Wednesday, December 28, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah - Pelancaran Perkhidmatan TV Malaysia

Pada hari ini dalam tahun 1963, Perkhidmatan Televisyen Malaysia (TV telah dilancarkan.  Upacara pelancaran dilakukan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dari studio sementara TV Malaysia di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Ampang. Kerajaan Malaysia telah mendapat bantuan dari Suruhanjaya Penyiaran Kanada untuk memperkenalkan perkhidmatan ini. Bantuan tersebut berupa teknikal di bidang kejuruteraan latihan, rancangan dan pentadbiran. Di peringkat awal pelancarannya, masa siaran ialah kira-kira 5 setengah jam sehari atau 44 jam seminggu dengan tambahan masa siaran pada hujung minggu. 50 peratus dari rancangan yang disiarkan dibuat secara terus-menerus dari studio manakala sebahagian lagi adalah filem-filem sumbangan Filem Negara dan lain-lain sumber luar. selanjutnya.


ASHAMSURI: Dan pada hari ini industri media elektronik negara telah jauh berkembang pesat. Daripada stesen televisyen milik kerajaan hinggalah kepada rangkaian media prima kepunyaan syarikat swasta. Ramai yang pertikaikan kerana RTM atau medium milik kerajaan lebih dilihat berat sebelah dan sebagai agen propaganda kerajaan dalam menutuh pihak pembangkang. Ni mesti kes mereka mereka yang tak belajar medium komunikasi, kerana salah satu term penting pengwujudan saluran komunikasi ialah ia terikat dengan dasar pemilik. So, sekiranya ia dah sah sah milik kerajaan, maka memang patutlah mereka akan menyebelahi apa jua yang dijalankan oleh kerajaan atau pemilik industri tersebut. Salasilah atau sejarah pemilikan sesebuah medium komunikasi itu, sudah sebegitu rupa.

Tapi aku bukan nak bercakap pasal hal tu. Yang aku nak cakap sekarang ialah berapa lemahnya penguatkuasaan Kementerian yang terbabit dalam menyaring intipati kandungan siaran terutama di televisyen. Jika dilihat, pada zaman Tok Mat dulu, dia lebih consensus dan tegas dalam menanggani isu dan matlamat sesebuah penerbitan. Ramai yang digam dan diberi teguran keras. Maybe bagi generasi yang seangkatan usia dengan aku pasti segar bagaimana kumpulan Search dan Wings digam ekoran isu berambut panjang. Kurang juga kita lihat isu – isu artis panas yang terlepas ke dalam saluran siaran. 

Tapi itu tidak lagi berlaku kini. Terdapat artis yang terang terang bercakap ikut sedap mulut, bertindak ikut akal kepala lutut, tapi belum ada satu pun tindakan yang dijalankan oleh YB Dato Seri Rais Yatim ni, individu yang berkenaan menerajui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Tido apa dia ni?
Ramai artis yang saban hari memberi imej dan impak yang tidak baik dalam masyarakat hari ini. Terutama sekali golongan anak anak melayu yang suka sangat mengangkat dan mengikut peel artis artis kongkang ni. Sesetengah tu dah tak macam melayu dah gayanya, sesekali nampak macam pelacur pun ada juga. Nak harap mereka sedar, aku rasa ini bukan masanya untuk bergantung pada sebuah harapan, maka perlu lah Kementerian yang terbabit take action supaya ia jadi pengajaran dan garis panduan kepada yang lain.

Satu lagi yang buat aku terkesima ialah bagaimana provokasi dan perangai biadap rakyat Indonesia terhadap kontinjen Malaysia sewaktu Sukan SEA yang baru berlangsung baru – baru ini. Sikap yang benar benar menguris hati dan perasaan aku selaku rakyat Malaysia sedangkan kita member mereka ruang dan peluang di bumi yang bertuah ini. Tapi aku tengok, masih lagi bersepah sepah lagu Indon dan cerita cerita Indon dalam TV. Apa DS Rais Yatim ni tak terasa apa – apa ke? 

Walaupun kita nak jaga hubungan serantau, tapi masyarakat Indon ni sendiri tak menunjukkan ciri – ciri kea rah itu. So, please lah do something selaras dengan kedewasaan medium elektronik negara ni. Kalau tak boleh nak berbuat sesuatu, turun lah dari singgahsana tu, biar aku jer yang jadi menteri kat situ dan aku akan ajar kau how to be a leader and manage the ministry..ngokkkk..

Saturday, December 24, 2011

Bulan Kenduri Kendara

Bulan Disember ni memang banyaklah kenduri kendara pada mana2 kawan2 yang mendirikan rumah tangga..dengan mengambil kira musim cuti sekolah, cuti perayaan, cuti tahun baru dan mcm2 jenis cuti lg termasuk cuti tipu MC, maka ramailah yang mengambil peluang untuk berkenduri..

Pada rakan sahabat yang membuat jemputan, aku ucapkan terima kasih..mana yang berkesempatan, aku akan hadir. Mana2 yang tak dapat tu, mmg aku tak boleh nak elakkan.

Pasal time2 macam ni pun aku ada plan untuk cuti dengan famili yang sepanjang tahun ni agak terabai lah dengan macam2 agenda rasmi dan tak rasmi aku..anyway, aku tetap doakan semuanya berjalan lancar dan korang kekal ke anak cucu..


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, December 23, 2011

Senarai Pemimpin PKR Keluar Parti

Senarai Pemimpin PKR keluar parti
Bekas Timbalan Presiden, Dr. Chandra Muzaffar
Bekas Ketua Angkatan Muda, Ezam Mohd. Noor
Ketua Penerangan, Ruslan Kassim
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Zainur Zakaria
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Datuk S. Nallakarupan
Pimpinan awal ketika PKR mula ditubuhkan seperti:
Bekas Naib Presiden, Marina Yusuff
Bekas Setiausaha Agung, Mohd. Annuar Tahir
Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari
Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan, Lokman Noor Adam
Bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan, Muhammad Zahid Md Arip
Bekas Timbalan Pengarah Pilihan Raya Keadilan, Hamdan Taha
Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim
Setiausaha Pergerakan Pemuda PKR Sabah, Faizal Julaili
Setiausaha PKR Bahagian Papar, Awang Mumin Awang Marali
Bekas Bendahari Agung, Abdul Rahman Osman
Bekas Naib Presiden PKR, Saidatul Badru Tun Said Keruak
Naib Presiden, Jeffrey Kitingan
Datuk Zaid Ibrahim
Ketua Angkatan Muda (AMK) Kuala Selangor , Nazaruddin Darmawan
Ketua Wanita Kuala Selangor, Fauziah Sulaiman
Bekas calon PKR Teluk Kemang / antara pengasas PKR, Abdul Manap Shahardin
Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Selangor, Datuk Dr Halili Rahmat
Ketua PKR Tanjung Malim / Ketua Penerangan PKR Perak, Soraya Sulaiman
Timbalan Ketua PKR Bagan Serai, Roshanita Mohd Basir
Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah AbdullahKerusi Parlimen
Ahli Parlimen Bayan Baru - Datuk Seri Zahrain Mohamed
Ahli Parlimen Nibong Tebal - Tan Tee Beng
Ahli Parlimen Bagan Serai - Mohsin Shamsuri
Ahli Parlimen Kulim Baru - Zulkifli Nordin
Ahli Parlimen Wangsa Maju - Wee Choo Keong
Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)
Adun Behrang - Jamaluddin Mohd Radzi
Adun Changkat Jering - Kapten (B) Mohd Osman Jailu
Adun Ngemah - Gabriel Adit Demong
Adun Lunas - Md Radzi Salleh
Adun Pelabuhan Klang - Badrul Hisham Abdullah
Adun Bukit Selambau - V. Arumugam
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang - Fairus Khairuddin

sumber :di sini.

ASHAMSURI : sebegitu ramai yang keluar dalam tempoh tersebut. Dan mereka ni pulak bukan kecik - kecik anak. Ada 2 kemungkinan :

  1. Pertama : PKR memang dah tak relevan dalam arena politik Malaysia. Hilangnya kepercayaan ahli kepada Ketua Umum mereka atau;
  2. Kedua : PKR sedang memperbanyakkan Trojan Horse mereka di dalam UMNO dan BN. Fikir - fikirkan lah...

Wednesday, December 21, 2011

Jangan Leka..Kita Kena Kembali Fokus..

Tiba tiba aku terfikir bagaimanakah agaknya kalau BN tumbang dalam PRU yang akan datang ini..masih relevan kah perkongsian kuasa melalui BN ini terhadap demand rakyat Malaysia hari ini?

Ini kerana beberapa isu ahkir2 ini memperlihatkan kita semakin galak membelasah sesama sendiri. Bermula dgn isu lembu fetlod Sharizat, isu Hasan Ali yang kita pun sibuk bincangkan, kemudian isu Adam Adli yg turut kita kaitkan dengan Pudin Pengajian Tinggi..

Isu isu ini telah menyebabkan kita leka dan lalai sedangkan fokus utama adalah servis kepada rakyat. Ia menenggelamkan pasal BR1M, baucer bantuan IPTA/S, skim SBPA dan byk lagi transformasi mendahulukan rakyat yg dilaksanakan Kerajaan BN ahkir2 ini..

Nampaknya, PR berjaya create isu dan spin perhatian UMNO kepada isu isu luar hingga kita berhantaman sesama sendiri, sesama melayu.

Ayuh, ketepikan soal berbalah sesama sendiri. Kembali fokus kepada perjuangan parti dan persediaan menghadapi PRU yang semakin hampir..Tunggu dan lihat keputusan UPSI terhadap pelajar tersebut dalam tempoh 2 minggu ini. Dalam pada itu,kembali kita memberi khidmat kepada nusa bangsa. Jangan lalai dengan belbagai isu yg cuba mengalih dan melekakan kita semua..

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, December 20, 2011

ADAM ADLI DAN KISAH CIKGU MAKTAB

"Cikgu, maafkan saya. Saya tidak ada duit, hanya mampu membelikan sebatang pensil untuk cikgu," kata murid perempuan.

Saat itu secara spontan airmata mula kelihatan bergenang di kelopak mata mereka berdua. Lantas cikgu maktab memeluk erat anak murid itu, beliau tahu tidak semua keluarga mampu menghadiahkan barangan mahal di hari terakhir tugasannya di SKSV. Murid lain berdiri di sekeliling juga sekaligus tidak berupaya menahan perasaan sebak dan sedih. 

Mereka menangis, satu kelas menangis.

Mereka menangis kerana akur betapa tipis kebarangkalian untuk kami bertemu kembali dengan cikgu maktab itu. Selepas menamatkan pengajian di MPSI, cikgu itu akan dihantar untuk berkhidmat di sekolah lain dan mendidik anak murid berbeza.

Pada masa sama, semua murid mengakui hakikat bahawa kehadiran cikgu maktab terbabit bertujuan untuk menyempurnakan misi utama setiap guru, mendidik anak bangsa.

Cikgu maktab itu dikenang dan jasa beliau amat dihargai berikutan ilmu dicurahkan, sikap mesra ditampilkan dan paling penting beliau itu GURU bukan politikus melaungkan perjuangan di jalanan.

Saya bersyukur kerana Adam Adli bukan seorang daripada cikgu maktab pernah mendidik saya. Selanjutnya baca di sini..

sumber: http://www.mazidulakmal.com

Monday, December 19, 2011

Bantahan UMNO Tg. Malim terhadap kebiadapan Adam Adli yang menurunkan bendera wajah Perdana Menteri..

Ekoran daripada tindakan biadap seorang pelajar bernama Adam Adli, penuntut semester 5 Tesl di UPSI, hari ini UMNO Bahagian Tg. Malim bersama sama dengan UMNO Hulu Selangor serta para NGO’s dan parti parti komponen dalam Parlimen Tg. Malim telah mengadakan satu bantahan dengan mengemukakan memorandum kepada Vice Chancellor UPSI iaitu Prof. Dr. Zakaria Kasa.


Diantara tuntutan memorandum tersebut ialah tindakan tegas yang perlu diambil oleh pihak universiti berhubung tindakan pelajar tersebut. Menurut Prof. Dr. Zakaria, pihak beliau telah pun menubuhkan satu jawatankuasa tatatertib untuk menilai dan memantau perkara tersebut. Beliau juga kesal dengan tindakan pelajar yang mana dilihat telah mencalar dan menjatuhkan imej UPSI sebagai sebuah institusi yang melahirkan ramai pendidik dan negarawan sebelum ini.

Menurut beliau juga, pihak universiti telah cuba menjejaki pelajar tersebut sejurus selepas insiden berkenaan, namun malang sehingga saat ini, pelajar didapati gagal dikesan sama ada di kampung kedua ibu bapanya serta tidak pulang ke kampus seperti sedia kala.

Pihak universiti berjanji akan memberi jawapan bertulis seperti yang dipohon oleh UMNO Bahagian Tg. Malim dalam tempoh 2 minggu berhubung perkara ini.


Amat mendukacitakan lah bila pelajar ini yang telah gagal memperlihatkan kematangan dan daya keintelektualan beliau hingga menjadi mangsa kepada proksi beberapa pihak lain. Sendiri buat, sendiri tanggung la…Lagi hebahan berita boleh dibaca di sini, di sini dan di sini.


Sunday, December 18, 2011

Pelik Tapi Benar - Bendera PM diturunkan di halaman sendiri..

Aku terbaca berita piket beramai ramai param mahasiswa yang menuntut kebebasan hak dan bersuara. Maka beramai ramai lah mereka berdemonstrasi dijalanan. Yang paling tak sedapnya tu, demonstrasi ni dilakukan selang beberapa hari kita berbicara tentang baucer RM200 bagi pembelian buku buku pelajaran mereka. Dasar tak tahu berterima kasih dan sedar diuntung.

Itu satu hal, satu hal lagi yang buat aku terkejut, bila klimaks piket tersebut dengan tindakan mereka menurunkan bendera wajah PM di hadapan Bangunan UMNO. Perghhh..bendera ni ibarat panji2 yang akan bermatian dipertahankan. Itu ibarat maruah terutama sekali muka PM. Mana dia juak juak UMNO yang dalam perhimpunan baru baru ni bersumpah bagai untuk mempertahankan UMNO? yang siap nak menyinsing lengan pun ada..

Tak ada seorang pun kah yang sanggup pertahankan? Bukan seorang dua yang berjawatan tinggi dalam UMNO yang telah diberi kepercayaan untuk memimpin, tapi bila gambar Presiden sendiri pun gagal untuk dipertahankan, apa benda ni beb? Takkan semua dok sibuk lobi jadi calon je? 

Aku masih mcm tak percaya yang tiada seorang pun sanggup pertahankan bendera gambar Presiden tersebut. takkan lah dalam ramai mereka yang berada berdekaran dengan kawasan berkenaan, takde seorang pun orang UMNO yang ada telor hubu..Sedih sungguhlah..PEMUDA UMNO!!! KORANG BUAT APA?!!¡¡!!..


Sent from Samsung tablet

Thursday, December 15, 2011

Friday, December 9, 2011

Portabiliti SBPA jalan keluar mencari 'winnable candidate'?

Skim Baru Perkhidmatan Awam yang digembar gemburkan selama ini dengan rasminya diguna pakai bermula Januari 2012 selaras dengankeluarnya Perkeliling Perkhidmatan Bil 11/2011.

Satu dari terma baru yang dikenalkan ialah kaedah portabiliti atau keluar masuk dari perkhidmatan awam dengan servis sebelumnya diambil kira bagi tujuan pembayaran ganjaran semasa pencen.

Ini dilihat satu jalan selamat kepada mana2 calon yang dipilih dari penjawat awam jika kalah bertanding, boleh mohon semula untuk masuk ke sektor kerajaan. Maka kuranglah isu kemana mereka selepas bertanding. Banyak yang akan risau mengenai periuk nasi mereka, kalau menang takpe lah. Yang mereka risau kalau kalah. Bagi yang sudah berada di gred 48 contohnya, pasti berfikir 2@3 kali untuk berhenti dan menjadi calon.

Jika apa yang aku andaikan ini benar, dan memperlihatkan betapa bergantungnya BN kepada calon dari sektor awam, dimana letaknya calon atau generasi pelapis dalam politik pada hari ini. Hinggakan mereka dilihat tidak layak sebagai calon boleh menang. Atau pun yang ada dalam jawatankuasa politik dibahagian2 ini langsung tidak berupaya sbg winnable candidate?

aku menjangkakan akan terdapat ramai calon dr sektor kerajaan dalam PRU 13 ini. Ini kerana calon politik dari orang politik dah tak boleh dilihat sebagai calon boleh menang. tidak berkelayakan dan banyak skandal hahahaha?look n see..the time is coming..

Sent from Samsung tablet

Tuesday, December 6, 2011

PRU Yang Semakin Hampir

Sekarang ni SPR sedang sibuk membuat taklimat kepada para petugas petugas pilihanraya. Di mana mana negeri sekalipun, ia merupakan agenda keutamaan sekarang ini. Ramai yang terlibat, dan ini mengesahkan lagi angin PRU yang semakin tiba.

Ditambahkan lagi dengan gendang perang yang ditiup dan dititipkan penuh semangat oleh YAB Perdana Menteri semasa perhimpunan agung UMNO baru baru ini, maka semua pihak perlu berada dalam keadaan siap siaga.

Sejauh mana kita mampu untuk menyakinkan rakyat bahawa kita layak dan perlu diberi peluang sebagai pemerintah bagi tempoh 5 tahun lagi masih menjadi tanda Tanya. Siapakah senarai winnable candidate yang kerap dicanang dan dibicarakan dewasa ini masih lagi menjadi satu persoalan walaupun dikhabar khabarkan senarai ahkir itu telah pun ada pada Ketua Perhubungan Negeri masing masing.

Mampukah unsur unsur sabo dinyahkan daripada diri dan pemikiran calon dan penyokong pada mereka mereka yang tidak terpilih, masih lagi isu yang menghantui kita semua dan pucuk pimpinan. Sejauh mana kita sanggup berkorban demi parti dan bangsa sebagaimana yang kita canang canangkan. Sejauh mana jugak orang melayu mampu member undi kepada calon bukan melayu dan sudikah orang bukan melayu memangkah undi melayu, itu juga satu tanda aras yang tidak dapat kita sukat buat masa ini. 

Atas prinsip kekeluargaan dan perkongsian kuasa, UMNO, MCA, MIC, Gerakan serta semua komponen Perikatan perlu membuktikan semangat Barisan Nasional pada kali ini untuk kelangsungan kuasa dan pemerintahan ataupun kita akan berputih mata sebagai generasi pembangkang untuk penggal yang akan datang. Tepuk dada Tanya selera. Kita perlu berubah dan membuktikan keiklasan kita baru rakyat akan bersama – sama percaya dan mendokong aspirasi kita.

Perkara paling asas dan utama ialah, bukan Barisan Nasional itu tidak kuat atau PR itu terlalu ampuh, tetapi adalah dalam meletakkan CALON. Calon betul, tepat dan bagus, insyaAllah kita akan menang. Ini bukan zaman asal gambar dacing, orang akan pangkah.

Saturday, December 3, 2011

Siti Nurhaliza Hilang Suara

Salute kat Dato Siti Nurhaliza malam ni..aku baru jer abih nonton Maharaja Lawak Mega yang mana dia jadi jurinya. Aku bukanlah peminat dia pun, tapi dari satu sudut aku sangat sangat menghormati bila dia yang hilang suara, bersusah payah jugak menyanyikan lagu happy birthday kat salah seorang peserta yang menyambut hari lahirnya.

nampak riak di kecewa dan frust bila tak dapat nyanyi, siap menghentakkan tangan ke meja lagi. tapi dia berusaha jugak, demi peminatnya. Respek kat lu lahDato'.

kan bagus jika sikap yang serupa dpt dioertontonkan sama oleh para pemimpin yang bersungguh sungguh untuk memenuhi aspirasi rakyat yang mereka wakili. Malangnya, kebanyakkan dari mereka lebih suka memenuhi aspirasi tembolok sendiri. Kalau semua pemimpin ada task seperti Dato Siti tadi, aku dapat rasakan tugas Datuk Seri Najib akan lebih mudah dalam menghadapi PRU 13 yang bila bila masa aje akan berlaku.

lau ada masa, nanti aku attachkan sama klip video tadi tu. tu pun kalau ada dan rajin ler hehehe..

                                           start minit 1.48

Sent from Samsung tablet

Thursday, December 1, 2011

December Blue..

Disember datang lagi. Maknanya ada lagi 31 hari dalam tahun 2011 sebelum beralih kepada 2012. Mula merenung pencapaian sepanjang 2011 ni. Banyak juga yang indah tapi lagi banyak yang tak best. Macam - macam dugaan dan cabaran yang datang dan pergi. Muka pun kalau dilihat pada cermin, dah tak setegang dulu. Mula lah nampak kendur dan kedut yang sikit sikit mengintai permukaan kulit. 

Masih banyak pencapaian dan perancangan yang dirangka sepanjang tahun yang masih belum dilaksana. Ini kerana banyak situasi yang tak terduga menceroboh masuk ke ruang pivasi diri, maka banyak la hal hal diluar kawalan yang berlaku.

Masa pulak semakin hari terasa semakin pendek. Macam tak terkejar dan tak terjangkau dah rasanya. Anyway, harap Allah akan sentiasa bersama aku serta merahmati semua usaha dan perjuangan aku. Tahun 2012 akan datang tak lama lagi, cabaran semakin besar terutama sekali dalam persediaan PRU 13 yang dijangkan akan dibuat dalam tahun berkenaan serta pemilihan parti di Bahagian - Bahagian. Fuhhh..harap semuanya seindah mimpilah. Ironinya, aku memang tak tahu nak tulis apa hari ni walaupun baru jer balik dari PWTC huhu..apa - apa pun, kita kena bersyukur. 

Baca di sini juga, untuk amik iktibar agar jangan aniaya orang hehehe..

Tuesday, November 29, 2011

Persidangan UMNO 2011

Hari ini bermulalah Persidangan UMNO peringkat kebangsaan di PWTC. Kepada semua sidang perwakilan diucapkan selamat bersidang. Gunakan medium parti sebaik mungkin dalam mengemukakan usul dan sebarang bentuk cadangan.

Jangan juga jadikan medium ini untuk menghentam sesuka hati kepada bangsa lain, kerana sensitiviti antara kaum juga perlu diambil kira atas Semangat 1Malaysia.

Namun itu bukan bermaksud kita jumud atau takut kpd bangsa lain,tapi kita hanya mau keharmonian dlm masyarakat yg majmuk. Apa pun,Melayu merupakan tuan di bumi bertuah ini. Dan sebagai parti dominan dalam BN, survival politik UMNO perlu utuh dan ampuh dalam menunjangi politik Malaysia.

Selamat Bersidang para perwakilan..

Iklas
Ketua Penerangan
PPUB Tg Malim
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, November 28, 2011

Jawatan TURUS dan JUSA akan diselaraskan. Fikir - Fikirkan lah..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1128&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Dari satu sudut pandang, aku bersetuju dengan dasar ini agar ia akan menambah baik struktur dan sistem tadbir sektor awam yang ada sekarang. moga sektor awam akan lebih berdaya saing dan menyaingi sektor swasta. 

Lagi pun selama ini kita dapat lihat juga ada antara mereka mereka ini yang mempunyai kuasa sebagai dicision maker ni yang melampau lampau peranannya. hingga menjadi tidak boleh disentuh dan melebihi kuasa Menteri pulak gayanya.

cuma apa yang aku khuatiri disini adalah bimbang sektor awam akan dijadikan sebagai mana swasta hingga mengabaikan agenda untuk rakyat didahulukan. orientasi kapitalis yg tersemat dlm sektor swasta dibimbangi akan mengalir ke dalam sektor awam secara sedikit demi sedikit. memamng awalnya mekanisme yang digunapakai pakai akan kelihatan serba serbinya baik2 berlaka. 

selebihnya, aku sangat2 berharap agar pengisian tersebut adalah berlandaskan merit dan kelayakan yang sepatutnya. jangan nanti ianya jadi tempat untuk diletakan para politkus yang tidak mempunyai potfolio2 tertentu. makin punah ranah lah jadinya nanti. seharusnya sektor awam lepas dan bebas dari sebarang agenda politik secara terus kepada mereka.

paling penting yang aku nak nyatakan, tak perlu lah ada pengkhususan jawatan mengikut kuota. cukup cukuplah dasar 1Malaysia ni pd perkara 2 lain. biarlah keutamaan dalam sektor awam terus kekal milik Bumiputera sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan. jangan semuanya hendak diserahkan. mungkin ramai yang mengutuk para penjawat awam sebagai lembik. slow dan macam2 lagi tapi peranan mereka dalam menjaga kepentingan melayu ni ramai yang tidak tahu. oleh itu,sebelum dasar ini diguna pakai, biarlah awal2 lagi aku bagi pandangan. sebab aku tak mahu luhat ada ramai 'badut' menjawat jawatan2 tersebut yang mana hanta akan menambah jahanam apa yang ada. 

Sent from Samsung tablet

Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah..Hijrah datang lagi..setiap hari berganti,minggu berlalu pergi,bulan bersilang ganti maka tahun yg baru pun muncul kembali. Semoga tahun ini akan membawa impak yg lebih baik. Berubah dari yg sebelumnya kearah yang lebih maju..kearah yang lebih dari segala2nya sebelum ini..

Tahun yang mendatang masih lagi menjadi misteri kepada semua ketentuan2NYA..namun kita perlu redha dan sentiasa melihat ke arah yg lebih positif. Semoga semuanya akan dalam lindungan dan rahmat Allah..jangan lupa Doa Tahun Baru ;)

Iklas dari
Ketua Penerangan
PPUB Tg Malim..
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, November 24, 2011

Kehilangan Seorang Rakyat Malaysia

aku share info ni dan harap dapat bantulah pada siapa2 yang berkenaan. Mana tau kut2 usaha kecil ini dapat memberi sedikit impak dan bantuan kepada individu dan keluarga berkenaan. Info sila klik di sini.

Wednesday, November 23, 2011

Bolasepak Kelayakan Olimpik London - MALAYSIA vs SYRIA

Pasukan Harimau Malaya tewas 0-2 kepada Syria sebentar tadi dalam kelayakan bolasepak untuk ke peringkat ahkir olimpik di London nanti. Sebagai orang yang bermain bola, aku faham sangat bagaimana letihnya dia orang tu selepas bertungkus lumus memenangi emas sukan SEA sebelum ini. Bermain dalam 2 perlawanan yang mempunyai frekuensi yang tinggi bukan semudah ABC. Walaupun tewas, kita perlu realistik bahawa tidak semuanya semudah yang disangka yang terpikul atas bahu mereka. Itu merupakan barisan terbaik yang kita ada. Kadang-kadang kita sering mintak yang bukan bukan tapi diluar keupayaan kita.

Dan memang begitulah sikap majoriti rakyat Malaysia.ini yang sering minta yang bukan bukan diluar kemampuan mereka. Mula mula minta bonus, dapat bonus minta tanah pulak, dapat tanah entah apa apa lagi yang mereka nak mintak. Sikap bersyukur itu oerlu adalah, dan ada waktu waktunya perlu berusaha. Sampai bila kita hendak jadi nasyarakat atau kaum yang sentiasa perlukan tongkat. Sampai masa, kayu pun abih nak dibuatkan tongkat. Kepimpinan dan Negara mempunyai keupayaan yang terhad dalam memenuhi semua jenis permintaan rakyat. Walau bagaimanapun mereka tetap berusaha untuk tunaikan segalanya. Sekurang-kurangnya, mereka tidak hanya menjanjikan bulan dan bintang aje :)

Sent from Samsung tablet

Testing

Percubaan 1,2,3..yessss hehehe
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, November 22, 2011

Tiada cadangan mendaftar pengundi secara automatik

Aku pernah bangkitkan isu ini disini. dan hari ini, ini lah pulak jawapan daripada Menteri yang berkaitan. Apa saja yang dilakukan dalam Malaysia ni, pasti lah mereka - mereka ni akan punyai alasan mereka sendiri.Sendiri mau ingat ma...Anyway, kurang kurang perkara ni ada respon. Maybe dalam jangka masa depan, perlu ada usaha untuk penambah baikan.

Tahniah Harimau Malaya..


Tahniah daripada seluruh rakyat Malaysia kepada pasukan bolasepak Malaysia yang berjaya mempertahankan pingat emas bolasepak Sukan Sea bagi edisi kali ini. Lebih manis lagi kemenangan ini dilakarkan di Stadium Gelora Bung Karno yang mendiamkan hampir 90ribu penonton mereka dan berjuta - juta lagi rakyat Indonesia yang daripada awal sudah biadap serta memprovokasi para pemain.

Game malam tadi memang mendebarkan dari saat awal hinggalah ke detik terahkir. Walaupun secara peribadi aku sangat sangat berbulu dengan Fakri Sarani tu, tapi aku tak kisahlah asalkan happy ending hehehe..yang penting Indon kalah..Mampus dia orang..Jenis tak reti diuntung..Dah la ramai rakyat mereka yang kita bagi peluang cari rezeki di sini atleast respek lah sikit bila time lagu Negaraku tu.Indonesia senyap hahahah..baik korang main congkak jer la..korang tak layak main bola..

Dan pertama kali jugak lah andainya ditakdirkan kalah semalam, aku akan berpuas hati pasal tempo permainan sangat sangat menarik dan laju. ternyata Malaysia boleh bermain bola..BRAVO MALAYSIA. MALAYSIA BOLEH. TERIMA KASIH..

                           Garuda Cenonet yang dibaham Harimau Malaya

Wednesday, November 2, 2011

Masih Ramai Belum Berdaftar Dengan SPR

Masih ramai lagi yang belum berdaftar dengan SPR sebagai pemilih / pengundi bagi PRU yang akan datang. Dianggarkan jumlahnya melebihi  3.9 juta orang bagi yang berumur 21 tahun ke atas. Ini merupakan satu jumlah yang besar. Dibahu mereka ini terletaknya kuasa undi dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Persoalannya, tiap tiap tahun SPR kena mengeluarkan belanja membuat iklan di media elektronik, mahupun media cetak untuk member kesedaran kepada rakyat Malaysia betapa penting dan perlunya mereka mendaftar agar membolehkan mereka untuk mengundi bila menjelang pilihanraya. Kalau ibarat usaha bertahun tahun itu untuk mengajar seekor lembu, rasa rasanya lembu itu dah boleh bercakap hahaha..Tapi bukan untuk mendidik rakyat negara ini mempunyai kesedaran pada kuasa undi.

Macam macam alasan lah yang diberikan seperti tidak minat berpolitik, tak mahu campur tangan, tidak menyokong mana – mana parti..ini semua alasan – alasan yang kerap kita kedengaran. Alasan alasan dangkal untuk mengelakkan diri dari tanggungjawab selaku warga Negara. Sedangkan mereka – mereka ini lah juga yang kuat komplen, mintak itu ini dan serba serbinya yang tidak kena.
Pada aku, ada beberapa mekanisme yang mungkin Kerajaan boleh pertimbangkan untuk diguna pakai dalam perkara ini. 

·         Pendaftaran Automatik melalui JPN
Melalui Jabatan Pendaftaran Negara, bila umur mereka cukup jer 21 tahun dan layak, maka selaraskan jer dengan pihak SPR dan mereka terus dijadikan sebagai pemilih berdaftar. So, ini akan memudahkan lagi rakyat Malaysia yang malas malas tu untuk didaftarkan sebagai pengundi.

·         Item daftar sebagai Pemilih Berdaftar bersifat wajip ( compulsory )
Bagi mereka mereka yang memohon pekerjaan, atau mak bapak yang mohon biasiswa atau pinjaman pelajaran, yang mohon tanah, mohon beli rumah, beli kereta, pinjaman peribadi atau sebarang bentuk permohonan lah ( coz rakyat Malaysia ni kan suka mohon itu ini ), salah satu criteria yang diambil kira dalam resume diri ialah item : no siri daftar pemilih. Ini akan menjadikan mereka rajin untuk mendaftarkan diri sebagai pemilih.

Aku rasa dengan 2 kaedah yang aku cadangkan itu, mungkin boleh dipertimbangkan dan secara langsung ia akan memudahkan usaha SPR serta dapat membuat langkah langkah penjimatan. Bila ia bersifat wajip, semua orang akan ambil langkah yang sama. Seperti contoh kad pengenalan, mana ada JPN buat iklan besar besaran untuk rakyat Malaysia membuat kad pengenalan. Begitu juga lessen dengan JPJ. Tak tahulah kalau SPR memang dah terfikir perkara ini tetapi tak mahu gunakan pasal takut peruntukkan dapat sikit coz dah tak perlu ada perbelanjaan untuk pengiklanan hehehe..

Dalam arus negara berpendapatan tinggi serta serba serbinya elektronik, usaha sebegini kecil mudah untuk dilakukan. Sama ada nak buat atau tidak, atau memang ada sebab sebab lain, tepuk dada tanya selera. Atau Ketua Audit Negara tak terfikir ke kaedah ni untuk advise kat SPR hahahaha…korang kan tukang audit dan lepas audit, berilah cara terbaik untuk penyelesaiannya.

Monday, October 31, 2011

Laporan Ketua Audit Negara


KUALA LUMPUR 30 Okt. - Laporan Ketua Audit Negara 2010 sepatutnya lebih bersifat komprehensif dengan menjelaskan secara terperinci bagaimana sesuatu perkara itu diklasifikasikan sebagai perbelanjaan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, ia penting bagi mengelakkan tanggapan negatif rakyat bahawa berlaku penyelewengan dan salah laku oleh pegawai atau kakitangan kementerian serta agensi dalam perbelanjaan yang dilaporkan.
"Sebagai contoh, Kementerian Pelajaran dikatakan berbelanja melebihi peruntukan sebenar bagi perbelanjaan pengurusan 2010. selanjutnya di sini.


DNA: Hari ni aku nak ulas pasal Laporan Ketua Audit Negara. Aku bukan nak ulas kenapa, bagaimana atau kerana apa ia begitu. Yang aku nak ulas ialah SIAPA yang menyediakan laporan tersebut. Ia mungkin berbunyi agak sinikal, tapi ini hakikat yang perlu ditelan atau diperhatikan oleh sesetengah pihak terutama JPA ataupun JAN sendiri.

Pertama, kebanyakkan Pegawai JAN bukan dalam bidang yang khusus bagi tujuan pengauditan. Percaya atau tidak, kebanyakkan anak buah atau lebih tepat lagi golongan pekerja kelas sokongan JAN mempunyai kelulusan atau pengkhususan yang jauh lebih baik daripada Pegawai atasan mereka. Kebanyakkan mereka – mereka ini mempunyai kelulusan dalam ACCA mahupun Sarjana Muda Perakauan. Tapi sayang, mereka hanya berada pada peringkat pelaksana, dan bukan pembuat keputusan. Ini menyebabkan kadar gunatenaga dan kepakaran tidak digunakan secara optimum.

Kedua, kebanyakkan Pegawai atasan atau dalam JAN disebut sebagai KSA merupakan Pegawai yang dilantik dari lulusan luar bidang perakauan. Ada yang dari Sains Sosial, Pengurusan malah Ekonomi yang mana ianya tak relevan langsung dengan skop sesebuah pengauditan. Orang yang belajar dalam Sains Sosial disuruh membuat pengauditan dalam spek jalan raya. Apalah sangat yang mereka tahu? Buta buta kena kencing dengan Jurutera malah Juruteknik yang grednya jauh lebih rendah pun boleh sama sama kencingkan KSA ni. Ambil lah mereka mereka yang memang berkelayakkan agar imej dan kualiti JAN tu selari dengan fungsi dan matlamatnya. Jangan sampai boleh diperlekehkan oleh orang luar terutama firma - firma yang mengunakan tenaga kerja pakar ataupun profesional dalam bidang perakauanan bagi agensi agensi tertentu.

Lebih mendukacitakan lagi, JAN selalu membuka ruang kenaikan pangkat bagi kakitangan sokongannya yang lama berkhidmat dan kemudian membuat degree sambil belajar. Ini satu dasar yang baik pada penilaian aku, namun ianya menjadi tidak baik apabila kenaikan itu diberi mengikut tempoh lamanya seseorang itu berkhidmat dan lulusan dalam bidang/jurusan yang bukan bukan. Salahkah jika ruang tersebut turut diberi kepada mereka mereka yang lebih relevan dan berkelayakan? Apa gunanya jika ada lulusan yang bersesuaian, tetapi ruang dan peluang tersebut tidak diberikan kepada mereka yang berhak? Kenapa perlu diserahkan hak – hak ini kepada segolongan mereka yang boleh dianggap sampah dalam JAN tersebut? Hasilnya memang akan mendukacitakan..Memang panel pemilihan temuduga akan lebih memihak kepada mereka – mereka yang lebih senior atau istilahnya orang lama kerana panel dan orang yang ditemuduga telah kenal jauh lebih lama berbanding budak – budak fresh graduate atau intake – intake baru ni.

Paling haru, bila ada antara panel penemuduga tidak tahu apa fungsi ACCA. Tak ke kelakar tu? Seorang juruaudit tidak mengetahui skop ruang ACCA? Nampak macam saya merepek repek, tetapi itu hakikat yang berlaku di dalam JAN. Hasilnya keluarlah komentar komentar sinis daripada kementerian – kementerian yang terbabit seperti yang diperkatakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran tersebut. Salah sebuah agensi yang teruk kena audit oleh JAN ialah LHDN. Aku tak heran lah pasal salah seorang Pegawai Kanan LHDN Ibu Pejabat tu tak tahu yang lulusan ACCA memang takder pointer ( CGPA ). Boleh dikatakannya yang ACCA orang lain ada CGPA. Hahahaha..kan ker banggang tu. Tunjukkan aku saper2 berbudak yang amik ACCA yang ada CGPA? Jadi setaraf lah lulusan ACCA ni dengan mana2 lulusan JTM atau ADTEC yang suatu ketika dulu Diploma mereka2 ni pun tiada CGPA. Ini lah antara contoh sampah sampah yang ada dalam pentadbiran agensi – agensi kerajaan hari ini. (ni kira selingan lah, coz aku nak citer pasal JAN bukan LHDN sgt pun )..

Kepada Tan Sri Ambrin Buang, saya seru pada Tan Sri, bukak lah ruang sebaik baiknya kepada staf2 Tan Sri yang berkelayakkan dan punya lulusan yang standing agar hasil output Jabatan Tan Sri akan lebih dihormati dan diakui kebenarannya. Cukup2 lah menggunakan khidmat sampah sarap ni. Saya pohon Tan Sri nilai dan lihat semula perkara ini. Walaupun kumpulan pelaksana JAN mempunyai qualification yang bagus, tetapi pemutus atau kata ahkirnya terletak pada orang – orang yang kurang bagus, maka fikir sendirilah hasilnya nanti. 

Kita menjaga amanah rakyat, even every single cent yang dibelanjakan, dan dibentangkan biarlah daripada orang – orang yang berkualiti. Duit merupakan perkara sensitif, dan sekiranya ia dibuat secara membabi buta dan terlepas pandang, siaplah kau nanti hahaha..Saya percaya,bukan mudah untuk handle laporan bagi sebuah negara dengan bermacam – macam benda nak dilihat, dan ia akan jadi jauh lebih sukar kalau ianya ditadbir urus oleh mereka – mereka yang kurang berkelayakan. Ambil teguran saya dengan lapang dada dan berfikiran positif. Saya tiada kepentingan malah saya bukan lulusan ACCA atau perakaunan pun, cuma sebagai salah seorang daripada penjawat awam, saya juga terasa apa bila ada orang pertikaikan kualiti dan hasil output agensi kerajaan.

Friday, October 7, 2011

Bajet 2012

Petang ini jam 4.00 petang, akan ramai lah yang terpacak depan tv, yang dalam kereta akan bukak radio dan bermacam macam lagi sumber akses yang ada asalkan pembentangan bajet dapat didengar sejelas - jelasnya. Kakitangan Awam dengan doa beribu ribu kali agar akan adanya kenaikan gaji dan dapat bonus lagi. Sementara kakitangan swasta pula dengan doa doa agar pengenalan gaji minimum yang diwar warkan akan jadi kenyataan.Lebih lebih lagi bila akhir akhir ini selalu aje DS Najib tekankan kepada transformasi untuk menanggani beban pendapatan kepada mereka mereka yang berpendapatan dibawah RM3,000 sebulan.

Harap ianya akan menjadi kenyataan.Rakyat tidak pedulu berapa banyak perbekanjaan yang akan diperuntukkan untuk pembangunan fizikal, mereka jika tidak peduli berapa tax yang akan dikenakan pada alkohol ataupun barangan berjenama, malah sekiranya hargo rokok naik sekali ganda lagi pun, mungkin majoriti rakyat Malaysia pun tidak akan merungut. Yang mereka mahu tahu, bagaimana mahu berbelanja setiap hari. Harga ikan, ayam, beras, petrol, diesel, susu anak, lampin pakai buang dan banyak lagi keperluan harian yang perlu ditanggani oleh Kerajaan atas dasar rakyat didahulukan.

Aku percaya malah optimis sekali, sekiranya barisan Kerajaan yang diketuai oleh DS Najib sekarang ini mampu untuk menanggani isu - isu ini, ia akan meredakan kemarahan rakyat, pihak pembangkang akan kematian idea dan paling penting jangka hayat BN dapat dipanjangkan dalam situasi PRU yang semakin hari semakin dekat bahangnya. Kalau dulu ia rasa suam suam kuku je bahangnya, kali ni dah makin perit terasa di kulit. Tandanya dah dekat sangatttt dah PRU tu.

Bajet yang baik kepada rakyat, akan mengurangkan isu kepada pembangkang. Bajet yang baik kepada rakyat, akan mengurangkan jumlah peluru kepada pembangkang. Bajet yang baik kepada rakyat, akan dibalas dengan memilih BN sekali lagi sebagai parti pemerintah kerana sudah jadi lumrah manusia, kebiasaanya buat baik akan dibalas baik. hehehe..meh la sama sama kita tunggu Bajet 2012 petang ini..





Thursday, September 1, 2011

AYUH MELAYU!!! CONTOHI CINA-CINA PETALING STREET!!!

Cerita panjang pun tak gunalah. Contoh yang ditunjukkan oleh Cina-Cina Jalan Sultan yang menentang cadangan kerajaan untuk merobohkan bangunan yang dikhabarkan sebagai Warisan Negara, seharusnya membuka mata orang Melayu yang selama ini TERLALU BANYAK BERKORBAN menyerahkan tanah-tanah milik mereka untuk dimajukan oleh kerajaan dan akhirnya mereka kehilangan hak ke atas tanah-tanah mereka sendiri sepertimana yang berlaku di Kampung Abdullah Hukum, Kampung Bukit Lanjan, mahupun Kampung Damansara yang sekarang ini sudah menjadi Damansara Utama serta Taman Tun Dr. Ismail! Selanjutnya di sini.


DNA: posting ni aku direct copy dari tuan punye blog. Highest credit untuk dia. Walaupun komentarnya pendek namun ia padat dengan resepi dan segala macam yang orang melayu kena fikir dan perhatikan. Jangan jadikan alasan kemajuan serta mendahulukan negara demi pembangunan hingga ahkirnya kita hilang segala - gala milik kita.

Sempena dengan semangat bulan kemerdekaan ini, kita ambil pendekatan yang lebih utuh dalam pertahankan hak milik kita orang melayu. Jangan mudah terpedaya dengan agenda - agenda yang mempesonakan yang mana ahkirnya nanti kita jadi bahan sumpahan keturunan yang akan datang. Kegagalan mempertahankan apa yang telah kita merdekakan selama ini hanya akan menyebabkan orang lain merayakannya lebih dari segala galanya.

MERDEKARAYA!

Wednesday, August 31, 2011

Merdeka! Merdeka! Merdeka!.

sumber: pakcik google
Salam Kemerdekaan. Salam Ulang Tahun Negara Malaysia yang tercinta bagi tahun ke 54. Menjelang kedewasaan negara yang semakin matang, begitu banyak kemajuan dan pencapaian yang telah dikecapi Cuma dalam tempoh yang sangat singkat. Jika diberi nisbah antara tempoh kemerdekaan dan tempoh sepanjang negara dijajah bermula dari tahun 1511, ia bagaikan langit dan bumi. 

Namun kita bersyukur kerana Allah SWT sentiasa melimpahkan rahmatNya dengan mengurniakan tanahair ini dengan ramai pemimpin pemimpin yang bijak dan komited hingga membolehkan negara tercinta ini mengecapi kepantasan kemajuan teknologi dalam segala aspek dan bidang.

Bukan mudah mentadbir sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama. Sejarah serta fenomena dunia sentiasa membuktikan berlakunya rusuhan dan perang saudara serta yang tak bersaudara ekoran kepincangan dan kegagalan menanggani isu – isu yang berkaitan ketidak puasan hati penduduk majmuk. Malaysia terbukti ke depan dalam isu sebegini dan alhamdulillah hingga ke hari ini kita masih mampu hidup dengan aman sentosa dalam sebuah negara yang berdaulat dan merdeka.

Bersempena dengan Hari Kemerdekaan, dengan semangat sebuah negara yang berdaulat serta impak sambutan Hari Raya yang baru masuk hari kedua, marilah bersama – sama kita merayakan dua perayaan ini dengan semangat ukhuwah dan kekitaan yang tinggi. Kita tepis dan buang cuba cubaan subversif serta tindakan – tindakan yang cuba memesongkan sejarah negara. Kita jangan jadi pembelot kepada sebuah negara yang sekian lama telah menjadi tempat kita bernaung selama ini hingga kita mengecapi segala nikmat sebagai rakyat yang merdeka. Jangan seperti anjing yang dilepaskan dari tersepit yang mana kemudian menggigit kaki tuannya semula. Jika senario itu berlaku, paham – pahamlah yang diri itu cuma setaraf dengan seekor anjing je. Anjing tu haram beb hehehe..

Bersamalah kita jaga negara kita ini. Salam sayang bumi berdaulat. Merdeka! Merdeka! Merdeka!.

Saturday, August 27, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum Warahhmatullahi Wabarakatuh
Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar Walillah hil Hamd...

Semua Rakan dan Sahabat handai..
Saya ingin merakamkan ucapan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 1432H / 2011. Semoga ketibaan Aidilfitri ini akan lebih bermakna kepada kita semua.

Dalam kemeriahan menyambut musim perayaan ini, kita juga panjangkan kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana kita semua dilahirkan di dalam sebuah negara yang aman damai hasil dari tradisi kebijaksanaan pimpinan sedia ada dan pimpinan yang akan datang, InsyaAllah.

Dalam usaha negara menjayakan transformasi dalam acuan 1Malaysia, saya juga mengambil kesempatan berpesan sesama kita agar mempertahankan segala apa milik kita dan tetap kekal bersama pimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menjayakan misi dan visi Negara.

Kadang – kadang dalam ruang dan kesempitan berfikir, dalam kejumudan kita membuat keputusan, sering kita mengambil tindakan – tindakan yang boleh mendatangkan kerugian sama ada kepada diri sendiri, keluarga, bangsa, agama mahu pun negara. Justeru itu, semoga Nur dan Hidayah Allah akan melimpahi kita semua serta sentiasa di dalam lindungan-Nya.

Bagi yang akan menjalani perjalanan jauh, diharap berhati – hati ketika memandu. Semoga tuan / puan selamat pergi dan selamat kembali. Dengan kerendahan diri dan serba kekurangan, saya menyusun sepuluh jari, merakamkan ribuan ampun dan maaf atas segala kekhilafan diri selama ini. Tidak ada bumi yang tidak ditimpa hujan, tidak ada manusia yang tidak lari dari kesilapan. Semoga ketibaan Aidilfitri ini dapat menghapuskan segala dosa – dosa kita selama ini, InsyaAllah.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir dan Batin dari saya dan keluarga.

Iklas Dari

-DNA-
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO
Bahagian Tg. Malim.

Friday, August 19, 2011

Hari Raya, Kerajaan dan Diskaun Tol

Kerajaan mengumumkan diskaun tol bagi pengguna lebuhraya pada 30 dan 31 Ogos ini sempena sambutan musim perayaan Aidil Fitri. Ia diumumkan oleh Menteri Kerja Raya, Dato’ Shaziman Mansor. Ia merupakan satu langkah baik yang dilihat mampu mempopularkan kerajaan sedia ada di mata masyarakat Malaysia. Ia merupakan pendekatan kedua selepas terlebih dahulu Datuk Sei Najip mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji kepada para penjawat awam menjelang tibanya hari raya. Dapatlah rakyat meringankan sedikit beban kewangan untuk perbelanjaan dan persediaan tibanya perayaan tersebut. Sesuailah dengan moto 1Malaysia bahawa Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

Persoalannya, tidak kerajaan terfikir bahawa pada tarikh tersebut majoriti rakyat terutama yang beragama Islam sudah pun pulang ke kampung halaman masing masing. Dalam erti kata lain mereka tidak dapat menikmati kemudahan yang dijalankan oleh kerajaan. Tidak adakah seorang pun pemikir yang celik idea atau pun terperasan perkara ini. Mustahil tidak ada bukan? Pasti ada dan saya juga pasti ianya telah disebut dan pohon diperhalusi. Namun kerajaan tetap dengan sifat kedunguannya yang tidak sensitif pada hal hal sedemikian. Ini kerana dengan jumlah penggunaan yang kurang pada tarikh tersebut, bermakna kuranglah juga nilai keseluruhan pemberian diskaun tersebut.

Kalau nak bagi, bagilah dengan niat yang iklas. Janganlah setakat buat untuk bagi sedap cerita atau menggula gulakan rakyat. Bila pemberian ini jadi seperti melepaskan batuk di tangga, maka akan ada banyak bunyi atau suara suara yang tidak best kedengaran dikalangan rakyat terutama bagi golongan pertengahan dan bawahan. Ini akan memberi impak atau kesan yang tidak baik. Jika pada mulanya, keputusan itu akan dilihat mampu mempopularkan kerajaan, ianya akan menjadi backfire kepada kerajaan semula apabila ramai yang jadi makin berbulu dan meluat atas sikap tidak serius pentadbiran negara.

Apalah salahnya jika ia diberi pada tarikh sehari sebelum dan sehari selepas tarikh tersebut. Saya percaya ia sedikit sebanyak akan mengurangkan implikasi mengata belakang para rakyat. Dan kerajaan juga akan dilihat lebih jujur dalam usaha mengurangkan beban rakyat dimusim perayaan. Saya bukan prejudis berkata hanya untuk Hari Raya, tetapi sekiranya ia mahu dilaksanakan di mana mana musim perayaan pun, gunakanlah pendekatan yang serupa agar nampak lebih bijak. Semua orang tahu, lebuhraya akan lebih lengang pada hari hari perayaan. Maka siapalah yang akan menikmati kesan diskaun tersebut? Hantu? So, please kurangkan rasa berbulu rakyat kepada Kerajaan Pemerintah, coz bila bila masa sahaja Pembangkang akan spin perkara ini untuk kepentingan dan mempopularkan mereka.

Walaupun aku penyokong tegar kerajaan, bukan bermakna aku akan menyokong membabi buta..Berkata benarlah walaupun ianya pahit untuk diterima.

Monday, July 18, 2011

500 PELAJAR MELAYU DI IPTA BAKAL DITERAJANG KELUAR KERANA BERSIH 2.0!!!!

Sekurang-kurangnya 500 orang pelajar berbangsa Melayu yang sedang melanjutkan pelajaran di IPTA seluruh negara bakal berhadapan dengan tindakan. Mereka akan DITERAJANG keluar dari IPTA tempat mereka belajar kerana terbabit dalam demonstrasi BERSIH 2.0.

Sewajarnya tindakan sebegitu dilakukan semenjak dari awal lagi. Jangan mereka fikir, mereka adalah pelajar universiti, mereka lebih pandai daripada orang lain dan semua pihak perlu memberikan kebebasan kepada mereka untuk mereka membuat semua perkara terutama yang dihasutkan oleh unsur-unsur subversif.

Hasutan unsur-unsur subversif di kalangan pelajar-pelajar universiti bukan baru. Sudah terlalu lama. Walaupun terdapat larangan yang sangat jelas, namun perkumpulan-perkumpulan kecil, terutama yang diketuai oleh pelajar-pelajar yang memang gila berpolitik, sentiasa wujud di universiti-universiti awam di seluruh negara. Selanjutnya di sini.

DNA : Aku setuju sangat - sangat dengan tindakan ini jika ia dilaksanakan. Ini kerana pelajar - pelajar tersebut bukan jenis yang tak ada otak, mereka mereka ni dari golongan yang bijak pandai, golongan terpilih yang berjaya menjejakkan kaki ke menara gading membawa 1000 harapan dan cita - cita mereka dan keluarga. Aku tak nafikan ada golongan mahasiswa yang dibuang Universiti atas faktor - faktor lain seperti gagal menamatkan pembelajaran atau keputusan peperiksaan yang tidak memenuhi piawaian. Tetapi tindakan sengaja mencari penyakit seperti ini, memang tidak perlu ada pengampunan. 

           Mereka sedari awal lagi telah diberi amaran oleh Menteri Pengajian Tinggi, Naib Canselor, Dekan bahkan mungkin ada juga ibu bapa yang pro aktif yang awal - awal lagi telah berikan amaran lisan kepada anak - anak mereka yang berada di pengajian tinggi. Tapi biasalah, budak - budak pandai ni mula memandai mandai atas alasan ini pemikiran generasi muda. Mahu merubah Kerajaan kononnya, mahu merubah ketidak adilan alasannya, apa pun alasan, mereka patut tahu tanggung jawap sebenar mereka di IPTA. Selesaikan dulu amanah yang telah dipertanggung jawapkan kepada diri sendiri baru kita boleh berlagak hero. Persoalannya, majoritinya merupakan anak - anak melayu. Begitu besar harapan dan impian yang disandarkan dibahu mereka, tindakan sebegini bodoh yang mereka pilih. 

           Yang lebih mendukacitakan, kebanyakkan pelajar melayu ini pula hadir dari golongan keluarga berpendapatan sederhana dan ke bawah. Mereka bukan sahaja mengelapkan masa depan tetapi gagal untuk melunaskan impian yang diharapkan kepada mereka, tetapi pada masa yang sama mereka berlagak seolah - olah seluruh harapan dan masa depan bangsa, agama dan negara ini terletak diatas keperihatinan mereka. 

            Masing - masing ada tanggungjawap. Ahli politik dengan tanggungjawapnya, pelajar dengan dunia pelajarannya, begitu juga dengan yang lain - lain. Tak perlulah kita merosakkan masa depan sendiri hanya kerana terlalu taksub dan fanatik kepada unsur - unsur subversif ini. Sekarang ni, bersih sangat lah korang lepas kena buang...


Tuesday, June 14, 2011

FENOMENA AZAN

Ada kejadian yang kita dapat ketahui, dan ada kejadian hanya Allah yg ketahui kerana Allah SWT itu Maha Mengetahui..sama sama kita berkongsi serba sedikit ilmu di dunia ini.. Mana yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu hadir atas kelemahan dan kekhilafan diri saya..

Monday, June 6, 2011

Pesanan Buat Pengantin Baru dan Lama.


RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya. "

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.

Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.

Sesungguhnya keredhaan Allah terletak pada keredhaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf, walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu..

Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.

Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.

Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.

Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.

Tiada yang indah...!!!

Tiada yang indah bagi ibu bapa selain mendapat anak yang soleh dan solehah dan yang mendoakan kebahagiaannya, Jadilah anak yang soleh dan solehah.

Tiada yang indah bagi guru selain melihat kejayaan anak muridnya dan ilmu yang diajar dimanfaatkan oleh anak muridnya, Usahalah sehingga berjaya.

Tiada yang indah bagi pejuang selain meraih kemenangan dan gugur syahid, Jadilah syuhada' fisabilillah

Tiada yang indah bagi kekasih selain kasihnya tidak dikhianati dan kesetiaan dari pasangannya, Hindari diri dari mengkhianati

Tiada yang indah bagi suami / isteri selain mendapat suami / isteri yang soleh dan solehah serta hidup bahagia, Wujudkanlah keluarga bahagia

Tiada yang indah bagi kawan selain mempunyai kawan yang bersama saat susah dan senang dalam merempuh ranjau perjuangan, Jadilah kawan yang baik

Tiada yang indah bagi pelajar selain memperolehi kejayaan dan mendapat ilmu yang berkat, Carilah ilmu yang berkat

Tiada apa yang indah, Ingatlah...;

Andai tercapai apa yang diingini bersyukurlah pada Illahi kerana semua nikmat daripadaNya. Kita tiada kuasa untuk mengadakannya cuma kita perlu berusaha hingga berjaya.

Dan andai tidak berjaya janganlah berputus asa. Usaha semula selagi daya dan jangan menyalahkanNya. Cuma kita lihat diri kita mungkin ada yang tak kena. Yang pasti tuntutan Yang Esa itu yang utama.

Sumber: ISA

Saturday, May 21, 2011

AKU TIDAK SOLAT...TETAPI AKU TETAP BERJAYA...itu adalah istidraj...apa itu ISTIDRAJ???


Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

 Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? 

Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

 “ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

 Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.
Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

 Nah… Apakah itu yang kita mahu?
 Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

 Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

 ALLAH menjawab,
 Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”
 Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

 “ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.
Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

 Saya yakin tidak..

 Anda tenang sekarang?

 Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

 Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

 Sumber: oleh Nur Arina Amin pada pada 08hb Mei 2011 pukul 9.47 ptg



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...