Thursday, March 20, 2014

Kisah Orang Ketiga - Prof. Dr. Muhaya

" Prof, ada orang ketiga dalam hubungan kami suami isteri. Saya kecewa tapi terpanar apabila perempuan ketiga itu mebelefon saya dan memberitahu dia tak beniat untuk merampas suami saya. Dia telah berusaha untuk meninggalkan suami saya tapi dia cakap dia telah buat solat istikharah dan dia nampak wajah suami saya dan dia"...

Prof. Dr. Muhaya,
"Awak kena tahu satu, kenapa suami awak nak kahwin lain ataupun perempuan itu sahaja yang terhegeh-hegeh. Kadang -kadang suami memang bersifat nakal tapi perempuan yang sentiasa berlebih-lebih. Kalau perempuan itu berusaha, suami yang asalnya nak main main akhirnya tewas. Dan berlakulah poligami atau lebih malang perceraian. Dalam kes ini awak kena faham bahawa solat istikharah itu dilakukan untuk tujuan yang baik. untuk membuat pilihan yang baik. Allah tak akan bagi petunjuk yang merosakkan atau mungkin meruntuhkan masjid orang.

Kita anggap aje perempuan yang telefon puan tadi itu menipu. Puan balas balik kepada dia cakap "saya pun dah buat solat istikharah, tapi saya tak nampak muka awak. Yang saya nampak cuma saya dan suami"..

Psikologinya, semangat perempuan tadi akan luntur. Kita kena yakin dan pertahankan hak kita sehinggalah akhirnya Allah menyatakan Kun Fa Ya Kun. Jadi maka jadilah. Selagi itu, usaha dan pertahankan rumah tangga kita..."

Sent from Samsung Mobile

Tanda-Tanda Sakit Di Badan - Suatu Keajaiban Yang Wajib Anda Tahu!

Salam semua. Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

Sunday, March 16, 2014

DENDAM AMERIKA PADA TUN MAHATHIR - INI BARU ANUGERAH TUHAN!

Kejayaan merampas semula Guthrie, Sime Darby dan Golden Hope, kemudiannya disusuli pula kejayaan Mahathir mengambilalih Carcosa Seri Negara yang telah diserahkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj kepada British. Semuanya bermula pada 11 September 1982 apabila wakil Wanita UMNO, Rahmah Osman menyuarakan dalam Perhimpunan Agung UMNO Ke-33.

Carcosa Seri Negara kembali ke tangan Malaysia pada 12 Mei 1984 dengan pertukaran sebidang tanah di Jalan Ampang sebagai Residensi dan Kedutaan Britain di Malaysia.

Satu lagi kisah yang wajar diperhalusi dan diperhatikan mengapa Amerika begitu berdendam dengan Mahathir dan berusaha menjatuhkannya menerusi proksi-proksinya di Malaysia.

PETRONAS merupakan antara syarikat minyak utama yang mendapat ‘keistimewaan’ di Sudan. Malah PETRONAS sebenarnya merupakan syarikat petroleum terbesar dan banyak mendapat projek di negara-negara Afrika berbanding syarikat-syarikat minyak dari Amerika Syarikat. Dan semuanya merujuk kepada kebijaksanaan dan keberanian Mahathir berhadapan dengan Amerika Syarikat.

Bagaimana boleh jadi begitu?

Tahun 1988, apabila Sudan mulai stabil dan hendak memajukan negara, negara-negara Barat, khususnya Amerika Syarikat menawarkan bantuan untuk memajukan industri carigali minyak di negara tersebut memandangkan Sudan tidak mempunyai modal dan kepakaran sendiri. Amerika Syarikat membuat tawaran menerusi TEXAS OIL yang telah datang ke Sudan dan membuat kajian selama tiga bulan.

Atas helah Zionis dan bertujuan untuk melakukan penjajahan dan tipu daya, Texas Oil menyatakan, bumi Sudan tidak mempunyai minyak yang cukup meskipun Sudan yakin, simpanan minyak mereka cukup banyak dan cukup ekonomikal bagi tujuan pengeluaran.

Tiada negara lain yang berani ‘menentang’ Amerika Syarikat. Apatah lagi Amerika Syarikat telah memberikan isyarat agar urusan mereka dengan Sudan tidak dicampuri oleh negara-negara lain.

Namun, sekali lagi Dr. Mahathir menunjukkan kewibawaan dan kebijaksanaannya. Atas arahannya, PETRONAS masuk ke Sudan dan membuat tawaran selain melakukan kajian. Hasil daripada kajian yang dibuat oleh PETRONAS mendapati, simpanan minyak di Sudan adalah antara yang terbesar di dunia.

Apabila kapal-kapal dari Malaysia hendak berlabuh di Sudan, Amerika Syarikat membuat sekatan di perairan antarabangsa yang bersempadan dengan Sudan. Isyaratnya ialah, seandainya kapal-kapal Malaysia melepasi sekatan tersebut, Malaysia telah mengisytiharkan perang terhadap Amerika Syarikat.

Walaupun CEO PETRONAS mahu membuat keputusan mengarahkan kapal-kapal Malaysia balik, namun Tun Dr. Mahathir dengan beraninya telah mengarahkan agar pelayaran diteruskan dan dia berjanji, sebarang risiko akan ditanggungnya. Malah dia sendiri akan menyelesaikan masalah dengan Amerika Syarikat.

Rupa-rupanya, Mahathir mempunyai agenda lain untuk memalukan dan menakut-nakutkan Amerika Syarikat. Mahathir menggunakan helah Tun Perak, Bendahara Kesultanan Melayu Melaka pada abad Ke-15 yang terkenal itu dengan berkunjung ke China dan menjadikan China sebagai rakan kongsi PETRONAS dalam projek minyak di Sudan. Syarikat minyak China telah diberikan tanggungjawab memasang paip.

Apabila Amerika Syarikat mengetahui perkara tersebut, kapal-kapal perangnya yang melakukan sekatan serta-merta diarahkan menggantung sekatan. Amerika Syarikat tidak berani berhadapan dan tidak mahu mengambil risiko berhadapan dengan China.

Selesai masalah dengan sekatan Amerika Syarikat, Tun Dr. Mahathir sekali lagi membuat perjanjian dengan Sudan yang dilihat lebih menguntungkan pada masa hadapan. Standard rundingan pada waktu itu adalah 70% keuntungan untuk syarikat dan 30% keuntungan untuk negara tersebut. Petronas bagaimanapun, telah meminda standard tersebut yang sudah tentu akan membuatkan syarikat-syarikat minyak dari Amerika Syarikat menggigit jari.

PETRONAS hanya mengambil 15% daripada keuntungan di Sudan dengan 85% yang lain dipulangkan kepada Sudan. Bagaimanapun, hanya 25% dari 85% keuntungan tersebut diberikan dalam bentuk kewangan, manakala bakinya, PETRONAS bertanggungjawab membangunkan bandar-bandar, mendirikan sekolah, infrastruktur dan sebagainya.

Sebabnya, mudah… Tun Dr. Mahathir sangat sedar, kalau Amerika Syarikat tidak boleh dapat projek minyak di Sudan, mereka akan cuba menjual senjata pula agar Sudan kucar-kacir dan mereka akan dapat masuk menjajah negara itu dengan lebih mudah.

Tawaran yang dibuat oleh PETRONAS itu mendapat perhatian daripada negara-negara Afrika yang lain. Bermula dari itu, PETRONAS mendapat tawaran kerja sehingga menjadikan syarikat petroleum Malaysia itu menjadi syarikat minyak asing kedua terbesar dalam penguasaan kawasan di dunia.

Kehebatan yang ditunjukkan oleh Tun Dr. Mahathir itulah yang membuatkan banyak pihak di Barat terutama sekali yang berkepalakan Yahudi seperti George Soros, menaruh dendam yang cukup besar.

ISU BOMOH DALAM MISTERI MH370 - ANTARA KHILAF AGAMA & KECELARUAN POLITIK

Kesedihan keluarga dan para penumpang yang kehilangan terpisah secara misteri dengan insan tersayang semakin memuncak hingga ke hari ini. Kejatuhan saham MAS cukup menyedihkan. Kita semua dalam keadaan berkabung kerana kehilangan aset, maruah dan nyawa. Kehadiran Raja Bomoh VIP melakukan ritual TELEK di KLIA, satu tempat yang sangat terkawal keselamatannya di depan wartawan pula memberi tekanan kepada maruah agama Islam di mata dunia.

Sudahlah berita yang baik tidak diminati oleh media luar, dihidang pula dengan "bahan" yang boleh memburukkan imej Islam, maka lajulah berita tentang bomoh ini sampai ke seluruh dunia dalam sekelip mata. Seluruh masyarakat dunia mengejek dengan turut melakunkan aksi mentera.

Berita Raja Bomoh yang diputar hebat oleh pelbagai pihak telah membuat beliau marah. Tidak pasti apa dan siapa yang menjadi 'backup' di belakang beliau sehingga berani mengeluarkan kenyataan berbentuk ancaman sedemikian rupa. Seorang menteripun beliau berani ajak bertarung secara jantan, bahkan mahu ditampar seperti beliau menampar seekor buaya tembaga sehingga mati. Ditambah pula dengan ancaman tindakan mahkamah, tuntutan gantirugi 10, 20, kemudian 100 juta pula diminta.

Kami mengikuti perkembangan Raja Bomoh dengan hati-hati termasuk kesemua ulasan dan komentar yang berbagai rupa. Kami kira sudah cukup dengan pelbagai ulasan dari pelbagai peringkat. Malangnya semakin hari semakin ramai yang mendesak agar kami turut memberi ulasan mengikut sudut pandang yang lebih luas. Ulasan WP biasanya agak berlainan kata mereka.

Tidak pasal-pasal Malaysia ditempelak oleh masyarakat dunia, khasnya dunia Islam atas kecelaruan dari upacara Raja Bomoh ini. Apapun kita bersyukur atas tindakan pihak Penguatkuasa JAIS yang menempatkan pegawai mereka di KLIA untuk mencegah sebarang upacara yang sama berulang lagi. Kita yakini semua yang berlaku itu ada hikmahnya.
BICARA AKHLAK & BOMOH
Isu bomoh ini telah menambah runtuhan akhlak umat masa ini. Samada yang mengeji dan yang dikeji

Monday, March 10, 2014

MH370 - NOBISHA CAKAP BAIK HANTAR KAPAL KOREK!



Bagi aku, ini artikel terbaik untuk menutup mulut bijak pandai dan para keyboard warriors ni. Baca dan faham..jangan tunjuk semua kebodohan kita, simpan sikit untuk masa depan huhu..


Apa yang pasti ialah MH370 yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing putus hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang (ATC Subang) pada jam 2.40 pagi. Ini disahkan oleh Malaysia Airlines.

Apa yang tidak pasti ialah apakah yang berlaku selepas itu.

Laporan pelbagai agensi berita antarabangsa juga adalah merupakan spekulasi dan bukannya sesuatu yang konklusif. Seorang yang celik media, akan berhati-hati membaca laporan media.

Media Vietnam, Tuoi Tre News yang menyiarkan gambar tumpahan minyak di Laut China Selatan menyebut, "Photos of oil slick in ALLEGED Malaysia Airlines plane crash."

Mengenai penumpang yang menggunakan pasport curi milik rakyat Austria dan Itali, International Business Times menyebut, "We BELIEVE that the name and passport were used by unidentified person to board the plane," a spokesman for the Austria foreign embassy told ABC News.

Sementara itu, Reuters pula melaporkan, "Malaysian plane PRESUMED crashed; questions over false ID."


Monday, February 17, 2014

Rambut Bukan Aurat - Islam Cara Dr. Kassim Ahmad, Tokoh Pemikir


Memang satu keputusan yang bijak apabila Nurul Izzah memilih untuk tidak hadir dalam satu program bersama Kassim Ahmad yang pernah dilabel sebagai anti hadis.

Sekiranya Nurul Izzah hadir dalam program sebegini yang jelas satu pemikiran baru tentang islam, pastinya beliau akan menerima padah yang buruk.

Beliau akan dituduh sebagai golongan yang anti hadis seperti mana dituduh ke atas Kasim Ahmad.

Semoga pandangan sebegini dapat dihujah balas oleh mana-mana ilmuan agama bagi menjelaskan kekeliruan yang dibawa oleh Kassim Ahmad ini.

Kassim Ahmad ini tidak diketahui salah silahnya perguruannya. Tiba-tiba muncul dengan menyatakan Islam amalan kita hari ini salah. Terlalu memuja Nabi Muhammad berbandiing Allah, rambut bukan aurat wanita dan ulama adalah tiruan kasta paderi.

Setelah senyap untuk beberapa ketika, pemikir kontroversi Dr Kassim Ahmad muncul pada usia 80 tahun dengan ideanya untuk menentukan hala tuju negara untuk tiga puluh tahun akan datang. 

Tuesday, February 4, 2014

Wakil Rakyat PKR Perak Keluar Parti? Hilang Kepercayaan Kepada Anwar!

Wakil Rakyat PKR dari negeri Perak,
YB Kesavan secara rasmi mengumumkan dirinya bukan lagi ADUN PKR.

ADUN N54 Hutan Melintang ini telah memberikan surat pengumuman beliau
kepada Speaker DUN Negeri Perak melalui surat beliau.

Pada surat tersebut YB Kesavan memaklumkan beliau hilang kepercayaan terhadap
kepimpinan Anwar Ibrahim... 

Apa game ni atau memang PKR sudah tidak relevan? Baik la ramai - ramai wakil
rakyat PKR keluar, ini masa terbaik setelah Anwar semakin menunjukkan belang
beliau untuk semua agenda peribadinya.

Sent from my Samsung Galaxy

A Point To Ponder

Sandwich  used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...