1. Saya cuba ringkaskan seboleh mungkin pecahan inisiatif2 Kerajaan melalui pengumuman PM tadi. Dan saya petik mana yang penting dan langsung kepada rakyat marhain. Yang industri punya dan sebagainya, mereka selaku organisasi akan lebih arif.
2. Bantuan Isi Rumah – Bantuan One Off ( Sekali sahaja )
Bantuan RM 1,600 untuk isi rumah berpendapatan bawah RM 4,000 sebulan. RM 1,000 bayar pada April dan baki bayar pada Mei 2020.
Bantuan RM 1,000 untuk isi rumah berpendapatan RM 4,000 ke RM 8,000 sebulan. RM 500 bayar pada April dan baki bayar pada Mei 2020.
Bantuan RM 800 untuk bujang berusia 21 tahun ke atas dengan pendapatan bawah RM 2,000 sebulan. RM 500 dapat April, baki dapat Mei.
Bantuan RM 500 untuk bujang 21 tahun ke atas bagi pendapatan RM 2,000 hingga RM 4,000 sebulan. Di bayar secara 2 kali sebanyak RM 250 pada April dan Mei.
Bayaran BSH akan dibayar pada Julai 2020 untuk pusingan selanjutnya.
3. Penjawat Awam
Gred 56 dan ke bawah diberi Bantuan Khas RM 500. Dan para pesara Kerajaan juga mendapat jumlah yang sama. Akan dibayar melalui gaji bulan April 2020.
4. Semua pelajar IPT sama ada awam dan swasta meneri RM 200 seorang. Sila rujuk dengan IPT masing2. Buat peminjam pelajaran, selain PTPTN yang ditangguhkan selama 6 bulan, pinjaman PTPK juga diberi pengecualian yang sama.
5. Elaun Khas Kakitangan Perubatan dinaikkan kepada RM 600 sebulan dan Elaun Khas untuk Polis, Tentera, RELA, JPAM sebanyak RM 200 sebulan. Semua bermula April hingga masalah Covid19 selesai.
6. Bayaran Saringan Kesihatan di Pusat2 Swasta akan ditanggung oleh pihak Insurans bagi mereka yang ada polisi insurans sebanyak RM 300 seorang. Premium insurans ditangguhkan selama 3 bulan.
7. Bagi Golongan OKU, Warga Emas, Anak 2 Yatim, Gelandangan, Orang Asal akan digerakkan bantuan kemanusiaan seperti makanan, penjagaan kesihatan dan tempat perlindungan melalui NGO dan Agensi Kesukarelawan.
8. Pekerja Swasta
Mereka yang mencarum Pencen Pra Persaraan swasta, dibenarkan membuat pengeluaran melalui Akaun B berjumlah RM1,500 daripada April hingga Disember 2020.
Subsidi Upah sebanyak RM 600 seorang selama 3 bulan untuk para pekerja. Ini untuk mengurangkan beban majikan dan mengelakkan mereka memberhentikan pekerja dan memotong gaji pekerja. Jadi, masih dapat gaji seperti sedia ada. Adukan ke Pejabat Tenaga Buruh kalau rasa dianiaya majikan ekoran MCO Covid19 ini.
Makcik kerja cleaner, tukang masak kantin dan yang sewaktu dengannya dibawah syarikat2 yang mendapat kontrak Kerajaan, gaji akan dibayar seperti biasa walau pun tidak dating bekerja. Sebab Kerajaan bayar kos gaji itu secara penuh kepada syarikat tuan / puan. Dan kontrak juga ditambah sebulan secara trade off kepada setiap syarikat terbabit.
Pemandu eHailing dapat RM 500 secara one off. Teksi dapat RM 600 seperti yang telah diumumkan sebelum ini.
9. Sewaan Rumah / Premis
Semua rumah sewaan di bawah Skim PPR KPKT dikecualikan bayaran sewa selama 6 bulan. PM mohon Kerajaan Negeri dan PBT juga mengikuti langkah yang sama. Bagi yang sewa beli, bayaran bulanan juga ditangguhkan selama 6 bulan.
Sewaan Premis Kerajaan juga dikecualikan bayaran sewa selama 6 bulan kepada para pengusaha.
10. Lain Lain Faedah Inisiatif
Diskaun elektrik secara berperingkat atas penggunaan diberikan oleh TNB. Sila semak bil anda mulai April 2020.
Data Internet Percuma oleh syarikat TELCO kepada pengguna sepanjang tempoh Kuarantin Covid19 ini.
Pelbagai insentif dan skim untuk Pertanian bagi memastikan bekalan makan cukup dan juga untuk Kementerian Kesihatan untuk menjamin kualiti pengawalan Covid19 berada pada tahap terbaik. Maka, rakyat jangan panik. Duduk je di rumah.
Moratorium selain daripada bank – bank, turut dipanjangkan kepada peminjam TEKUN, MARA, Koperasi dan sebagainya.
11. Kaedah pelaksanaan akan dimaklumkan Kerajaan dari masa ke semasa. Sabar dan tunggu. Benda nya ada, Cuma tunggu nak gugur. Ini semua Kerajaan lakukan untuk memberi lebih nilai ringgit di tangan kita semua bagi menghadapi waktu sukar ini.
12. Bersyukur kita kerana dikurniakan para pemimpin yang prihatin, bijak dan sentiasa peka kepayahan rakyat. Memetik kata2 seorang sahabat saya, Kerajaan yang dikatakan bukan dipilih oleh rakyat, tiada manifesto, pintu belakang dan sebagainya, tetapi inilah kerajaan yang bila dapat sahaja jawatan terus bekerja keras demi rakyat yang menaruh keyakinan kepada mereka.
Moga ringkasan ini dapat membantu memberi pencerahan. Kita Jaga Kita.
sumber : Facebook Anggun Tg Malim
No comments:
Post a Comment