Wednesday, May 30, 2018

BN Tewas, Ku Li Perlu Jadi Presiden

PH menang bukan kerana Tun. Untuk pertama kali saya bersetuju dgn Rafizi yang Tun bukanlah semata – mata factor utama kemenangan PH. Tun hanya opportunis yang segera berada di dalam PH bila dia lebih awal merasa atmosfera penolakan rakyat kepada BN. Ini berdasarkan pengalaman beliau selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, maka deria rasa beliau tajam dan peka kepada perubahan sekeliling. Kelebihan Tun ialah sentiasa pandai menempatkan diri di saat dan waktu yg betul untuk kekal hero. 

 

PH menang juga bukan kerana mereka lebih baik daripada BN, kerana line up mereka hampir2 sama spt yg sudah2, tetapi mereka menang kerana dinilai sebagai alternatif kepada BN yang rakyat sifatkan sudah tidak lagi releven dalam mentadbir negara. Rakyat disajikan dengan pelbagai kelemahan sistem tadbir urus BN di setiap hari melalui media baru.

 

PAS bukan alternatif terbaik untuk mengantikan BN walaupun PAS sendiri sudah mula meletakkan calon2 bukan melayu sebagai calon mereka. Pengundi cina tetap tidak akan memilih PAS sebagai ganti BN. PAS kekal dengan sasaran mereka untuk kekal di Kelantan, rampas Terengganu dan hampir hampir berjaya di Kedah. PAS juga tidak gagal walaupun mereka hanya menawan 18 kerusi Parlimen keseluruhan. Yang total gagal ialah BN.

 

BN tewas kerana beberapa faktor. GST misalnya, sebab harga barang naik tetapi Menteri Menteri BN bagi jawapan yang merapu rapu. Malah sesi road tour penerangan GST yang BN dan UMNO lakukan diseluruh Negara, kekal mengatakan barang tidak naik dengan pengenalan GST tetapi akan lebih menguntungkan rakyat apabila ianya dipulangkan semula dalam bentuk pembangunan dan BRIM kepad rakyat.

 

Anak muda di bandar tak mahu dengar alasan tersebut. Pada mereka, urusan membangunkan Negara itu merupakan urusan mana mana parti pun yang memerintah. Apa yang mereka tahu, GST telah menaikkan harga barang dan ianya langsung tepat kearah mereka. Mereka menanggung secara langsung kesan GST tersebut.

 

Faktor kedua ialah kelemahan jentera pelapor BN sendiri. BN mempunyai segala agen propaganda sama ada melalui media elektonik mahupun media cetak. Malahan mampu menyediakan agen2 media baru. Selain itu, BN juga mempunya saluran2 SB, MIO, KEMAS, JASA, BTN, SERANTA dan macam – macam lagi. Namun keberkesanan setiap satu daripada mereka boleh dipertikaikan. Malahan, sebahagian daripada pengendali jentera2 ini juga sibuk melobi diri untuk menjai calon menjadikan fokus utama pelaporan mereka tidak lagi tulen malahan sudah mula menjadi alat pelobi diri. Malahan KP JASA sendiri keluar parti bila tidak dapat jadi calon hahaha.. Sejujurnya, semua agen2 di atas tidak optimum dalam pelaporan. As Human Being, banyak juga yang berat sebelah. Malahan, JASA sendiri dalam setahun terakhir, dapat kita lihat halatuju ceramah, kempen atau main media mereka, 110% tugasnya ialah memburuk burukkan dan menghentam Tun Dr Mahathir, seorang negarawan yang dulunya bersama – sama  BN. Ini strategi yang silap.

 

Faktor lain ialah wujudnya cah keting dalam Jentera BN itu sendiri terutama UMNO. Bab ini, tak payah ulas panjang lah sebab memang ini script dan terjemahan yang sama setiap kali PRU termasuk lah kadar siap siaga jentera Bahagian yang suam – suam kuku je. Dana2 yang lambat turun ke cawangan – cawangan akan menambahkan lesunya lagi kesiap siagaan mereka. Zaman Tok Nenek bergolok gadai untuk UMNO seperti waktu dahulu, sudah tidak boleh dipraktikkan lagi waktu ini.

 

Faktor kutukan dan kejian yang berterusan kepada Tun selaku mantan Perdana Menteri juga merupakan factor utama. Walaupun Rafizi mengatakan Tun bukan factor utama, tetapi sentuhan dan karisma Tun sedikit sebanyak memberi keyakinan kepada awam untuk merasa selamat berada di bawah tadbiran beliau maka rakyat berani menterjemahkan undi kepada PH kerana Tun akan mengetuainya. Situasi ini sama seperti PRU ke 13 dulu bila BN merampas Kedah kerana awal awal lagi rakyat Kedah telah dijanjikan DS Mukriz akan menjadi Menteri Besar. Simple as that!

 

Undi anak muda bukan factor kali ini. Sukar dibuktikan anak muda menolak BN, sebab kali ini tua muda miskin kaya jantan betina, semua sekali menunjukkan penolakan. Malah anak muda lebih yakin kepada Tun berusia 93 tahun daripada barisan KJ. Tsunami yang terjadi kali ini, menyebabkan landskap politik Negara berubah sama sekali dengan pertama kalinya BN bergelar pembangkang. Maka, usaha2 menambah baik UMNO dan BN perlu dilakukan segera. Hala tuju kena jelas. Untuk itu, Najib telah berundur. Ini bagus. Zahid perlu berundur kerana dia gagal menjadi Timbalan yang melaporkan perkara yang benar kepada ketuanya. H20 sesuai di Timbalan Presiden. KJ perlu tunggu dulu. Dia sesuai duduk Naib Presiden. Dia bukan lawan Tun. Tiada jaminan kalau KJ Presiden, maka anak muda akan berduyun2 menyokong BN. Presiden?? Tengku Razaleigh Hamzah a.k.a Ku Li merupakan Tokoh terbaik sebagai Presiden.

 

Sent From Note 8

 


TENGKU RAZALEIGH - JASA PUTERA RAJA YG TIDAK DILUPAKAN!

1937: Dilahirkan pada 13 April. 
1959 (umur 22): Mendapat Ijazah Sarjana Muda dari Queen's University, Ireland. 
1962 (umur 25): Menjadi ahli UMNO dan dilantik menjadi Ketua UMNO Bahagian Ulu Kelantan. 
1963 (umur 26): Dilantik sebagai Setiausaha Perhubungan UMNO Kelantan dan Majlis Tertinggi UMNO. 
1967 (umur 30):Menjadi Ketua Perhubungan UMNO negeri Kelantan. 
1969 (umur 32): Bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri menentang Dato Asri Muda dan menjadi Ahli Parlimen. 
1972 (umur 35): Mendapat gelaran "Tan Sri". 
1974(umur37): (1) Bertanding kerusi Parlimen; (2) Menjadi Naib PresidenUMNO pada Julai setelah kematian Tun Dr Ismail Abdul Rahman dan mengekalkan jawatan selama tiga penggal berturut-turut sehingga 1978. 
1976 (umur 39): Dilantik sebagai Menteri Kewangan pada 5 Mac. 
1984 (umur 47): Dilantik sebagai Menteri Perdagangan dan Perindustrian dalam rombakan kabinet pada bulan Julai. 
1987(umur50): (1) Mencabar regu Dr Mahathir dan Ghafar Baba bersama denganDatoMusa Hitam dalam pemilihan parti sebagai Presiden dan Naib Presiden parti UMNO dan ditewas 43 undi di tangan Dr Mahathir pada 24April; (2)Menubuhkan Parti Semangat 46 bersama dengan Dato Rais Yatim;(3) Gagal dalam Pilihan Raya Umum untuk membentuk kerajaan. 
1996 (umur 59): Menyertai UMNO semula selepas pembubaran Semangat 46. 
2008 (umur 71): Memenangi Parlimen Gua Musang. Merupakan ahli parlimen paling lama sejak 1974 iaitu selama 34 tahun! 
Cik Puan Noor Abdullah merupakan isteri Tengku Razaleigh.

-Bekas Menteri Kewangan

-Bekas Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa

-Bekas Pengasas dan Pengerusi Bank Bumiputra

-Bekas Pengasas dan Pengerusi PETRONAS

-Bekas Pengasas dan Pengerusi PERNAS

-Bekas Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia

-Pengasas dan Presiden Dewan Perniagaan Asean

-Pernah menjawat jawatan dalam tiga institusi KewanganAntarabangsa serentak. Iaitu Bank Pembangunan Asia, Bank Pembangunan Islam dan Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa. Satu pencapaian yg unit oleh seorang anak Melayu

-Merupakan pengasas kepada PETRONAS. Ku Li mengguna pakai kaedah PERTAMINA-syarikat petrolium Indonesia akhirnya dimaktubkan sbg Akta Petrolium Negara pada sidang Parlimen 1974. Ku Li berjaya mengambil resipi PERTAMINA hasil hubungan rapat dengan Presiden PERTAMINA,General IbnuSotowo yang jauh berusia daripada Ku Li. Ibnu Sotowobegitu kagum dengan kebijaksanaan Ku Li biarpun dengan usia sebegitu muda, tetapi memiliki cita-cita besar sedangkan Malaysia hanya sekadar memiliki 'setitik'hasil minyak berbanding Indonesia.Hari ini jika dibandingkan dengan Indonesia PETRONAS cukup tersohor dalam pencairan minyak di lebih 50negara. Seawalnya Sotowo tidak yakin dengan Ku Li kerana untuk membina sebuah syarikat Petrolium bukan kerja mudah, apatah lagi ketika itu rantau ASEAN masih tidak memiliki kepakaran dan ilmu tentang cari gali minyak. Pertemuan kali ke 2 Sotowo pelik dan merasa yakin dengan pandangan jauh Ku Li dalam mengkaltuskan PETRONAS. Hari ini PETRONAS sudah berusia 30tahun dan sudah mampu terbang tinggi untuk bersaing dgn syarikat gergasi minyak dari Amerika, England dan Belanda. 

(hari ini kebanyakkan kita berbangga dgn PETRONAS yg terkenal di seluruh dunia dan setiap hari kita mengisi minyak kenderaan menggunakan minyak PETRONAS sayangnya ada dikalangan kita tidak tahu siapa yang mengasaskannya maka jdlah kita seperti orang Singapura yang makan nasi setiap hari tetapi tidak mengetahui dr mana dtgnya beras!)

-Merupakan orang Malaysia pertama menemui Perdana Menteri China dan arkitek terhadap merintisnya Persahabatan Malaysia-China 1974 yang membawa kejatuhan Parti Komunis Malaya.

-Semasa Tengku Razaleigh memimpin Bank Bumiputera, beliau telah menjemput Wong Am Pui dan Dato Khoo Kay Peng melatih kakitangan Melayu agar mahir dalam pengurusan bank. Pada waktu itu adalah sukar untuk mencari anak melayu yang tahu selok-belok menguruskan sebuah bank,pastinya ia memerlukan masa. Ternyata hr inianak Melayu bukan sahaja mampu menguruskan bank malah sudah mampu memiliki bank seperti TanSri Azman Hashim, Tan Sri Rashid Hussin dan lain-lain.

-menjadi Menteri Kewangan paling lama iaitu dari tahun 5 Mac 1976- Julai 1984 dan setiap tahun membentangkan belanjawan negara di Parlimen melalui siaran secara langsung oleh RTM.Ketika itu, perkembangan ekonomi negara berkembang 6-8 peratus setahun.

-Tapak bangunan PWTC asalnya adalah milik Ku Li, tetapi demi untuk melihat bangunan UMNO tersegam indah dan gagah ditengah-tengah pusat bandaraya Kuala Lumpur, Ku Li sanggup serahkan pada UMNO.Inilah nasib orang yg berjasa tetapi tekubur dijalanan!

"baja wang" bajawang@yahoo.com

Sent From Note 8

Sunday, May 27, 2018

Manfaatkanlah Sementara Ada Waktu.

Ada seorang yang membuka bisnes ZOO HAIWAN

Di pintu masuknya, dia menulis RM10.00/orang tp tdk ada seorangpun yg masuk.....

Kerana beberapa lama  tidak ada pengunjung,  maka harga tiket pun ia  turunkan menjadi RM7.00.. dan tetap tidak seorangpun yg mau masuk....

Disebabkan masih tidak tidak ada juga pengunjung, akhirnya ia turunkan menjadi RM3.00 dan tetap tidak ada pengunjung yang mahu masuk!!

Akhirnya ditulislah pengumuman:
"MASUK PERCUMA" 
Kemudian ramai org yang berebut2 masuk. 

Ketika pengunjung di dalam telah penuh, sipemilik ini memutuskan utk membuka semua pintu kandang binatang buas..Singa..., Harimau..., Serigala..., Ular.... & pintu keluarnya sudah dikunci !

Di pintu KELUAR di tulis:
 "Keluar Bayar RM100.00!!!"

Ramai orang berebut membayarnya... 

Inilah ironi kehidupan.... Ketika ditawarkan untuk hidup sihat, banyak berpuasa, banyak minum air masak, banyak bersukan, makan makanan yg menyihatkan, jaga rehat dan tidur secukupnya..tidak ramai org yg mau mendengarnya..

Tapi kalau sudah masuk HOSPITAL, berapapun mahalnya bil HOSPITAL,   kita pasti akan berusaha membayarnya utk kembali sembuh, sekalipun harus jual aset atau berhutang dan cari sumbangan. 

Sihat lebih baik daripada sembuh..kerana sihat itu murah..

Begitu juga spt bab sedekah..masa hidup RM50-RM100 tu tersangat berat nak keluarkan..tp bila dah berada d alam barzakh..agaknya jika diberi kesempatan hidup semula, infak RM beribu2 pun dah tak kisah..

Khas utk renungan dan ingatan pada diri sendiri.

Sent From Note 8

Tuesday, May 22, 2018

JOM KITA TENGOK JANJI JANJI PAKATAN HARAPAN

1. Penceramah penceramah PH semasa berkempen PRU14 menyatakan Ekonomi Malaysia sedang mengalami masalah besar, negara akan Bankrup.

Hakikatnya bila masuk Putrajaya Zetty Aziz menyatakan bahawa Ekonomi Malaysia adalah Stabil.

2. Penceramah penceramah PH semasa kempen PRU14 menyatakan bahawa kerajaan dulu tidak pandai menguruskan ekonomi negara.
Ketika masuk Putrajaya, Zetty Aziz menyatakan bahawa Rezab Negara berjumlah RM430B dan tertinggi dalam sejarah negara ini.

3. Penceramah PH semasa kempen PRU14 menyatakan bahawa Harga Minyak akan diturunkan selepas masuk Putrajaya.
Selepas masuk Putrahaya, Zetty Aziz menyatakan bahawa apungan harga minyak kekal sehingga mereka menemui mekanisma baru.

Maknanya PH langsung tidak mempunyai mekanisma untuk menurunkan harga minyak semasa mereka bercakap tentang penurunan harga minyak.

4. Penceramah PH semasa kempen PRU14 menyatakan bahawa mereka akan menghapuskan GST sebaik saja mereka masuk Putrajaya.
Ketika mereka masuk Putrajaya, Zetty Aziz menyatakan bahawa kerajaan memerlukan masa 100 hari untuk mencari mekanisma bagi menghapuskannya.

Maknanya PH langsung tidak mempunyai mekanisma untuk menghapuskan GST semasa mereka berkempen pada PRU14.

5. Penceramah PH semasa kempen PRU14 menyatakan bahawa mereka akan Menghapuskan TOL.

Setelah masuk Putrajaya, TOL tidak dihapuskan kerana masalah penyelenggaraan.

6. Penceramah PH semasa kempen PRU14 menyatakan Pelaburan dari Negara Komunis China akan di lupuskan.

Tetapi apabila mereka masuk Putrajaya, Pelaburan dari China adalah bagus dan akan diteruskan.

Hari ini RAKYAT sepatutnya sedar sikap pemimpin-pemimpin PH yang hanya pandai bercakap tetapi tidak langsung mempunyai sebarang mekanisma untuk menyelesaikan apa yang mereka cakapkan.

Kredit to:
posting FB
Nasruddin Haron
(16 Mei, 12.15pm @ Ipoh, Perak)

Sent From Note 8

Thursday, May 17, 2018

Luahan Hati Syed Mokhtar Al-Bukhary Mengenai Kejatuhan Najib Razak


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. Selama ini saya menulis kepada ahli UMNO dan rakyat Malaysia n islam (izin edit sikit jer) izinkan saya buat kali pertama menulis kepada rakyat Malaysia. Hari ini, Perdana Menteri Mohd Najib Razak sudah menjadi seperti sampah dan kain buruk kepada sebahagian rakyat Malaysia yang mempunyai kepentingan politik dan yang sekadar ikut-ikutan. olah-olah Mohd Najib tidak pernah berbuat apa-apa kepada kita.

2. Hampir menitis air mata saya apabila melihat keadaan di media sosial, rangkaian perbualan WhatsApp dan perbualan politik di kalangan sebahagian besar rakyat Malaysia yang mencerca, menghina, memfitnah dan menipu untuk memburukkan Mohd Najib.

3. Memang dalam masa lapan bulan ini Mohd Najib berhadapan dengan kemelut 1 Malaysia Development Berhad (1MDB). Mohd Najib dalam usaha memulihkan 1MDB kerana beliau percaya syarikat ini sungguhpun bermasalah, ia adalah masalah yang perlu diselesaikan.

4. Tidak cukup itu Mohd Najib dituduh merompak wang 1MDB sebanyak RM 2.6 Bilion. Siasatan SPRM mendapati ia tidak benar.  SPRM juga mengesahkan ia merupakan sumbangan dana politik yang tiada kena mengena dengan sebarang keputusan  atau hasil kerajaan mahu pun 1MDB.

5. Dengan kata lain tiada unsur rasuah atau korupsi. Rakyat biasa memang tidak faham dan tidak akan faham permainan politik ini. Baiklah kita anggaplah ini sisi buruk Mohd Najib. Soal salah atau tidak biarkan Undang-undang menentukan. Namun, apakah sejak mengambil alih pentadbiran Mohd Najib tidak melakukan apa-apa kebaikan kepada kita semua rakyat Malaysia sehingga beliau layak dijadikan bahan jenaka, cercaan, umpatan dan lebih teruk difitnah?

6. Selama lima tahun Mohd Najib memacu pertumbuhan ekonomi negara yang begitu cemerlang. Sudah lupakah rakyat Malaysia bahawa sejak pentadbiran Mohd Najib, jumlah pelaburan asing langsung meningkat dari RM 5.1 Bilion pada 2009 (tahun beliau mengangkat sumpah) meningkat kepada RM 29.183 B (2010), RM 37, 325 B (2011), RM 31,118 B (2012), RM 38.8 B (2013) dan RM 39.6B pada 2014.

7. Apakah kerana kita tidak mendapat dan secara langsung, maka kita tidak langsung menghargai pentadbiran Mohd Najib? Pertumbuhan dan pelaburan besar inilah yang membolehkan ramai dari kita meningkatkan taraf hidup. Dulu makan di KFC atau McDonald adalah acara bila dapat gaji, hari ini sebahagian besar sudah menjadi acara mingguan dan harian.

8. Mohd Najib juga dimaki hamun oleh sebahagian rakyat yang tidak mahu membaca dan mengkaji apabila ringgit jatuh kepada RM 4 per USD 1. Kejatuhan nilai ringgit terburuk dalam tempoh 17 tahun adalah fenomena antarabangsa berikutan hampir semua matawang negara pesat membangun mengalami kejatuhan berbanding dolar.

9. Adakah rakyat Malaysia tahu daripada 174 matawang dunia, hanya 18 matawang yang tidak terjejas berikutan pengukuhan US Dollar? Malaysia sebagai negara pengeksport minyak dan minyak kelapa sawit sama seperti beberapa negara yang komoditi utama jatuh.

10. Bencinya mereka kepada Mohd Najib, sanggup menipu mengatakan keadaan sekarang lebih teruk dari 1998.

11. Ramai tidak suka tapi saya mahu sebut juga bahawa di bawah Mohd Najib, pembangunan luar bandar digandakan, Sabah dan Sarawak serta kawasan pedalaman mendapat perhatian khusus. Polisi pro-rakyat seperti BR1M, Klinik 1 Malaysia, Pusat Tranformasi Bandar (UTC), Permata, bantuan pembinaan rumah rakyat miskin, pembinaan rumah mampu milik untuk rakyat dan ratusan pembaharuan lain; dilaksanakan dengan pantas bagi mengurangkan beban hidup rakyat dan karenah birokrasi.

12. Malangnya ini dilupakan oleh sebahagian rakyat kerana mereka suka melihat keburukan dari kebaikan. Kita lebih suka mendengar keburukan dari kebaikan. Budaya apa, ajaran apa dan budi apa yang kita ada hari ini?

13. Sangat mengelirukan yang banyak memaki hamun dan mencerca Mohd Najib di laman sosial ialah manusia Melayu, Islam dan ada yang bertudung. Mereka seolah-olah lupa sumbangan dan usaha Mohd Najib menyediakan begitu banyak peluang dan modal kepada bumiputera dan pembangunan syiar Islam.

14. Sepanjang lima tahun pentadbiran ini sudah berbilion Mohd Najib beri bantuan dan peruntukan kepada kaum bumiputera. Namun Melayu tidak pernah sepatah mengucap terima kasih. Sebaliknya apabila Mohd Najib mengumumkan bantuan 50 juta kepada usahawan Cina, itulah dijadikan modal memaki Mohd Najib.

15. Melayu apa, Islam apa kita ini? Hanya kerana diuji sedikit dalam kegetiran ekonomi kini, kita mula menghina dan mencerca pemimpin Islam. Sebahagian kita menghina pemimpin Islam hanya kerana prasangka buruk dan kecewa dengan kehidupan kita sendiri?

16. Perdana Menteri yang kita hina ini, seperti kata Profesor Ridhuan Tee Abdullah, merupakan penggerak pendamaian Islam di seluruh dunia, dari mengatur pertemuan Fatah dan Hamas di Kuala Lumpur,  sehinggalah turun sendiri ke Gaza bagi mendamaikan umat Islam di sana.

17. Mohd Najib juga turun sendiri ke Selatan Filipina bagi membantu umat Islam, menamatkan konflik 70 tahun  bangsa Moro dengan kerajaan Filipina; dan sekarang sedang berusaha menyelesaikan konflik umat Islam Selatan Thailand yang telah berlarutan selama 50 tahun.

18. Malangnya ada antara kita bukan sekadar mahu menjatuhkan beliau, malah sanggup memfitnah, memaki hamun dan tidak mahu menerima sebarang penjelasan langsung kerana kepentingan politik. Tidak cukup itu, isteri Perdana Menteri juga dicerca, dihina dan dituduh bermacam-macam, seolah-olah kita semua hidup berjiran dengannya dan tahu segala perilaku beliau.

19. Mohd Najib sebagai manusia biasa tidak dapat lari dari kesilapan dan kelemahan. Namun apakah sekian banyak usaha baik yang dibuat beliau ini tak ubah seperti mencurah air di atas daun keladi? Atau kita sudah menjadi bangsa yang tidak mengenang budi?

20. Hari ini Allah uji kita sedikit, kita sudah berpecah belah, lupa kepada jasa dan usaha pemimpin hari ini dan menafikan nikmat hidup di negara ini yang jauh lebih baik dari sebahagian negara.

21. Sedar atau tidak mereka yang memperlekehkan kerajaan hari ini melalui gosip, taksub dan taklid buta kepada usaha menjatuhkan Mohd Najib telah mewujudkan krisis keyakinan kepada negara ini di kalangan pelabur asing.  Jadi siapa yang sedang memusnahkan negara ini, Najib atau kita sendiri?

Akhirul kalam, jangan kita kufur (nafikan) nikmat Allah kerana saya khuatir suatu hari nanti Allah tarik nikmat ini.

Wassalam,
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
Sayangkan Islam dan Negara
Nauzubillah
Wallahualam

C&P

Sent from my Samsung Galaxy N8 smartphone.

Monday, May 14, 2018

Pengertian Iman Apa itu Iman..

Seorg Sultan mengambil seorg Ustaz menjadi menterinya.
Maka diberi istana,
Gelaran,
Isteri yg cantik dan pelbagai kemewahan..!

Satu hari Sultan telah memanggil Menteri Agamanya dan bertanya TIGA soalan.
PERTAMA!
Apa itu Dunia..?
KEDUA!
Apa itu Akhirat..?
Dan KETIGA!
Apa itu Iman..?

Sultan hanya memerlukan jwpn yg tepat dan jitu saja.
Tak mahu syarahan yg pjg2.
Menteri Agama terpinga2 mencari jwpn yg memuaskan hati Sultannya.

Sultan jadi murka dan memberi tempoh seminggu utk mencari jwpnnya.

Kemudian Sultan menghantar wakilnya kpd Menteri itu dan bagi titah bahawa segala kemewahan yg diberi akan dirampas jika gagal memberi jwpn yg dikehendaki.

Menteri jadi runsing yg amat sgt memikirkan akan kehilangan segala2nya jika gagal memberi jwpn.

Menteri dah tak dpt tidur,
mkn pun tak lagi berselera,
Cakap pun dah lain spt.
Dia telah mengumpulkan ramai cerdik pandai utk mendptkan jwpn ttp gagal.

Akhirnya Menteri telah keluar dari istana utk mencari org yg blh merungkaikan keresahannya sekaligus menyelamatkan apa yg dimilikinya.

Masa hampir tiba.
Menteri makin berserabut memikirkan akan kehilangan segalanya.
Sehari sblm sampai tempoh masa tersebut,
Dia duduk termenung di bawah sepohon pokok besar mengenangkan nasibnya.

Sdg dia termenung,
Si Menteri tadi terpandang seorg tua yg sdg berkebun.

Bila matahari terik di kepala,
Org tua itu berhenti utk mkn tengahari dan solat Zohor.

Maka diajaknya si Menteri mkn bersama.
Menteri yg kerunsingan memikirkan jwtn,
Istana dan kemewahan yg akan lesap tak langsung berselera nk mkn lagi.

Org tua itu bertanya,
"Tuan,
Nmpak spt ada masalah..?
Boleh hamba tlg..?"

Menteri pun memberitahu kisahnya dan soalan2 Sultan beserta syarat2nya kpd org tua yg baik hati tadi.

Soalan pertama,
Apakah itu dunia? 

Maka dijwb org tua tadi..!
"Dunia ialah apa2 amalan yang kita buat utk ditinggalkan.
Hal ini diketahui oleh hati masing2lah..!"

Soalan kedua,
Apakah itu akhirat? 

Maka dijwb org tua tadi..!
"Akhirat ialah apa2 amalan yg kita buat utk dibawa ke sana tanpa ada apa2 maksud dunia di dlmnya.
Ini pun diketahui oleh hati masing2lah..!"

Dan soalan ketiga, apakah itu iman? 

Maka org tua itu pun bagi tahu,
"Akan aku bagitahu ptg nanti selepas solat Asar!

Bila waktu Asar,
Mrk solat Asar bersama berjemaah dan selepas solat,
Si Menteri terus bertanya,
"Apa itu iman..?"

Pada masa itu terdpt beberapa ekor anjing sdg mkn sisa2 makanan tengahari.

Org tua itu memberi syarat utk memberi jwpn yg ketiga,
Dia mesti mkn bersama anjing2 itu.

Si Menteri berfikir berkali2.
Mkn dgn anjing ni najis berat.
Tak mkn kang jawatan lesap,
Harta melayang,
Hidup susah dan melarat..!

Nak dpt kerja lain bkn senang skrg ni.
Fikir punya fikir akhirnya si Menteri pun buat keputusan utk mkn bersama anjing2 itu..!

Apabila saja si Menteri duduk utk mkn bersama anjing2 itu,
Org tua tadi pun pegang kolar bajunya dan berkata,

"Wahai Tuan..!
Inilah Iman.
Bagi mrk yg ada iman,
Mrk sggup kerugian segala dunianya ttp tidak akan sggup melanggar perintah Allah..!

Akan ttp mrk yg tidak ada iman akan sggup melanggar perintah Allah utk slmtkan dunianya..!

A Point To Ponder

Sandwich  used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...