Tuesday, October 16, 2012

Bloggers tak diiktiraf! Buat Semak je..

Gua dimaklumkan ada sorang pemimpin Bahagian di Penang ni yang pertikaikan peranan blogger-blogger didunia siber..

Gua tak kisah andainya dia kata blog gua ni tak bagus.., tapi janganlah sampai labelkan semua blogger tak berkesan bantu kerajaan beb..

Kesianlah kat Dr MiM tu yang sampai tak tidur malam asyik fikir nak bogelkan Anwar dan Guan Eng..

Dalam satu kenyataan,  pemimpin bahagian tu kata blogger yang sedia ada tak berkesan dalam membantu kerajaan menangani isu pembangkang khususnya di Penang..

Maksudnya, blogger yang ada sekarang ni tak efektif melawan jentera media Pakatan didalam dunia siber.. 

Selanjutnya baca kat SINI.

ASHAMSURI : Aku pun tak pastilah kenapa pemimpin tersebut yang pro BN bercakap macam tu. Mungkin dia masih lagi menggunakan kaedah konservatif yang pada hemat aku tidak lagi berapa relevan dengan suasana politik hari ini. Ini lah akibatnya kalau orang orang yang terlalu lama dibiarkan berada dalam arena politik. Idea dan karisma mereka semakin lama semakin jumud. Maka sesuai sangatlah digantikan dengan orang orang baru yang lebih muda, berkelayakan dan kena dengan tempo politik orde baru hari ini.

Mungkin dia gagal memahami atau mengesan, salah satu punca tsunami politik pada PRU ke 12 ialah melalui propaganda medium baru. Dia paham tak istilah medium baru ni? Kalau tak faham, bagus dia study dulu istilah tu. Siapa yang tidak kenal Malaysia Today pada waktu itu? Boleh dikatakan hampir semua orang baca, Malaysia Today menjadi satu fenomena melalui media baru. Dan kesannya? Kita kalah 5 + 1 kepada Pakatan Rakyat. Syukur Tuhan masih beri kita ruang untuk berkuasa, namun tragedi itu perlu dimuhasabah dan dilihat dengan mata hati.

Kerana itu, inisiatif dari golongan berbayar dan yang tak berbayar, diwujudkan. Demi untuk sama sama membantu berjuang ke jalan yang benar. Tapi kalau dah ada suara suara sumbang yang tak reti berterima kasih ni, payah lah beb. Lau aku, aku biarkan je kawasan dia tu tanpa sebarang liputan. Jangan cakap ikut sedap mulut. Dia kena tahu, dalam keadaan PRU yang dekatttt dah sangat ni, semua hati perlu dijaga. Ada je yang terguris, siap lah kau.

Dalam erti kata lain, DS Najib udah udah lah tu guna muka lama dan recycle ni. Bagi tenaga baru, bagi peluang orang baru, orang muda. Biar parti dan kerajaan nampak lebih dinamik. Suara orang muda, aspirasi orang muda perlu dibawa oleh orang muda jugak. Bukan menidakkan peranan orang lama, tetapi perlu lebih ruang pada orang baru..orang muda.




2 comments:

Unknown said...

dia tu tak tahu diuntung orang dok sapot dia, dia hina .. ahli politik macam dia yang rosakkan amno... sial tak sudah manusia macam ni. kojil la cepat hendaknya.kalau dia calon tempat lu lagi baik lu undi gua bro..wakaka

Unknown said...

alamak nak eja kojol jadi kojil pulak.. wakaka

A Point To Ponder

Sandwich  used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...