Tuesday, October 9, 2012

Selepas M. Nasir, Shah Rukh Khan pula berlakon Filem Panji Keadilan



Harapkan gambar je rupa pendekar melayu. Tapi jiwa melayunya hilang entah kemana. Prinsip aku mudah, hujan emas di negara orang hujan batu di negara sendir lebih baik di negara sendiri. Dia sokong PR pasal dia dah nampak idealisme PAP tu akan dibuat di Malaysia melalui DAP sekiranyanya agenda busuk mereka berjaya mengaburi mata pengundi dan mereka berjaya mentadbir negara ini.

Jadi bagi beliau, apabila perkara itu berjaya, berada di Malaysia akan jadi seperti berada di Singapura jugak. Dengan segala keistimewaan yang telah kita berikan, ini hasil balasannya.

Jangan lepas ini aku dengar Datuk Shah Rukh Khan pulak berlakon filem Panji Keadilan hahaha..bagi lagi lah pangkat, gelaran dan segala macam keistimewaan pada orang luar. Pastu mereka akan gigit kita balik. Ini jadikan pengajaran pada semua yang duduk kat atas atas tu. 

Lain kali jangan cepat sangat dan mudah sangat beri penghargaan kat orang luar. Bagi lah kat Zed Zaidi ke..Zed Zaidi? Hahahahaha..Hahahaha..Hahahahahaha...


Heboh sekarang ini di media cyber mengenai tindakan Datuk M Nasir yang sudi menyanyi lagu rasmi PKR iaitu Panji Keadilan .

Memang sah dia  dalam kategori orang tak mengenal budi.

Sudah lah datang dari Singapura mencari rezeki di Malaysia ini , jadi popular dan hingga mendapat gelaran Datuk ...sekarang ini dah berani tunjuk  dirinya adalah  menyokong pembangkang .

Berapa ribu dia dapat untuk nyanyi lagu parti yang nak jatuhkan kerajaan Malaysia ini ?  Kerana duit ke dia sanggup nyanyi lagu mereka ?

Memang M Nasir ini mudah lupa bila dah senang. Oleh kerana beliau hari ini sokong Anwar dan pembangkang , mari kita ramai ramai boikot sifu penyanyi ini.

Lagi cerita baca kat EMPAYAR PEMUDA


Monday, October 8, 2012

Ustazah Abby Abadi menghina Nabi pulak dah..

Kan aku dah cakap yang Abby Abadi ni bukannya bagus benar pun. Ilmu setahun jagung, meroyan je lebih. itu lah yang penyokong penyokong PAS dok kecoh ke sana ke sini. Sayang sangat kat dia ni. Bagi gelaran macam macam. Tu belum campur ustaz Bob Lokman lagi. Lagi lah haru nanti.

Berita selanjutnya korang baca lah kat Rasyid Zamri berkaitan isu ni.

Latest..PKR masuk UMNO. Secara rasmi bubar!

Kegagalan fungsi PR dalam menjalankan amanah dan tanggungjawap mereka terhadap ahli parti semakin ketara. Dengan pucuk pimpinan sibuk berebutan jawatan jawatan penting sesama mereka, set up Kabinet Bayangan mereka, Bajet Bayangan mereka untuk terus mengejar Bayang Bayang Putrajaya mereka, maka nasib ahli semakin terabai. 

Ini juga satu tamparan hebat kepada Ketua Cabang Tg Malim, Major Kamal Badri yang turut sibuk menonjolkan diri agar terpilih sebagai calon PKR di Dun Behrang nanti.

Apa yang berlaku pada PR ni aku memang tak mahu respon sangat pasal bagi aku PR memang tidak relevan langsung dalam tampuk pemerintahan negara. Bermodalkan Anwar Ibrahim, mereka mencanang canangkan usaha menerajui negara. Sedangkan Malaysia bukan boleh ditadbir dengan seorang Perdana Menteri sahaja. Ia perlu disokong oleh segenap lapisan sebagaimana yang diterima DS Najib sekarang.

Kerana itu aku yakin sekiranya kerusi DUN Behrang itu diserahkan kepada UMNO sebagaimana perjanjian asal dahulu, ia akan menjamin satu kerusi selamat buat kerajaan BN. Tapi MIC kena lah berkorban sikit atas dasar kesepakatan dan kemuafakatan. Ini bukan masanya untuk kita mementingkan kuota kerusi tapi masa untuk memastikan jangka hayat BN terus ampuh dan hidup dalam arena politik tanahair. So, DS Najib dan DS Zambry harus tengok betul betullah perkara ini.
Dengan kemasukan lebih 60 ahli PKR dari cawangan cawangan yang berkenaan, diberitakan cawangan cawangan tersebut telah pun berkubur dan Anwar telah arahankan Major kesayangannya itu untuk beli batu nesan hahahaha..

Petang tadi ( 7 Okt 2012 ), seramai 63 ahli PKR dari Kampung Pasir, Kampung Sungai Muda dan Kampung Ulu Slim dalam Bahagian Tanjong Malim menyerahkan borang untuk menyertai UMNO. Mereka di ketuai  Puan Jamilah Hayat, 40.

Zaid Hamidi Peluk Mesra Seorang Gadis.

Sebelum ini bloggers pembangkang heboh dengan satu gambar yang menunjukkan DS Zaid Hamidi berpeluk mesra dengan seorang gadis manis dikhayalak ramai. Gambar tersebut di siarkan dalam akhbar China Press.


Walau pun mereka menimbulkan persoalan tetapi mereka turut sengaja menimbulkan persepsi kurang enak terhadap Menteri Pertahanan itu.

Akan tetapi, mereka akan pasti kecewa dengan maklumat yang MiM terima tentang gambar tersebut.


Namanya ialah Nurul Hidayah Zaid Hamidi yang selesai kursus pegawai dalam Wataniah. Daripada namanya sahaja kita boleh agak kaitannya dengan Zaid Hamidi. Beliau adalah anak sulung Menteri Pertahanan itu.

So, sebenarnya tiada isu apabila gambar di atas disiarkan dalam akhbar bahasa Cina itu. Mana ada bapa yang tidak sayang anaknya.

Yang kita tahu ialah pemimpin tertinggi pakatan pembangkang yang dianggap derhaka kepada ibu kandungnya sendiri.

Apa pun, matlamat blogger pro-pembangkang untuk mengharapkan kontroversi ke atas gambar Zaaid Hamidi tidak kesampaian dan gagal!

Sumber : Dr MIM

Adoiii..Pelik pelik lah para bloggers pihak pembangkang ni. Agak agaklah kalau nak buat fitnah pun. Takkan lah bapak dia nak peluk anak dia pun tak boleh. Takkan lah pulak nak minta aku yang pergi peluk anak dia ( jangan marah ye Tok hehehe..)

Harap dengan penjelasan daripada Dr. MIM tu telah menyelesaikan segala kekusutan dan kekeliruan yang cuba ditimbulkan oleh pihak lain lebih lebih lagi saat PRU yang dah dekat sangat ni.

 

Friday, October 5, 2012

Kenapa bolasepak dimainkan 45 minit bagi setiap separuh masa?

Percayakah anda ini satu Fakta???

Fakta????

Kenapa masa perlawanan bolasepak adalah 45 minit, dan bukannya 30minit ataupun 1 jam (utk separuh masa)?

Saintis sukan dan pemain-pemain veteran juga tidak dapat memberikan jawapan yang tepat. Di dalam kemusykilan tersebut, ada seseorang yang memberikan jawapan yang boleh diterima.

Dia menjawab...."Sebab mengapa bola

sepak dimainkan dalam 45 minit ialah...

Terdapat 2 pasukan didalam setiap perlawanan dan ada 11 orang pemain disetiap pasukan. Setiap pemain mempunyai "2 biji bola" dan membawanya setiap masa semasa bermain didalam padang.

Jadi, jumlah kesemua bola untuk kedua-dua pasukan ialah 44 biji bola. Terdapat sebiji bolasepak yang digunakan didalam perlawanan. Oleh itu, jumlah keseluruhan ialah 45 minit.

Persoalan terjawab !!!

Tetapi, kadang-kadang ada masa tambahan selama 2 minit...itu adalah "bola referee"!

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, October 3, 2012

Tony Blair akui kehebatan al-Quran

LONDON: Tony Blair berkata beliau kini bersikap lebih terbuka terhadap agama sejak tidak lagi memegang jawatan perdana menteri. Malah bekas Perdana Menteri Britain itu mengakui beliau membaca al-Quran setiap hari kerana aktiviti itu membuatnya lebih memahami mengenai iman.
"Berusaha ke arah celik iman amat penting dalam dunia global," katanya seperti dilaporkan akhbar Britain, Daily Mail kelmarin. Malah beliau berkata membaca al-Quran setiap hari untuk memahami hal yang berlaku di dunia kerana al-Quran memberikan perintah yang berguna.
Ia juga meyakinkan pengetahuan beliau mengenai iman yang dapat membantu dalam tugasnya sebagai wakil di Asia Barat mewakili Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah san Russia. 
Sebelum ini beliau juga pernah menyatakan iman umat Islam amat indah dan Nabi Muhammad adalah tokoh yang mendorong peradaban.
Pada 2006 beliau pernah menyatakan al-Quran adalahkitab reformasi yang inklusif. Al-Quran juga mengagungkan ilmu dan pengetahuan dan membenci tahyul.
"Kitab (al-Quran) itu memberikan arahan praktis mengenai pernikahan, wanita dan pemerintahan," katanya.
Walaupun demikian, Tony turut mengakui beliau melihat bagaimana pelaku jihad menterjemahkan al-Quran sebagai panggilan untuk mengangkat senjata. Ketika kejadian serangan bom bunuh diri 52 maut, beliau ketika itu masih lagi memegang jawatan Perdana Menteri.
Membaca al-Quran membantunya dalam menunaikan tugas sebagai utusan damai. - Agensi

Sumber - Surat khabar Malaysia

Tengok, orang bukan Islam sendiri baca dan kaji kitab suci al-Quran setiap hari. Kalau kita sendiri tak rajin nak baca dan fahami ayat-ayat al-Quran, tak ada perkataan yang sesuai untuk kita melainkan "malu dengan Allah, malu dengan diri sendiri."
 
 

Monday, October 1, 2012

BANTU ORANG MUFLIS/BANKRAP

PERHIMPUNAN MEMBANTU ORANG MUFLIS/BANKRAP
SALAM. SEBUAH NGO DI MALAYSIA AKAN MENGANJURKAN SEBUAH PERHIMPUNAN UNTUK MEMBANTU MUFLIS ATAU BANKRAP DI MALAYSIA, TERMASUK DARI SABAH DAN SARAWAK.
INI KERANA KAMI BERPENDAPAT BAHAWA KEHIDUPAN ORANG YANG TELAH DIJATUHKAN MUFLIS ATAU BANKRAP ADALAH SUSAH DAN KEMUDIAN SEGALA KEMUDAHAN JUGA DITAMATKAN ATAU DITARIK BALIK. UMPAMA TELAH JATUH DITIMPA TANGGA.

NAMUN UNTUK MENYUARAKAN MASALAH SESORANG MUFLIS SECARA INDIVIDU KEPADA PIHAK BERKUASA ATAU PIHAK KERAJAAN MEMANG SUKAR. MAKA KAMI BERCADANG UNTUK MENGUMPULKAN SERAMAI MUNGKIN ORANG YANG MUFLIS ATAU BANKRAP DI SATU MAJLIS, DAN KEMUDIAN KITA AKAN MENCADANGKAN APA SAJA YANG DIBINCANGKAN DALAM MAJLIS ITU UNTUK DISAMPAIKAN KEPADA PIHAK ATASAN KERAJAAN.

TIDAK KIRA APA SEBAB KEBANKRAPAN, SEMUA ORANG BANKRAP ATAU MUFLIS PERLU DIBANTU DAN DIBERI PELUANG KEDUA. SEDANGKAN ORANG YANG DIPENJARA PUNDIBERI PAROL INI KAN PULA ORANG YANG MUFLIS ATAU BANKRAP ATAS SEBAB KELEMAHAN PENGURUSAN KEWANGAN.

SESIAPA YANG BERMINAT BOLEH HUBUNGI EMAIL masterzaki@gmail.com

ATAU TEL :- 019-3591000 (HOTLINE UNTUK PROGRAM INI).
TOLONG HUBUNGI SEBELUM 31 OKTOBER 2012.
PROGRAM DIJANGKA SEBELUM 31 DIS 2012.
BERIKAN NAMA ANDA DAN NO TEL ANDA SERTA EMAIL UNTUK KAMI HUBUNGI ANDA DAN MEMBERI MAKLUMAT LANJUT UNTUK PERHIMPUNAN INI.

"BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH, SUARAKAN HAK ANDA"

WASSALAMUALAIKUM.
-masterzaki@gmail.com-

sumber : IKUT SUKA AKU

Perkara ini aku dah perjuangkan hampir 4 tahun rasanya. Dari Mesyuarat Agong Pemuda UMNO tahun 2008. Tapi sampai sekarang kesannya aku masih belum lihat. Tak pastilah sama ada pucuk pimpinan ada baca atau tidak apa yang akar umbi minitkan dalam mesyuarat tersebut.

Kesian pada mereka mereka yang teraniaya. Bukan semua yang bankrap ni pasal mereka berhutang dan tak bayar hutang. Ada yang jadi mangsa sebagai guarantor. Ini salah kerajaan dan bank jugak pasal polisi mereka dahulu sebegitu. 

Bila dah ramai yang tak berani nak jadi penjamin, barulah akhir akhir ini bank melonggarkan syarat pinjaman terutama pinjaman peribadi tidak lagi memerlukan penjamin. Namun apa hal yang sudah terjadi sebelum ini? Pesalah jenayah pun dapat parol, inikan pulak kesalahan orang lain yang kita perlu pikul.

Ada ramai yang bankrap secara terbitan ni ( bukan pencen je ada klausa pencen terbitan ). Orang lain punya hal, orang lain yang kena tanggung. Dan majoriti yang terlibat adalah orang melayu. Dalam kita sibuk bercakap untuk menjadi juara kepada permasalahan orang melayu, ini merupakan salah satu penyakit dalam bangsa kita yang masih belum selesai. Perlu ada mekanisma berhubung perkara ini.

Jangan sampai orang lain mengambil kredit atau kesempatan berhubung perkara ini. Impak dia besar terutama dekat dekat pilihanraya ni. Maka dengan itu, kepimpinan segera lihat perkara yang dinyatakan ini.



A Point To Ponder

Sandwich  used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...