Tuesday, January 29, 2013

GEMPAR !!! SUAMI JAMIN 2 ISTERI BERKHALWAT DENGAN SEORANG LELAKI !

SEREMBAN, 29 Jan -  Seorang suami terpaksa melakukan tanggungjawab yang 
mungkin tidak pernah dibayangkannya sebelum ini iaitu menjamin dua isterinya 
yang ditahan pihak berkuasa kerana berkhalwat dengan seorang lelaki di sebuah  hotel di Port Dickson, dekat sini. Difahamkan dalam operasi itu, sepasukan  penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) 
melakukan pemeriksaan di sebuah bilik hotel berkenaan selepas menerima  maklumat berhubung kegiatan maksiat yang berlaku. 

Kedua-dua wanita bermadu berusia 30an itu ditahan selepas didapati 
bersekedudukan dengan lelaki berusia 30an di sebuah hotel terkemuka 
di kawasan pantai peranginan popular itu. 

Sumber berkata, ketika serbuan kira-kira jam 3.00 pagi Khamis lalu, anggota  penguatkuasa memberi salam sebelum mengetuk pintu bilik beberapa kali dan  menunggu kira-kira setengah jam sebelum dibuka seorang wanita berpakaian  lengkap. 
 

Febuari 2013 Bubar Parlimen!



Tahun 2013 merupakan tahun genting bagi ahli2 politik. Rakyat marhaen macam aku ni takder la genting sangat pun, asal boleh hidup aman bahagia, negara makmur, makan pakai mencukupi, gaji naik mencanak canak, cukup la hahaha..

semua dok sibuk mencatur catur dan mengagak agak bila tarikh sebenar PRU 13. semua sibuk sebagai pemerhati dan ahli politik tak bertauliah. masing masing hadir dengan persepsi dan andaian masing masing.

daripada sumber sumber yang aku perolehi, mereka kata tarikh tarikh tersebut adalah seperti berikut :
  •  22 Febuari 2013 - Parlimen Dibubarkan
  • 16 Mac 2013 - Penamaan Calon ( Yang pasti bukan nama aku hehehe )
  • 30 Mac 2013 - Hari Pengundian
Betul atau idak sumber tersebut, wa pu chi taw..
Yang penting.........ABCD

Monday, January 21, 2013

Tahniah Ahli Jawatankuasa Kerja MBM Sesi 2012-2014.


 

Senarai penuh keputusan pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja MBM sesi 2012-2014 adalah seperti berikut :


Pengerusi Tetap : Sdr. Khairul Anwar El Syazalli Musa (Majlis Belia Negeri Perak)

Timbalan Pengerusi Tetap : Sdr. Murali a/l Kuppan (Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia)


Presiden : Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee (Majlis Belia Negeri Pulau Pinang)

Timbalan Presiden : Sdr. Muammar Ghadafi Datuk Jamal (Gerakan Belia 4B Malaysia)

Naib Presiden : Sdr. Low Eng Tack (Gerakan Belia Bersatu Malaysia)

Sdr. Manndzri Nasib (Majlis Belia Felda Malaysia)

Sdr. Nasrul Ahmad (Majlis Gabungan Belia Melaka)

Setiausaha Agung : Sdr. Mohd Zaidi Aziz (Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia)

Bendahari Kehormat : Sdr. Mahendran a/l Nadason (Majlis Belia Hindu Malaysia)


Ahli Jawatankuasa Kerja

1. Sdr. Mohd Aizad Roslan (Majlis Belia Negeri Kedah)


2. Sdr. Mohd Hafiz Ariffin (Persekutuan Pengakap Malaysia)


3. Sdr. Hasnul Haniff Harun (Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia)


4. Sdr. Ahmad Daniar Ismail (Majlis Belia Negeri Pahang)


5. Sdr. Mohd Faisal Abu Bakar (Majlis Belia Kelantan)


6. Sdr. Abdul Rizam Mohd Akhir (Majlis Belia Negeri Johor)


7. Sdr. Nourman Ag Zaini @ Rayn (Majlis Belia Sabah)


8. Sdri. Leong Fang Hui (Pergerakan Pemuda Malaysia)


9. Sdr. Nor Akmal Ibos (Majlis Belia Selangor)


10. Sdr. Mohammad Rizan Hassan (Persatuan Asrama Belia Malaysia)


11. Sdri. Haryaty Hamdzah (Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia)


12. Sdri. Wan Adilah Wan Awang (Majlis Belia Negeri Terengganu)


sumber : KINTA MENJERIT


Tahniah kepada barisan kepimpinan. Aspirasi hari ini merupakan Dunia hari esok.

Friday, January 18, 2013

Bubar Dun Johor, Dun Johorlah...Parlimen...Parlimenlah.. Apa Ada Hal..



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) hampir selesai membuat pembahagian kerusi dan memutuskan calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Beliau yang juga pengerusi BN berkata, parti itu juga sedang memberi tumpuan terhadap kesiapsiagaan menghadapi pilihan raya umum.
"Kita memberi tumpuan kepada kesiapsiagaan pilihan raya...seperti mana kita sedia maklum masanya akan tiba tidak lama lagi untuk mengadakan pilihan raya umum.

"Semua parti komponen Barisan Nasional telah diberi panduan yang jelas dan kita akan tentukan beberapa perkara...soal pembahagian kerusi antara parti komponen Barisan Nasional hampir selesai.
"Begitu juga dalam soal penentuan calon-calon sebahagian besar telah pun diputuskan," katanya kepada para pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi BN dekat sini, Khamis malam.
Najib berkata dari segi pemilihan calon, penelitian mendalam perlu diberikan bagi memastikan pilihan calon yang dibuat adalah tepat.

Katanya, calon BN yang akan bertanding bukan sahaja dilihat dari segi kebolehannya tetapi juga dari segi penerimaan penduduk di mana calon berkenaan bertanding.
Mengenai kemungkinan calon akan diumumkan lebih awal, Najib berkata perkara itu akan ditentukan kemudian kerana ia masih dalam perbincangan.

"Kita akan tentukan dan nanti...kita akan maklumkan dengan melihat beberapa pandangan. Kita bincang tapi kita belum buat keputusan lagi," katanya.
Najib menambah, setakat ini sokongan rakyat terhadap BN dilihat semakin meningkat tetapi BN tidak boleh terlalu selesa dengan keadaan ini.
Ini kerana, katanya, dalam pilihan raya terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi keputusan pengundi.

"Kita tak mahu bersikap terlalu selesa atau yakin seolah-olah tidak ada apa yang menggugat kita.
"Saya harap kita dapat gandakan usaha dan terus beri semangat serta keyakinan terhadap jentera BN," katanya.

Diminta mengulas mengenai tarikh pembubaran Parlimen dan pembubaran Dun Johor pada 21 Mac ini sebagaimana yang dianalisis oleh pihak media, Najib menjawab: "Ya saya tahu. Tak apalah Dun Johor (bubar) Dun Johorlah...Parlimen...Parlimenlah."

 sumber : mStar

Wednesday, January 9, 2013

Bahaya Rokok Elektrik..Stylo Beb!



 
VIENNA 4 Sept. - Rokok elektronik sebelum ini dianggap sebagai alternatif yang selamat kepada tabiat merokok. Bagaimanapun, satu penyelidikan terbaru menunjukkan ia juga mampu merosakkan paru-paru bagi mereka yang menggunakannya.

Alat itu didapati mengakibatkan kekurangan oksigen yang diserap oleh darah hingga mengakibatkan peningkatan segera dalam rintangan udara paru-paru.

Secara purata, kesan itu akan berlarutan selama 10 minit, kata sebuah laporan yang dibentangkan pada Kongres Tahunan Persatuan Pernafasan Eropah (ERS) di Vienna.

Sama seperti rokok biasa, rokok elektronik turut membebaskan nikotin melalui wap berbanding asap dan ia mencetuskan banyak perdebatan tentang keselamatan untuk menggunakannya.

Kira-kira 650,000 perokok dipercayai menggunakan rokok elektronik yang menyerupai rokok sebenar dalam usaha membuang tabiat buruk itu.

Friday, January 4, 2013

Penceramah Pas Hina Bapa DYMM Agong

Berikut sms dari sahabat Encik Halim Tuah berhubung insiden menghina bapa DYMM oleh penceramah semalam.

Beliau dijangka membuat laporan polis pagi ni.


(Salaam..mohon SOKONGAN LIPUTAN dari pihak MEDIA..urgent tqvvm)

'POLIS SERBU SURAU BIAR USTAZ PAS HINA BAPA DYMM AGONG'

Pada hari ini Jumaat 21 Disember 2012 jam 11:00 pagi, saya - HALIM TUAH selaku ahli kariah Surau An-Na'im Seksyen 5 Wangsa Maju, akan membuat LAPORAN DI BALAI POLIS WANGSA MAJU terhadap seorang PENCERAMAH PAS yg bernama Shaari CHE IN kerana MENGHINA BAPA DYMM AGONG dlm kuliah agama di surau berkenaan malam tadi. 

PIHAK POLIS TELAH MENYERBU SURAU berkenaan ketika saya sedang BERTIKAM LIDAH dengan Penceramah & Pengerusi surau tentang apa perlunya sebut 'BAPA AGONG' dlm kuliah agama ini yg seakan SECARA HALUS mengajak ahli2 kariah NYAHKAN RAJA & SULTAN!!! "..BAPAKKK AGONG pun takkan boleh buat apa.." -dgn merujuk perihal org yg tiada syarat JPA tidak akan dapat kerja; saya mempersoalkan apa perlunya DIPERKECIL/SENDAKAN TUANKU2 SEKELIAN dan apa perlunya mengaitkan BAPA DYMM AGONG dalam kuliah agama itu! 

JIKA ORANG LAIN MENGATA BAPA KITA SENDIRI APA KITA AKAN RASA, SEDANGKAN INI PULA BAPA DYMM AGONG! Terima kasih.

Sumber : http://www.penembak-tepat.com/2012/12/penceramah-pas-hina-bapa-dymm-agong.html?m=1

Mcm citer P. Ramlee lak kan main bapak2 huhu..perangai rope budak budak sekolah..

Sent from Samsung Galaxy Note

A Point To Ponder

Sandwich  used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...