First of all, thank you for the support for coming to the tournament just now. Maybe ramai yang tak faham bagaimana nak kira system 36, stable ford.
Here, I am going to explain how it is calculated and therefore, in future, you will know how to manage your game to score good points... (hehehe.. too late for the first tournament, right??)
Ok, system 36 dikira dgn mengambil kira "handicap of the day". Tujuannya, kerana ramai BUAYA yang tak bagi handicap sebenar... (contohnya Che Hussin, main 12, tapi letak handicap 20, hehehe...). Jadi, system 36 akan mengawal handicap mengikut handicap pada hari kejohanan.
Langkah2 cara mengira ialah:
a. Mendapatkan gross score untuk "handicap of the day"
Untuk mendapat gross score, point dikira seperti berikut:
Birdie - 3 points
Par - 2 points
Bogey - 1 point
Selepas itu, ditolak dari 36, akan mendapat handicap of the day.
Contohnya, saya dapat 6 par, 10 bogey dan 2 double (atau lebih), maka point saya ialah:
(6x2) + (10x1) + (2x0) = 22
36 - 22 = 14
Maka, handicap of the day saya ialah 14.
b. Langkah kedua ialah mengira points stableford.
Points stableford dikira mengikut handicap dan index lubang.
Sekiranya handicap of the day saya ialah 14, setiap lubang index 14 dan kebawah, saya akan dapat satu extra point.
Sekiranya anda mempunyai handicap 19 - 24, anda akan dapat satu lagi extra point untuk lubang yang index 1-6, selain dari mendapat satu extra point untuk setiap lubang (index 1-18).
Contohnya, handicap anda 24, anda akan dapat extra point untuk index 1 hingga 6. Kalau anda handicap 19, hanya akan dapat extra point untuk index 1.
Kalau handicap 22, akan dapat extra point untuk lubang index 1,2,3 dan 4.
Begitulah cara mengiranya.
Bermakna, kalau saya dapat par untuk lubang index 17, sedangkan saya bermain dgn handicap 14, saya hanya dapat 2 point. Tapi kalau saya dapat par untuk lubang index 11 (contohnya) saya akan dapat 3 points.
Kalau anda handicap 24 (of the day), par index 1 bermakna anda akan dapat 4 point (2 point standard, 1 point index 1-18 dan 1 point bonus index 1-6)
Perlu diingat, saya perlu mengurangkan DOUBLE BOGEY untuk tidak kehilangan point, kerana double bogey 0 point kecuali untuk lubang2 index saja....
c. Selepas itu, point akan dikira untuk mendapatkan jumlah keseluruhan.
Tips:
Secara kasarnya, kalau anda tidak burst atau mendapat double bogey untuk lubang yang BUKAN index, maka point anda akan menjadi 36.
Kalau anda burst satu lubang, maka akan jadi 35..
Sebaliknya, kalau anda dapat birdie satu lubang, dan tidak burst lain2 lubang.. makan anda akan dapat 37 points.
So, kalau nak menang system 36, MESTI DAPAT BIRDIE dan JANGAN BURST LUBANG.
Ok, siapa2 nak penerangan lanjut, sila hubungi saya....
Practice makes permanent..
PERFECT practice makes PERFECT....
wasallam...
Sumber : Carey Masters
Aku copy dari blog orang lain. Just shared a litle knowledge as a new golfers..
2 comments:
golf.. gua belom penah main bro!. tak mampu. haha!
hehehe..wa pun baru blajo2..nempek kat org yg ada2 agar dpt main free hehehe..nak bayo sendiri, baik wa beli petrol..murah skit hahaha..
Post a Comment