Wednesday, August 28, 2013

Jangan Hilang Sahabat Walau Sesibuk Mana Pun Kita!

 "AKU SIBUK LA, BANYAK BENDA NAK KENA SETTLEKAN NI!!!"
Apabila hal-hal dalam hidup anda bagaikan terlalu banyak, kerja, anak & bini, kawan-kawan, business, orang tua kita, dan anda rasa 24 jam sehari memang tak cukup, ingatlah tin biskut kering Hup Seng dan dua cawan kopi.
Seorang professor dalam kelas sosiology telah mengeluarkan beberapa barang di hadapan kelas.
Apabila kelas dimulakan, tanpa sebarang penerangan, professor terus mengeluarkan satu tin biskut Hup Seng yang besar dan kosong, dan terus mengisi tin tersebut dengan bola-bola golf sehingga penuh.
Kemudian, professor menanyakan pada anak muridnya, "Adakah tin biskut ini sudah penuh?" Kesemua anak murid mengangguk dan mengatakan "Ya!"
Professor kemudian mengambil sekotak kacang, dan menuangkannya ke dalam tin biskut tersebut. Tin biskut digoncangkan sedikit, lalu kacang-kacang pun bergerak-gerak mengisi ruang di antara bola-bola golf.
Kemudian, professor bertanyakan lagi pada anak muridnya jikalau tin biskut tersebut sudah penuh ke belum?

Tuesday, August 20, 2013

Awas Jika Puting Payudara Tiba-tiba Luka!


Soalan:

Puting payudara kanan saya terasa pedih dan setelah dilihat rupa-rupanya terdapat luka yang cukup dalam padanya. Padahal, saya tidak melakukan apa-apa yang boleh mencederakannya. Setelah luka itu kering, kini puting payudara yang sebelah lagi pula terluka dan terasa pedih.  Apakah ini tanda-tanda penyakit atau luka ringan sahaja? Mohon penjelasan dan nasihat.

Della.

Jawab:

Halo, Della.

Terlebih dahulu saya ingin mengetahui sama ada anda kini sedang menyusukan bayi atau tidak.  Ini kerana luka pada payudara juga boleh disebabkan oleh cara penyusuan yang tidak betul.

Monday, August 19, 2013

Khairul Azwan Harun @azwanbro Menepati Kehendak Pemuda?

Menjelang Pemilihan UMNO 2013 Jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO yang disandang Dato Razali Ibrahim kosong memandangkan had usia Dato Razali Ibrahim yang melebihi 40 tahun. Kekosongan ini membolehkan kerusi nombor dua tertinggi dalam sayap kiri UMNO dipertandingkan dalam pemilihan yang akan datang. 
Setakat ini enam ahli pemuda tampil menawarkan diri untuk merebut kekosongan tersebut. Daripada enam calon yang berhasrat untuk bertanding, tiga nama dikatakan menjadi pilihan di kalangan pemuda manakala selebihnya dilihat sekadar memeriahkan pertembungan sepanjang proses pemilihan kelak.
Jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia merupakan individu kedua terpenting dalam sayap kiri UMNO. Jadi wajar calon tersebut memiliki keberanian untuk berdepan dengan sebarang cabaran. Memerhati tiga senarai pilihan buat masa ini admin melihat Khairul Azwan Harun menepati pemimpin muda yang diperlukan ketika ini.


Wednesday, August 7, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin!

Dikesempatan ini, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Semoga ketibaan Syawal 1434H ni akan jauh lebih bermakna daripada yang sebelumnya.

Mungkin ada perubahan perubahan yang berlaku. Mungkin ada yang kita tidak lagi sempat untuk bermaafan, atau mungkin juga telah hadir ahli keluarga baru dalam hidup kita untuk menceriakan suasana Aidilfitri kali ini.

Apa jua situasi, Aidilfitri harus disambut dengan penuh syukur dan rahmat selepas berakhirnya Ramadhan yang mulia. Bagi ahli ahli UMNO, perayaan kali ini boleh disifatkan sebagai dua dalam satu. Sambil berhari raya, sambil berkempen meraih undi bagi pemilihan yang akan datang sejurus berakhir Syawal yang mendatang ini.

Dengan kerendahan diri dan penuh keinsafan, saya memohon ampun dan maaf daripada semua pembaca blog kecil ini. Kita tidak lepas dari kesilapan lebih lebih lagi disaat kita mendukung fahaman dan ideologi masing masing.

Salam Lebaran..

-ASHAMSURI-

Sent by Samsung Galaxy Note

Monday, August 5, 2013

Video! Kenangan Puasa Dulu Dulu! Kelakar Babe!

Semua orang ada kenangan berpuasa, berbuka, dan macam macam jenis situasi lagi kan..aku kongsikan 2 situasi zaman 300 ni hahaha..memang pecah perut babe..owwwwyeeeessss..ni sesekali layan lawak hujung hujung nak dekat Reraya ni..



SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. AMPUN MAAF ZAHIR DAN BATIN!



Thursday, August 1, 2013

PEMAIN HOKI NEGARA CHUA BOON HUAT MAUT DALAM KEMALANGAN JALANRAYA.

 



Pemain hoki kebangsaan, Chua Boon Huat, 33, maut dalam kemalangan selepas keretanya melanggar sebuah lori di LDP dekat Kelana Jaya jam 3 pagi tadi.
 

A Point To Ponder

Sandwich  used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...