Saturday, January 30, 2016

TERIMA KASIH PECACAI POSTER - KHUSAIRI TALIB

Terima kasih kepada pihak yang mempromosikan pemimpin kerdil seperti saya melalui poster di atas untuk membersih air muka tokoh-tokoh besar mereka atas pelbagai fitnah berkaitan dana RM2.6b yang telah disebarkan sebelum ini.
Apalah sangat kenyataan saya itu jika dibandingkan dengan fitnah dan syak wasangka tak masuk akal dan berniat jahat terhadap Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak berkaitan dana politik sumbangan keluarga diraja Arab Saudi itu.
Kenapalah mereka tidak mahu membandingkan kenyataan Peguam Negara itu dengan tohmahan-tohmahan pihak lain yang tersebar luas di akhbar, portal dan laman sosial pro-pembangkang sebelum ini.
Antara kenyataan lain yang pernah dicanangkan adalah kononnya "wang dari tabung 1MDB milik rakyat berjumlah RM2.6b disalurkan ke dalam akaun peribadi Najib", "Najib mendepositkan sebahagian besar daripada RM2.6b ke bank Singapura", "Najib dan UMNO-BN menggunakan wang RM2.6b milik 1MDB untuk membeli undi dalam PRU13", "wang 1MDB sebanyak RM2.6b yang masuk dalam akaun peribadi Najib adalah rasuah terbesar negara", "Pegawai kanan SPRM ditukar ke jabatan lain bertujuan menutup skandal wang 1MDB berjumlah RM2.6b" dan banyak lagi fitnah pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan Najib.

Saturday, January 2, 2016

Tazkirah Ringkas - Tempat Dibuang!

Seorg pemuda lalu di sebuah negeri... Kekecohan sedang berlaku.. Lalu si pemuda pergi menyiasat..
Rupanya mereka dalam prosess melantik raja.. Yg peliknya.. Seorang pun tidak sanggup menjadi raja atau pemerintah negara tersebut..
Kerana syarat menjadi raja atau pemerintah adalah... Sesiapa yg dilantik menjadi raja atau pemerintah.. Dia akan dibuang negara di padang tandus selepas 10 tahun memerintah..

Pemuda tadi mengangkat tangan.. 'saya sanggup!' Maka dia dilantik menjadi raja /pemerintah negara itu. Org ramai mengatakan pemuda ini bodoh.. Hilang akal. Tamak pangkat.. Dan sebagainya.

Pada tahun pertama sang pemuda menjadi pemerintah.. Dia menghantar orang untuk meninjau tanah tandus yg bakal dia dibuang selepas 10 tahun..
Tahun kedua.. Pemuda mula menghantar jurutera utk membina jalan:
Tahun ketiga.. Menghantar expert dlm bidang pertanian utk bercucuk tanam
Tahun ke empat engineer mula membangunkan bangunan-bangunan canggih..Dan seterusnya..
Sehingga tahun ke 10..
Pemuda tersebut tidak sabar utk dibuang negeri..

Masanya tiba.. Beliau sudah bersedia..
Kerana....
Sang pemuda tahu.. Dia sudah menghantar 'bekalan' terlebih dahulu sebagai persediaaan..

Kesimpulannya..
Ibarat hidup kita..
Kita tahu yg kita akan 'dibuang' ke 'tempat itu'
Sudahkah kita mengirimkan bekalan?
Adakah tempat itu padang tandus..
Atau sudah kah kita semai benih-benih yg akan menjadi pepohon rimbun?
Sudah kah kita kirim 'bahan binaan' utk membina sebuah mahligai yg akan kita diam? Atau biarkan saja ia kekal sebagai padang tandus..

INGATLAH.......

GAMBARAN SYURGA KITA DI AKHIRAT NANTI, ADALAH SAMA SEPERTI LUKISAN YG KITA LUKIS SEMASA KITA DI DUNIA INI.

SAMA-SAMALAH KITA MENGAMBIL IBRAH DARI KISAH DI ATAS......


Sent from Samsung Mobile
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...