Suatu perkara aneh telah mengejutkan umat Islam di sebuah negara yang
diberi nama Malaysia yang telah berlaku kira-kira jam 8 hingga 10 malam
tadi. Keanehan ini dijangka akan bertahan selama satu minggu atau dua
minggu lagi.
“Saya terkejut!” kata seorang saksi memulakan ceritanya. “Semalam, masjid ini, besar dan luas,” sambungnya. “Tiba-tiba sahaja malam ini, masjid ini menjadi sempit dan kecil, terutamanya menjelang waktu isyak tadi.”
Perkara aneh, di mana masjid-masjid dan surau-surau di Negara ini
menjadi kecil dan sempit berlaku, hampir di seluruh Negara pada malam
ini.
Keanehan ini, amat dirasakan oleh umat Islam yang setiap
hari atau selalu ke masjid sebelum ini. Namun bagi yang baru mengunjungi
masjid atau surau pada malam ini, tidaklah dapat menyedari keanehan
yang berlaku itu.
AJK kepada beberapa buah masjid dan surau
dikatakan, sedang memikirkan untuk menuntut peruntukan daripada kerajaan
bagi membesar serta meluaskan masjid dan surau mereka bagi menghadapi
perkara aneh yang berlaku secara tiba-tiba ini.
Umat Islam,
dinasihatkan supaya pergi ke masjid awal untuk mendapat tempat yang
lebih selesa bagi menunaikan ibadah pada malam-malam yang akan datang.
p/s: jikalau anda paham dengan maksud artikel di atas, sebar-sebarkanlah untuk renungan bersama.
Sumber : Facebook
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
A Point To Ponder
Sandwich used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...
-
First of all, thank you for the support for coming to the tournament just now. Maybe ramai yang tak faham bagaimana nak kira system 36,...
-
Sebelum korang ketahui siapa paling hantu di Malaysia, korang baca dulu 13 tempat paling berhantu ni. Dan teka siapakah gerangan hantu terse...
-
Untung janda,untung lagi pemimpin PAS ! AKHIRNYA terlalu jauh Arbaiyah Abdul Manan ataupun masih terus kekal dengan nama glamernya Abb...
No comments:
Post a Comment