Wednesday, May 29, 2013

Dato' Khushairi Lompat Parti? Perak Tumbang? Utusan Malaysia!

Khabar angin mahupun fitnah merupakan barah paling kronik yang bisa membunuh kredibiliti dan karisma seseorang pemimpin. Setelah 3 penggal bergelar YB, akhirnya Dato' Khushairi turut terkena tempias serta provokasi fitnah ini. Baca luahan dan penjelasan beliau mengenai isu dan laporan akhbar tersebut.

Diharap penjelasan beliau dapat menghentikan polemik dan provokasi murahan ini. UMNO Tg. Malim amat mengetahui kecintaan beliau kepada parti serta ketaat setiaannya yang tidak berbelah bahagi.

Saya agak terkejut membaca berita muka depan akhbar Utusan Malaysia (UM) hari ini mengenai khabar angin yang mengaitkan saya dan seorang lagi ADUN BN (Bota), Dato’ Nasaruddin Hashim akan melompat parti bagi membolehkan pembangkang berkuasa di Perak.

Kedua-dua kami telahpun dengan tegas membuat penafian, tetapi satu perkara yang menjadi tandatanya kepada saya adalah daripada manakah sumber khabar angin bermula? Nampaknya ada pihak tertentu yang lempar batu sembunyi tangan.  Pihak tertentu ini membuat provokasi bodoh untuk mencapai satu agenda politik peribadi.

Sunday, May 26, 2013

Hilang Naluri!

Mawar merah yang ku cium
Ternyata menusuk dan beracun
Wanginya menyenangkan hatiku
Membuatku tak karuan

Sehari tak bertemu dengannya
Serasa hampa dalam hatiku
Ku mabuk cinta yang tak terbaca
Oleh naluriku

Dia sama sekali tak cintai diriku
Dia hanya memanfaatkan diriku

Matilah kau di dalam hatiku
Bawa pergi saja dirimu
Sampai ke dasar lautan

Matilah kau bersama cintaku
Banyak berharaplah dirimu
Semoga dapat bahagia, berharaplah

Ku berlutut di bawah kakinya
Ku berikan hatiku untuknya
Ku telan semua luka-luka
Ku tak punya perisai lagi

Sehari tak bertemu dengannya
Serasa hampa dalam hatiku
Ku mabuk cinta yang tak terbaca
Oleh naluriku ooh

[Matilah kau]
Matilah kau di dalam hatiku
Bawa pergi saja dirimu
Sampai ke dasar lautan

Matilah kau bersama cintaku
Banyak berharaplah dirimu
Semoga dapat bahagia ooh

Sent by Samsung Galaxy Note

Tuesday, May 21, 2013

Sempadan Unik Antara Negara!

1. Gambar bawah ni gambar sempadan antara Netherlands (Belanda) dan Belgium.

2. Di bawah adalah gambar laluan salji yang menjadi sempadan antara USA dan Kanada..



WANITA WANITA SIMPANAN PALING TOP PEMIMPIN DUNIA!

Sekadar paparan......

Perkahwinan rahsia, baik yang dilakukan secara formal ataupun informal (siri) bukanlah perkara rahsia lagi kerana fenomena ini sudah terjadi sejak dulu lagi. Pada faktanya setiap pasangan yang berkahwin memiliki potensi untuk melakukan hubungan rahsia (affair). Berbagai alasan dikemukan oleh mereka yang melakukannya, namun beberapa orang menganggap fenomena ini membuktikan ketidak-setiaan seseorang terhadap pasangan hidupnya. Dan sebahagiannya pula menganggap perkahwinan rahsia ini merugikan perempuan. 

Isteri simpanan ataupun wanita simpanan (mistress) bukanlah hal rahsia, meski menjadi polemik di dalam masyarakat. Dan itu tidak dialami oleh masyarakat awam, bahkan para tokoh masyarakat dan selebriti pun mengalaminya. 

Berikut dipaparkan 10 wanita simpanan paling top di Dunia:


1. Marilyn Monroe

http://www.bubblews.com/assets/images/news/923733764_1361915166.jpg

Siapa yang tidak kenal aktres dan penyanyi Hollywood ini, kecantikan  Marilyn Monroe bahkan menjadikannya simbol seks sepanjang sejarah budaya pop dunia. Meskipun masih berupa spekulasi, namun Marilyn Monroe disebut-sebut memiliki hubungan yang dekat dengan Presiden John F. Kennedy (JFK). Bahkan wanita yang satu ini disebut-sebut sebagai ‘mistress’ (isteri simpanan), dan hubungannya itu ada kaitan dengan konspirasi pembunuhan John F. Kennedy. 


Monday, May 20, 2013

IBU DAN BAYI SENGSARA DI VIETNAM : AIR ASIA HARUS ADA CSR!


Kira-kira  jam 8.45 malam tadi,  mengikut  waktu tempatan di  Vietnam, saya terlihat penumpang pesawat  AK 1455,    warga  Malaysia  dihampiri oleh  kakitangan  lelaki  Air Asia. Penerbangan  pulang ke Kuala Lumpur  dijadualkan  berlepas pada jam  9 malam ( 10 malam waktu  Malaysia ).

Setelah  beberapa minit  berlalu, perlahan  saya  kemudian  mendekati kumpulan penumpang itu  dan  mengajukan soalan.
Selanjutnya Berita Penuh DI SINI!

Saturday, May 18, 2013

Barisan Exco Negeri Perak!

Barisan Exco Perak Mantap

1 YAB DS Dr Zambry
Pengerusi Agama, kewangan, keselamatan, Tanah, Sumber Asli, Perancang Ekonomi, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam. 

2.YB Dato Saarani Mohammad 
Pengerusi Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian, Perumahan dan Kerajaan Tempatan 

3. YB Dato Zahir Khalid 
Pengerusi Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor 

4. YB Dato Zainol Fadzi Paharudin 
Pengerusi Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air 

5.YB Dato Rusnah Kassim 
Pengerusi Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Intergrasi Nasional 

6. YB Dato Samsudin Abu Hassan 
Pengerusi Hal Ehwal Pengguna, Sumber Manusia dan Masyarakat Sivil (NGO) 

7.YB Ust Md Nizar Zakaria 
Pengerusi Pendidikan Islan, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi 

8. YB Puan Nolee Ashilin Radzi 
Pengerusi Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayan 

9. YB Dr Mohd Amin Zakaria 
Pengerusi Pelajaran,Sains Alam Sekitar dan Teknologi Hijau 

10. YB Datuk Shahrul Zaman Yahya 
Pengerusi Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia 

Sent by Samsung Galaxy Note

Friday, May 17, 2013

15 Keajaiban Kaabah Dari Sudut Sains! Kuliah Jumaat!



ASSALAMUALAIKUM.WRH.WBT
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM

Keajaiban Islam itu belbagai. Dapat disahihkan dari sudut akal dan nas.

Berikut 15 perkara merupakan keajaipan yang kurang diketahui ramai tentang struktur Kaabah dari sudut sains :

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.


Wednesday, May 15, 2013

Senarai Kabinet Baru 2013

Senarai Kabinet Baru Kerajaan UMNO/BN 2013
selepas PRU-13
Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak
Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin
Yassin
Menteri Kewangan 1: Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri Kewangan 2: Datuk Seri Ahmad Husni
Hanadzlah
Timbalan Menteri Kewangan: Datuk Ahmad Maslan


TERKINI! SENARAI KABINET KERAJAAN MALAYSIA!

Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak
Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri Kewangan 1: Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri Kewangan 2: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Timbalan Menteri Kewangan: Datuk Ahmad Maslan


10 Perkara Tentang Awak!

10 perkara yang saya tahu pasal awk
1.awk baca text ni.
2.awk manusia.
3.awk tak dapat sebut huruf 'p' kalau bibir awk tak bersentuh..
4.awk baru saja try buat.
6.awk ketawa sendiri..
7.awk senyum dan awk tak perasan no.5 takda.
8.awk cek kalau ada no.5..
9.awk ketawa sendiri sambil tersenyum.
10.awk mahu share text ni supaya kawan2 awk kena sekali
awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak
awak awak awak awak awak awak awak awak awak awak
11.awak mmg malas untuk membaca semua perkataan di atas.
12.awak tak perasan saya ada tulis awek.
13.awak terus cari perkataan awek,sebenarnya takde pon.
14.awak sudah terkena!
15.awak share la biar kawan2 pulak terkena. takkan nak terkena seorang je...
Saya cuma nak awak tersenyum..

Sent by Samsung Galaxy Note

Tuesday, May 14, 2013

Keputusan Perlawanan Badminton Najib vs Anwar!

Najib lawan badminton dengan Anwar. Najib di isytihar menang dengan keputusan 21-19 , 16-21, 21-19.

Anwar protes, dia kata dia yg menang sebab dia dapat 59 mata (19+21+19) sedangkan najib cuma dapat 58 mata (21+16+21). Anwar pun pusing seluruh negara buat kenyataan bahawa dia yg menang.

Kalau org ramai tahu peraturan, agak2 org ramai akan terima dan percaya ke?

Sent by Samsung Galaxy Note

Sunday, May 12, 2013

Azmin..Ucaplah Selamat Hari Ibu!

Saya mengucapkan Selamat Hari Ibu buat bonda saya serta semua ibu ibu di Malaysia. Walaupun setiap hari kita wajip menghormati dan menyayangi Ibu kita namun untuk hari ini ia cuma satu asbab atau manifestasi bagaimana kita meluahkan rasa kasih dan sayang kita kepada beliau.

Sekurang kurangnya hari ini kita memilih untuk mengenepikan dulu lain lain urusan dan meraikannya bersama bonda tercinta yang tiada duanya itu.

Setidak tidaknya jika Azmin Ali yang sentiasa sibuk dan tak dapat jadi MB Selangor jauh sekali Menteri Kabinet dapat gunakan jadual hari ini untuk raikan bersama bonda beliau. Balik lah Min..hehehehe..

Sent by Samsung Galaxy Note

Saturday, May 11, 2013

Hari Graduasi UiTM

Minggu ni merupakan minggu graduasi bagi pelajar pelajar UiTM Shah Alam untuk semua bentuk program. Daripada Diploma hinggalah ke peringkat Doktor Falsafah.

Graduan graduan ini patut sedar dan berterima kasih kepada orang orang terdahulu kerana atas citra merekalah terbentuknya UiTM dalam membantu ramai anak melayu untuk menikmati peluang pendidikan ke mercu yang lebih tinggi dalam kos yang lebih rendah. UiTM merupakan gagasan orang melayu untuk melihat anak anak melayu berjaya.

Ingatlah selalu, kejayaan yang kita tempa pada hari ini sedikit sebanyak merupakan hasil tangan daripada orang orang yang terdahulu. Biar kita reti berterima kasih dan hargai peranan mereka dalam kejayaan kita hari ini. Jangan bila sudah berjaya kembali menjadi duri dalam daging untuk bangsa sendiri..

Sent by Samsung Galaxy Note

Wednesday, May 8, 2013

Kali Ni Aku Sokong Kenyataan Ketua Pemuda PAS Pusat!

Nasrudin Hassan wrote:

13 Mei : Hari Persaudaraan

1. Detik sejarah hitam negara yang tercetus pada 13 Mei 1969 telah meninggalkan kesan mendalam untuk pembentukan masyarakat yang aman, harmoni dan sejahtera. Pencinta keamanan pastinya resah dengan percubaan sesetengah pihak yang tidak bertanggung jawab menghidupkan kembali sentimen 13 Mei dengan tragedi perkauman berdarah.

2. Justeru itu saya menyeru semua pihak terutama generasi muda agar tidak diulang pengalaman ngeri ini saat kita menikmati keamanan dan kesejahteraan hidup biarpun tidak sempurna sebagaimana yang diidamkan.

3. Detik 13 Mei selayaknya dihadapi dan diingati sebagai "Hari Persaudaraan" kerana mengambil iktibar dari kesan api fitnah perkauman yang keterlaluan. Hari ini generasi kita mesti menolak sepenuhnya seruan, tulisan, provokasi, himpunan dan tindakan yang berbau perkauman.

Pihak berwajib jangan memandang sepi dan mengambil mudah realiti ini. Bersamalah kita bangunkan negara dan memaju-makmurkan rakyat dalam negara ini.

Nasrudin Hassan
Ketua DPPM
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sumber : Taiping Mali 

Tuesday, May 7, 2013

Ikon Politik. Siapa Selepas Najib?



Pembentukan ikon politik adalah perlu dalam senario politik hari ini. Status quo yang ada sekarang merupakan sebahagian besarnya dipengaruhi oleh imej dan impak ikon politik. Percaya atau tidak, pengaruh ikon atau figura seseorang calon banyak membantu dalam mempengaruhi pola undi diri sendiri dan juga pola parti yang diwakili secara keseluruhan.

Ekoran itu kita tidak pelik, bila Anwar Ibrahim masih mampu bangkit dalam arus politik perdana walaupun dia dikecam dengan pelbagai isu dan hukuman penjara yang bukan sikit sikit member impak pada kredibiliti dan karisma beliau. Mahathir, walaupun telah bersara namun masih mampu menghadirkan gerun lawan dan kawan serta boleh mempengaruhi persepsi masyarakat sebagaimana peranan dan pandangan beliau telah menyebabkan Pak Lah tidak mampu bertahan lama ditampuk pemerintahan.

Lim Kit Siang, seorang lagi figura yang tak pernah malam malam, hadir di Gelang Patah untuk tempoh beberapa bulan, dapat menumbangkan Ghani Othman yang sekian lama memerintah Johor hanya kerana status ikonik yang dibawa oleh beliau. 

Karpal Singh. Duduk dibangku kerusi roda. Apalah sangat yang kita nak harapkan dari seorang wakil rakyat OKU. Itu logik akal lah. Tetapi seperti yang saya katakan, impak disebalik nama dan aura yang ada membolehkan beliau terus terpilih lagi sebagai Ahli Parlimen. Dan Karpal Singh menang.

Kelantan sekian lama gagal dibawa pulang oleh BN bukanlah kerana rakyat Kelantan itu bodoh untuk tidak menilai semua bentuk kebaikan yang ada dilakukan oleh BN. Namun ia dibayangi oleh nama besar Datuk Nik Aziz. Kelantan adalah PAS, dan PAS itu Nik Aziz.

Soalnya sekarang, dalam nama nama besar itu sudah dilihat melahirkan zuriat atau pelapis sebagai ikon politik parti masing masing di masa hadapan. Anwar telah meletakkan Nurul Izzah sebagai pelapis beliau. Walaupun didedahkan dengan laporan video seksi beliau dan sebagainya, bekas Puteri Reformasi itu masih berkuasa di Lembah Pantai dan menewaskan seorang Menteri Kabinet. 

Lim Kit Siang. Nampak Lim Guan Eng mampu untuk meneruskan legasi bapanya itu sebagai ikon dalam DAP. Dan beliau dilihat akan mewarisi nama besar bapanya. DAP juga dilihat mempunyai beberapa pelapis yang cukup ampuh untuk masa depan politik mereka seperti Anthony Loke, Ngeh bersaudara dan Govind Singh.

PAS juga turut ada Husam Musa. Walaupun Husam tumbang di Putrajaya, namun itu lebih kepada test market beliau untuk melihat kekuatan beliau di luar Kelantan. Dan jentikkan yang dilakukan PAS di kerusi Putrajaya sedikit sebanyak memang menggangu dan memeningkan Ku Nan pada awalnya.

Soalnya, siapa pelapis UMNO dan Barisan Nasional? Siapa kita lihat selepas Najib? Mana ikon yang sepatutnya kita tonjolkan? Disaat parti lawan telah bersedia dengan barisan pelapis yang mantap dan mampu berdiri atas nama mereka sendiri, kita masih lagi tercari cari siapa selepas Najib. Di mana silapnya kita dalam menjenamakan ikon ikon baru yang umppphh dan mampu menerbitkan aura serta karisma yang boleh merubah persepsi dan perspektif umum.

Khairy Jamaluddin boleh dikatakan punya potensi itu, namun adakah anak muda itu diberi peluang pada kali ini? Mukriz juga dilihat punya potensi apabila pengumuman awal beliau sebagai MB Kedah sebelum PRU bermula dilihat merubah landskap politik Kedah hingga BN berjaya merampas negeri tersebut. Namun, ia sedikit sebanyak masih diperkatakan faktor kekuatan ayahandanya. Selebihnya siapa? 

Ikon ini penting untuk untuk kelangsungan politik. Dan pembentukkan perlu dilakukan sekarang, jangan tunggu PRU yang ke 14 baru kita nak terhenggeh henggeh memikirkan ini semua. Nama besar yang kuat akan membantu jentera dan parti dalam meraih undi dan keyakinan awam. Langkah kearah itu, pintu dan peluang harus dibuka seluas luasnya kepada generasi baru, generasi muda, generasi bijak pandai, generasi yang mahu bersama sama, ke dalam saf kepimpinan. Selebihnya, saya tinggalkan kepada tuan / puan untuk memikirkan.


Saturday, May 4, 2013

Video Nurul Izzah dan Naluri Ibunya!

Sumber Gambar : MKP

Nurul Izzah, lambang srikandi Parti Keadilan Rakyat suatu waktu dahulu. Di saat reformasi berkumandang gagah, kuat menembusi fenomena arus politik negara, beliau merupakan salah satu ikon paling popular pada waktu itu. Malah jika ada anugerah bintang paling popular Berita Harian tu, dan beliau turut bertanding, sah sah tahun tu dan beberapa tahun kedepannya akan digondoli oleh beliau.


Hampir melewati 10 tahun lebih, wanita ikon ini diberitakan pernah tersungkur. Dia pernah tertewas. Disebalik citra penampilan dan raut wajah suci, wanita ini rupanya pernah kecundangan. Betul atau tidak, aku serahkan kepada penilaian masing masing. Rakaman video tu pun tak ada kat sini. Korang boleh layari mana mana blog yang bersepah sepah dalam internet. Cuma pernyataan bonda nya yang tercinta, seolah olah mengambarkan naluri keibuan yang tinggi pohon kita bersimpati iaitu, ANAK NYA PERNAH DIPERGUNAKAN DISAAT ANAK BELIAU MASIH MENTAH!

Izzah..Izzah..

Andai Ku Tahu..

Petikan Sumber : MKP terkejut dengan pengakuan ini!!! Mungkin ini adalah hakikat yang perlu diterima bahawa keluarga Pak Sheik sememangnya ada masalah dari segi Moral. Adakah pemimpin seperti ini yang mahu diangkat memerintah Malaysia. Sudah pasti lingkup.
Kesian pada Kak Wan selepas lakinya buat onar kini anak sulungnya pulak? 
Bendera-bendera kecil di sekitar K.Lumpur.
Setakat yg kita tau..warna bendera mewakili pemuda2 parti yg bergabung dlm PR yg akan memulakan Malaysia Spring pada petang 5 Mei jika keputusan tidak menyebelahi mereka. 




Friday, May 3, 2013

Jawatan Kosong LHDN

Jawatan Kosong Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 

Jawatan Kosong Badan Berkanun 2013 di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) adalah seperti berikut :

1. Penolong Pegawai Eksekutif (Teknologi Maklumat) (3 Kekosongan)
2. Penolong Pegawai Eksekutif (Kejuruteraan) (2 Kekosongan)
3. Pembantu Tadbir (Perakaunan) (2 Kekosongan)
4. Pembantu Tadbir (Operator Komputer) (9 Kekosongan)
5. Pembantu Tadbir (Juruteknik Komputer) (2 Kekosongan)
6. Penjaga Jentera Elektrik (2 Kekosongan)
7. Pembantu Am (Pemandu Kenderaan) (11 Kekosongan)
8. Pembantu Am (Penghantar Notis) (6 Kekosongan)

Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut

Tarikh Tutup Permohonan: 6 Mei 2013 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...