Thursday, July 19, 2012

eTR1M, Tuisyen Pun Percuma - Janji di Tepati!

Pagi ini diadakan pula pelancaran eTR1M bagi peringkat Negeri Perak yang dirasmikan oleh YB Dato' Mohammad Zahir Bin Dato' Abdul Khalid bagi mewakil Menteri Besar Perak di Parlimen Sunga Siput. Kehadiran dan sambutan memang superb la..

Dah sampai peringkat tuisyen pun kerajaan beri secara percuma untuk budak budak sekolah pada hari ini. Aku percaya pasal DS Najib nampak bahawa generasi muda hari ini adalah modal insan untuk menerajui kepimpinan negara di masa hadapan. Selain itu jugak, kelulusan pendidikan yang baik merupakan di antara salah satu punca atau kaedah untuk keluar dari kepompong kemiskinan.


Dan jika semua usaha usaha ini masih jugak tak nampak oleh rakyat, aku pun tak tahu nak kata apa lah lagi. Segala bentuk janji dan transformasi yang dicanang canangkan sedang giat diusaha serta dijayakan oleh peringkat kepimpinan.

Aku sering katakan, bahawa kepimpinan bukan ahli sihir yang sekali petik jer terus jadi walaupun kuasa berada di tangan mereka. Kita kena realistik. Untuk jadikan sesuatu itu nyata dan terlaksana, selain daripada kelangsungan kuasa yang perlu ada, rakyat juga kena beri masa kepada mereka. Janji ditepati!

Pelajar mencuba pelayar internet di kiosk yang disediakan

Mejar Kehormat Dato' Wayne, CEO SSF yang menyumbang pembinaan dewan serbaguna sekolah tersebut.


Diserikan dengan persembahan kebudayaan pelajar sekolah





A Point To Ponder

Sandwich  used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...