Saturday, October 7, 2017

Perak Tumbang 2008. Mimpi Ngeri - Sani Supi

MIMPI NGERI 2008

Pada PRU -12 / 2008, buat pertama kalinya BN kalah di Perak.  Sekaligus, buat pertama kalinya juga Kerajaan Negeri Perak dikuasai pakatan pembangkang.  Sebelum itu, pada PRU tahun 1969, parti Perikatan ( sebelum penubuhan BN pada 1974 ) hampir tewas kepada pembangkang yang didominasi oleh PPP dan DAP.

Semasa pengumuman keputusan PRU-12/2008, saya berada di kediaman Menteri Besar ( Dato' Seri Tajol Rosli Ghazali - sekarang Tan Sri ).  Saya yang menyediakan teks ucapan beliau untuk menyambut kemenangan ( seandainyan ) dan juga talking points untuk wawancara media.  Petugas -petugas tv, radio dan akhbar berhimpun di dewan depan kediaman MB.

Apabila keputusan PRU mula di umumkan , suasana ghairah beransur-ansur bertukar suram, terutama bila beberapa calon DUN BN diumumkan tewas.  Saya dan S/U Akhbar MB,(Huzaini)mula resah memikirkan pelan damage control untuk mententeramkan warga media serta persiapan plan 'B' seandainya keputusan PRU itu tidak menyebelahi BN.

Suasana panik semakin terasa apabila semakin bertambah bilangan calon DUN BN yang diumumkan tewas.  Saya turut panik kerana tidak tahu apa yang perlu dibuat seandainya BN benar-benar tewas.  Sebenarnya tidak ada persiapan ke arah itu kerana masing-masing tidak menduga, almaklum semenjak merdeka (1957) Kerajaan Negeri tak pernah bertukar tangan daripada Perikatan / BN.  Apa yang sempat saya lakukan hanyalah menghubungi Setiausaha Kerajaan Negeri ( Dato' Seri Dr. Abd Rahman Hashim) dan juga Ketua Polis Negeri untuk memaklumkan kebarangkalian BN tewas dan langkah-langkah keselamatan perlu diambil untuk mengelakkan kejadian buruk seperti yang berlaku di Selangor pada PRU 1969 dimana tercetusnya peristiwa berdarah 13 Mei.  Selain dari itu, saya menggesa D/S Tajol masuk kedalam kediaman dan merayu petugas - petugas media supaya tidak mencemaskan lagi keadaan. 

Diringkaskan cerita....., BN tewas dengan hanya memperolehi 28 daripada 59 kerusi DUN (27 UMNO 1 MCA).Kerajaan Negeri bertukar tangan kepada pakatan pembangkang.

Ekoran dari itu, jawatan MB dan barisan EXCO bertukar kepada pakatan pembangkang.  ADUN-ADUN BN jadi pembangkang.  Jawatan-jawatan tertentu bertukar penjawat termasuk S/U Politik, S/U Akhbar, SUSK, Jawatan -jawatan dalam Lembaga Pengarah agensi-agensi Kerajaan Negeri dan sebagainya.  Dalam istilah 'orang Parit' selambak orang penting tiba-tiba jadi penganggur.  Kereta Kerajaan yang digunapakai, bilik pejabat, pemandu peribadi dan lain-lain kemudahan turut terbarai.  Mula kelihatan mantan-mantan Exco pandu kereta sendiri dan penjawat-penjawat yang gugur tiba-tiba sepi tanpa tugas penting.  Turut hilang dari pandangan ialah golongan pelobi-pelobi dan 'kaki menyibok'.  Malah pejabat UMNO Negeri juga lengang.Saya cuba bawa beberapa NGO untuk mengisi kelengangan itu.

Pendek kata mimpi ngeri benar-benar menyelubungi suasana apabila BN/UMNO dalam keterpaksaan bertukar jadi pembangkang.  Budaya politik sukar di 'adjust' manakala gaya hidup pula perlu di 'adjust'.  Termasuk cara berpakaian, lenggok bercakap, kelompok sosial dan teman-teman bergaul.  Tempat makan juga bertukar. 
  
Walau bagaimanapun, atas ketentuan Illahi, setelah 11 bulan dikuasai pakatan pembangkang,BN berkuasa semula di Perak, yang terhasil dari lompatan keluar tiga ADUN pakatan pembangkang yang istihar sokong BN.  Pada 9/2/2009 Dr Zambry Abd Kadir dilantik MB dan barisan EXCO turut dilantik.  Justeru Kerajaan Negeri dan agensi-agensi kerajaan negeri di isi dengan penjawat-penjawat yang pro BN, termasuk CEO-CEO anak syarikat dan agensi-agensi kerajaan negeri termasuk PKNP,SADC, SSI, MB INC, YBU, IDR dan sebagainya.

Jentera politik, khususnya UMNO, diperkemas dan diperkuat, lantas PRU-13 berjaya dimenangi dan kerajaan negeri kekal dikuasai BN dengan 31 daripada 59 kerusi DUN.  Kedudukan yang begini amat menyeramkan dalam ertikata seandainya 'terbolos' dua kerusi DUN, Mimpi ngeri pada PRU-12/2008 boleh berulang.

Article ini mungkin boleh mengingatkan pihak-pihak terbabit supaya lebih berhati-hati, jangan terlalu 'ingka' kerana rakyat semakin celik memerhati.  Jika tersalah langkah, mungkin dilanda musibah.

Pakatan pembangkang yang didominasi DAP berpotensi bertindak licik.  18 kerusi DUN yang sekarang milik DAP mungkin kekal begitu.  Justeru pakatan pembangkang hanya perlu tambah 12 kerusi DUN yang dicaturkan boleh diperolehi melalui PKR, PAN dan Pribumi, untuk mendapatkan simple majority 30 daripada 59 kerusi DUN.  Kawasan-kawasan DUN yang mana menjadi idaman pakatan pembangkang tak sukar diteka.  Dari segi logik politik tentulah kawasan-kawasan yang diwakili UMNO yang jadi sasaran,sementelahan mereka telah beriya-iya benar memecah-belahkan Melayu.

Ingin diperingatkan mereka yang sedang duduk dikerusi empuk di bawah naungan kerajaan negeri yang ditunjangi BN, sama-samalah jaga supaya BN terus berkuasa di negeri Perak tercinta ini.Kalau BN kalah pada PRU-14,mereka yang sedang menikmati 'kerusi empuk' sekarang ini adalah diantara yang terawal disingkirkan oleh kerajaan pakatan pembangkang.Jangan berleka,jangan mabuk kuasa,jangan menimbun harta, jangan bersandiwara,jangan berbahasa dua selera,dan jangan sombong pada rakyat jelata.Perlu diingat bahawa pada setiap tubuh rakyat dewasa ada satu undi,tak kira capek, buta,tuli,dhaif dan sebagainya.Dan undi itu boleh digunakan untuk menghukum BN pada PRU-14 kelak,jika hati rakyat tidak dijaga.

Mohon maaf kalau article ini tidak disenangi oleh pihak-pihak tertentu.

                                " Yang menyerlah itu permata,
                                   Yang merendah bukannya hina,
                                   Tingkah biar berpada,
                                   Perintah biar bermakna."
            
                                   "Kalau jernih air di hulu,
                                    Jernihlah juga air di kuala,
                                    Setelah jerih perjuangkan Melayu,
                                    Sanggupkah kita berputih mata? "

Sumber : 

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1327812430677578&id=100003465023121

Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Thursday, August 31, 2017

Hero Tak Didendang - Oon Thoo Seng

Tidak banyak diceritakan perihal nilai positif seorang 'hero tak didendang' di negara kita, Malaysia yang serba majmuk ini. Semalam ianya sekali lagi terjadi, sehari sebelum sambutan ulangtahun kemerdekaan ke-60 tanahair.

Kemalangan jalanraya di selekoh maut Gunung Paku, Klian Intan berhampiran Pengkalan Hulu, Perak hampir meragut nyawa seorang wanita Melayu. Dalam kejadian sekitar jam 2.30 petang itu, dua kenderaan bertembung mengakibatkan seorang wanita terperangkap di dalam kereta yang dipandunya tanpa sedarkan diri.

Api gila mula marak di kereta sebelah yang terletak begitu hampir dengan kereta mangsa. Seorang kontraktor pembinaan rumah dari kaum Cina, Oon Thoo Seng yang sering berulang alik antara Sungai Petani ke Pengkalan Hulu sampai di tempat kejadian, dan melihat situasi cemas akibat kemalangan itu. Dia segera mendekati kereta wanita malang itu dan cuba membuka pintu pemandu tetapi tidak berjaya. Dia tidak dapat membuka pintu penumpang kerana api dari kereta sebelah berada begitu hampir.

Tanpa berfikir panjang, Oon berlari mengambil kapak di kenderaan hiluxnya dan segera kembali lantas memecahkan pintu kereta mangsa. Sebaik sahaja Oon berjaya menarik keluar wanita itu, kereta sebelah meletup dan api segera menyambar kereta wanita berkenaan. Kedua mereka terselamat. Oon mempertaruhkan nyawanya bagi menyelamatkan seorang wanita Melayu.

Oon ini 'the unsung hero'. Dia sedar api yang marak di kenderaan sebelah boleh pada bila-bila masa menerjah dirinya dan wanita yang sedang pengsan di tempat duduk pemandu. Namun atas sikap prihatin dan murni, dia mempertarungkan nyawanya untuk menyelamatkan seorang insan yang amat memerlukan pertolongan.

Wanita Melayu itu tak sedarah, tak sebangsa dan tak seagama dengan Oon. Namun Oon dan wanita itu ada satu ikatan, iaitu sehati sejiwa warga Malaysia, yang pintalnya telah disimpul mati sejak negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, enam puluh tahun lalu. Walaupun ada usaha pihak tertentu mahu merungkai simpul ikatan ini, namun syukur kita masih boleh bertahan hingga kini, dan diharapkan pertahanan kita ini kekal kukuh sehingga ke titisan darah terakhir, kerana inilah tanah tumpahnya darah kita.

Sekalung tahniah dan penghargaan kepada Oon Thoo Seng. Selamat Merdeka 60 tahun. (Terima kasih Adun Pengkalan Hulu, YB Aznel Ibrahim yang menceritakan tragedi ini kepada saya pagi tadi dan berkongsi foto).

Sumber : 
https://khusairitgmalim.blogspot.my/2017/08/oon-thoo-seng-hero-tak-didendang.html?m=1

Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Wednesday, August 30, 2017

Malaysia vs Thailand #KL2017 #SeaGames

Malaysia tewas kepada Thailand di laman sendiri 0 - 1. Bermakna negara perlu menunggu 2 tahun lagi untuk mencuba ibu segala pingat tersebut. Seperti peristiwa 2001, kesilapan penjaga gol menghukum pasukan negara. Meletakkan kegagalan tersebut ke atas penjaga gol, tidak boleh sama sekali. Dia juga beraksi baik sebelum ini malah dalam game yang sama telah menyelamatkan beberapa peluang keemasan. Jangan nafikan jasa beliau untuk yg itu hanya kerana satu kesilapan. Memang perit, tapi sesetengah hakikat dan proses kematangan adalah seperti itu.

Pasukan ini tidak keterlaluan jika saya katakan lebih kompos dan baik dari pasukan senior. Namun mereka perlu masa. Inilah pasukan masa depan negara kita. Jatuh bangun, menang kalah kita tetap bersama di belakang mereka. Ayuh Malaysia.. #BangkitBersama.

Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

A Point To Ponder

Sandwich  used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...