USTAZ Kazim Elias telah digandingkan bersama Dato' Dr. Asyraf Wajdi Dusuki di dalam sebuah forum yang telah berlangsung di SMK Geting di PRK Dun Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan.
Thursday, September 25, 2014
Kazim Elias Jawap Isu Hudud Di Pengkalan Kubor!
USTAZ Kazim Elias telah digandingkan bersama Dato' Dr. Asyraf Wajdi Dusuki di dalam sebuah forum yang telah berlangsung di SMK Geting di PRK Dun Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan.
Bukan Semua Tentang Singapura Yang Tidak Baik. CEO Malaysia Mungkin Boleh Mencontohi Beliau!
APEK tua ni hanyalah antara ribuan pengguna MRT setiap pagi di Singapura.
Tak ramai yang cam atau kenal siapakah apek ini hinggalah baru-baru ini akhbar republik itu mendedahkan identitinya.
‘Apek’ yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah Lim Siong Guan.
Lim untuk pengetahuan anda adalah orang nombor satu di negara itu yang ditugaskan untuk mentadbir pelaburan dan khazanah Singapura.
Jawatan yang disandangnya adalah Group President of Singapore Sovereign Wealth Fund GIC, atau kalau diterjemahkan ke Bahasa Melayu – Presiden Kumpulan Pertubuhan Pelaburan Pemerintah Singapura.
Punyalah ‘humble’ dan ‘sempoy’ Lim ni, beg duit dia pun tak pernah berganti sejak 10 tahun lalu, siap ada sticker yang cucu-cucunya lekat.
Rutin kerja Lim adalah – empat hari di Singapura, San Francisco, New York, London, Singapura; dan empat hari lagi pusing Asia: Singapura, Mumbai, Tokyo, Seoul, Beijing, Shanghai, Singapura.
Berusia 67 tahun, Lim digelar ‘Superman’ kerana kesungguhan beliau menjalankan tanggungjawabnya walaupun sudah layak pencen dan duduk di rumah.
Agak-agak ada tak mana-mana CEO GLC kat Malaysia ni yang bersikap seperti mana yang ditunjukkan Lim?
Friday, September 12, 2014
Lihat Profil Kedua Dua Calon PRK Dun Pengkalan Kubor!
CALON BN -
N01 PENGKALAN KUBOR
Profil Ustaz/Cikgu Mat Razi:
Nama: MAT RAZI B.MAT AIL
Kad Pengenalan: 651119035219
Jawatan: PENOLONG PEG.PPD TUMPAT PENGURUSAN SKOLAH.
ISTERI: Khairos bt Husin (Guru SK. Simpangan Tumpat)
- Kelulusan BA(Hons) Sejarah Persuratan Melayu UKM (1999) Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim Kedah(1988)
- Anak 6 orang (3 lelaki 3 perempuan)
Anak:
1. Zamir (UiTM Art & Design)
2. Nur Izati (UIA Bahasa Arab)
3. Aizat (Maahad Tumpat)
4. Nur Zahirah (Maahad Tahfiz Tanah Merah)
5. Nur Maisarah (SK Simpangan)
6. Zulfahmi (SK Simpangan).
- bergiat politik semenjak 1990 sebagai Setiausaha Cawangan Simpangan.
AJK PEMUDA bermula 2005.
AJK BAHAGIAN bermula 2009.
- mengasaskan sekolah pondok pada 9.11.2012 di tanah wakaf sendiri di Kg.Simpangan dengan pngambilan pelajar setiap hujung tahun 50 org. Pelajar semasa 20 orang dibantu guru Quran En. Daud Ismail. Pondok disumbangkan oleh Allahyarham Dato Noor Zahidi sebanyak RM50,000 pada tahun 2013. Pengajian pelajar percuma, makan pun disediakan secara percuma.
- Mula berkhidmat pada 1988 di SK Bunohan selama 8 tahun
1999 di SMK Seri Kurau Perak
2002 di SMK Ayer Lanas, Jeli
2003-2008 di SMK Geting sebagai Guru Pemeriksa Sejarah.
- Di maktab pernah menjadi johan Tilawah Al-Quran bahagian taranum.
- mula mengaji di pondok Tuan Guru Haji Wan Mat Jal Besar pada tahun 1982 sehingga Tuan Guru meninggal pada tahun 1994. Menunaikan ibadah Haji yang pertama pada 1994. Haji ke-2 pada tahun 2008. Membawa jemaah umrah setiap tahun bermula 2011.
Monday, September 1, 2014
Para ADUN perlu berbaris Kawad Merdeka Setiap 31 Ogos!
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Sesuatu yang dekat dengan kita pada setiap kali perayaan sambutan kemerdekaan negara ialah pagi pagi hari 31 Ogos itu akan ada siaran langsung perbarisan kemerdekaan di kaca TV. Saya tidak pasti jika ia masih lagi ada sekarang, cuma waktu kecil kecil dulu, abah pasti akan pastikan semua anak anaknya menonton perbarisan tersebut. Sekarang saya lebih banyak menonton secara live di lokasi lokasi ibu negeri kerana pastinya ia menjadi rutin yang wajip pada setiap tahun.
Namun, perasan kah kita, setiap tahun akan ada belbagai agensi dan jabatan yang turut serta menyertainya. Maka akan kelihatan juga muka muka yang sama mengambil bahagian. Dan paling nyata, ia memang melibatkan jawatan jawatan rendah di jabatan masing masing. Jarang kita nampak perbarisan di ketuai oleh Pegawai Daerah, atau SUB Jabatan. Jauh sekali lah nak lihat Menteri yang berbaris.
Apa salahnya jika mekanisme ini diubah. Menanamkan rasa kecintaan kepada negara bukan hanya untuk golongan bawahan. Semua orang perlu terbabit. Saya faham, mereka yang berjawatan tinggi tiada masa untuk turun latihan dan sebagainya. Jangan jadikan ini medan untuk menjadi juara kawad. Tapi jadikan ini medan untuk menjadi contoh tauladan kepada bawahan anda, dan pada masa yang sama bergerak dalam satu unit. Kalah bertanding kawad merdeka tidak mengapa asalkan kita menang dengan semangat patriotisme yang tinggi.
Paling yang saya mahu lihat ialah, adanya 1 pasukan yang dibarisi oleh ADUN ADUN dalam negeri terbabit. Adun Kerajaan dan Adun Pembangkang berbaris dan melakukan lintas hormat dalam 1 pasukan yang sama. Memelihara serta memupuk erti kemerdekaan perlu melangkaui batasan fahaman politik. Rakyat pasti bangga dan teruja melihat perkara ini.
Apa salahnya pendekatan ini diubah dan diberi suntikan suntikan baru dalam persembahan pagi 31 Ogos setiap tahun. Percaya cakap saya, rutin yang sama setiap tahun akan menyebabkan nilai sambutan itu seperti pudar dan malap. Ayuh para ADUN, buktikan! Biarlah langkah kawad itu lintang pukang pun, yang penting kamu menjadi contoh kepada rakyat bahawa negara ini Malaysia, milik kita semua. Tanggung jawap itu terletak pada kita.
Maybe, KJ selaku Menteri yang paling rare setakat ini boleh mulakan tahun depan kut hehehe...😊
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Sent From Samsung Mobile
Wednesday, August 20, 2014
Apa agenda Shahrizat di sebalik usul Naib Presiden Wanita UMNO? Sesuatu Untuk Difikirkan!
![]() |
| Apa agenda Shahrizat usulkan seorang lagiNaib Presiden Wanita? |
Tuesday, August 5, 2014
Kisah Belon! Wajip Baca!
A Point To Ponder
Sandwich used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...
-
Sebelum korang ketahui siapa paling hantu di Malaysia, korang baca dulu 13 tempat paling berhantu ni. Dan teka siapakah gerangan hantu terse...
-
Memang satu keputusan yang bijak apabila Nurul Izzah memilih untuk tidak hadir dalam satu program bersama Kassim Ahmad ...
-
Dia jadi PM paling lama Jadi PM paling tua Jadi PM dalam BN Jadi PM dalam PH Dia boleh menangkan BN 2/3 22 tahun Dia boleh runtuhkan BN dala...




