Ada kisah sebuah syarikat perkapalan yang memiliki Berpuluh buah Kapal dagang.
Satu hari, salah sebuah Kapal dagang sykt itu rosak.
Maka di panggil lah tukang yg biasa membaiki Kapal syktnya utk membaiki.
Namun tukang itu gagal untuk memulihkan kerosakan enjin Kapal tersebut.
Kemudian di panggil pula tukang lain yg lebih Pakar dari tukang yg biasa.
Pun sama, tetap tukang Pakar itu gagal membaiki kerosakan enjin Kapal tersebut.
Tuan punya sykt buntu. Banyak Wang telah di belanja kan utk mengupah tukang2 Namun semuanya gagal menyelesaikan masalah kerosakan Kapal tersebut.
Kapal itu adalah Kapal kesayangan beliau dan menjadi antara Kapal pertama yg pernah di miliki sykt.
Kemudian satu hari, seorang pekerja sykt memaklumkan kepada bos ada seorang nelayan tua tinggal di kampung nelayan berhampiran Pakar membaiki enjin bot. Mungkin bos boleh mencuba khidmat nelayan tua berkenaan.
Maka di panggil lah nelayan tua itu ke Kapal yg telah berlabuh lama di jeti.
Nelayan tua itu selepas melihat dan melakukan beberapa ujian, lantas mengeluarkan tukul Besi dari beg galasnya.
Si nelayan tua mengetuk2 di beberapa Bahagian enjin dan Kemudian cuba menghidupkan enjin.
Amat ajaib, apabila enjin Kapal tiba2 hidup dan selesai lah masalah kerosakan Kapal itu.
Lantas Bos sangat gembira dan bertanya berapa kah upah khidmat nelayan tua berkenaan.
Dengan selamba nelayan tua berkenaan menyebut angka RM100k.
Terkejut bos mendengar angka itu. Harga itu lebih kurang harga yg telah di bayar sykt kepada tukang2 lain sebelum ini yg gagal membaiki kerosakan enjin.
Lalu bos pun bertanya samada boleh nelayan tua itu mengeluarkan perincian bil perkhidmatan utk tujuan pembayaran.
Maka nelayan tua itu menulis di sekeping kertas tisu.
Upah Ketuk : RM10
Tahu mana nak Ketuk : RM99, 990.00
Jumlah : RM100, 000.00
Bos terkedu dan menulis cek RM100k tanpa soal lagi.
Copy Paste : FB Azam Aziz
No comments:
Post a Comment