Friday, December 20, 2013

PENCARUM MENINGGAL DUNIA - KWSP SEDIAKAN BANTUAN RM2,500 UNTUK AHLI KELUARGA


PERHATIAN kepada semua orang yang mempunyai akaun KWSP!

Tidak kira berapa umur anda, tidak kira berapa lama anda memegang akaun KWSP anda, tidak kira berapa banyak wang yang anda ada di dalam anda akaun KWSP, dan kira berapa lama anda telah membayar kepada KWSP, mengikut Undang-undang Kerajaan, KWSP perlu membayar RM 2500 untuk keluarga pemegang akaun KWSP apabila dia / dia mati (ahli keluarga perlu menuntut RM 2500 dalam tempoh 6 bulan).


Mungkinkah KWSP tidak pernah memberitahu kepada kita tentang pekara ini, kalau di hitung, sangatlah sedikit keluarga yang benar-benar menerima RM ini 2500 apabila ahli keluarga / beliau meninggal dunia, kerana tidak ramai yang tahu tentang perkara ini. Di manakah ini RM 2500 pergi apabila keluarga itu meninggal dunia itu tidak menuntut RM2500? poket seseorang?? Kita tidak tahu!

Oleh itu, sila dihujani maklumat ini kepada semua anda keluarga, saudara-mara, rakan sekerja dan rakan-rakan, biarkan mereka tahu tentang maklumat ini dan jangan lupa untuk menuntut RM2500 apabila / mati keluarganya beliau. Jangan biarkan ini RM 2500 pergi ke poket seseorang!


Rujuk dan isi borang di sini. Semoga bermanfaat sebarkan semoga menjadi pahala berterusan

Sumber : http://www.kwsp.gov.my/portal/documents/10180/207297/borang_kematian_-_utama__mei_2012_.pdf

Teman kata : Memang tak pernah tau mengenai info ini .... Terma kasih


Thursday, December 19, 2013

BR1M 2014 : MOHONLAH!

BR1M 2014 datang lagi ( macam iklan Tora time aku kanak kanak dulu pulak bunyi nya hehehe ). Seperti dalam Pengumuman Bajet yang lepas, maka permohonan BR1M kini telah dibuka seperti iklan tersebut.

Selamat memohon. Kepada yang layak tapi tak mahu pemberian Kerajaan ni, diam diam aje lah pasal ramai lagi orang lain yang mahukannya.

Salam 1Malaysia!

sent from My Android

Tuesday, December 17, 2013

Rosmah Mansur Kantoi Di Bukit Aman!


Rosmah Mansur, menjawap semua persoalan dan tuduhan yang dilemparkan kepada beliau selama ini. Akhirnya Rosnah kantoi di Bukit Aman.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Sesungguhnya fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh. Gejalanya amat menakutkan, lagi merosakkan.

Pembaca yang amat dikasihi;

Tibalah masanya saya sebagai seorang insan, dengan rendah hati ingin menjawab segala fitnah dan tohmahan yang telah dihamburkan kepada saya selama ini.

Adalah wajar untuk saya membersihkan nama saya, maruah suami tercinta dan seterusnya kepimpinan negara agar fitnah ini tidak terus terpalit hingga menyebabkan saudara saudari tersalah anggap.

Alhamdulillah, anak-anak boleh terima walaupun ada ketikanya mereka sedih dengan fitnah yang keterlaluan.  Anak-anak saya cuba melihat kebaikan dan kemurniaan majoriti masyarakat, bukan minoriti yang sentiasa ada tanggapan negatif.

Apabila saya bertemu dengan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara dan bersoal-jawab tentang fitnah-fitnah tersebut, mereka boleh menerima penjelasan daripada saya. Penjelasan secara 'face to face' itu sangat berkesan.

Cuma, mereka hairan, terkejut dan bertanya mengapa tidak ada orang jawab bagi pihak saya. Saya mana ada pegawai, saya isteri Perdana Menteri bukan Perdana Menteri.

Justeru, saya akan memberikan sendiri jawapan setiap persoalan yang timbul supaya masyarakat dapat menilai kebenarannya.  Sikap mendiamkan diri dalam hal ini umpama 'membunuh diri sendiri'.

Pertama: Isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu, 19 Oktober 2006

Tuesday, December 3, 2013

SELAMAT BERSIDANG #PAU2013

Kepada semua perwakilan seluruh negara, selamat bersidang. Yang datang dari jauh, malah ada jua yg datang dari dekat, sedekat cuma melangkah dari balik daun pintu. Apa pun jaraknya, hadirlah sebagai pejuang sejati. Datang lah dengan iltizam iklas dan mahu memperbaiki.

Hati hati semasa memandu, kita tidak mahu mendengar tragedi tragedi berdarah dan menyayat hati sepanjang usaha pergi dan balik PAU 2013 ini.

Paling penting, JANGAN JADIKAN PWTC INI SEPERTI ISTANA BUDAYA. berhimpunnya pak lawak dan pelakon hingga sirna erti perjuangan sebenar. Fahami erti IKLAS dan ISTIQOMAH dalam perjuangan.

Selamat Bersidang.
Hidup Melayu! Hidup Melayu! Hidup Melayu!

Tuesday, November 26, 2013

Bajet Perak 2014 : Pembangkang Juga Mendapat Habuan!

Pembangkang di Perak terpaksa menggigit jari kerana ura-ura dua ADUN dari Barisan Nasional bakal menyertai mereka nampaknya tidak menjadi kenyataan.
Sehingga selesai Menteri Besar Dato Seri Dr.Zambry Abd Kadir membentang belanjawan (bajet) 2014 di sidang DUN hari pertama hari ini (Isnin) pada jam 1.35 tengah hari, semua wakil-wakil rakyat BN kekal.
Di pihak pembangkangpun kesemua 28 orang wakil-wakil mereka kekal tidak berganjak dalam Pakatan Rakyat.
Maknanya DUN Perak kekal status quo iaitu 31 BN manakala Pakatan Rakyat, 28 orang.
Kesimpulannya ura-ura ini hanyalah gimmick pembangkang untuk mencuri perhatian sempena pembentangan bajet oleh Menteri Besar. Selain itu mereka dilihat cuba  menganggu momentum kerajaan BN yang berada di paras tertinggi ekoran keputusan cemerlang PRU ke13.
Bagaimanapun 28 wakil-wakil rakyat pembangkang (18 DAP dan selebihnya PKR dan PAS) tidak pulang sia-sia kerana mereka turut mendapat tempias dari bajet yang dibentangkan.
Dr.Zambry memulakan pembentangan bajet 2014 iaitu genap 6 bulan 20 hari selepas PRU ke13 pada 5 Mei lalu ,pada jam 11.45 pagi sehingga berhenti pada jam 1.35 petang.
Pada pertengahan ucapan,beliau berhenti sekejap mengambil angin dan meneruskan dengan tidak siapa menjangkakan  dengan berkata:"Untuk itu, buat pertama kali nya mulai 2014 , kerajaan negeri akan meluaskan bantuan bulanan Pusat Khidmat  ADUN merangkumi kesemua 59 Pusat Khidmat ADUN termasuk kawasan pembangkang  melibatkan peruntukkan sebanyaki RM2.12 juta atau RM3,000 sebulan setiap ADUN."

Monday, November 18, 2013

TIMB KETUA UMNO BHGN PERAK YANG KANTOI DI LCCT, BAKAL DIDAKWA DI MAHKAMAH??

Nampaknya peribahasa 'Sepandai-pandai Tupai Melompat Akhirnya Jatuh Ke Tanah Jua' mungkin ada betulnya dengan al-kisah sorang Timb. Ketua UMNO Bhgn kat Perak ni. Samada ianya benar berlaku hanya tuan punya diri yang menjawabnya.  

Berani atau tidak kita tunggu jelah nanti...pemimpin seperti ini yang kita mahukan dalam UMNO? Nampaknya makin galaklah puak pakatan haprak sedap 'Bantai' UMNO yang parti nie kuat 'Main Duit'.
Beberapa hari lepas GR ada keluarkan artikel Timb. Ketua UMNO Bhgn nie sedap layan 'Orang Kiri Kanannya' atas sebab bantu beliau memenangi jawatan yang DIIDAMKAN...BETUL KE BOSS???
Berani kerana benar, takut kerana salah. Manakan pokok tue nak goyang kalau tak ditiup anginkan? SPRM jalankan tugas mereka dengan baik tak kira siapa pun. Hari ini GR diberitahu Timb. Ketua UMNO Bhgn ni akan didakwa di mahkamah atas kesalahan beliau? Yeke nie?? Kita tunggu dan lihat yer...
SPRM dan buat keja...Bhgn Disiplin UMNO bila lagi?? Kan bagus sama-sama buat kerja untuk bersihkan nama baik parti keramat nie. Ada lagi pemimpin macam nie jawabnya bungkuslah UMNO PRU14 nanti.

Gambar di atas...jawapannya sudah tentu mereka yang syok tengok tempat-tempat menarik di Bandung saja yang tau kan???
Sumber : GOSSIP RAKYAT

Nang Bu Ti Nang, Kui Bu Ti Kui.. 
Apa pun kita tunggu keputusan Mahkamah, jangan buat andaian sendiri. namun kadang kadang ini lah yang paling ditakuti, iaitu bukan orang luar yang rosakkan parti, tapi orang parti itu sendiri yag merosakkan. berbuih PM memohon agar jauhkan politik wang. Namun, DEGIL!

 

Tuesday, November 12, 2013

ISU ADUN PERAK LOMPAT - PENJELASAN KHUSAIRI

KENYATAAN AKHBAR
DATO' MOHD KHUSAIRI ABDUL TALIB
PENGERUSI BNBBC PERAK
11/11/2013

Kelab ADUN BN Perak berasa kesal dengan sikap Pengerusi DAP Negeri, Datuk Ngeh Ko Ham yang menjadikan dirinya agen penyebar khabar angin.
Selaku pemimpin politik senior, Ko Ham tidak sepatutnya membesarkan berita khabar angin yang mengatakan terdapat dua ADUN BN negeri ini mahu melompat parti, seperti tersebar di laman media sosial.
(Kenyataan Ko Ham yang berkaitan disiarkan dalam akhbar Sinar Harian hari ini)
ADUN Sitiawan itu membenarkan dirinya terperangkap dalam isu politik khabar angin yang keji untuk mendapatkan publisiti murahan tanpa menyelidik terlebih dahulu kesahihan sesuatu sumber berita.
Ko Ham melapekkan kenyataannya dengan kata-kata 'sekiranya benar' bagi menghalalkan khabar angin yang tersebar.
"Ko Ham sudah pasti akan percaya dan menjaja khabar angin ke seluruh pelosok media, bahawa babi boleh terbang sekiranya binatang itu mempunyai kepak".
Ko Ham sebenarnya masih fobia dengan peristiwa lompat parti pada 2009 yang menyebabkan berlaku peralihan kuasa di Negeri Perak.
Secara tidak langsung dia mendedahkan punca sebenar dua Exco dan seorang ADUN meninggalkan parti masing-masing pada 2009, iaitu kerana tidak berpuas hati atas tindakan pemimpin mereka yang ketika itu diterajui Dato' Seri Nizar Jamaluddin, Ko Ham sendiri dan sepupunya, Nga Kor Meng.
Ketiga-tiga ADUN berkenaan telah bertindak atas prinsip peribadi, dan bukan kerana menerima tawaran mana-mana pihak seperti sering didakwa oleh pemimpin-pemimpin DAP termasuk Ko Ham sebelum ini.
Terlalu banyak kepincangan yang berlaku selama 11 bulan Negeri Perak berada di bawah kepimpinan Nizar, Ngeh dan Nga sehingga menyebabkan kepimpinan mereka berakhir dalam tempuh singkat.
Tidak wajar mereka mahu menjadikan punca kejatuhan kerajaan PR sebagai faktor-faktor yang berulang dalam Kerajaan BN di bawah kepimpinan Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Zambry Abd Kadir.
Saya yakin khabar angin ini adalah sebahagian daripada provokasi pembangkang, termasuk DAP, bertujuan mahu mengalihkan fokus rakyat terhadap kepimpinan Dr. Zambry khususnya menjelang pembentangan Bajet Negeri Perak 2014 pada 25 November akan datang.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sumber : WANGSA SETIA

A Point To Ponder

Sandwich  used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...