Sebak rasanya apabila melihat pemain skuad B-22 negara duduk
kecewa di bangku simpanan sejurus wisel penamat aksi terakhir Kelayakan
Piala Asia B-22 2013 bertemu Myanmar di Stadium Thuwunna, malam kelmarin
yang menyaksikan kita tewas 1-2.
B-22 perlu diberi pujian
Carian di Internet membuktikan penjaring dua gol mereka malam kelmarin, Kaung Si Thu sudah berusia 25 tahun, kapten Kyaw Zayar Win 24 tahun, Thet Naing 23 tahun dan yang melampaunya Ye Zaw Htet Aung pula sudah mencecah usia 26 tahun.
Jadi tak ralat sangat apabila melihat barisan Harimau Muda kita yang hanya dibarisi 10 pemain 21 tahun, lima pemain 20 tahun, empat pemain 19 tahun, tiga pemain 18 tahun dan seorang pemain 16 tahun, tampak tenggelam di hadapan gegak gempita 28,000 penyokong tuan rumah.
Apa pun pujian perlu diberi kepada barisan skuad B-22 negara yang sepatutnya mampu mengikat Korea Selatan pada aksi sulung 23 Jun lalu, hari pertama saya tiba di Yangon. Cuma tiga gol dilepaskan pada babak pertama menjadi pemusnah biarpun A Thamil Arasu berjaya membalas dua gol. Kita tewas 2-3.
Sentuhan Rozaimi Abd Rahman, anak Bongawan, Sabah, paling mencuri tumpuan apabila dia meledak empat gol ketika kita membelasah Filipina 7-0, dua gol ketika membenam Taiwan 4-2, hatrik ketika menewaskan Vietnam 3-0 dan melengkapkan gol ke-10 peribadi menerusi sepakan penalti ketika bertemu Myanmar, malam kelmarin.
Korea, Myanmar berpakat
Saya dan rakan-rakan yang membuat liputan di Yangon sudah pun menghidu satu pakatan dilakukan selepas menonton perlawanan ketiga membabitkan Myanmar bertemu Korea Selatan berkesudahan seri 0-0, 28 Jun lalu.
Ternyata pada perlawanan itu, Korea Selatan beberapa kali berpeluang menjaringkan gol tetapi sengaja tidak mahu dilakukan kerana perlu beri satu mata kepada Myanmar. Tak terkejut pun kerana jurulatih Myanmar, Park Seong Hwa dari Korea Selatan.
Akhirnya rasa ralat juga kenapa FAM langsung tak bersungguh membida sebagai tuan rumah saingan kelayakan ini, yang saya pasti sudah tentu kita boleh mara dengan mudah andai beraksi di depan penyokong sendiri. Sekarang lihatlah akibatnya.
Hanya satu cara untuk FAM menebus kembali 'dosa' itu iaitu dengan bersungguh-sungguh membuat bantahan rasmi kepada AFC berhubung salah laku pasukan Myanmar. Jika tidak, seluruh warga bola sepak Malaysia akan terus diselubungi rasa kecewa.
Sekian.

Sumber : Utusan Malaysia
ASHAMSURI : ni yang orang orang tua cakap sudah terhantuk baru tergadah. Kenapa dari awal kita tak bersungguh membida sebagai tuan rumah? Impak sebagai tuan rumah tu banyak ertinya kepada pasukan negara. Lebih lebih lagi sekarang ni fenomena bola sepak Malaysia kembali diminati oleh para penyokong. Aku sendiri pun yang tak pernah beli jersi bola Malaysia, pun dah ada sepasang la ni.
Bila dah tak layak, baru kita nak sibuk bising. Baru ada bunyi pasal player Myanmar lebih umur la, deme berpakat dengan Korea la, dan macam - macam lagi. This is a game. Game is battle..taktik dan teknik kena kompos dan di gunakan. Masalah FAM ni, bila Anuar Musa kritik, cepat beno amik tindakannya, tapi bila kes kes yang lebih utama cam ni, masih lagi ding dong ding dong untuk amik action.
Kang aku cakap lebih lebih kang, aku lak yang bermasalah. Pasal FAM ni bukan boleh ditegur sebarangan. Kekebalan nya melebihi kereta kebal lagi. Tu belum ditambah dengan faktor kebebalan pulak hahaha..
FAM patut ditadbir oleh orang yang ada jiwa bola. Yang ada spirit. Yang tahu tentang bolasepak. Yang energetic. dan macam - macam yang lagi lah. Aku tak salahkan Tuanku Sultan yang jadi Presiden. Tapi Setiausaha yang patut monitor benda ni. Bawah Presiden, ada banyak lagi jawatan jawatan penting yang lain. Apa deme ni tido makan dan amik gaji buta jer ke?
Sama kes macam SBPA jugak lah..nak salahkan KSN dan KPPA terdahulu semata mata pun tak boleh jugak. Pasal bawah deme ada downline. Tapi gantikan KSN dengan ......., yang tu lu pikir lah sendiri. Aku Melayu...Kau?
No comments:
Post a Comment