Antara Intipati Kuliah yang disampaikan oleh beliau selepas solat Maghrib di sebuah masjid:
1.Kembali kepada cara hidup islam. Sistem Islam, kembali kepada Allah.
Insaflah yang kita sedang diuji Allah.
2.Air di empangan makin kurang. 3/4 Malaysia berjerebu dan terbaru MH370. Berpuluh-puluh kapal dan aircrafts cari pun tak jumpa. Allah nak ajar manusia bahawa ilmu kita ni sangat sedikit berbanding ilmu Allah.
3.Kalau diambil seluruh lautan dan seluruh pokok dan tumbuhan hingga habis untuk dijadikan tinta, masih tak mampu nak menulis kalimah Allah. Apatah lagi ilmuNya.
4.Beliau(Dr Harun Din) bacakan ayat quran ..jangan makan dan minum yang haram…maka kalau kita langgar ..mengundang kemurkaan Allah lalu Allah akan turun bala.
5.Apa yang berlaku pada MH370 jadikan Malaysia tumpuan seluruh dunia. Allah malukan kita dengan peristiwa tikar terbang sehingga Arab Saudi kata kita biarkan syirik berleluasa. Memang itu yang berlaku sebenarnya… Allah hina negara kita dengan peristiwa macam ni.
6.Majoriti manusia tak melihat peristiwa yang berlaku dengan mata hati bukan mata kasar. Mata hati kita buta kerana banyak maksiat dan syirik. Allah ingatkan kita..kembali padaNya..pohon maaf..insaf.
7.Bila dah 3 ke 4 hari tak jumpa baru nak ingat Allah.. Baru nak solat hajat. Bagi yang terang mata hati..terus baca innalillahi wainna ilaihirojiuun sewaktu awal-awal peristiwa berlaku.
8.Beliau(Dr Harun din) mengeluarkan pendapat ikut pengalaman, beliau melihat Saudi Airline dan Brunei amat menekankan kepada juruterbang mereka bacaan doa(bagi yang muslim) sebelum melakukan penerbangan.
9.Kenapa kita tak berserah pada Allah dalam setiap permulaan perjalanan? Di malaysia ni..banyak sangat orang Islam percaya perkara khurafat..bomoh dah jadi kelaziman hinggakan orang buat tikar terbang di KLIA pun tiada orang Islam yang menghalang… Hingga 1 dunia tengok kebodohan dan kesyirikan yang berlaku di negara kita… Lihat dengan mata hati…itu penghinaan Allah pada kita.
Diolah semula oleh penulis asal. ( credit to Impian Terlaksana )
Bacalah dengan hati terbuka. Hanya Allah mengetahui disebalik kejadian. Sebagai Islam, wajip kita percaya kepada Qada dan Qadar. Jangan hebat sangat sebagai 'keybord warrior' sesetengah tu sampai lupa kepada kekuasaan Allah.
Sent From Samsung Mobile
4 comments:
Setuju sangat bahwa Allah sudah turunkan bala keatas Malaysia.
Sebabnya :
Baca doa sebellum mulakan penerbangan? Bukan kah pilot itu ahli PKR dan ada ikatan saudara dengan Anwar!!!
Siapa yang panggil bomoh tikar terbang. Pakatan yang biasa lakukan perkara tak senonoh kemudian tuduh kerajaan. Tak kan Harun Din tak tahu. Anwar juga dikatakan pakai bomoh kerana itu takut sumpah Quran. Kalau sentuh Quran takut kepanasan mungkin juga terbakar.
March 29, 2014 at 9:42 PM...sy setuju dengan anda..jangan salahkan apabila ia dikata dibuat oleh BN tapi berlaku adil sekiranya kesilapan juga dilakukan oleh pembangkang...contoh..mendukung pemimpin yang terbukti bergambar tidak bermoral walau beragama islam...sedgkan pemimpin beragama lain bila disabit atau didakwa punya skandal terus meletak jawatan...sila komen dgn tdk BIAS..manusia mana yg sempurna..
Dan orang melayu masih lagi bersekutu dengan Anwar Ibrahim dan kroni2 nya? wakil kaum nabi Luth pada zaman ini?
Dan mereka yang tidak menyokong beliau juga turut sama terpalit !
Boleh kah Allah turun bala terpilih untuk kaum anwar ibrahim sahaja?
cuba fikirkan...
Aku selalu dengar ulama kata kembali kepada Islam. Tapi kembali kepada Islam sebenarnya amat luas. Boleh buat buku phd. Ulama sepatutnya menerangkan secara terperinci tentang kembali kepada Islam. Kalau Pas kembali kepada Islam adalah laksanakan hudud. Yang lain dah buat sebenarnya oleh UMNO. Tapi ada satu lagi iaitu keruntuhan moral. Kalau kita tanya dia akan kata banyak dah buku. Tapi aku nak baca buku kembali kepada Islam hok ulama Melayu tulis.
Post a Comment