Wednesday, January 15, 2014

WAJIB BACA! Kadir Jasin Sokong Ibdillah dan KJ!

SAYA tidak kenal Ibdillah Ishak. Saya mengenali beliau hanya daripada portal berita dan blog. Dikhabarkan yang beliau adalah Pengerusi Biro Media Baru, Pemuda UMNO Malaysia.

Saya kenal Khairy Jamaluddin sejak beliau di pelajar lagi dan juga kerana saya kenal ibu dan bapa mentuanya. Sudah bertahun-tahun tidak berjumpa belia. Hanya mengikuti jejak beliau melalui media massa.

Berkenaan Ibdillah, daripada apa yang saya baca (dan sekiranya berita itu benar dan tepat) maka bolehlah saya katakan yang beliau nampaknya faham peranan media baru dan kaedah yang wajar digunakan bagi menarik sokongan. Begitu juga Khairy.
 
Saya membaca tulisan seorang penulis yang memakai nom de plume Wenger Khairy dalam posting pada 10 Januari bertajuk "Ibdillah dan PMO Harus Melawan Balik Serangan Blogger" dalam blog The Rembau Times.

Antara lain Wenger Khairy berkata:

"Kami juga bersetuju dengan pandangan YBhg Sdr Ibdillah yang melahirkan rasa kurang senangnya dengan gelagat bloggers pro UMNO yang suka meminta upah untuk menjatuhkan pemimpin dan personaliti awam. Bloggers pro UMNO juga tiada pernah merasa bertanggung jawab terhadap kesan posting-posting mereka yang dipenuhi dengan adegan lucah, seks dan pekara-pekara (sic) yang tidak sehonoh (sic)." (Baca laporan penuh di sini).
 

Monday, January 13, 2014

Kisah Tragis PEMADAM buat sebatang PENSEL yang paling disayanginya!

Pensel : Saya minta maaf.

Pemadam : Untuk apa? Awak tak buat salah pun.

Pensel : Saya minta maaf disebabkan saya, awak cedera. Setiap kali saya buat silap, awak pasti berada di situ utk membetulkan kesilapan saya. Tapi setiap kali awak memadam kesilapan saya, awak kehilangan sebahagian dari diri awak. Awak menjadi semakin kecil.

Pemadam : Itu betul, tapi saya langsung tak kisah tentangnya kerana saya dibuat untuk membetulkan kesilapan yang awak buat. Walaupun suatu hari nanti saya tahu yang saya pasti akan hilang, saya berbangga dengan kerja saya ini. Jadi janganlah risau. Saya tak mahu melihat awak brsedih.::

Ingatlah, ibubapa kita juga boleh diibaratkan sebagai Pemadam manakala kita pula sebagai Pensel. Mereka sentiasa berada di sisi kita, membetulkan segala kesilapan yg kita lakukan.. Mereka adalah ibarat pemadam terbaik untuk anak-anak mereka.. Selagi mereka hidup jangan sia-siakan mereka...:: Jagalah ibubapa anda & balaslah jasa mereka dgn kebaikan...::

Begitulah juga sahabat. Sahabat yang baik juga akan selalu membetulkan kesilapan sahabatnya walaupun memakan diri dan akhirnya hilang selama lamanya.

Sent by Samsung Galaxy Note

Wednesday, January 1, 2014

Selamat Tahun Baru 2014


Assalamualaikum WRT,
Bismillahirahmannirahim.
Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan Selamat Menyambut Tahun Baru 2014. Bermula daripada 1 Januari ini kita akan mula menulis bait bait baru untuk 365 muka surat lagi. Kita akan melalui satu lagi peralihan fasa kehidupan daripada yang baik kepada yang lebih baik lagi, InsyaAllah.
Pastinya tahun 2013 telah dilalui dengan suka dan duka yang mewarnai kanvas lukisan kehidupan kita semua. Ada yang menarik malah tidak kurang juga yang tercarik. Namun itu bukan alasan untuk kita merasa kecewa jauh sekali untuk berputus asa. Ini kerana saya percaya disaat satu pintu yang tertutup, ada banyak lagi pintu – pintu lain yang sedang terbuka untuk meraikan kehadiran kita melakar kejayan – kejayaan baru.
Melihat kepada senario Kerajaan pada hari ini, dengan rungutan dan desakan hidup yang semakin meninggi, saya merayu kepada Kerajaan agar mekanisme yang lebih efisien dan dinamik perlu diambil supaya situasi win win situation dapat diamalkan. Kerajaan berterusan dapat menampung kos pentadbiran, emolumen serta pembangunan yang meningkat saban hari dan pada masa yang sama rakyat makmur dan tidak rasa dibebani.
Kepada rakan sahabat serta jaringan media baru saya, saya juga merayu agar memberi masa dan ruang kepada Perdana Menteri dan saf kepimpinannya untuk memperbaiki mana – mana situasi yang dilihat tidak begitu menguntungkan dan memihak kepada kita.
Ibarat satu titik hitam pada sehelai kanvas putih yang luas, jangan lah kita terlalu sibuk bercerita dan membesar besarkan hal titik tersebut sehingga kita lupa pada situasi putih yang lebih besar. Begitu juga dengan situasi kerajaan pada hari ini. Memang ada beberapa keputusan yang tidak mengembirakan, namun adakah itu wajar untuk kita menidakkan pada banyak lagi perkara – perkara baik yang telah mereka sediakan untuk kita. Bandingkan persekitaran negara ini dengan negara lain. Bersyukur lah kita bahawa negara ini masih aman dan ditadbir urus dengan keadaan baik, cuma menanggani isu – isu disaat krisis itu memerlukan masa. Perdana Menteri bukan ahli sihir yang boleh melakukan apa jua di saat terkelipnya mata. Kita perlu realistik.
Sebarang ketidak puasan hati boleh dilakukan dengan saluran yang betul. Tuduhan – tuduhan mengatakan harta kekayaan negara hanya diperolehi oleh segolongan 1% daripada lebih 24 juta populasi penduduk negara ini amatlah tidak berasas. Gunakan hak sebagai rakyat, jika kita berkeyakinan dengan tuduhan tersebut, buat laporan polis. Biar mahkamah membuat keputusan dan kita bertanggung jawap kepada laporan polis tersebut. Turun melakukan huru hara dijalanan bukan lah satu medium terbaik. Bersembunyi dibelakang serangan serangan melalui media baru hanya memperlihatkan sisi tidak matang dan penakut. Berani kerana benar dan takut kerana salah.
Akhir kata, semoga tahun 2014 ini akan dipenuhi dengan perkara – perkara yang menyenangkan. Sebelum menutup kalam, bersama lah kita sedekahkan Al Fatihah kepada mereka – mereka yang telah terlebih dahulu menemui Pencipta Nya serta hormatilah institusi keselamatan kita seperti Polis dan Tentera. Janglah mereka kita hidangi dengan kata – kata caci dan maki. We respect each others.
SELAMAT TAHUN BARU 2014
  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...