Intan tetap intan walau
pun ia keluar dari mulut anjing sekali pun.. tapi kalau batu tetap batu biar
kita gilap setiap hari sekali pun.. A
rose is still a rose by any other name - William Shakespeare
Kata kata itu sesuai
lah kut untuk mana mana orang yang bercita cita untuk jadi pemimpin. Ada macam –
macam jenis pemimpin atau ahli politik dalam ini negeri. Kadang kadang ada yang
kita lihat sebagai ahli politik, ada juga yang sebagai ahlul politik ( ahli
bahalul berpolitik ).
Sekarang baru kita nampak
kekerapan mereka turun padang, pasal kalau tak turun turun jugak ke padang,
jawapnya mereka bakal turun tahta la. Dah dekat nak mengundi, baru semua
berebut rebut tunjuk muka. Iklas bermusim. Yang calon sedia ada, calon sedia
tunggu, yang baru nak melobi jadi calon belum lagi yang ‘calon calonnya adalah……’,
semua tengah pakat dok ready dan standby untuk naik ke atas.
Situasi ini berlaku
dalam BN mahupun PR. Malah yang dalam BEBAS pun ada jugak. Semua orang gila nak
jadi calon, nak jadi YB, atas tiket mahu berkhidmat kepada rakyat.
Helloooo..kalau nak berkhidmat ni tak perlu jadi YB, itu kata – kata orang yang
tak dapat jadi calon lah. Tapi aku pulak merasakan untuk berkhidmat dengan
lebih baik, kita perlu ada platform. Dan salah satu platform terbaik ialah
melalui pentas politik.
Soalnya sekarang ni,
banyak yang naik atas pentas politik tu bukan lah intan sejati. Kebanyakkannya
mereka ni nampak berkilai bila belum naik. Dah dapat, dah naik semuanya makin
kelabu asap dan dari intan dah jadi kaca pun ada. Niat hati tak cukup kuat, nampak
ada ruang dan peluang terus nak balun. Ini yang buat penyokong jadi marah. Yang
atas pagar jadi meluat. Kan bagus jika istiqamah dalam perjuangan. Gunakan
kuasa dan kesempatan yang ada tu untuk bantu sebanyak mungkin seramai boleh
terutama anak bangsa untuk makin maju ke hadapan.
Jangan takut mereka
untuk cantas kita dikemudian hari. Biarkan mereka makin maju dan berjaya. Ikutlah
resam guru, sentiasa mengajar anak muridnya agar menjadi lebih daripada
dirinya, bukan ikut resam politikus yang sentiasa mencantas anak muridnya yang
dilihat mahu lebih dari tahtanya.
Pemimpin yang telus dan
baik, akan kekal dengan prinsipnya, sedangkan jenis yang kacang hantu tu, buat
lah ikut mana pun, hanya akan mengabihkan boreh je.
No comments:
Post a Comment