Wednesday, August 20, 2014

Apa agenda Shahrizat di sebalik usul Naib Presiden Wanita UMNO? Sesuatu Untuk Difikirkan!

Disebalik keterbukaan sistem pemilihan parti yang dilihat memansuhkan sistem kuota dan pencalonan, Wanita UMNO dilihat mengambil pendekatan keterbelakang dengan meminta kerusi Naib Presiden secara lantikan. Selain itu, siapa akan lebih dilihat sebagai Ketua kerana Jawatan Naib Presiden dan Ketua Wanita UMNO Kebangsaan adalah berada pada ranking / level yang sama dalam hirearki parti. Namun apa jua pandangan atau hujahan, tentu Wanita mempunyai alasan dan hujah mereka yang tersendiri. 

Soalnya, adakah mereka hanya demand jawatan di peringkat pusat atau ianya akan merebak rebak ke Bahagian Bahagian untuk turut sama mewujudkan jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian Edisi Wanita. Bab tu juga perlu diperhalusi. Bimbang dalam keterujaan mereka, hanya akan menyebabkan kem kem mula wujud dikalangan Wanita dan ia menambah parah. Saya agak bersetuju dengan pandangan Tok Janggut ini berkenaan dengan keterbukaan untuk bertanding. Itu lebih relevan. Saya copy paste artikel Tok Janggut dibawah ini untuk sama sama kita renungkan.


Apa agenda Shahrizat usulkan  seorang lagiNaib Presiden Wanita?
TERSENYUM simpul kita bila memerhatikan perjalanan Persidangan UMNO Bahagian-Bahagian yang sedang berlangsung di setiap hujung minggu ketika ini dan lagi menarik bila Wanita UMNO begitu bersungguh-sungguh mengusulkan supaya UMNO menyediakan satu lagi jawatan Naib Presiden di kalangan Wanita secara lantikan walaupun Ketua Wanita telah secara automatik  bertaraf Naib Presiden parti.
Kita tidak tahu apa tujuan sebenarnya Wanita UMNO mengusulkan jawatan itu secara percuma begini  sedangkan pada hakikatnya pertandingan jawatan-jawatan utama dalam parti tidak mengkhususkan kepada lelaki semata-mata tetapi Wanita dan juga Puteri UMNO termasuk Pemuda UMNO Malaysia boleh menawarkan diri untuk bertanding merebut jawatan bukan sahaja Naib Presiden tetapi dibolehkan bertanding Timbalan Presiden ataupun Presiden,itupun jika mereka mempunyai cukup sokongan seperti yang dibenarkan dalam proses menawarkan diri untuk turut bertanding.

Kita ambil contoh komponen Barisan Nasional iatiu MCA dimana Naib Presiden mereka ada juga dari kalangan Wanita kerana mereka memilih untuk bertanding serta bersaing dengan calon-calon lelaki dan mereka menang, begitu juga dengan parti PKR,Nurul Izah menang secara bertanding dan mereka tidak meminta-minta,mendesak hingga dijadikan usul penting dalam persidangan Bahagian masing-masing.

Tuesday, August 5, 2014

Kisah Belon! Wajip Baca!

Sekumpulan 100 orang dewasa mendaftarkan diri ke seminar 'Senyumlah' bersama Ustaz Rahim. Sebelum menamatkan kuliah, Ustaz Rahim memberikan seorang setiap belon dan meminta para peserta untuk menulis nama mereka di atas belon. Belon yang ditiup besarkan dan diberikan kepada Ustaz Rahim. 

Ustaz Rahim melepaskan 100 belon tersebut ke dalam sebuah bilik. 100 peserta ini disuruh mencari belon yang tertulis nama mereka secara serentak dalam masa 5 minit tanpa memecahkan sebarang belon. 5 orang pertama akan mendapat hadiah. Keadaan di dalam bilik terus menjadi kelam kabut. Para peserta berebut2, menolak antara satu sama lain untuk mencari belon masing-masing. 

Suasana cukup melemaskan. 5 minit berakhir, tiada seorang pun dapat mencari belon mereka. Ustaz Rahim tersenyum dan meminta para peserta untuk mengambil satu belon seorang dan memberikan kepada pemiliknya berdasarkan nama di atas belon. Dalam masa 3 minit sahaja, semua mendapat kembali belon masing-masing. 

Ustaz Rahim tersenyum lagi. Wahai anakku.. Inilah yang berlaku di dalam kehidupan manusia. Semua orang sibuk mencari kegembiraan sendiri, tapi tidak tahu di mana dan bagaimana. Walhal, wahai anak kesayanganku, kegembiraan kamu bersangkut paut dengan kegembiraan orang lain. Buat orang lain gembira, kamu akan mendapat kegembiraan. 

Seperti kisah di atas, jika para peserta tidak pentingkan diri sendiri kerana tamakkan hadiah, mereka akan terfikir untuk mencari belon untuk orang lain dan bukan diri sendiri. Akhirnya belon milik sendiri akan datang daripada orang lain. Jika semua berebut, suasana akan menjadi kelam-kabut dan akhirnya semua orang rugi. 

Gembirakah org sekeliling kita bersama diri kita? Musahabah diri.


Sent from Samsung Mobile
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...