Monday, July 16, 2018

Keluar Dewan, Baik Tulis Facebook Je!

1. Saya sebenarnya masih tertanya – tanya daripada dulu, zaman BN masih kerajaan, apa faedahnya para pembangkang waktu itu bertindak keluar dewan apabila tidak bersetuju dengan sesuatu isu. Dan kini, bila BN pula sudah menjadi pembangkang, kita juga masih melakukan tindakan yang sama yang dulu kita jelas mengutuk2 sikap tidak 'lelaki' rakan – rakan pembangkang.

2. Jika alasan tidak bersetuju dengan tatacara perjalanan dewan, lawan lah di dalam dewan tersebut yang jelas – jelas mempunyai imuniti dewan. Boleh cakap apa sahaja, malah cabar apa sahaja dengan lunas – lunas dewan untuk tegakkan pendirian. Ini sistem demokrasi berpelembagaan, jangan katakan keluar dewan, kau keluar negara sekalipun, asal di pihak satu lagi memperolehi number yang lebih besar daripada kita, maka Speaker tetap mereka punya.

3. Semua orang yang menjadi wakil rakyat, pasti akan katakan mereka akan lantang membawa suara permasalahan rakyat kawasan di dalam parlimen / dun. Ini janji mereka. Tetapi, bila tiba masa dan saat yang sepatutnya, tak mahu pula mereka berbahas dan mengusul di dalam dewan. Di luar juga pilihan mereka. Baik mereka jadi macam saya, tulis kat facebook. Tak perlu susah payah nak ke dewan bagai, dari atas katil rumah je boleh membuat usul atau kecaman.

4. Kemon lah, kata ini zaman perang. Nak perang habis habisan. Nak dedah kelemahan PH supaya rakyat tahu mereka tertipu dalam PRU 14 yang lalu. Tempat perang ahli politik ialah di dalam dewan tu. Jangan lari dari medan peperangan. Biar kamu gugur syahid di dalam tu, namun mengelak atau lari jangan sekali. Jangan hampakan sokongan rakyat yang memilih kamu. Malah jangan hampa dan padamkan semangat kami sebagai penyokong di luar ini bila melihat ayam tambatan kami lari bersabung.

5. Selesaikan urusan kamu di dalam dewan. Selepas itu, keluar dan buatlah pc sampai 7 hari 7 malam pun tiada siapa yang nak marah. Yang penting, usaikan urusan yang sepatutnya. Jangan tunjuk kita lemah dengan main lari – lari. Makin kerap kita keluar dewan, makin gelak Tun M dan PH sebab memudahkan urusan mereka. 

6. Jika tak berani duduk berdebat di dalam dewan, baik korang berhenti je daripada jadi wakil Rakyat. Biar aku yang masuk ke sana. Korang tengok macam mana anak Tg Malim gegarkan dewan tu. Menang atau tidak, tak penting. Yang penting lawan tetap lawan. Suara rakyat yang diwakili, perlu diperjuangkan.

7. Steady KJ. Kamu ada telor. Matang bukan terletak pada usia. Matang terletak pada otak.

Sumber Facebook Anggun Tg Malim

Sent From Note 8

No comments:

A Point To Ponder

Sandwich  used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...