Wednesday, May 30, 2018

BN Tewas, Ku Li Perlu Jadi Presiden

PH menang bukan kerana Tun. Untuk pertama kali saya bersetuju dgn Rafizi yang Tun bukanlah semata – mata factor utama kemenangan PH. Tun hanya opportunis yang segera berada di dalam PH bila dia lebih awal merasa atmosfera penolakan rakyat kepada BN. Ini berdasarkan pengalaman beliau selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, maka deria rasa beliau tajam dan peka kepada perubahan sekeliling. Kelebihan Tun ialah sentiasa pandai menempatkan diri di saat dan waktu yg betul untuk kekal hero. 

 

PH menang juga bukan kerana mereka lebih baik daripada BN, kerana line up mereka hampir2 sama spt yg sudah2, tetapi mereka menang kerana dinilai sebagai alternatif kepada BN yang rakyat sifatkan sudah tidak lagi releven dalam mentadbir negara. Rakyat disajikan dengan pelbagai kelemahan sistem tadbir urus BN di setiap hari melalui media baru.

 

PAS bukan alternatif terbaik untuk mengantikan BN walaupun PAS sendiri sudah mula meletakkan calon2 bukan melayu sebagai calon mereka. Pengundi cina tetap tidak akan memilih PAS sebagai ganti BN. PAS kekal dengan sasaran mereka untuk kekal di Kelantan, rampas Terengganu dan hampir hampir berjaya di Kedah. PAS juga tidak gagal walaupun mereka hanya menawan 18 kerusi Parlimen keseluruhan. Yang total gagal ialah BN.

 

BN tewas kerana beberapa faktor. GST misalnya, sebab harga barang naik tetapi Menteri Menteri BN bagi jawapan yang merapu rapu. Malah sesi road tour penerangan GST yang BN dan UMNO lakukan diseluruh Negara, kekal mengatakan barang tidak naik dengan pengenalan GST tetapi akan lebih menguntungkan rakyat apabila ianya dipulangkan semula dalam bentuk pembangunan dan BRIM kepad rakyat.

 

Anak muda di bandar tak mahu dengar alasan tersebut. Pada mereka, urusan membangunkan Negara itu merupakan urusan mana mana parti pun yang memerintah. Apa yang mereka tahu, GST telah menaikkan harga barang dan ianya langsung tepat kearah mereka. Mereka menanggung secara langsung kesan GST tersebut.

 

Faktor kedua ialah kelemahan jentera pelapor BN sendiri. BN mempunyai segala agen propaganda sama ada melalui media elektonik mahupun media cetak. Malahan mampu menyediakan agen2 media baru. Selain itu, BN juga mempunya saluran2 SB, MIO, KEMAS, JASA, BTN, SERANTA dan macam – macam lagi. Namun keberkesanan setiap satu daripada mereka boleh dipertikaikan. Malahan, sebahagian daripada pengendali jentera2 ini juga sibuk melobi diri untuk menjai calon menjadikan fokus utama pelaporan mereka tidak lagi tulen malahan sudah mula menjadi alat pelobi diri. Malahan KP JASA sendiri keluar parti bila tidak dapat jadi calon hahaha.. Sejujurnya, semua agen2 di atas tidak optimum dalam pelaporan. As Human Being, banyak juga yang berat sebelah. Malahan, JASA sendiri dalam setahun terakhir, dapat kita lihat halatuju ceramah, kempen atau main media mereka, 110% tugasnya ialah memburuk burukkan dan menghentam Tun Dr Mahathir, seorang negarawan yang dulunya bersama – sama  BN. Ini strategi yang silap.

 

Faktor lain ialah wujudnya cah keting dalam Jentera BN itu sendiri terutama UMNO. Bab ini, tak payah ulas panjang lah sebab memang ini script dan terjemahan yang sama setiap kali PRU termasuk lah kadar siap siaga jentera Bahagian yang suam – suam kuku je. Dana2 yang lambat turun ke cawangan – cawangan akan menambahkan lesunya lagi kesiap siagaan mereka. Zaman Tok Nenek bergolok gadai untuk UMNO seperti waktu dahulu, sudah tidak boleh dipraktikkan lagi waktu ini.

 

Faktor kutukan dan kejian yang berterusan kepada Tun selaku mantan Perdana Menteri juga merupakan factor utama. Walaupun Rafizi mengatakan Tun bukan factor utama, tetapi sentuhan dan karisma Tun sedikit sebanyak memberi keyakinan kepada awam untuk merasa selamat berada di bawah tadbiran beliau maka rakyat berani menterjemahkan undi kepada PH kerana Tun akan mengetuainya. Situasi ini sama seperti PRU ke 13 dulu bila BN merampas Kedah kerana awal awal lagi rakyat Kedah telah dijanjikan DS Mukriz akan menjadi Menteri Besar. Simple as that!

 

Undi anak muda bukan factor kali ini. Sukar dibuktikan anak muda menolak BN, sebab kali ini tua muda miskin kaya jantan betina, semua sekali menunjukkan penolakan. Malah anak muda lebih yakin kepada Tun berusia 93 tahun daripada barisan KJ. Tsunami yang terjadi kali ini, menyebabkan landskap politik Negara berubah sama sekali dengan pertama kalinya BN bergelar pembangkang. Maka, usaha2 menambah baik UMNO dan BN perlu dilakukan segera. Hala tuju kena jelas. Untuk itu, Najib telah berundur. Ini bagus. Zahid perlu berundur kerana dia gagal menjadi Timbalan yang melaporkan perkara yang benar kepada ketuanya. H20 sesuai di Timbalan Presiden. KJ perlu tunggu dulu. Dia sesuai duduk Naib Presiden. Dia bukan lawan Tun. Tiada jaminan kalau KJ Presiden, maka anak muda akan berduyun2 menyokong BN. Presiden?? Tengku Razaleigh Hamzah a.k.a Ku Li merupakan Tokoh terbaik sebagai Presiden.

 

Sent From Note 8

 


No comments:

A Point To Ponder

Sandwich  used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...