Ini tiga
soalan yang menarik diajukan buat Pak Menteri yang berkenaan untuk
menjelaskan mengenai kenaikkan harga minyak RON95 dan Diesel semalam.
Pak Menteri tak perlu nak bagi alasan panjang lebar untuk menRASIONALISASIkan soal pengurang subsidi minyak sebanyak RM 0.20sen tu. Buang masa Pak Menteri je.
Maka, demi
untuk menjimatkan masa Pak Menteri yang cukup berharga tu, adalah lebih
baik Pak Menteri jelaskan kepada rakyat mengenai tiga soalan ini secara
jujur dan telus.
Pertama,
dari sumber yang dimaklumkan, soal kenaikkan harga minyak RON95 dan
Diesel sebanyak RM 0.20sen tu tak dibincang pun dalam mesyuarat kabinet
semalam.
Kenapa ianya
tak dibincangkan terlebih dahulu dan adakah kenaikkan harga minyak tu
dipersetujui oleh semua pihak termasuk dikalangan Menteri Kabinet
sendiri?
Kedua,
kenapa kenaikkan harga minyak tu berlaku dalam keadaan harga minyak
dunia pada ketika ini sedang mengalami penurunan? Adakah kenaikkan itu
masuk akal bagi Pak Menteri?
Dan Ketiga,
kenapa kenaikkan harga minyak tu diumumkan pada waktu seluruh rakyat
Malaysia sedang bersiap sedia untuk pulang ke kampung halaman dan
menyambut Hari Raya Aidil Adha?
Terdesak
sangat ke pihak Kerajaan nak naikkan harga minyak tu sekarang sehingga
mereka tak boleh nak bersabar dalam tempoh lebih kurang seminggu sahaja
lagi?
Itu
persoalan yang perlu dijelaskan oleh Pak Menteri. Tak perlu la Pak
Menteri nak habiskan masa buat perbandingan kenaikkan harga minyak di
Negara - Negara lain.
Sepatutnya
Pak Menteri sendiri perlu prihatin dengan keadaan sekeliling sebelum
membuat sebarang keputusan. Tolong cakna sikit dengan apa yang berlaku
diluar pejabat Pak Menteri. Jangan asyik suka tengok Maharaja Lawak je
kerjanya!!!
Sumber : Semua Hitam