Monday, July 20, 2015

Low Yat Bungkus!

Plaza Low Yat dijangka bungkus operasinya jika pengguna melayu berterusan memboikot pembelian di situ. Dalam situasi ini, aku tak lihat ia sebagai melayu boikot cina. Tapi aku lebih lihat ia sebagai situasi pengguna memboikot peniaga yang korup!

Ni benda bagus. Pasal aku percaya, peniaga kat situ bukan aje tipu melayu, tapi asal ada aje peluang, mereka pun akan tipu India, tipu Mat Saleh, tipu Arab, Congo, Orang Asli malah tipu Cina sekali pun hahaha..

Bukan setakat Low Yat, boikot sekali kedai2 jahanam yang selalu bagi harga2 tak masuk akal dengan alasan cover GST! Kita mampu melakukannya. Nak dengan tak nak aje..Atau pun kita sendiri termasuk dalam golongan yang sembang je lebih hehehe..

Adios!

Sent from Samsung Mobile

Saturday, July 18, 2015

#PDRM #SKMM Jangan Buat2 Tak Nampak!

Setelah sekian lama tak update, lebih lebih lagi aku pun dalam mood Hari Raya, tiba tiba lak pagi ni dapat bende bodoh ni facebook. Nak tulis cantik2 pun dah malas. Aku guna bahasa mudah aje lah.

PDRM dan SKMM takkan nak buat senyap je? Pak2 Menteri? Wira Wirawati Parti dan NGO's yang dok pung pang pung pang selama ni? Takkan senyap je kut? Kalau kes kat Low Yat tu dianggap rasis, budak melayu tu dianggap salah, sorang cina pun tak ditangkap sebab sama terbabit, yang ni macam mana pulak? Agama Islam tu agama rasmi negara, kalau itu pun tk dapat dibela, buat senyap je, bagus bubar atau ubah aje lah perlembagaan tu.

Jangan double standard, otherwise rakyat akan mula menilai pimpinan kita terlalu lemah. Yang memberi undi tidak dijaga, yang khianat mula memijak kepala. Tepuk dada tanya selera jangan sampai bangsa lain bertepuk tangan sebab kita macam tak berp***i. Sendiri pikir..

SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN!

Sent from Samsung Mobile

Wednesday, May 20, 2015

Apa Itu Kebahagiaan - Kisah Seorang Anak Yatim.

Hayati gambar ini.
Apa itu kebahagiaan ?

Di Iraq, seorang anak gadis yatim telah lukis gambar emak di atas lantai konkrit kat rumah anak yatim.
Dia kemudian tanggalkan kasutnya berhati2 dia tidur dalam peluk ibu.

Sgt susah utk cari ungkapan yg dapat menggambarkan keadaan ini.

Adakah kita masih berhak merungut kita tidak cukup bahagia?

Sebenarnya kebahagiaan  itu mudah dgn menghargai segala yg kita ada hari ini .

Sent from Samsung Mobile

Sunday, May 17, 2015

LETAK GAMBAR ANAK SEBAGAI GAMBAR PROFIAL FB ANDA : FIKIR 19 KALI !!

Dr Shukri Abdullah: 

Info berikut diperolehi dari seorang rakan dalam group whatsapp rakan-rakan seasrama sekolah saya dulu. Dia dapat dari wall FB Shanker Sundaram. Penting sangat kita pakat share:

Seorang lelaki hantar permohonan untuk jadi kawan FB anda. Anda tidak mengenalinya tetapi nampak macam orang baik, jadi anda terima permohonannya.

Anak kecil anda, perempuan, ke sekolah hari itu.Hari pertamanya. Dia nampak begitu ayu dalam berpakaian seragam sekolah. Anda pun ambil beberapa gambar dan masuk dalam FB untuk tatapan rakan dan keluarga. Anda teruja sekali menghantarnya ke sekolah. Ya, ibu dan bapa yang begitu bangga. Semuanya dibutirkan dalam FB - nama anak, nama sekolah dsb.

Sementara itu rakan misteri yang anda terima sebagai kawan FB anda menyimpan gambar anak anda itu dalam telefon bimbitnya. Dia kemudian hantar info kepada 60 lelaki dewasa lain seluruh dunia dengan tulisan:

Budak perempuan: Umur 7 thn
Rambut Hitam, Mata Hitam
Comel, $70,000

Anda bukan sahaja memberikan gambar anak kesayangan anda kepada penjual kanak-kanak (child trafficker), malah anda memudahkan kerjanya dengan memberikan nama, alamat, nama sekolah, malah sesi pagi atau petang dan lain-lain info yang memudahkan kerja jahatnya.

Kemudian satu petang anda pergi ke sekolah untuk mengambil anak dari sekolah Dia tidak kelihatan di mana-mana. Langsung anda tidak mengesyaki anak anda yang comel, ayu dan disayangi keluarga itu sedang dalam perjalanan untuk dijual kepada seorang lelaki berusia 43 tahun (pedophile - suka seks dengan kanak2) di Afrika Selatan. Dia kini pening, hairan, takut, mengangis kerana tidak faham kenapa lelaki lain yang membawanya ke satu destinasi yang tidak diketahui.

HENTIKAN TERIMA DENGAN MUDAH ORANG YANG TIDAK DIKENALI SEBAGAI RAKAN FB.

HENTIKAN LETAK INFO ANAK2 ANDA DALAM FB.
HENTIKAN BERIKAN TERLALU BANYAK INFO YANG ORANG LAIN TIDAK PERLU TAHU DALAM PROFAIL FB ANDA.

Tolong pakat SHARE posting ini demi anak kecil tersayang serta keharmonian keluarga kita semua.

(Posting pertama dlm BI dibuat smlm. Oleh kerana isu ini terlalu penting saya terjemah dgn sedikit pengubahsuaian).


Sent from Samsung Mobile

Friday, May 8, 2015

Jaga Anak-Anak Saya – Ungkapan Terakhir Nova Safitri



KASIH seorang ibu hingga ke hujung nyawa.

Tragedi di Lebuhraya Duke awal pagi Sabtu lalu yang mengorbankan sepasang suami isteri dan bayi comel mereka yang hanya 7 bulan amat menyentuh hati masyarakat.

Ternyata di saat-saat sebelum menghembuskan nafas terakhir, mangsa, Nova Safitri Azhari, 27, sempat memberi pesanan terakhir kepada keluarga terdekat untuk menjaga kesemua anak perempuanya setelah ketiadaannya nanti.

“Jaga anak-anak saya,” pesanan terakhir Nova kepada saudara perempuan yang kebetulan berada di tempat kejadian sebelum dia meninggal dunia.

Saudara terdekat mangsa yang kebetulan lalu di jalan yang sama berhenti selepas melihat kereta Mitsubishi Pajero yang dinaiki Nova dan suaminya, Fairuz Nizam Husain serta bayi mereka mengalami kemalangan.

Yusnidah Husain, 47, kakak kepada Fairuz berkata, anak lelakinya dan menantu berhenti di tempat kejadian selepas melihat insiden itu.

“Menantu saya bergegas ke arah Nova yang kelihatan nazak dan memangkunya dalam pelukan untuk mendengar kata-kata terakhir Nova itu,” kata Yusnidah kepada News Straits Times.

Ia dilapor sebagai berita utama muka  satu atau muka hadapan akhbar berkenaan hari ini.

Nova serta suami dan bayi mereka terkorban dalam nahas berkenaan.

Mereka meninggalkan dua anak perempuan lain yakni Nur Firuza Amira, 7, serta Nur Firuza Aqila, 4.

Al Fatihah.

Friday, April 10, 2015

Tun vs DSN

Cabaran di zaman Tun dan zaman DS Najib adalah berbeza. Dulu maklumat perlu tunggu laporan akhbar dan wara berita di kaca televisyen. Hari ini maklumat sudah di hujung jari. Namun itu bukan bermakna pemikiran Tun tidak lagi relevan pada waktu ini. Dan tidak juga ia bermaksud DSN membuat keputusan keputusan yang silap.

Usaha mencari populatiti amat mudah sebagaimana isu yang Tun suarakan sebenarnya disuarakan oleh ramai orang golongan marhain. Namun apakah kaedah penyelesaian yang perlu DSN buat? Itu sebenarnya yang lebih utama. Menunding dan mencari kesalahan boleh dilakukan dengan senang namun pengurusan disaat krisis itu yang lebih penting.

DSN perlu diberi peluang untuk mengemudikan bahtera bersama dengan barisan Kabinetnya. Ini bukan keputusan DSN sendirian, tapi turut didukungi oleh keseluruhan jentera. Perlu diyakini bahawa DSN juga mahukan yang terbaik utk kerajaan dan Malaysia. 

Kita hormati Tun sebagai negarawan ulung negara, namun kita juga perlu hormati DSN sebagai Perdana Menteri semasa. 


Sent from Samsung Mobile

Wednesday, February 4, 2015

SEMANGAT BARU MCA By RMF7!



Bangun dari kekalahan, kini mereka mengorak satu langkah yang cukup membanggakan dan meninggalkan satu kisah pahit dalam perjuangan mereka jauh dibelakang. Sekarang dengan barisan pejuang yang hebat mereka  terus mengorak satu plan tindakan yang cukup baik untuk dpersembahkan kepada rakyat.
Itu lah MCA yang kini dilihat telah mula bangun dengan semangat setiakawanya bersama Barisan Nasional untuk menebus penghinaan dan kekalahan yang mereka hadapi pada PRU yang lalu. Melalui program program yang kita lihat MCA seakan tela mendapat satu semangat baru , berkerja keras untuk menyakini semula hati masyrakat Cina yang telah terhasut.
MCA telah memulakn langkah langkah drastic turun padang untuk bersama rakyat dengan melakukan  satu program yang cukup besar iaitu program kemanusiaan bantuan banjir ke Pantai timur  pada 31 Disember 2014 : Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai bersama-sama dengan sukarelawan di Pusat Operasi Bantuan Banjir Pantai timur MCA di Wisma MCA
Semua pemimpin MCA telah turun dan bersama mangsa banjir di kawasan kawasan , Ini merupakan satu perkembangan yang cukup positif untuk dilihat oleh rakyat terutama masyrakat Cina bahawa MCA bukan sebuah parti yang dikatakan hanya pelengkap kepada gabungan . Malah MCA adalah entity yang penting dalam Barisan Nasional.
Bukan itu sahaja, MCA dengan kebertanggung jawabannya  telah memulakan pembukaan pusat perkhidmatan yang sebelum ini telah ditutup. Pusat Khidmat di seremban telah mula dibuka semula untuk memberikan Perkhidmatan yang terbaik untuk masyarakat yang inginkan bantuan.
Arahan kepada semua bahagian MCA diseluruh negara  agar membuka pusat perkhidmatan di setiap bahagian masing masing memperlihatkan kesungguhan MCA yang dibawah kepimpinan Datuk Seri Liow Tiong Lai mempunyai satu matlamat yang jelas dalam pilihanraya akan datang.
Tindakan presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam melaksanakan  dan mengerakkan seluruh jentera MCA dalam mengembalikan MCA dilandasan  kebersamaan bersama Barisan Nasional adalah  dengan tidak secara langsung telah membenamkan fitnah dan tuduhan , kejian yang dilontarkan oleh pembangkang  terhadap Barisan nasional.
Perkaran yang paling menarik sekali ialah kita melihat satu plan tindakan jangka panjang telah dibuat oleh MCA Bahagian Gelang Patah , Johor iaitu dengan membukan Bilik Persediaan Pilihanraya PRU14 . Tindakan ini sekali gus  menunjukkan komitmen yang tinggi MCA sebagaimana  yang diharapkan oleh seluruh penyokong Barisan Nasional .
10858593_10152677041757151_4095172533095108473_n
Satu usaha yang cukup membuktikan bahawa MCA buakan lah MCA yang dahulunya, tetapi  dengan kepimpinan Datuk Seri Liow Tiong Lai MCA kini melankah  kehadapan untuk meyakini rakyat bahawa MCA bukan sebagai “dedalu” yang hanya menumpang akan tetapi MCA adalah “baja” bagi pokok dan akar untuk melihat kesuburan keharmonian  dalam negara ini subur tanpa penyakit yang akan membunuh pokok tersebut.

Sumber : RMF7

Memetik dari sumber seorang rakan blogger, harap harap panas itu berpanjangan. Memang ada nampak sedikit perubahan yang positif daripada kelompok MCA ini jika dibandingkan dengan sebelum ini. Mungkin mereka telah sedar bahawa peri pentingnya peranan mereka dalam mengembalikan sokongan kaum cina kepada Barisan Nasional. 

A Point To Ponder

Sandwich  used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...