaj barua barua yang macam ini lah.

Tuesday, April 16, 2013

Senarai Nama Calon-calon dari BN Perak untuk PRU13

P.054 : GERIK
DATO HASBULLAH OSMAN (Berpindah dari DUN Temengor ke Parlimen)
• Pemangku Ketua UMNO Bahagian
• Setiausaha Politik Kpd YAB Timbalan Perdana Menteri
• Bekas ADUN Temengor
• No. Tel : 019-5722800

N.01 : PENGKALAN HULU
AZNEL IBRAHIM (Muka Baru)
• Naib Ketua UMNO Bahagian
• No Tel : 019-4503737

N.02 : TEMENGOR
SALBIAH MOHAMED (Muka Baru)
• Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Perak
• No Tel : 019-565446

Friday, April 12, 2013

Kuasa Kangkang! Tersungkurnya Mustapha Ali!

Hebat Mustapha Ali. Hebat PAS. Hebat PKR. Hebat MCA. Hebat DAP. semua parti hebat. Senario politik Malaysia semakin merungsingkan dan kadang kala meloyakan. Jika satu atau dua kes, mungkin dapat lagi diterima akal ia merupakan konspirasi atau teknik lakon layar yang berkembang pesat kat Malaysia ni dengan bermacam macam kaedah lah ( aku bukan orang Filem, korang cari sendiri lah kaedah2 pengambaran yang ada ).

Tapi kalau udah berkali kali atau sudah malar terjadi, pelik jugakkan. Logiknya, orang orang yang berkuasa ini memang tak dapat dipisahkan dari beberapa IT yang ada iaitu duIT dan bu*IT. Maka muncullah berbondong bondong rakaman rakaman, printscreen, dan macam macam hal lagi lah yang majoritinya berbentuk porno. Mangsa terdiri daripada belbagai jenis pesen manusia. Dari yang ustad hingga lah yang murtad. Dari yang belajar tinggi hingga lah kepada yang tak berapa nak tinggi.

Situasi ini amat mengamamkan dan kepada calon calon yang berjaya jadi pemerintah selepas ini, jagalah tingkah laku. Hal dalam kain ni memang susah untuk dikawal, tapi korang pun dah besar, aku tak perlu nak ajar lebih lebih la. Amik la semua ini sebagai iktibar.

Kes Mustapha Ali ni aku tak nak komen panjang. Sama ada ia mangsa parti lawan atau parti sendiri, korang nilailah sendiri. Tapi yang pasti dia memang mangsa kepada BARANG SENDIRI hahahaha..Baca lah sendiri di SINI, SINI dan SINI

Moralnya, POLITIK SEMAKIN MENAKUTKAN. HAL DALAM KAIN KAMU SENANG SENANG TERBONGKAR. IA BUKAN HANYA MELIBATKAN KAMU, TAPI PASANGAN KAMU YANG ADA KALANYA BUKAN PUN ORANG POLITIK AKAN TERBABIT SAMA.

Mesti konsprirasi UMNO ni..Roti Kirai 1!!! hahaha



Thursday, April 11, 2013

Perempuan Berdada Besar Tak Semestinya Berjiwa Besar!

Teman nak tengok sangat minah dan mamat noe yang satu ketika pernah berkata UMNO tak perjuangkan orang melayu sebaliknya menindas bangsa melayu balik, malah keputusan medua-dua ekor nie pernah berkata hanya DAP sahaja yang sebenarnya perjuangkan Melayu
Dema nie pulak yang beriya benor dengan pemimpin DAP yang nampak benor gedeknya dicelah-celah kepala-kepala besor DAP, beriya sangat kononnya junjung Dap sebagai mentor, dan hari nie teman nak tengok sangat kat mana dia nak bertandinagnya, boleh ker dia dapat kerusi dun di kawasan yang selamat kerana tak kan dema tak kasi tempat pada melayu... 
Kita tunggu jer, kot di boleh dapat di N31 Jelapang, N32 Menglembu, N33 tronoh dan kawasan lain yang selamat kalau dah memang dema bagi peluang tekus untuk perjuangan Melayu, lagi pun bukan ramai pun setakat dia dan boyfriend dia jer pun, nak tanya jugak gerg di UITM tu hahahah.... Berapa pointer dan kerajaan tanggung ker?


Monday, April 8, 2013

SURAT WAN AZIZAH KEPADA MAHATHIR. WAJIP BACA ULASAN INI!

Misteri sama ada benar atau tidak Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pernah menulis surat setebal 18 muka surat kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menceritakan tabiat sebenar suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya terjawab. Ini berikutan buat pertama kalinya selepas 15 tahun menyimpan rahsia, Dr. Mahathir dalam temu bual eksklusif bersama Utusan Malaysia akhirnya mengakui memang benar Wan Azizah menghantar surat tersebut semasa Anwar masih bergelar Timbalan Perdana Menteri. Katanya, surat Wan Azizah itu terlalu peribadi dan beliau tidak berhasrat mendedahkan kandungannya kerana tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak selain menyifatkannya tidak lagi penting kerana sudah terlalu banyak tabiat Anwar didedahkan pengamal media alternatif.
 "Saya setakat boleh kata memang ada terima sahajalah. Surat yang diberi kepada saya secara sulit, jadi saya tidak boleh dedahkan kepada orang tetapi kita boleh lihat, tanpa surat itu pun bersih atau tidak bersih individu berkenaan. Jadi apa perlunya kita rujuk kepada surat yang sulit. "Dia (Wan Azizah) memang cuba nak pertahankan (Anwar) juga. Isteri ada kesetiaan kepada suami. Hendak buruk-burukkan itu tidaklah tetapi kecewa itu adalah. Lebih utama apa yang kita lihat (sekarang) bukan soal apa yang Wan Azizah kata," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Dr. Mahathir berkata demikian ketika diminta mengesahkan sama ada benar atau tidak Wan Azizah pernah menyerahkan surat rahsia setebal 18 muka surat menceritakan mengenai kisah sebenar suaminya dengan harapan bekas Perdana Menteri itu boleh membantu.
 

Thursday, April 4, 2013

Lim Kit SIANG udah ke Lim Kit MALAM!


Jom Ubah..daripada Lim Kit Siang udah boleh dikatakan hingga ke Malam, balik balik muka dia..bapak lama nak bertahannya. Aje handey deme ni..orang lain bersilih ganti, DAP ni balik balik muka itu le..

 

Manifesto is not a Promise!

A manifesto is indeed not a promise. Difinitely no. It is purely 'a written statement declaring publicly the intentions, motives, or views of its issuer' ( Merriam - Webster ).

Sent by Samsung Galaxy Note

Wednesday, April 3, 2013

Parlimen Bubar 3 April 2013

Akhirnya perkara yang menjadi teka teki selama ini terjawap apabila DS Najib selaku Perdana Menteri Malaysia membubarkan parlimen bagi membolehkan PRU 13 diadakan.

Undilah dengan bijaksana. Agar masa depan negara akan terbela dengan keputusan tuan/puan kali ini.

Sent by Samsung Galaxy Note

Monday, April 1, 2013

Dipaksa Menari Bogel!

Wang dipinjam dari ceti haram atau along hanya RM1,000, namun seorang penjual kacang putih menanggung azab apabila diculik sebelum dibelasah 15 samseng yang diupah along yang dipercayai anggota kongsi gelap terkenal Geng 04.

Mangsa yang ditemui di pejabat Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional (BN) Perak, di sini, semalam, berkata, penderitaan itu bermula apabila dia berhutang RM1,000 dari seorang ceti haram pada Oktober tahun lalu selepas menghadapi masalah perniagaan.

“Saya diugut untuk dicederakan selepas gagal melangsaikan hutang pada tempoh ditetapkan along berusia 20-an itu.

“Mereka mengekori saya setiap hari sebelum menculik saya di hadapan sebuah bank di Sitiawan pada jam 7.30 malam, pada 4 Januari lalu,” katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...