Seorang penganggur yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Imam Mahadi’
mati ditembak polis ketika mengamuk bersama seorang wanita dengan
melibaskan pedang samurai di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan
Perdana Menteri (JPM), di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, suspek yang dikenali
sebagai Khalil Afandi Hamid, 47, meninggal dunia ketika dalam perjalanan
ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian
ari-ari.
Manakala suspek wanita, seorang bekas pelajar Universiti Antarabangsa
Islam Malaysia (UIAM) berusia berusia 28 tahun, terkena tembakan di
bahagian paha kanan dan sedang mendapatkan rawatan di hospital sama.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul
Majid berkata kedua-dua suspek cuba masuk ke pos pengawal tetapi
dihalang oleh polis bantuan tetapi suspek lelaki itu mengacukan pedang
ke leher anggota polis bantuan.
Oleh kerana takut, anggota polis bantuan membenarkan kedua-dua suspek
masuk ke dalam perkarangan, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat
Polis Daerah Putrajaya di sini.
Abdul Razak berkata ketika berada di dalam perkarangan itu, kedua-dua
suspek telah melibaskan pedang dan merosakkan dua cermin kereta jenis
Hyundai Accent dan Perodua Kancil milik petugas JPM.
Katanya anggota polis cawangan pencegahan jenayah yang tiba di tempat
kejadian turut diserang kedua-dua suspek dengan pedang samurai sehingga
kereta mereka mengalami kerosakan dan cermin kereta pecah.
Menurutnya sepasukan anggota Unit Kereta Peronda (MVP) Putrajaya yang
tiba selepas itu dikatakan cuba memujuk suspek tetapi diserang pada jarak dekat dengan menggunakan pedang samurai.
tiba selepas itu dikatakan cuba memujuk suspek tetapi diserang pada jarak dekat dengan menggunakan pedang samurai.
“Akibatnya seorang anggota MPV telah melepaskan tiga das tembakan
yang terkena di tangan kanan dan bahagian ari-ari lelaki itu manakala
suspek wanita terkena tembakan di paha kanan.
Abdul Razak berkata polis masih menyiasat motif kejadian.
Siasatan awal mendapati suspek lelaki yang mempunyai seorang anak
mengaku dirinya ‘Imam Mahadi’ manakala suspek wanita mempunyai dua orang
anak.
Kedua-dua suspek yang menganggur itu dikatakan telah mengenali satu
sama lain sejak seminggu lepas. Mengenai dakwaan mereka adalah blogger,
Abdul Razak berkata ia masih dalam siasatan.
Sumber : Darulaman
ASHAMSURI: Banyaklah perkara yang bermain main dalam kepala bila kes ni terjadi. Semua tertanya tanya, siapa dia ni, siapa perempuan yang bersama dia tu, kenapa dia jadi macam tu, apa tujuan dia, sape lagi geng geng yang semacam dia dan macam macam lagi lah..
Senang senang jer dia leh bawak samurai dia ke sana ke mari..sedangkan kita nak simpan parang dalam kereta untuk guna kecemasan pun kita takut. Takut terserempak dengan road block then polis banyak soal lak ( walaupun sehingga hari ini aku tengok bila road block polis just suluh2 je dalam kereta huhu )..
Anyway, dia mungkin salah pertimbangan. Atau dia juga mungkin sudah temui jalan buntu dalam kehidupan atau dia jugak mungkin mahu jalan pintas yang lebih mudah untuk masuk syurga selain daripada mengundi PAS. Apa - apa pun, kita bersangka baik aje lah..Allah lebih mengetahui dari kita insan yang naif.
4 comments:
bagi gua dia ni sakit bro. kalau PDRM ada pistol letrik yg lumpuhkan sementara kaki amuk kan bagus. kat luar negara diorang pakai bende tu.
betul2..bab pistol letrik tu wa sokong..itu pun PDRM tak terfikir nak gunakan di sini kan huhu..
tq singgah ye...salam perkenalan
Abu Luqman: salam perkenlan jua..
Post a Comment