Thursday, July 26, 2018

Signifikankah Penubuhan Majlis Penasihat Ekonomi?

1. Kerajaan Pusat memulakan dgn pengwujudan Majlis Penasihat Ekonomi sebelum langkah yg sama diteladani oleh Kerajaan Perak dan mungkin akan berjangkit juga kepada negeri2 yang lain.

2. Apabila sesebuah Kerajaan itu goyang, dan tidak mendapat sokongan padu sepenuhnya daripada komponen2 mereka, maka mewujudkan Majlis2 Penasihat adalah kaedah terbaik dalam mengimbangi kuasa kepala pemerintah. Setiap benda akan dinasihati oleh Majlis ini, dan jemaah Menteri atau MMK akan menjadi pak turut atau tukang sign bagi membolehkan formaliti terlaksana.

3. Soalahnya, siapa lebih berkuasa dalam membuat keputusan dan rundingan? Dan apa keberkesanannya nasihat Majlis2 ini kepada Kabinet ataupun MMK dalam menentukan halatuju sesebuah dasar atau matlamat?

4. Secara tidak langsung, ia mengambarkan ketidak boleh harapan PM kepada jemaah Menteri atau MB kepada barisan Exco terutama dalam hal ehwal berkaitan ekonomi.

5. Malahan ia lebih bersifat pertindihan fungsi dengan EPU dan UPEN serta pembaziran sumber dalam pembayaran elaun dan kemudahan yg sudah semestinya bukan sedikit.

6. Apa yg saya nampak, ianya cuma jalan atau kaedah dalam memberi reward kepada mereka2 yg membantu perjalanan PH dalam mencapai matlamat mereka hari ini. Lebih memainkan prasangka saya bila lantikan adalah di kalangan kawan2 lama seorang negarawan sebelum ini.

7. Dah kurang rupanya orang2 pandai dan bijaksana dalam negara apabila masih lagi muka2 sama berlegar legar dan berpusing pusing menerima imbuhan jawatan, kedudukan, kepercayaan dan kekayaan.

8. Moralnya, percaya kepada kawan adalah lebih, daripada mempercayai individu2 yg telah diberi mandat oleh rakyat dalam hal urus tadbir negara. 

Sumber : Facebook

Sent From Note 8

Monday, July 16, 2018

Keluar Dewan, Baik Tulis Facebook Je!

1. Saya sebenarnya masih tertanya – tanya daripada dulu, zaman BN masih kerajaan, apa faedahnya para pembangkang waktu itu bertindak keluar dewan apabila tidak bersetuju dengan sesuatu isu. Dan kini, bila BN pula sudah menjadi pembangkang, kita juga masih melakukan tindakan yang sama yang dulu kita jelas mengutuk2 sikap tidak 'lelaki' rakan – rakan pembangkang.

2. Jika alasan tidak bersetuju dengan tatacara perjalanan dewan, lawan lah di dalam dewan tersebut yang jelas – jelas mempunyai imuniti dewan. Boleh cakap apa sahaja, malah cabar apa sahaja dengan lunas – lunas dewan untuk tegakkan pendirian. Ini sistem demokrasi berpelembagaan, jangan katakan keluar dewan, kau keluar negara sekalipun, asal di pihak satu lagi memperolehi number yang lebih besar daripada kita, maka Speaker tetap mereka punya.

3. Semua orang yang menjadi wakil rakyat, pasti akan katakan mereka akan lantang membawa suara permasalahan rakyat kawasan di dalam parlimen / dun. Ini janji mereka. Tetapi, bila tiba masa dan saat yang sepatutnya, tak mahu pula mereka berbahas dan mengusul di dalam dewan. Di luar juga pilihan mereka. Baik mereka jadi macam saya, tulis kat facebook. Tak perlu susah payah nak ke dewan bagai, dari atas katil rumah je boleh membuat usul atau kecaman.

4. Kemon lah, kata ini zaman perang. Nak perang habis habisan. Nak dedah kelemahan PH supaya rakyat tahu mereka tertipu dalam PRU 14 yang lalu. Tempat perang ahli politik ialah di dalam dewan tu. Jangan lari dari medan peperangan. Biar kamu gugur syahid di dalam tu, namun mengelak atau lari jangan sekali. Jangan hampakan sokongan rakyat yang memilih kamu. Malah jangan hampa dan padamkan semangat kami sebagai penyokong di luar ini bila melihat ayam tambatan kami lari bersabung.

5. Selesaikan urusan kamu di dalam dewan. Selepas itu, keluar dan buatlah pc sampai 7 hari 7 malam pun tiada siapa yang nak marah. Yang penting, usaikan urusan yang sepatutnya. Jangan tunjuk kita lemah dengan main lari – lari. Makin kerap kita keluar dewan, makin gelak Tun M dan PH sebab memudahkan urusan mereka. 

6. Jika tak berani duduk berdebat di dalam dewan, baik korang berhenti je daripada jadi wakil Rakyat. Biar aku yang masuk ke sana. Korang tengok macam mana anak Tg Malim gegarkan dewan tu. Menang atau tidak, tak penting. Yang penting lawan tetap lawan. Suara rakyat yang diwakili, perlu diperjuangkan.

7. Steady KJ. Kamu ada telor. Matang bukan terletak pada usia. Matang terletak pada otak.

Sumber Facebook Anggun Tg Malim

Sent From Note 8

Monday, July 9, 2018

Penutupan Sekolah Tahfiz Idea Gila!

1. Ini merupakan idea atau saranan yg cukup gila yang dimajukan kepada Kerajaan Pakatan Harapan. Sekolah Sekolah ini berkembang dengan cukup baik di bawah pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini. Di sinilah anak2 kita mendapat didikan agama dgn kos yg rendah serta peluang ibu bapa yg mahu membentuk anak2 mereka di dalam aliran agama.

2. Saban tahun, peruntukan2 serta dasar2 baru di perkenalkan oleh Pusat mahupun Negeri dalam usaha memperkasakan sistem pembelajaran dan prasarana di sekolah2 berkenaan demi keselesaan, keselamatan serta kecemerlangan para pelajar tahfiz tersebut.

3. Terbukti, ramai asuhan dan didikan pusat2 Tahfiz yg telah berjaya malahan menjadi ilmuan agama mahupun profesional yg sudah semestinya, majoriti pelajar2 ini adalah berbangsa melayu. 

4. Zam mungkin telah hilang nilai kemelayuan di dalam dirinya, namun memberi cadangan pemansuhan sekolah tersebut adalah satu bentuk penganiayaan kepada para bakal huffaz yg akan dilahirkan melalui sekolah2 ini.

5. Hanya kerana merasakan penampilan yg sedikit 'kearaban', maka Zam mengambil pendekatan ianya adalah ssuatu yg jumud dan tidak mempunyai nilai masa depan, ia merupakan 1 penilaian dangkal dan bodoh daripada seorang bekas Menteri. 

6. Adalah lebih baik, sekiranya Kerajaan sekarang mengambil pendekatan penambahbaikan mengikut acuan mereka dan tidak salah meneruskan apa yg kerajaan BN telah lakukan sebelum ini utk pemerkasaan sekolah2 tahfiz ini demi kecemerlangan anak2 bangsa kita di situ.

7. Jangan ditutup ruang anak2 ini hanya kerana kita terpesona dgn idea2 gila seperti saranan yg dilakukan. Moga Allah beri hidayah dan kesederhanaan hati kpd pimpinan sedia ada dlm isu ini.

8. Sekiranya mahu mengurangan kos pentadbiran sekalipun demi memenuhi janji2 PRU ekoran 100 hari yg semakin suntuk, adalah diharapakan jangan lah mengambil daripada bajet utk sekolah2 tahfiz ini. 

9. Zam akan pancing utk dapatkan respon publik. Kalau senyap, jawapnya jadi dasar. Jadi, isu penutupan sekolah ini perlu ditentang habis habisan dan saya yakin Menteri Pakatan Harapan yg bertanggung jawap terhadap isu ini, juga sependapat dengan saya.

Sent From Note 8

A Point To Ponder

Sandwich  used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...