Thursday, October 2, 2014

3 SOALAN MINYAK NAIK UNTUK PAK MENTERI!!


 
Ini tiga soalan yang menarik diajukan buat Pak Menteri yang berkenaan untuk menjelaskan mengenai kenaikkan harga minyak RON95 dan Diesel semalam.

Pak Menteri tak perlu nak bagi alasan panjang lebar untuk menRASIONALISASIkan soal pengurang subsidi minyak sebanyak RM 0.20sen tu. Buang masa Pak Menteri je.

Maka, demi untuk menjimatkan masa Pak Menteri yang cukup berharga tu, adalah lebih baik Pak Menteri jelaskan kepada rakyat mengenai tiga soalan ini secara jujur dan telus.

Pertama, dari sumber yang dimaklumkan, soal kenaikkan harga minyak RON95 dan Diesel sebanyak RM 0.20sen tu tak dibincang pun dalam mesyuarat kabinet semalam. 

Kenapa ianya tak dibincangkan terlebih dahulu dan adakah kenaikkan harga minyak tu dipersetujui oleh semua pihak termasuk dikalangan Menteri Kabinet sendiri?

Kedua, kenapa kenaikkan harga minyak tu berlaku dalam keadaan harga minyak dunia pada ketika ini sedang mengalami penurunan? Adakah kenaikkan itu masuk akal bagi Pak Menteri?

Dan Ketiga, kenapa kenaikkan harga minyak tu diumumkan pada waktu seluruh rakyat Malaysia sedang bersiap sedia untuk pulang ke kampung halaman dan menyambut Hari Raya Aidil Adha?

Terdesak sangat ke pihak Kerajaan nak naikkan harga minyak tu sekarang sehingga mereka tak boleh nak bersabar dalam tempoh lebih kurang seminggu sahaja lagi?

Itu persoalan yang perlu dijelaskan oleh Pak Menteri. Tak perlu la Pak Menteri nak habiskan masa buat perbandingan kenaikkan harga minyak di Negara - Negara lain.

Sepatutnya Pak Menteri sendiri perlu prihatin dengan keadaan sekeliling sebelum membuat sebarang keputusan. Tolong cakna sikit dengan apa yang berlaku diluar pejabat Pak Menteri. Jangan asyik suka tengok Maharaja Lawak je kerjanya!!!
 
Sumber : Semua Hitam 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...