KUALA LUMPUR: Kisah seorang surirumah, S.
Kalaichelvi yang dijatuhkan hukuman penjara dua tahun kerana membunuh
orang yang cuba merogolnya mendapat perhatian banyak pihak.
Ramai yang bersimpati dengan nasib beliau itu dan tidak
berpuashati dengan hukuman yang terpaksa beliau hadapi kerana
mempertahankan diri dari dirogol.
Namun ada juga yang berpendapat hukuman itu wajar kerana pembunuhan itu dianggap kejam berdasarkan kesan luka kepada kepala perogol itu.
Di Ipoh Isnin lepas,
seorang isteri yang cuba dirogol oleh seorang lelaki yang dikenalinya
telah dihukum penjara kerana tindakannya menetak perogol dengan parang
sehingga menyebabkan kematian. Namun ada juga yang berpendapat hukuman itu wajar kerana pembunuhan itu dianggap kejam berdasarkan kesan luka kepada kepala perogol itu.
Dan kerana perbuatan mempertahankan dirinya itu, Mahkamah Tinggi Ipoh telah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas S. Kalaichelvi, 24 tahun, selepas dia mengaku bersalah menyebabkan kematian seorang lelaki yang cuba memperkosanya pada tahun lepas.
Hakim Datuk Zainal Adzam Abid. Ghani memerintahkan S. Kalaichelvi menjalani hukuman tersebut selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian M. Kumaran, 29, di dalam rumahnya di Taman Bistari, Ayer Tawar, Manjung di antara pukul 3 hingga 3.30 pagi pada 7 Januari 2010.
Mengikut fakta kes, lelaki yang dikenalinya itu menceroboh rumahnya kira-kira jam 3 pagi dari pintu belakang ketika suami wanita itu tiada di rumah.
Lelaki itu cuba memperkosanya tapi dia dapat melarikan dirinya ke dapur dan sempat mencurahkan serbuk cili ke mata perogol itu.
Dalam keadaan matanya yang pedih, perogol itu masih cuba untuk mendapatkan Kalaichelvi, tapi wanita tersebut dengan pantas mencapai sebatang besi dan memukul kepala lelaki itu.
Apabila lelaki itu berjaya merampas batang besinya, wanita itu mencapai parang dan menetaknya beberapa kali sehingga mati.
Beliau dengan bantuan suaminya kemudian membungkus mayat lelaki itu dan membuangnya ke parit di tepi jalan menjelang pagi.
Hakim Zainal Adzam dalam penghakiman bertulisnya berkata, Kalaichelvi sepatutnya dihukum lebih berat kerana melakukan 'pembunuhan kejam' terhadap perogol tersebut.
Seorang pengguna facebook telah memasukkan cerita ini dalam dinding facebook dan mendapat sambutan hangat para pengguna laman sosial itu.
Tidak sampai satu jam ia dimasukkan, 6,536 orang telah berkongsi cerita ini manakala 5,470 menyatakan 'like' kepada cerita ini.
Cerita ini juga menerima 4,341 komen dalam masa 40 minit.
Hampir semua komennya tidak berpuashati dan meminta kes ini dikaji balik untuk memberikan keadilan kepada wanita yang berani mempertahankan dirinya ini.
sumber : Harakah Daily
ASHAMSURI : Dunia dalam banyak cerita. Jangan simpan dalam jamban.. ( Lirik Pisang Panas - Salleh Yaakob ). Susah nak cakap pasal Hakim ada penilaian dia. Maybe ada yang kita tak tahu pasal kita tak berada di tempat kejadian, dan kita juga tak mengikuti perkembangan perbicaraan.
Mungkin dia mengaku dirogol atau ada understanding antara dia laki bini, mana kita tahu kan. Pasal apa lak nak sembunyikan mayat, nape tak terus buat report polis lepas dan kiokkan mamat tu.
Cume kalau betul seperti yang terzahir, memang kesian lah kat dia. Tu je yang aku leh komen.
4 comments:
hukuman bunuh boleh disabitkan sek. 302 kanun keseksaan boleh dihukum gantung mandatori,bagi hukuman di bawah seksyen 304 Kanun Keseksaan bagi membunuh tanpa niat yang memperuntukan hukuman maksima sehingga 25 tahun penjara. walaupun untuk mempertahan diri,mangsa mampu elakan daripada membunuh tanpa menetak suspek berkali2 hingga mati. mangsa juga tidak menghubungi polis dengan membuang suspek ke dalam longkang untuk memgembunyikan kematian. bagi suspek pulak jika disabitkan kesalahan merogol boleh dihukum 20 tahun penjara dan sebatan..walau apa pun mangsa telah melakukan pembunuhan dan mengaku bersalah. jadi sebagai manusia yang berakal adakah 2 tahun penjara keatas kesalahan membunuh diangap kejam. setiap kesalahan ada hukuman nya.
asalamualaikum bro! lu pergi kat blog wa tu, pastu kat bawah ' anda mungkin memminati' tu ada tulisan kecik 'linkwithin' lu klik situ dan ikut arahan kat situ. pastu semua setel.
"walaupun untuk mempertahan diri,mangsa mampu elakan daripada membunuh tanpa menetak suspek berkali2 hingga mati."
jadi kalau nak pertahankan diri, pukul slow2, tetak sikit je? macam tu ke? kalau dah takut, secara automatiknya seorang manusia akan memukul/menetak berkali2 untuk memastikan suspek tidak berupaya untuk mendapatkan dirinya.
"mangsa juga tidak menghubungi polis dengan membuang suspek ke dalam longkang untuk memgembunyikan kematian."
manusia kalau dah terbunuh orang, pastilah rasa takut, itu normal bagi seorang manusia.
"walau apa pun mangsa telah melakukan pembunuhan. jadi sebagai manusia yang berakal adakah 2 tahun penjara keatas kesalahan membunuh diangap kejam."
mangsa hanya mempertahankan dirinya, memang kejam jika mangsa dihukum.
Setuju dengan pandangan tuan/puan..
Post a Comment