Friday, July 20, 2012

MULUT MAHASISWI DISUMBAT SEBELUM DIROGOL BERGILIR-GILIR!!!


KAJANG: Dua lelaki layak digelar syaitan bertopengkan manusia apabila bertindak kejam mengikat tangan dan kaki seorang wanita berusia 23 tahun di katil serta menyumbat mulut mangsa dengan kain sebelum merogolnya bergilir-gilir ketika merompak rumah mangsa di Semenyih, kelmarin.

Malah, perompak itu turut mengambil komputer riba dan telefon bimbit dianggar bernilai RM3,000 sebelum melarikan diri membiarkan mangsa berbogel terikat di katil.

Menurut sumber, mangsa yang masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) sedang mengulang kaji pelajaran dalam bilik tidurnya ditingkat atas pada jam 1.30 pagi, apabila lampu bilik tiba-tiba terpadam.

“Pelik dengan keadaan itu, dia memberanikan diri keluar memeriksa suis utama di tingkat bawah dan terkejut apabila tiba-tiba dua lelaki tidak dikenali menyerbu masuk ke biliknya dengan mengacukan pisau pada leher.

“Mereka mengarahkan mangsa jangan menjerit jika tidak mahu dicederakan atau dibunuh. Bimbang dengan ugutan itu, mangsa mendiamkan diri sebelum mereka mengikatnya di katil,” katanya.

-Hmetro
PS : Gambar hiasan
Sumber : TFK

ASHAMSURI : Perkara perkara macam ni perlu diberi perhatian serius oleh pihak Polis. Semakin rasa tak selamat dah adik adik ni nak belajar. Kita sendiri pun risau pada keselamatan orang orang yang kita sayang. Amik perjawatan ramai ramai lagi.. Malam malam letakkan lebih banyak pasukan rondaan. Biar dalam sesebuah taman atau kampung tu ada 2/3 road car yang berjaga sepanjang malam. Jangan asyik dok dalam balai jer tunggu laporan.

Tak pun gunakan sama pasukan tentera untuk bantu berjaga malam hari. Kita bukan ada komunis dah pun. Ni tentera la ni sibuk dengan Blue Ocean deme, tak bagi banyak manfaat pun kalau hari - hari ada jer berita rogol dan bunuh dalam negara. Gelap masa depan mangsa - mangsa ni. Trauma tak usah citer la, kompom punye.

Tak cukup tentera, kita ada pasukan PGA lagi. Optimumkan penggunaan mereka mereka ini. PGA asyik dok jaga sempadan dan buat sekatan, dadah dengan PTI bersepah sepah jugak dalam negara. Pak Jib dangan KDN, fikir fikirkan lah resolusi terbaik, jangan asyik sibuk fikir tarikh PRU je.. Rakyat mahu hidup selesa dan bebas dari ketakutan.

1 comment:

Unknown said...

Asalamualaikum ! selamat berpuasa.

A Point To Ponder

Sandwich  used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...