Gombak
– Tidak dapat menerima keputusan isteri yang tetap mahu bercerai
walaupun sudah dipujuk berulang kali, seorang lelaki tergamak ‘menculik’
wanita itu di sebuah pasar raya di Kepong, dekat sini dan membawanya ke
Batu Arang, sebelum mengikat tangan serta memperkosanya di dalam
kereta.
Malah, lelaki berusia 30-an itu turut mengambil gambar bogel
isterinya berusia 35 tahun itu selepas permintaan supaya mangsa kembali
hidup bersamanya tidak diendahkan.
Selain itu, lelaki terbabit mengugut mahu melakukan sesuatu supaya
kedua-dua mereka mati bersama jika isteri enggan kembali kepadanya
menyebabkan mangsa yang ketakutan meminta suaminya memikirkan masa depan
tiga anak mereka sebelum bertindak demikian.
Lelaki terbabit yang ‘lembut hati’ selepas mendengar rayuan isterinya
itu kemudian menghantar semula mangsa ke tempat letak kereta pasar raya
di Kepong sebelum melarikan diri.
Difahamkan, pasangan terbabit sudah tiga tahun tidak tinggal bersama
dan kini dalam proses bercerai selepas mangsa tidak tahan kerana sering
dibelasah.
Sumber berkata, sebelum kejadian pada Khamis lalu, mangsa yang berada
dalam kereta di hadapan sebuah pasar raya di Kepong selepas membeli
barang terkejut apabila suaminya membuka pintu kereta dan terus
mengacukan pisau serta mengarahkannya berdiam diri, kira-kira jam 9
pagi.
“Belum sempat mangsa berbuat apa-apa, suaminya terus mengikat tangan
dan mengarahkannya ke tempat duduk penumpang hadapan sebelum memecut
kereta milik mangsa menghala ke Batu Arang.
“Sebaik tiba di kawasan semak, mangsa dipaksa melakukan hubungan seks, namun wanita terbabit enggan,” katanya.
Menurut sumber berkenaan, berang dengan keengganan wanita itu, suami
mangsa terus merogolnya sebanyak dua kali dalam keadaan tangan isterinya
terikat.
“Tidak cukup dengan itu, gambar mangsa dalam keadaan bogel turut
dirakam dan suami mangsa turut merayu supaya mereka kembali hidup
sebagai pasangan suami isteri,” katanya.
Bagaimanapun, kata sumber itu, mangsa yang serik dengan sikap panas
baran suami enggan kembali kepadanya menyebabkan lelaki itu naik angin
dan mengugut mahu membunuh diri bersama sebelum merayu memikirkan masa
depan anak mereka.
“Terkejut dengan ugutan itu, mangsa meminta suaminya itu memikirkan
semula kerana tindakan itu akan menggelapkan masa depan anak mereka.
“Suaminya akur dan terus menghantar isterinya pulang semula ke pasar raya berkenaan sebelum melarikan diri,” katanya.
Sebaik dibebaskan, mangsa membuat laporan di Balai Polis Gombak.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Rosly
Hassan mengesahkan menerima laporan mangsa dan polis sedang giat
memburu suspek. – METRO
Sumber : The Kuala Lumpur Post
Ashamsuri : Macam macam hal dunia ni. Bila amarah menguasai dir, benda benda yang tak logik, itu lah yang sering terjadi. Duduk berbincang baik baik kan ke jalan terbaik dan lebih memuaskan hati kedua dua belah pihak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
A Point To Ponder
Sandwich used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...
-
First of all, thank you for the support for coming to the tournament just now. Maybe ramai yang tak faham bagaimana nak kira system 36,...
-
Sebelum korang ketahui siapa paling hantu di Malaysia, korang baca dulu 13 tempat paling berhantu ni. Dan teka siapakah gerangan hantu terse...
-
Untung janda,untung lagi pemimpin PAS ! AKHIRNYA terlalu jauh Arbaiyah Abdul Manan ataupun masih terus kekal dengan nama glamernya Abb...
4 comments:
Dalam hukuman HUDUD.....
Bagi kes sebegini...
Apakah hukuman yang patut dikenakan keatas ISTERI ?
Apakah hukuman yang dikenakan kepada Suami ?
Minta Ulamaa' PAS respond kepada semua isu-isu yang melibatkan hukuman jenayah...Sebelum laksanakan...mesti beri penerangan dan pemahaman dahulu....
Bila PAS nak buat Seminar Undang-Undang HUDUD....?
Hj. Hadi,
Sila jawap Anon 12.14..
Terima kasih ;)
Kalau Dah buta ugama, bagi penerangan macam mana pun, korang tetap tolak Islam sebagai cara hidup,inilah penyakit dunia akhir zaman, itu dah tertulis melalui banyak hadis nabi SAW.
Follow Lucah Bang
Post a Comment