Saturday, April 16, 2011

Selamat Mengundi Rakyat Sarawak

Aku mengucapkan Selamat Mengundi kepada Rakyat Sarawak. Laksanakanlah amanah dan tanggungjawap serta hak anda dengan bijaksana. Pastikan pilihan yang dibuat akan berjaya membawa nasib rakyat Sarawak ke era yang lebih baik. Jangan undi ikut perasaan tapi undilah untuk masa depan dan kestabilan negeri dan negara. Sama - sama kita tunggu keputusan di malam hari. Dan aku yakin ianya akan menghasilkan keputuan yang baik seperti yang aku jangka. BN, barisan yang bertanggungjawap dalam memastikan kesinambungan kestabilan politik dan ekonomi negara.

Monday, April 4, 2011

Tahun 2850... Semuanya Tak Selamat..


Rakaman Percakapan telepon pesanan Pizza tahun 2850.

Operator : terima kasih anda telah menghubungi Pizza Hot, boleh saya bantu....

Pelanggan : heloo, saya nak pesan Pizza..

Operator : Saya perlukan no I/C encik untuk memproses permohonan seterusnya.

Pelanggan : OK, sekejap. No nya : 790615-08-5331

Operator : Ok Encik Rahmat bin Hujan,berumur 41 tahun, encik tinggal di Jalan Hang Tuah no.161, Seksyen 18/34-Donkey, Shah Alam. nombor telefon rumah: 03-77726378, No pejabat: 03-51912870 ext 999 dan no telefon bimbit: anda 016-6666222, encik menelefon dari mana?

Pelanggan : dari rumah, eh dari mana kamu tahu semua no tel saya?

Operator : Oh, kami dihubungkan terus ke database pusat.

Pelanggan : Oklah, saya nak pesan Seafood Pizza - pakej family

Operator : Itu bukan idea yang bagus encik

Pelanggan : kenapa pulak?

Operator : Dari medical record cik , encik memiliki tekanan darah tinggi dan kolesterol yang berlebihan dari paras normal.

Pelanggan : Jadi awak rekemenkan apa?

Operator : Mungkin encik boleh pesan Low Fat Hokkien Mee Pizza

Pelanggan : Erm, macamana kalau saya tak suka pilihan tu?

Operator : Hmmm minggu lalu encik baru pinjam buku yang berjudul "Popular Hokkien Dishes" dari perpustakaan negara di Jalan Tun Razak.

Pelanggan : Ok lah. Ikut jee... la.... So, berapa harga pakej family yang saya pesan tadi?

Operator : Tapi pakej family kami takkan cukup untuk anak encik yang berjumlah 7 orang .., jumlah keseluruhan adalah RM80.00

Pelanggan : Takpe, cukup tu. Ok Saya akan bayar dengan kad Visa saya.

Operator : Owh, saya rasa encik patut bayar cash sebab had limit kad Visa encik dah tamat dan ada outstanding bil di Maybank sebanyak RM4050.00 sejak bulan Ogos lalu , itu belum termasuk caj denda untuk tunggakan bayaran bulanan rumah encik.

Pelanggan : Uih? Oklah, saya ke ATM untuk withdraw duit sebelum penghantar pizza sampai ke rumah saya.

Operator : Owh, rasanya pilihan itupun tak mungkin sebab rekod akaun encik dalam kesemua empat bank iaitu Maybank, BCB, Ambank dan Public Bank menunjukkan baki kurang dari RM1.00

Pelanggan : Cis! Sudahlah! Hantar aja la pizza tuh, saya bayar cash kat sini. Berapa lama Pizza akan di hantar?

Operator : sekitar 45 minit encik, tapi kalau encik rasa terlalu lama dan tak suka menunggu, encik boleh ambil sendiri dengan motor kapcai encik.

Pelanggan : APAAAAA.... ????

Operator : Menurut catatan kami, encik memiliki motor kapcai tahun 2015 dengan no pendaftaran BWW 2114 betul kan encik..?

Pelanggan : Cis! Melampau betul! Celaka giler.... Sape bagi bukak rekod orang lain sesuka hati ni? ada yang nak kena belasah ni??!!

Operator : Hati-hati dengan apa yang encik ucapkan. Takkan encik dah lupa tarikh 15 Mei 2010 encik pernah kena tahan lokap sebulan sebab bercakap kasar dan cuba menyerang seorang polis di Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Pelanggan : (Terdiamm....)

Operator : Ada nak tambah yang lain encik?

Pelanggan : Takde, eh tapi kalau pesan pakej family ada percuma 2 botol coca cola kan?

Operator : Betul encik, tapi menurut catatan kami encik ada juga mengidap DIABETES, jadi kami tidak mau mengambil sebarang risiko.....

Pelanggan : KURANG AJAR!!!!!!!!!!!!!!! BATALKAN SAJA SEMUA...!!!

Operator : Terima kasih atas panggilan pesanan encik, untuk sebarang komen, kritikan dan pandangan, encik boleh mengisi form online pada website kami,username dan passwordnya tercetak pada bahagian bawah kotak pizza yang encik pesan... terima kasih kerana telah menghubungi Pizza Hot....

sumber: ISA  idea ini aku cilok dari dia..special thanks for him..layannnnn..cuba kita renung2kan aper jadi ek lau situasi tu betul2 berlaku atas dasar maklumat di hujung jari..huhu..rimas beb..huuuuuwaaaaaa...

Wednesday, March 23, 2011

Melayu Oh Melayu

Dari seorang Negarawan..
1. Saya sedih. Saya amat sedih apabila mendengar seorang orang Melayu yang mendakwa dia kecewa kerana dianya dilahir berbangsa Melayu.

2. Kekecewaannya disebabkan dia tidak dilahir hanya sebagai orang Islam.

3. Sesungguhnya tidak ada manusia yang dilahir tidak berbangsa. Mungkin ada yang tidak bernegara (stateless) tetapi mereka juga mempunyai bangsa, walaupun tidak diiktiraf oleh negara mereka sendiri. Jika dianya daripada kaum pendatang maka dianya akan menjadi bangsa kaum pendatang.

4. Jika dianya dilahir dalam masyarakat Orang Asli sekalipun dia tidak dapat lari daripada menjadi anggota suku kaum berkenaan.

5. Sesuatu bangsa itu dikenali dengan tempat tinggalnya, atau tempat dan negara asalnya, bahasanya dan budayanya. Anutan agama tidak selalunya dikaitkan dengan bangsa.

6. Demikian ada orang Arab yang beragama Kristian, walaupun majoriti beragama Islam. Demikian juga orang Cina ada yang beragama Islam walaupun majoriti beragama Buddha.

7. Justeru itu kelahiran seseorang tetap berbangsa walaupun tidak tetap agamanya. Sebaliknya orang yang dilahirkan kepada keluarga Islam tidak semestinya berbangsa tertentu. Majoriti daripada mereka berbangsa yang berlainan.

8. Walaupun demikian dalam dunia ini terdapat dua bangsa yang bangsanya ditentukan oleh agama Islamnya. Bangsa-bangsa ini ialah bangsa Maldives dan Melayu. Seseorang yang dilahir dalam keluarga Melayu tetap Islam kerana keluarga itu tidak akan berbangsa Melayu jika mereka tidak Islam.

9. Justeru itu berbahagialah seseorang yang dilahir dalam keluarga Melayu kerana dia tetap menjadi penganut agama Islam. Jika dia dilahir kepada keluarga Arab, atau Indonesia, atau Pakistan, belum tentu dia beragama Islam.

10. Sebab itulah seorang Melayu harus bersyukur kerana dilahir berbangsa Melayu. Apabila orang Melayu berasa dia kecewa kerana berbangsa Melayu, maka ini bermakna dia tidak menghargai nasibnya yang baik kerana dia dilahir sebagai orang Islam. Jika tidak kemungkinan besar dia tidak akan terima agama Islam.

11. Kenapakah kita berbangsa-bangsa? Al-Quran menyebut yang kita manusia terdiri daripada berbagai-bagai bangsa. Jika bangsa adalah sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam, tentu sekali Tuhan tidak akan menjadikan manusia berbagai bangsa.

12. Yang terbaik daripada manusia bukankah kerana bangsanya tetapi kerana dia bertakwa kepada Allah s.w.t. Yang terbaik atau yang terburuk dikalangan orang Melayu bukanlah kerana bangsanya tetapi kerana dia bertakwa dan mengikuti ajaran Islam atau tidak mengamalkan ajaran Islam. Tidak disebut bahawa yang terbaik ialah orang Islam yang tidak daripada apa-apa bangsa.

13. Justeru itu berbangsa apa pun, Arab atau Ajam, tidak menidak ke-Islamannya. Yang menidak ke-Islaman ialah perbuatan yang bercanggah dengan ajaran Islam.

14. Ini yang harus disoal oleh seorang orang Islam dan bukan menidakkan bangsanya. Lagipun kalau dianya beragama Islam kebaikannya tidak terjamin. Ramai benar orang Islam yang melanggar ajaran Islam dan membuat dosa. Sebaliknya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, ramai yang menurut ajaran Islam dan mengelak daripada berbuat dosa.

15. Mentaati dan bersetia kepada bangsa Melayu, iaitu bangsa yang hanya Melayu jika dianya Islam, tidak bermakna menolak agama Islam. Sebaliknya kesetiaan dan ketaatan orang Melayu kepada agama Islam lebih terjamin. Walaupun biasa terdengar ada orang Melayu yang tinggalkan agama Islam, tetapi tidak ada bukti yang jelas berkenaan dengan adanya orang ini. Lagipun jika dia meninggalkan agama Islam dia tidak Melayu lagi. 


Sumber  : Dr. Mahathir Mohamad on March 22, 2011

Tuesday, March 1, 2011

Myeg

Hari ni aku nak cerita pasal Myeg. Sistem yang dibangunkan untuk kemudahan orang awam berurusan dengan kerajaan. Mula mula tu aku sangsi jugaklah pasal dah banyak sangat web portal yang dibangunkan kononnya untuk memudahkan orang awam berurusan tapi last last sekali result dia macam hampeh jer. Tapi untuk Myeg ni aku boleh rekomen lah. Big thanks kat seorang kawan yang memberi sedikit info kat aku pasal Myeg ni. Ko superb beb..

Bukanlah bermaksud yang aku langsung tak tahu pasal perkara ini, tapi macam awal tadi, aku sangsi pada mulanya. Tapi terus terang cakap, aku puas hati lah dengan servis yang diberi. Walaupun charge yang dikenakan lebih sikit daripada kadar kita pergi buat secara manually, tapi kira berbaloi lah pasal aku tak perlu nak berbaris, beratur, tempuh jalan sesak, curi waktu bekerja untuk lari kejap buat urusan peribadi dan yang paling penting ianya boleh dipercayai.

Yang buat aku salute tu, semalam aku renew roadtax, piagam Myeg akan hantar dalam 2 hari, alih – alih hari ini aku dah dapat. Kira oraitlah tak sampai 24 jam, aku dah dapat. Sistem kurier yang bagus. Begitu juga untuk perbaharui insurans, aku cuba nak buat semalam, tapi separuh jalan je, alih – alih hari ini pegawai dia orang counter semula ( tq En. Aliff ) dan tolong buatkan sebelum emel pada aku amaun yang berkaitan. Servis Myeg ni kira memang kelas dan berbaloi – baloi lah pada aku yang jenis malas nak pergi berurusan sendiri ni. 

Charge yang dikenakan pun pada kadar yang berpatutan, so kira oraitlah. Kadar yang berpatutan tu jika dikenakan pada ramai orang, mereka dah boleh untung bertan tan lagi lah hahaha..Anyway, aku ucapkan thank you dan syabas lah pada Myeg untuk servis yang kali ini. Dan untuk pengetahuan semua, aku cuma berurusan untuk bayar saman, renew roadtax dan insurans sahaja. Jika korang berurusan hal lain dan di dapati servisnya tak seindah yang aku cakap, itu aku no komen pasal aku lom cuba lagi hehehe..

Monday, February 21, 2011

Azizulhasni selamat dibedah - Ini Baru HERO!!!!


KUALA LUMPUR – Jaguh trek negara, Mohd. Azizulhasni Awang selamat dibedah selepas mengalami kecederaan ngeri, tertusuk serpihan kayu di betis kirinya akibat kemalangan dalam laluan memenangi pingat gangsa pada Siri Piala Dunia Klasik di Manchester, semalam.
Azizulhasni bersama empat lagi pelumba terlibat dalam kemalangan, menyebabkan serpihan dari trek kayu sepanjang 23 sentimeter tertusuk di betisnya. Dia tetap meneruskan perlumbaan selepas kemalangan dan hanya menyedari tentang kecederaan yang dialami selepas menamatkan saingan. Selajutnya DI SINI

DNA : Ini baru betul betul hero. Semangat yang membara dan patriotisme yang tinggi benar – benar buat aku terharu. Dah sangat kurang dan jarang ahkir – ahkir ini yang dapat kita tengok atlit Malaysia yang punya semangat juang semacam ini. Terus terang cakap, aku salute sama lu bro..Rasa diri ni kecik je kalau nak dibandingkan dengan dia ni.

Tanpa menghiraukan kesakitan yang dialami, dia bangun dan meneruskan kayuhannya hanya untuk Negara. Sebutir pingat yang dihadiahkan walaupun sekadar berwarna gangsa, ia sangat bernilai dan jauh lebih beerti bila kita mengetahui kisah sebenar perwira nan seorang ni.

Jadi jika adalah anugerah pingat atau darjat yang dikurniakan kepada beliau, aku merupakan orang yang sangat – sangat bersetuju. Kalau zaman aku kecik – kecik dulu ada Anugerah Hang Tuah ( kalau tak silap ingatan aku lah ), dia ni dah lebih dari layak untuk tujuan tersebut. Sekurang – kurangnya penganugerahan sebarang darjah kebesaran akan lebih dihargai jika dikurniakan kepada beliau daripada selama ini yang aku lihat dah mula dikurniakan kepada entah sape sape lah. Malah ada satu kes tu, sanggup beli darjah kurniaan. Apa punya turrr la manusia tu.

So, Azizul, sekali lagi aku nak lahirkan penghargaan dan sanjungan aku kepada kau. Cerita kau menjadi topik utama yang kami bicarakan time lunch hari ini. Semua tabik spring kat kau bro. Semangat kau memang lain macam dan kau buktikan bahawa semangat orang melayu memang menjadi jati diri yang sangat kukuh dalam setiap ruang pembuluh darah kau. DS Najib, you better do something for this amazing herooooo..

Sunday, February 20, 2011

Pemimpin Bersama Rakyat atau Pemimpin Bersama Masyarakat?

Hari ini aku dapat suatu ilmu baru dari seorang ahli akademik yang mengupas frasa tersebut secara ilmiah. Katanya ungkapan yang selama ini diguna pakai bahawa pelaksanaan program – program Pemimpin Bersama Rakyat adalah tidak betul. Seharusnya pemimpin bersama masyarakat kerana dalam negara yang mengamalkan serta mendukung nas – nas demokrasi, pemimpin itu sendiri merupakan anggota yang terpilih dikalangan rakyat. Yang sebetulnya adalah Raja Bersama Rakyat bukannya pemimpin.

Bila dilihat dan dinilai kembali, ada kebenarannya. Kerana menurut beliau, apabila diklasifikasikan pemimpin bersama rakyat, mereka seolah olah sudah kita gazetkan sebagai raja kerana hanya raja yang mempunyai rakyat, sedangkan pemimpin dikelilingi masyarakat. Seolah olah selama ini masyarakat sendiri yang mengangkat darjat seseorang pemimpin itu seperti raja. Jadi kerana itu pemimpin hari ini dilihat semakin lama semakin bermaharajalela. Mereka tidak boleh dipersalahkan apabila mereka mula bersultan di mata beraja di hati.

Sebaik baiknya, kita ubah slogan yang diuar – uarkan selama ini. Sebagai ahli akademik, ada betulnya apa yang diperkatakan oleh beliau. Sebagai orang yang lebih berpengetahuan, lebih tinggi nilai ilmunya, tentulah teguran – teguran yang dibuat ada logik dan hujahnya. Kalau selama ini tersilap, tidak salah kita jadikan ini sebagai satu titik tolak membetulkan kenyataan. Sekurang kurangnya kita dilihat sebagai pemimpin yang menerima pandangan dan buah fikiran masyarakat persekitaran. Pemimpin bersama Rakyat atau Masyarakat? Jika pemimpin bersama rakyat, raja bersama siapa? Jika raja bersama rakyat, samakah taraf raja dan pemimpin pada hari ini? Tepuk dada tanya selera. Daulat Tuanku...

Tuesday, February 8, 2011

Subsidi - Rakyat Tahu kah?

Ermm sebenarnya ada banyak subsidi yang dibekalkan oleh Kerajaan kepada rakyat Malaysia. Tak kira sama ada kamu orang UMNO atau PAS atau apa apa jer lah lagi. Semua merasa dan menikmati. Tiada lagi istilah masa pengguna membeli gas yang terpaksa tunjuk kad ahli parti mana untuk menikmati keistimewaan subsidi tersebut. Terima kasihlah Kerajaan atas keperihatinan tersebut. Kalau nak ikutkan harga petrol guna harga pasaran semasa, aku takut silap silap haribulan setengah gaji aku habis kat minyak kereta jer lah. Atau aku mungkin kena ubah corak hidup selaras dengan kempen “Berbasikal Ke Pejabat”. Mesti Kerajaan akan buat kempen ni punya untuk cover harga petrol yang naik. Sama kes lah macam kurangkan gula lebihkan senyuman yang tujuan asalnya untuk sembunyikan isu kekurangan bekalan gula dalam negara ataupun kempen minum air kelapa muda semata mata nak pastikan para pengusaha kelapa tak jatuh terduduk ekoran harga kelapa yang jatuh teruk waktu itu.

Tinggalkan soal kempen. Aku cuma nak bagi highlight pada Kerajaan, subsidi yang diberikan ini tidak diketahui oleh ramai orang di bawah sana. Orang tidak tahu pun kewujudan subsidi yang diberi. Bahkan mereka tidak tahu juga bahawa kenaikan harga petrol RON95 yang dah naik 10sen tu sebenarnya masih lagi dibantu oleh subsidi kerajaan. Dan bila mereka tak tahu itu, dan tak tahu ini, maka mudahlah pihak Pembangkang memanipulasikan setiap isu kenaikan. Kerajaan fikirlah satu mekanisme baru agar penjelasan yang sewajarnya mudah difahami dan sampai keperingkat paling bawah.

Jangan ingat semua makcik makcik ni faham apa yang disebut sebagai Government Transformation Programme tu, belum ditambah lagi dengan GST, NKRA, KPI dan macam macam istilah lagi lah. Berbuih buih lah pemimpin melaung dan memberi penerangan, mereka tak faham pun. Jangan katakan makcik yang di kampung, ada makcik yang dalam parlimen pun kadang kadang masih tak faham istilah istilah ini. Gunakanlah istilah yang semua orang faham, semua orang mengerti. Ini penting, penerangan sedemikian perlu ada supaya bila ia dimanipulasikan oleh pembangkang, mereka boleh nilai, mereka boleh timbang betul atau tidak isu kenaikan harga ini. Bagi orang kampung, naik je gula 5sen sekali pun, mereka akan mula mengeluh. Dalam mengeluh inilah pembangkang akan masukkan jarum dan ahkirnya dalam kepala marhain ni pun akan set “Kerajaan Tidak Perihatin”, “Zalim”, “Tidak Memenuhi Aspirasi Rakyat”, sedangkan kita dah bantu, cuma penjelasan dan penerangan itu tak kena caranya.

Jangan anggap semua orang pandai kerana orang yang pandai pun kadang kadang akan memandai mandai. Pastikan matlamat, perancangan serta sebab musabab itu sampai keperingkat bawahan dan mereka faham. Gunakan istilah yang mudah dan bahasa yang mudah. Jangan hanya sedap didengar tapi penghayatan berada pada tahap paling minima. Akibatnya nanti, jahanam kita nak menepis isu isu ini bila PRU menjelang tiba. UMNO kena ingat, zaman datang meraih undi dengan kain pelikat atau sejadah dari Mekah sebagai buah tangan sudah lama berlalu. Makcik di kampung sudah kelaskan diri mereka sebagai makcik makcik generasi baru walaupun istilah istilah generasi hari ini banyak lagi yang mereka tidak tahu. Barang Naik, Undi Turun maaaaaa..Jangan dilayan sangat politing pihak pembangkang tu, mereka hanya mahu kita alpa kepada masalah utama terhadap gaya hidup berbelanja hari ini kerana inilah senjata mereka paling ampuh untuk menjatuhkan reputasi kita kelak. Tepuk dada tanya selera. Bertindak atau kelak kita ditidakkan..

A Point To Ponder

Sandwich  used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...