Masih ramai lagi yang belum berdaftar dengan SPR sebagai pemilih / pengundi bagi PRU yang akan datang. Dianggarkan jumlahnya melebihi 3.9 juta orang bagi yang berumur 21 tahun ke atas. Ini merupakan satu jumlah yang besar. Dibahu mereka ini terletaknya kuasa undi dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Persoalannya, tiap tiap tahun SPR kena mengeluarkan belanja membuat iklan di media elektronik, mahupun media cetak untuk member kesedaran kepada rakyat Malaysia betapa penting dan perlunya mereka mendaftar agar membolehkan mereka untuk mengundi bila menjelang pilihanraya. Kalau ibarat usaha bertahun tahun itu untuk mengajar seekor lembu, rasa rasanya lembu itu dah boleh bercakap hahaha..Tapi bukan untuk mendidik rakyat negara ini mempunyai kesedaran pada kuasa undi.
Macam macam alasan lah yang diberikan seperti tidak minat berpolitik, tak mahu campur tangan, tidak menyokong mana – mana parti..ini semua alasan – alasan yang kerap kita kedengaran. Alasan alasan dangkal untuk mengelakkan diri dari tanggungjawab selaku warga Negara. Sedangkan mereka – mereka ini lah juga yang kuat komplen, mintak itu ini dan serba serbinya yang tidak kena.
Pada aku, ada beberapa mekanisme yang mungkin Kerajaan boleh pertimbangkan untuk diguna pakai dalam perkara ini.
· Pendaftaran Automatik melalui JPN
Melalui Jabatan Pendaftaran Negara, bila umur mereka cukup jer 21 tahun dan layak, maka selaraskan jer dengan pihak SPR dan mereka terus dijadikan sebagai pemilih berdaftar. So, ini akan memudahkan lagi rakyat Malaysia yang malas malas tu untuk didaftarkan sebagai pengundi.
· Item daftar sebagai Pemilih Berdaftar bersifat wajip ( compulsory )
Bagi mereka mereka yang memohon pekerjaan, atau mak bapak yang mohon biasiswa atau pinjaman pelajaran, yang mohon tanah, mohon beli rumah, beli kereta, pinjaman peribadi atau sebarang bentuk permohonan lah ( coz rakyat Malaysia ni kan suka mohon itu ini ), salah satu criteria yang diambil kira dalam resume diri ialah item : no siri daftar pemilih. Ini akan menjadikan mereka rajin untuk mendaftarkan diri sebagai pemilih.
Aku rasa dengan 2 kaedah yang aku cadangkan itu, mungkin boleh dipertimbangkan dan secara langsung ia akan memudahkan usaha SPR serta dapat membuat langkah langkah penjimatan. Bila ia bersifat wajip, semua orang akan ambil langkah yang sama. Seperti contoh kad pengenalan, mana ada JPN buat iklan besar besaran untuk rakyat Malaysia membuat kad pengenalan. Begitu juga lessen dengan JPJ. Tak tahulah kalau SPR memang dah terfikir perkara ini tetapi tak mahu gunakan pasal takut peruntukkan dapat sikit coz dah tak perlu ada perbelanjaan untuk pengiklanan hehehe..
Dalam arus negara berpendapatan tinggi serta serba serbinya elektronik, usaha sebegini kecil mudah untuk dilakukan. Sama ada nak buat atau tidak, atau memang ada sebab sebab lain, tepuk dada tanya selera. Atau Ketua Audit Negara tak terfikir ke kaedah ni untuk advise kat SPR hahahaha…korang kan tukang audit dan lepas audit, berilah cara terbaik untuk penyelesaiannya.
No comments:
Post a Comment