Tuesday, November 26, 2013

Bajet Perak 2014 : Pembangkang Juga Mendapat Habuan!

Pembangkang di Perak terpaksa menggigit jari kerana ura-ura dua ADUN dari Barisan Nasional bakal menyertai mereka nampaknya tidak menjadi kenyataan.
Sehingga selesai Menteri Besar Dato Seri Dr.Zambry Abd Kadir membentang belanjawan (bajet) 2014 di sidang DUN hari pertama hari ini (Isnin) pada jam 1.35 tengah hari, semua wakil-wakil rakyat BN kekal.
Di pihak pembangkangpun kesemua 28 orang wakil-wakil mereka kekal tidak berganjak dalam Pakatan Rakyat.
Maknanya DUN Perak kekal status quo iaitu 31 BN manakala Pakatan Rakyat, 28 orang.
Kesimpulannya ura-ura ini hanyalah gimmick pembangkang untuk mencuri perhatian sempena pembentangan bajet oleh Menteri Besar. Selain itu mereka dilihat cuba  menganggu momentum kerajaan BN yang berada di paras tertinggi ekoran keputusan cemerlang PRU ke13.
Bagaimanapun 28 wakil-wakil rakyat pembangkang (18 DAP dan selebihnya PKR dan PAS) tidak pulang sia-sia kerana mereka turut mendapat tempias dari bajet yang dibentangkan.
Dr.Zambry memulakan pembentangan bajet 2014 iaitu genap 6 bulan 20 hari selepas PRU ke13 pada 5 Mei lalu ,pada jam 11.45 pagi sehingga berhenti pada jam 1.35 petang.
Pada pertengahan ucapan,beliau berhenti sekejap mengambil angin dan meneruskan dengan tidak siapa menjangkakan  dengan berkata:"Untuk itu, buat pertama kali nya mulai 2014 , kerajaan negeri akan meluaskan bantuan bulanan Pusat Khidmat  ADUN merangkumi kesemua 59 Pusat Khidmat ADUN termasuk kawasan pembangkang  melibatkan peruntukkan sebanyaki RM2.12 juta atau RM3,000 sebulan setiap ADUN."

Monday, November 18, 2013

TIMB KETUA UMNO BHGN PERAK YANG KANTOI DI LCCT, BAKAL DIDAKWA DI MAHKAMAH??

Nampaknya peribahasa 'Sepandai-pandai Tupai Melompat Akhirnya Jatuh Ke Tanah Jua' mungkin ada betulnya dengan al-kisah sorang Timb. Ketua UMNO Bhgn kat Perak ni. Samada ianya benar berlaku hanya tuan punya diri yang menjawabnya.  

Berani atau tidak kita tunggu jelah nanti...pemimpin seperti ini yang kita mahukan dalam UMNO? Nampaknya makin galaklah puak pakatan haprak sedap 'Bantai' UMNO yang parti nie kuat 'Main Duit'.
Beberapa hari lepas GR ada keluarkan artikel Timb. Ketua UMNO Bhgn nie sedap layan 'Orang Kiri Kanannya' atas sebab bantu beliau memenangi jawatan yang DIIDAMKAN...BETUL KE BOSS???
Berani kerana benar, takut kerana salah. Manakan pokok tue nak goyang kalau tak ditiup anginkan? SPRM jalankan tugas mereka dengan baik tak kira siapa pun. Hari ini GR diberitahu Timb. Ketua UMNO Bhgn ni akan didakwa di mahkamah atas kesalahan beliau? Yeke nie?? Kita tunggu dan lihat yer...
SPRM dan buat keja...Bhgn Disiplin UMNO bila lagi?? Kan bagus sama-sama buat kerja untuk bersihkan nama baik parti keramat nie. Ada lagi pemimpin macam nie jawabnya bungkuslah UMNO PRU14 nanti.

Gambar di atas...jawapannya sudah tentu mereka yang syok tengok tempat-tempat menarik di Bandung saja yang tau kan???
Sumber : GOSSIP RAKYAT

Nang Bu Ti Nang, Kui Bu Ti Kui.. 
Apa pun kita tunggu keputusan Mahkamah, jangan buat andaian sendiri. namun kadang kadang ini lah yang paling ditakuti, iaitu bukan orang luar yang rosakkan parti, tapi orang parti itu sendiri yag merosakkan. berbuih PM memohon agar jauhkan politik wang. Namun, DEGIL!

 

Tuesday, November 12, 2013

ISU ADUN PERAK LOMPAT - PENJELASAN KHUSAIRI

KENYATAAN AKHBAR
DATO' MOHD KHUSAIRI ABDUL TALIB
PENGERUSI BNBBC PERAK
11/11/2013

Kelab ADUN BN Perak berasa kesal dengan sikap Pengerusi DAP Negeri, Datuk Ngeh Ko Ham yang menjadikan dirinya agen penyebar khabar angin.
Selaku pemimpin politik senior, Ko Ham tidak sepatutnya membesarkan berita khabar angin yang mengatakan terdapat dua ADUN BN negeri ini mahu melompat parti, seperti tersebar di laman media sosial.
(Kenyataan Ko Ham yang berkaitan disiarkan dalam akhbar Sinar Harian hari ini)
ADUN Sitiawan itu membenarkan dirinya terperangkap dalam isu politik khabar angin yang keji untuk mendapatkan publisiti murahan tanpa menyelidik terlebih dahulu kesahihan sesuatu sumber berita.
Ko Ham melapekkan kenyataannya dengan kata-kata 'sekiranya benar' bagi menghalalkan khabar angin yang tersebar.
"Ko Ham sudah pasti akan percaya dan menjaja khabar angin ke seluruh pelosok media, bahawa babi boleh terbang sekiranya binatang itu mempunyai kepak".
Ko Ham sebenarnya masih fobia dengan peristiwa lompat parti pada 2009 yang menyebabkan berlaku peralihan kuasa di Negeri Perak.
Secara tidak langsung dia mendedahkan punca sebenar dua Exco dan seorang ADUN meninggalkan parti masing-masing pada 2009, iaitu kerana tidak berpuas hati atas tindakan pemimpin mereka yang ketika itu diterajui Dato' Seri Nizar Jamaluddin, Ko Ham sendiri dan sepupunya, Nga Kor Meng.
Ketiga-tiga ADUN berkenaan telah bertindak atas prinsip peribadi, dan bukan kerana menerima tawaran mana-mana pihak seperti sering didakwa oleh pemimpin-pemimpin DAP termasuk Ko Ham sebelum ini.
Terlalu banyak kepincangan yang berlaku selama 11 bulan Negeri Perak berada di bawah kepimpinan Nizar, Ngeh dan Nga sehingga menyebabkan kepimpinan mereka berakhir dalam tempuh singkat.
Tidak wajar mereka mahu menjadikan punca kejatuhan kerajaan PR sebagai faktor-faktor yang berulang dalam Kerajaan BN di bawah kepimpinan Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Zambry Abd Kadir.
Saya yakin khabar angin ini adalah sebahagian daripada provokasi pembangkang, termasuk DAP, bertujuan mahu mengalihkan fokus rakyat terhadap kepimpinan Dr. Zambry khususnya menjelang pembentangan Bajet Negeri Perak 2014 pada 25 November akan datang.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sumber : WANGSA SETIA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...