Tuesday, July 16, 2013

Lelaki Akan Diam Apabila...

 

Bagi yang sedang bercinta atau berumah tangga, wanita perlu peka dengan tingkah laku lelaki. Ini kerana fahaman anda tentang tingkah laku lelaki sedikit sebanyak akan membantu dalam perhubungan. Tidaklah anda cepat melenting apabila menghadapi situasi ini dan berfikir yang bukan-bukan pada kaum Adam. Kadang-kadang lelaki ini akan melupakan janji-janji mereka apabila menghadapi masalah seperti berikut.  Jadi, ketahui sebab lelaki tiba-tiba mendiamkan diri.

 

1.       DILANDA MASALAH
Biasanya lelaki begitu ego dalam hidupnya. Tidak hairanlah dia akan sedaya upaya menyelesaikan setiap masalah yang ada tanpa bantuan orang lain. Tetapi jika tiada jalan penyelesaian, maka dia lebih banyak berdiam diri kerana tertekan dengan masalah tersebut.

2.       BERBICARA SOAL PERKAHWINAN
Lucu bukan? Lelaki diam kerana dia seakan tidak percaya akan memikul satu tanggungjawab yang berat dalam hidupnya. Sentiasa memikirkan sama ada dia bersedia atau tidak bergelar ketua keluarga. Maka dalam tempoh bertunang atau beberapa bulan untuk berkahwin, kabanyakan lelaki akan pelik perangainya.

3.       PUTUS CINTA
Itu petanda hatinya sedang terluka. Lelaki kebanyakannya akan diam apabila cintanya didustai ataupun dia menjadi penyebab segala apa yang berlaku. Waktu ini, anda sebagai rakan perlu memberikan ruang untuk dia berfikir. Dua hari kemudian barulah cuba bercakap dengannya.

4.       BALIK RUMAH MERTUA
Cuba perhatiakn pasangan anda apabila di rumah mertua. Kurang bercakap dan jika bercakap pula menggunakan nada rendah. Kadang-kadang ada lelaki yang memilih untuk memerap di dalam bilik sahaja daripada bercakap dengan pihak mertua. Jika suami anda begini, lebih baik nasihatkan sedikit agar tidak dianggap ‘kera sumbang’.

5.       TERJUMPA BEKAS KEKASIH/ISTERI
Apabila sedang berjalan dengan isteri ataupun kekasih hati, tiba-tiba terserempak dengan bekas kekasih atau isterinya. Oh, lidahnya kelu untuk berbicara. Mungkin waktu itu fikirannya terkenang akan peristiwa yang dahulu. Anda wanita, jangan mudah melenting.

6.       APABILA RAHSIA TERBONGKAR
Semua lelaki mengalaminya. Terdiam jika tembelang sudah pecah. Bagi lelaki yang berdolak-dalih, cuba mendiamkan diri selama beberapa minit sebelum mencipta seribu alasan tetapi bagi yang gentlemen, dia lebih banyak mendiamkan diri daripada bersuara kerana tidak mahu keadaan menjadi lebih rumit. Jika pasangannya sudah cool, barulah dijelaskan keadaan yang sebenar. Pasangan anda pula bagaimana?

sumber : Our Life Our Future 

Ermmmm..ada yang betul, ada jugak yang berapa tak betul. Paling betul dan ketara, lelaki akan diam dalam 2 sebab yang paling kuat, pertama bila dia ada masalah kewangan yang berat dan kedua bila mulutnya sedang penuh hahaha..
 

No comments:

A Point To Ponder

Sandwich  used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...