Monday, February 17, 2014

Rambut Bukan Aurat - Islam Cara Dr. Kassim Ahmad, Tokoh Pemikir


Memang satu keputusan yang bijak apabila Nurul Izzah memilih untuk tidak hadir dalam satu program bersama Kassim Ahmad yang pernah dilabel sebagai anti hadis.

Sekiranya Nurul Izzah hadir dalam program sebegini yang jelas satu pemikiran baru tentang islam, pastinya beliau akan menerima padah yang buruk.

Beliau akan dituduh sebagai golongan yang anti hadis seperti mana dituduh ke atas Kasim Ahmad.

Semoga pandangan sebegini dapat dihujah balas oleh mana-mana ilmuan agama bagi menjelaskan kekeliruan yang dibawa oleh Kassim Ahmad ini.

Kassim Ahmad ini tidak diketahui salah silahnya perguruannya. Tiba-tiba muncul dengan menyatakan Islam amalan kita hari ini salah. Terlalu memuja Nabi Muhammad berbandiing Allah, rambut bukan aurat wanita dan ulama adalah tiruan kasta paderi.

Setelah senyap untuk beberapa ketika, pemikir kontroversi Dr Kassim Ahmad muncul pada usia 80 tahun dengan ideanya untuk menentukan hala tuju negara untuk tiga puluh tahun akan datang. 


Beliau, bekas ketua Parti Sosialis Rakyat Malaya (PSRM) sebelum memasuki Umno, kini hadir mengajak Rakyat Malaysia dan parti politik kembali kepada Islam sebenar.
Bagaimanapun idea beliau tetap kontroversi apabila mendakwa Islam sebenar di negara ini telah diseleweng kerana mengikut satu sistem “kasta paderi” yang dipanggil ulama. 
"Kasta paderi ini tidak wujud dalam zaman Nabi dan empat Khalifah ar-Rasyidun. Mereka muncul kira-kira 300 tahun kemudian dan melantik diri sendiri sebagai pentafsir agama kepada umat Islam. 
"Mereka (umat Islam) mendewa-dewakan pemimpin agama yang mereka anggap maksum dan yang telah memutuskan semua soalan dalam kehidupan mereka," kata beliau ketika memberi ucapan dalam "Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian" di Putrajaya hari ini. 
Kassim turut membentangkan beberapa lagi kesalahan umat Islam seperti mendewa-dewakan Nabi Muhammad dengan syahadah kedua serta rambut bukanlah aurat wanita. 
Beliau berhujah berdasarkan tafsiran terhadap ayat pertama dalam surah al-Munafiqun.
Sementara itu, berkaitan aurat, Kassim berkata ia bukan aurat kerana ia anggota biasa seperti muka dan tangan yang perlu digunakan untuk mengambil wuduk. 
Tiga puluh tahun dahulu, katanya, wanita Islam tidak memakai tudung, sebaliknya hanya sehelai selendang “kerana rambut itu bukan aurat”. 
Kassim yang berdepan tuduhan anti-hadis – tuduhan yang dinafikannya – turut mengajak agar al-Quran diletakkan sebagai sumber tertinggi agama dan ditafsir kembali bagi menyesuaikan kepada keadaan semasa. 
"Saya pernah cakap yang al Quran menjelaskan ia sendiri. Method lama ialah menggunakan Hadis untuk menjelaskan al Quran kurang baik kerana bermakna menganggap Nabi Muhammad itu tahu segala-galanya. Ini ridiculous, beliau hanya utusan Allah," kata beliau. 
Sumber : Gendang Perang

ASHAMSURI : Ermmm..macam macam hal..dulu bapak aku pernah tanya soalan, dia kata kenapa kalau belajar Matematik, bila bila di tanya pun 1 + 1 akan jadi 2, takkan mahu lain jawapannya walaupun di tanya pada cikgu cikgu yang berbeza. Namun bila hal agama, kenapa bila di tanya lain - lain Ustaz, jawapannya berbeza beza walaupun soalan yang dikemukakan sama sebijik - sebijik. Dia suruh aku cari jawapan tu dulu, then baru bercerita soal agama dengan dia. setakat subjek Pendidikan Islam dapat A1 dalam SPM, dia cakap jangan nak sembang la huhu..

27 comments:

Anonymous said...

Bukan kah Allah ada sebut dalam ALQuran yang Nabi Muhammad tak cakap mengikut nafsu tapi yang disampaikan adalah dari Allah.Memang umat ISlam patut mendalami ALQuran supaya tak kena tipu dengan mereka yang membawa ajaran baru yang datang dari kepala otak mereka sendiri...kalau Nabi dikatakan boleh silap apalagi mereka ni!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

Aku sokong kassim ahmad..

Antikarut said...

Yang buatkan ulama di malaysia marah pada kassim ahmad bukan sebab dia kritik hadis.. Tapi sebab kassim sama tarafkan ulama dengan paderi dan tok sami.

Siapa yang selalu baca tafsir al quran, fahami dan hayati dia akan sependapat dengan kassim.

Anonymous said...

buah dada tu yg aurat.. bl pakai tudung(jilbat) automatik buah dada tu terlindung sedikit dr pandangan.. tp sekarang ramai yg pakai tudung utk tutup rambut je..

Anonymous said...

Orng yang sokong Kassim ni sebab nak pelepas diri..mungkin anak isteri tak tutup aurat jadi dia ambil jalan selamat.

Ahmad Nazir Mohd Azmi said...

Tak faham dengan org kita, apa yg Nabi suruh buat, xmahu ikut. Dr. Kassim ni xpenuh background pendidikan agama, itu lah yg nak diikut, ikut ahli sunnah waljamaah. Tolak hadis, tolak kata2 Nabi = tolak Nabi. Dangkal pemikiran bila berfikir ikut nafsu. Satu soalan sama ditanya, jawapan ulama‘ berbeza2, itu normal, ulama punya ijtihad, ijmak & pemikiran berbeza. Macam masakan, kenapa masakan yg rasa sama, tp yg rasa (tukang rasa) komen xsama? Sbb berbeza pendapat & cita rasa. Kerana itu kita ada 4 mazhab. Berpeganglah dgn ajaran ASWJ yg dh cantik.

Anonymous said...

Ahmad Nazir Mohd Azmi- Sila baca surah Ali Imran ayat103,105 Surah Al'An'aam ayat 159 Surah A Shoora ayat 13-14

Anonymous said...

Standby la ko kena dgn dr maza..

Anonymous said...

tolak hadis conform2 bodo. xyoh duk betta lagi lah. nih umat akhir zaman.

Anonymous said...

Siapa Kassim Ahmad kalau nak dibandingkan pemikir2 Islam terdahulu!!!! Pemikir taik kucing.

Mereka ini bukan anti-hadis tapi anti-Muhammad s.a.w, utusan Allah yang terakhir yang disebut oleh Allah sebagai rahmatan lil alamin.

Noemilita Macawile said...

Baca tafsir quran tak semestinya kalian akan faham apa yg dimaksudkan kerana itu lah kita ada kelas mentafsir jangan sampai salah tafsir.. kalau dah salah tafsir mcm ni lah jadi nya.

kay yusof said...

sekadar baca tafsir dan faham sendiri2, iblis sentiasa jadi pembantu yg setia utk menyesatkan kamu

Anonymous said...

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Anonymous said...

Pemikir apa ni!!! Belajar tak tinggi dalam bidang Islam terus memikir..memang iblislah gurunya..

Anonymous said...

Alahai kassim selamat . .

Rizuan Rizman said...

Alaaa kassim...kok pon sabariah dah mampos takanlah plak kow jadi cam nie...harap2 dapatlah kow jumpa kuburnya...supaya kow bringat akhir prjalanan hidup kat situ jugaaa...opsss...kat padang masyar nanti agak2 syafaat sapa yg kow harapkan aaa....

Md Azhan Bin Md Nasir said...

Aduhai manusia.. masa lahir merengek nangis ketakutan utk lahir kedunia.. tiba2 dah besar tua jadi pembangkang agama yg kuat.. bukankan Rasullullah itu dah Allah wujudkan dalam syahadah. Knp tiba2 umat dia nak tolak dia. Nauzubillah. Ya Allah semoga kami terselamat dari fitnah di akhir zaman ini.. amin..

Ilias Ibrahim said...

Setuju.

Anonymous said...

Dr Kassim ni dah nyanyok agaknya..

Anonymous said...

dah mentah2 ko tolak nabi muhammad..sok kat padang mahsyar jgn harap pulak nabi yang yang nk tolong ngko..sesiapa yang ikut ajaran nabi muhammad walaupun sedikit pun,insyaallh nabi akan tolong kita esok..

Allen Sulong said...

Salam utk semua,

Allah SWT tdk akan melaknati org2 yg mengkaji, mempertahankan dan mempertinggikan kitab Al-Quran, malah mereka ini adalah manusia pilihan yg akan masuk syurga tanpa dihisab (35:32). Tetapi Allah SWT akan melaknati dan membawa azab yg pedih lagi menghina kepada sesiapa yg memperlekehkan AL-Quran dan mengadakan kitab2 baru utk bertanding dgn Al-Quran (34:38), kononnya Al-Quran itu tdk lengkap dan memerlukan kpd kitab2 lain. Kitab2 lain yg kononnya berfungsi utk menjelaskan ayat2 Al-Quran inilah yg tlh menjauhkan umat Islam dari Al-Quran sehingga Al-Quran dijadikan barang perhiasan sahaja dan bukan lagi sumber ilmu yg maha agung.

Inilah kejayaan yg amat besar bagi yahudi dan nasrani sbb bukan sahaja tlh berjaya menjauhkan umat Islam dari Al-Quran malah berjaya mmbuatkan umat Islam berpecah-belah dan bersengketa sesama sendiri. Al-Quran adalah satu khazanah ilmu yg maha hebat lagi agung. cubalah baca blog2 yg mgkaji Al-Quran seperti harunyahya.com atau http://kajian-quran.blogspot.com/ dan sbgnya. Lihat dan kajilah sendiri akan kehebatan Al-Quran yang amat digeruni oleh semua musuh-musuh Islam.

Lihatlah bagaimana Al-Quran menjelaskan E=MC2, menjelaskan ilmu wireless communication, artificial intelligence, knowledge representations, centripetal force, piezoelectric, subliminal dan subconscious, dan sebagainya. Sekiranya umat Islam kembali kepada Al-Quran maka mereka akan menjadi umat terbaik “khaira ummatin”, dan inilah yg digeruni oleh yahudi dan nasrani!

Ismazirul Izwan Ismail said...

""Sesungguhnya Allah dan MalaikatNya bersalawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W); wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya."" (Surah Al Ahzab:56)

Ismazirul Izwan Ismail said...

Hadis telah dikumpulkan oleh manusia. Kalau nak tolak hadis atas sebab ragu2 dengan kesahihannya... Kenapa tidak tolak Al-quran dengan alasan yang sama? Kerana Al-quran juga telah dikumpulkan oleh manusia dan ianya juga baru dibukukan selepas kewafatan rasulAllah...
Siapalah kita jika nak dibandingkan dengan mereka iaitu para sahabat yang telah dijanjikan syurga oleh Allah keatas mereka...

Ismazirul Izwan Ismail said...

https://m.facebook.com/notes/ahyar-fauzan/berpegang-kepada-al-quran-dan-as-sunnah-dan-tidak-bertaqlid-kepada-seseorang/210059149132364

Ismazirul Izwan Ismail said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Malunya aku jadi Melayu...sehebat2 kononnya 'cendikiawan' Melayu yang kononnya hebat pernah jadi cikgu, ngajar di oxford,ngajar di USM, tapi setakat tu jer ilmu agamanya dan nak cakap tentang Islam macam tahu benar2?
Mari saya tunjukkan sama ada si Kassim Ahmad ni waras atau tidak, kamu cuba baca dan fikir2kanlah;
- kassim ahmad pernah tulis buku yg mengatakan Jebat adalah hero sebenar sebab dia tunjukkan kebenaran...(tapi Jebat mengamuk dan bunuh orang awam tak bersalah, berdosa dgn berzina nak tunjuk protes.Ini tak menghalalkan cara - macam you marahkan syiah syria tapi u join militan IS dan nak letupkan kakak saya di Putrajaya...tak betul kan?)Pada saya hero sebenar baiklah Tun Perak, yg sorok Tuah dan tak ikut cakap bos bodoh menonong tapi tak tunjuk.
- kassim ahmad yang sosialis marahkan pm Malaysia masa itu, jadi dia nak letupkan tugu negara...apa salah tugu negaratu? Patung buddha ke? Sekurang-kurangnya dengan ada tugu negara tu...saya dapat juga lihat nama arwah atuk saudara saya terpahat di dinding kerana pertahankan negara.
- kassim ahmad suka suki nak jadi sosialis dan contohi komunis karl marx...dia sedar tak sosialis tu apa??? Apa 10 commandment sosialis - tak percaya tuhan!!!! Lebih baik jadi Jose Rizal, Ghandi. Karl Marx asal orang miskin yg sakit jiwa sebab benci orang kaya!! Kalau ikut Karl Marx, nanti capitalist malaysia macam Robert Kwok,YTL, Mokhzani Mahathir,Ananda Krishna kena dibunuh la ye,Pak Kassimnya?
- Jahat Kassim Ahmad orang tak nampak...sebab dia jadi sosialis keterlaluan, tahun 70an dulu, seorang Ketua Polis mati dibunuhnya dgn gerakan sosialisnya.Ketua Polis itu cuma jalankan tanggungjawabnya...sebagai penjaga keamanan negara bila pak kassim buat ganas di kl.

....jadi kamu fikirlah sendiri...Orang terpelajar sangatke macam ini???

Anonymous said...

INILAH YANG NYATA. INILAH YANG BENAR.

Al Quran menyatakan kejadian Adam AS dan Bani Adam terdiri dari dua kembar atau kejadian.

1. Kejadian Zahir.
2. Kejadian Batin.

Kejadian zahir insan terbentuk dari SARIPATI, SERAT dan HIDRAT yang terkandung dalam tanah, terdiri dari gas, zat, mineral-mineral, protein dan vitamin-vitamin.

>Ar Rahman: 14.
>As Sajaddah: 7.
>Ash Syafaat: 11.
>Ali Imran: 59.
>Al Hijr: 28.

Apa yang dimaksudkan dengan gas itu adalah gas-gas yang terdiri dari gas pembakar atau oksigen, gas hydrogen (2 kandungan hydrogen + 1 kandungan oksigen = Zat atom AIR), nitrogen, carbon dioksida dll.

Zat bahan galian atau mineral pula terdiri dari kalsium, magnesium, fosforus, kalium, zat besi, beta karotin dll.

Manakala vitamin pula terdiri dari vitamin A, B, C, D, E, K dsb.

Saripati, serat dan hidrat tersebut berupa sebatian kering yang keras, berbau hanyir, berlendir, lekit dan berair.

Kejadian di atas disebut sebagai kejadian FIZIKAL atau ZAHIR.

Menurut Ulamak Tauhid kejadian berkenaan dipanggil DIRI ZAHIR.

Setelah sempurna jasad Adam maka Allah SWT ‘meniupkan ROH ALLAH’ ke jasad Adam.

>Al Hijr: 29.

Kejadian ini disebut sebagai diri BATIN. Terdiri dari Roh Allah yang mengandungi Annur (zat Muhammad dan malaikat) dan Annar (Qarin, Iblis, jin dan syaitan)

Yang zahir akan tinggal di tanah, TERKUBUR di dalam KUBUR.

Yang batin ‘Ya ai'ya TUHAN nafsul mudma'inah’ berada di BARZAKH alam yang terdinding di antara 2 alam iaitu Alam Dunia dan Alam Akhirat terdiri dari Sijjin dan Illiyin.

>Al Fajr: 27-30.
>Al Mukminun: 99-100.

Moga kekeliruan dari semua imam-imam fekah dan syariah terdahulu yang bercanggah pendapat beroleh pencerahan sebenar dari landasan Al Quran Kalam Allah.

Roh akan dimasukkan semula ke DIRI BATIN dan bukan jasad diri zahir.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ﴿٢٧﴾ ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً ﴿٢٨﴾ فَادْخُلِي فِي عِبَادِي ﴿٢٩﴾ وَادْخُلِي جَنَّتِي ﴿٣٠﴾

Ya jiwa yang tenang, kembalilah kepada Penguasa dengan kepuasan dan keredaan, kekal abadi berasama jemaah di Jannah.

Entah berapa rmai para ustaz dan ulamak sesat, syirik serta menyesatkan menyebut TUHAN DLM KONTEKS ALLAH...malah ramai yg menyebut TUHAN YG SATU...sedangkan Al Quran mewartakan TUHAN ITU ADALAH ‘ROH SUCI’ atu ‘JIWA YG TENANG’ insan.

Syahadah membuktitan ‘TIADA TUHAN’ semata-mata Allah SWT. Kenapa pula para ustaz, ulamak, imam dll membawa tuhan di dalam doa ‘YA ALLAH YA TUHANKU’

Allah mewartakan ‘ALLAH TIADA BILANGAN, ALLAH TIADA SEBARANG BANDINGAN’ dlm alam ghaib mna dtgnya ALLAH YG SATU...sdngkan dlm konteks Allah...AHAD bermaksud ESA.

Ya! para ustaz sesat lagi menyesatkan!!! Knapakah kalian terlalu rakus menyatakan Malaikat bersayap sedangkan Allah mewartakan Malaikat dijadikan dri Annur dan tidak berjisim...knapakah JALUR-JALUR CAHAYA yg diperlihatkan ditafsirkan sebagai sayap?

Kenapa teramat khufurnya para uztaz berbicara pasal BIDADARI SYURGA? Sedangkan HUR 'AIN itu bermaksud DILIHAT BERSERI BERSINAR-SINAR...BERCAHAYA BERGEMERLAPAN.

Alangkah mungkarnya para ulamak mentafsirkan KEMANISAN, KENIKMATAN, KELAZATAN, KEENAKAN di Jannah sebagai ARAK, MADU, SUSU dsb.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...