1. Rakyat Malaysia ni saya rasa sudah letih dengan polemik politik yg sudah 22 bulan berlarutan. Mereka mahu lihat wakil2 yg mereka pilih ini dulu, bekerja pula untuk mereka. Ada byk kegusaran yg sedang rakyat takuti terutama wabak Covid19 yg diklasifikasikan sebagai pandemik di serata dunia. Ini akan menjejaskan byk sektor yg secara tidak langsung akan menjejaskan sektor poket kita semua.
2. Cukup2 lah mempertikaikan lot pembahagian jawatan2 sama ada jawatan Menteri, jawatan Menteri Besar, Ketua Menteri, Exco dan sebagainya.
3. UMNO kena faham yg kita ini penumpang di dalam sebuah bas besar Kerajaan TSMY. Walau pun angka kita besar, tumpang tetap tumpang. TSMY boleh sahaja kekal dalam bas mereka sedia ada, tetapi dia beli bas baru. Tinggalkan yg lama, dan ajak kita sama2 naik bas baru dia. Takkan tu pun susah nak paham. Stering dia pegang, konduktor tiket orang dia, takkan kita pandai2 nak mengarah2 pula kan.
4. Rakyat akan menilai yang UMNO ini mmg gila jawatan kalau terus terusan sebegini. Yg bercakap, yg merungut ni pula bukan kecik kecik anak. Mereka ini player utama parti yg sangat kita sanjungi. Berterusan begini hanya akan menampakkan Presiden seperti menjual parti, kesian la dia sedangkan dia apah jawatan pun tak dapat. Kemon la semua.
5. Saya lihat majoriti rakyat or rakan2 UMNO di bawah ni elok je. Mereka boleh je terima asalkan UMNO kembali jadi Kerajaan. Berada di dalam Kerajaan dan berada di luar Kerajaan, sudah pasti rasa dan keboleh upayaan bertindak juga berbeza. Saya akui, jawatan2 yg diterima tidak berorientasi mampu 'merakyatkan' rakyat. Tapi, bersyukur lah. Takkan TSMY nak beri jawatan yg boleh buat kita semakin power dan parti dia sendiri semakin tenggelam. Agak2 la kan. Fikir logik akal sudah. Dia PM oii..
6. Sekarang kita perkukuhkan lah jalinan Perikatan Nasional ini. Pastikan dalam 3 tahun berbaki ini, rakyat mendapat sebuah Kerajaan yg sememangnya mereka inginkan dan dambakan. PRU15 nanti kita buat semula. Pastikan calon2 kita menang lebih banyak kerusi supaya itu jam kita boleh do something.
7. Semua org letih, pemimpin letih, ahli letih, rakyat letih dengan situasi politik yg tak menentu. Banyak lagi benda lain nak fikir dan ditumpukan daripada mengisahkan jawatan2 kome ni. Jangan sabit jawatan pulak nanti kata tak mampu nak berkhidmat. 22 bulan tanpa sebarang jawatan, UMNO hidup jugak. Mesyuarat cawangan berjalan jugak. Dan ada kuasa sedikit ini, gunakan lah sebaik mungkin.
8. Contohi Dato' Saarani Mohamad, calon yang disebut2 sebagai MB Perak baru2 ini. Bila dia tidak dipilih, dia cool je dan terus buat kerja. Sebab bukan jawatan yg utama pada beliau, namun kelangsungan parti adalah keutamaan. Kalau nak kira sedih, tentulah kita tak dapat memikul kesedihan hati beliau. Mcm2 beliau lakukan utk UMNO Perak diwaktu kita kalah. Contoh yg baik ada depan mata, ikut lah. Ini balik2 memekak atas alasan pembahagian jawatan tidak adil. Balik2 kisah jawatan 🙄🙄. Aku dok jugak ulang2 kata UMNO tidak lahap jawatan huhu..
Salam Hormat
Anggun Tg Malim
Sumber : Facebook Anggun Tg Malim
1 comment:
Salsa Habanero Hot Sauce | Tioga Springs - Titanium Arts
In the spring of 2020, titanium chain Tiamany Hot Sauce and the subsequent production of snow peak titanium the titanium knee replacement highly titanium chainmail acclaimed, locally-owned Habanero chili pepper titanium water bottle Habanero. Since
Post a Comment