Wednesday, June 19, 2013

4 PEMIMPIN MCA DIJANGKA BERTANDING JAWATAN PRESIDEN!


Keputusan Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek untuk tidak mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti itu adalah keputusan yang tepat berikutan prestasi buruk MCA dalam PRU-13.MCA hanya memenangi 7 daripada 37 kerusi parlimen dan 11 daripada 90 kerusi DUN yang ditandingi.Lebih dahsyat,kubunya di Johor juga telah ditembusi pembangkang.Mudah bagi MCA untuk menyalahkan pembangkang yang menghasut rakyat sehingga membawa kepada keputusan tersebut.Namun,mustahil bagi MCA untuk menafikan berlakunya ‘tikam belakang’ dan pengkhianatan oleh parti itu terhadap Barisan Nasional.
Justeru,keputusan Soi Lek merupakan satu kewajaran kerana jelas seseorang wajib memikul tanggungjawab atas perbuatan ‘tikam belakang’,pengkhianatan dan hilangnya semangat setiakawan terhadap BN.Bukan kita tidak tahu bahawa sepanjang penggal MCA langsung tidak bekerja,malah tidak bersemangat untuk memenangi pilihanraya sehinggakan dilihat bagaikan sengaja ingin membiarkan parti itu kalah teruk.Berikutan keputusan Soi Lek untuk tidak bertanding, 4 pemimpin MCA telah menawarkan diri untuk merebut jawatannya.

Mereka ialah Ong Tee Keat – Bekas Presiden MCA, Ong Ka Chuan – Ahli Parlimen Tanjung Malim,Donald Lim – Pengerusi MCA Selangor dan Naib Presiden MCA dan juga Datuk Seri Liow Tiong Lai – Bekas Menteri Kesihatan, Timbalan Presiden MCA dan juga Ahli Parlimen Bentong. Kesemua yang menawarkan diri dilihat mempunyai kelebihan masing-masing berdasarkan pengalaman mereka.Bagi Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ong Ka Chuan yang menang dalam PRU-13 lepas, mereka dikira mendapat ‘bonus’ dari segi persepsi rakyat kerana dilihat sebagai telah bekerja cukup keras dalam keadaan keseluruhan jentera MCA seolah-olah ‘mogok’ sepanjang tempoh berkempen.
Secara dasarnya,tindakan MCA membuka jawatan Presiden untuk dipertandingkan wajar dipuji di mana ia membuktikan kematangan parti tersebut terutama dalam keadaan yang genting ini. Kita berharap agar Presiden MCA yang baru akan benar-benar mampu meletakkan garis jelas antara kesetiaan terhadap parti dan negara, dengan semangat perkauman Cina. Sudah sampai masanya MCA mempunyai Presiden yang tidak bersikap ‘defensive’ atau ‘apologetic’ dalam mengambil langkah yang bertepatan dengan aspirasi negara semata-mata untuk menjaga hati kaum Cina. Ketegasan amatlah penting, terutama dalam menangani sikap kaum Cina yang semakin lantang dan biadap mencabar perlembagaan serta menghina Institusi Raja-raja.Selain itu,Presiden baru MCA juga wajib menangani masalah akhbar-akhbar berbahasa Cina yang bermaharajalela mempamerkan hipokrasi paling jelek dalam memainkan isu perkauman.
Lebih dari itu,Presiden MCA yang baru haruslah ikhlas dan tidak terikut-ikut dengan rentak ektremis Cina yang terdapat dalam berbagai nama dan rupa. Ini bukan masa untuk pentingkan diri sendiri atau kaum dan pihak tertentu.Malaysia sedang mengalami masalah polarisasi kaum yang kronik dan perlu ditangani segera.Malah,tidak salah dikatakan,bahawa ‘perpaduan’ merupakan satu-satunya masalah besar yang dihadapi oleh Malaysia pada ketika ini.Jika masalah ini selesai,maka kita bolehlah memacu negara ke hadapan dengan sederap langkah yang pasti dan pantas. Oleh itu,semua pemimpin yang mewakili kaum masing-masing wajib meletakkan isu perpaduan sebagai tonggak utama.

Kesimpulannya,tidak ada guna mempunyai Presiden MCA jika rentak tarinya serupa sahaja dengan Presiden DAP. Justeru,semua yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan tersebut wajib bersedia untuk berjuang atas landskap dan struktur sedia ada negara ini dan bukannya menentang atau ingin mengubahnya.Jika tidak,parti MCA mungkin tidak perlu wujud sama sekali.
sumber : Badut Rakyat

Thursday, June 13, 2013

JENIS RAMBUT DAN PERWATAKKANNYA!

1) RAMBUT LURUS
Bijak, selalu gembira, bergaya, mudah rasa cemburu, dan mampu menyelesaikan masalah tanpa pertolongan orang lain.

2) RAMBUT HALUS/LEMBUT
Sangat bijak, pemilih, pemaaf, manja, tegas dan bersungguh-sungguh dalam melakukan pekerjaan.

3) RAMBUT TEBAL
Bijak, nakal, cemburuan, romantis, suka cabaran, banyak kawan dan pandai mengambil hati orang lain.

4) RAMBUT IKAL MAYANG
Bijak, penuh pertimbangan sebelum melakukan sesuatu, berpikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaafkan kesalahan seseorang di masa lalu.

5) RAMBUT WARNA KEMERAH-MERAHAN ATAU KEHIJAU-HIJAUAN
Itu rambutann... hehehe :P

Sent by Samsung Galaxy Note

Wednesday, June 5, 2013

Suami durjana rogol, rakam gambar bogel isteri!

pix_gal0 (2)Gombak – Tidak dapat menerima keputusan isteri yang tetap mahu bercerai walaupun sudah dipujuk berulang kali, seorang lelaki tergamak ‘menculik’ wanita itu di sebuah pasar raya di Kepong, dekat sini dan membawanya ke Batu Arang, sebelum mengikat tangan serta memperkosanya di dalam kereta.
Malah, lelaki berusia 30-an itu turut mengambil gambar bogel isterinya berusia 35 tahun itu selepas permintaan supaya mangsa kembali hidup bersamanya tidak diendahkan.

Selain itu, lelaki terbabit mengugut mahu melakukan sesuatu supaya kedua-dua mereka mati bersama jika isteri enggan kembali kepadanya menyebabkan mangsa yang ketakutan meminta suaminya memikirkan masa depan tiga anak mereka sebelum bertindak demikian.

Tuesday, June 4, 2013

Suspek Hina Agong Di Tangkap!


Hasil siasatan serta maklumat yang diterima daripada orang ramai, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM hari ini berjaya mengesan dan menahan suspek yang menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya.

Suspek, seorang wanita ditahan untuk membantu siasatan.

Beliau dipercayai menyembunyikan diri setelah beberapa laman blog menyebarkan identitinya.

SKMM juga memohon rakan-rakan suspek turut tampil ke hadapan untuk membantu siasatan lanjut.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Suspek juga boleh didakwa dibawah Akta Hasutan 1948.

SKMM sangat memandang serius terhadap penyalahgunaan media sosial untuk memuatnaik kandungan serta komen-komen yang berunsur menghina terutamanya institusi diraja Malaysia.
 
sumber : AAKJ

Mari Berpantun!

Semua orang bergelang tangan,
Saya seorang bergelang kaki,
Semua orang berkata jangan,
Saya seorang mengikut hati.


Bunga Melur kembang sekaki
Mari dibungkus dengan kertas
Di dalam telur lagi dinanti
Inikan pula sudah menetas
 


Burung Merak terbang ke laut
Sampai ke laut mengangkut sarang
Sedangkan bah kapal tak hanyut
Inikan pula kemarau panjang 


Dari teluk pergi pangkalan
Bermain di bawah pohon kepayang
Saya umpama habuk di papan
Ditiup angin terbang melayang  


Kayuh perahu sampai seberang
Singgah bermalam di kampung hulu
Bukan tak tahu dunia sekarang
Gaharu dibakar kemenyan berbau 


Limau purut di luar pagar
Rimbun putik dengan bunganya
Hujan ribut padang terbakar
Embun setitik padam apinya
 
 


Kalau roboh kota Melaka
Sayang selasih di dalam puan
Kalau tidak bertemu mata
Biarlah mati di pangkuan Puan..

  

Wednesday, May 29, 2013

Dato' Khushairi Lompat Parti? Perak Tumbang? Utusan Malaysia!

Khabar angin mahupun fitnah merupakan barah paling kronik yang bisa membunuh kredibiliti dan karisma seseorang pemimpin. Setelah 3 penggal bergelar YB, akhirnya Dato' Khushairi turut terkena tempias serta provokasi fitnah ini. Baca luahan dan penjelasan beliau mengenai isu dan laporan akhbar tersebut.

Diharap penjelasan beliau dapat menghentikan polemik dan provokasi murahan ini. UMNO Tg. Malim amat mengetahui kecintaan beliau kepada parti serta ketaat setiaannya yang tidak berbelah bahagi.

Saya agak terkejut membaca berita muka depan akhbar Utusan Malaysia (UM) hari ini mengenai khabar angin yang mengaitkan saya dan seorang lagi ADUN BN (Bota), Dato’ Nasaruddin Hashim akan melompat parti bagi membolehkan pembangkang berkuasa di Perak.

Kedua-dua kami telahpun dengan tegas membuat penafian, tetapi satu perkara yang menjadi tandatanya kepada saya adalah daripada manakah sumber khabar angin bermula? Nampaknya ada pihak tertentu yang lempar batu sembunyi tangan.  Pihak tertentu ini membuat provokasi bodoh untuk mencapai satu agenda politik peribadi.

Sunday, May 26, 2013

Hilang Naluri!

Mawar merah yang ku cium
Ternyata menusuk dan beracun
Wanginya menyenangkan hatiku
Membuatku tak karuan

Sehari tak bertemu dengannya
Serasa hampa dalam hatiku
Ku mabuk cinta yang tak terbaca
Oleh naluriku

Dia sama sekali tak cintai diriku
Dia hanya memanfaatkan diriku

Matilah kau di dalam hatiku
Bawa pergi saja dirimu
Sampai ke dasar lautan

Matilah kau bersama cintaku
Banyak berharaplah dirimu
Semoga dapat bahagia, berharaplah

Ku berlutut di bawah kakinya
Ku berikan hatiku untuknya
Ku telan semua luka-luka
Ku tak punya perisai lagi

Sehari tak bertemu dengannya
Serasa hampa dalam hatiku
Ku mabuk cinta yang tak terbaca
Oleh naluriku ooh

[Matilah kau]
Matilah kau di dalam hatiku
Bawa pergi saja dirimu
Sampai ke dasar lautan

Matilah kau bersama cintaku
Banyak berharaplah dirimu
Semoga dapat bahagia ooh

Sent by Samsung Galaxy Note

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...