Keputusan Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek untuk tidak
mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti itu adalah keputusan
yang tepat berikutan prestasi buruk MCA dalam PRU-13.MCA hanya memenangi
7 daripada 37 kerusi parlimen dan 11 daripada 90 kerusi DUN yang
ditandingi.Lebih dahsyat,kubunya di Johor juga telah ditembusi
pembangkang.Mudah bagi MCA untuk menyalahkan pembangkang yang menghasut
rakyat sehingga membawa kepada keputusan tersebut.Namun,mustahil bagi
MCA untuk menafikan berlakunya ‘tikam belakang’ dan pengkhianatan oleh parti itu terhadap Barisan Nasional.
Justeru,keputusan Soi Lek merupakan satu kewajaran kerana jelas seseorang wajib memikul tanggungjawab atas perbuatan ‘tikam belakang’,pengkhianatan
dan hilangnya semangat setiakawan terhadap BN.Bukan kita tidak tahu
bahawa sepanjang penggal MCA langsung tidak bekerja,malah tidak
bersemangat untuk memenangi pilihanraya sehinggakan dilihat bagaikan
sengaja ingin membiarkan parti itu kalah teruk.Berikutan keputusan Soi
Lek untuk tidak bertanding, 4 pemimpin MCA telah menawarkan diri untuk
merebut jawatannya.
Mereka ialah Ong Tee Keat – Bekas Presiden MCA, Ong Ka Chuan – Ahli Parlimen Tanjung Malim,Donald Lim – Pengerusi MCA Selangor dan Naib Presiden MCA dan juga Datuk Seri Liow Tiong Lai – Bekas Menteri Kesihatan, Timbalan Presiden MCA dan juga Ahli Parlimen Bentong. Kesemua yang menawarkan diri dilihat mempunyai kelebihan masing-masing berdasarkan pengalaman mereka.Bagi Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ong Ka Chuan yang menang dalam PRU-13 lepas, mereka dikira mendapat ‘bonus’ dari segi persepsi rakyat kerana dilihat sebagai telah bekerja cukup keras dalam keadaan keseluruhan jentera MCA seolah-olah ‘mogok’ sepanjang tempoh berkempen.

Secara dasarnya,tindakan MCA membuka jawatan Presiden untuk
dipertandingkan wajar dipuji di mana ia membuktikan kematangan parti
tersebut terutama dalam keadaan yang genting ini.
Kita berharap agar Presiden MCA yang baru akan benar-benar mampu
meletakkan garis jelas antara kesetiaan terhadap parti dan negara,
dengan semangat perkauman Cina.
Sudah sampai masanya MCA mempunyai Presiden yang tidak bersikap ‘defensive’ atau ‘apologetic’ dalam
mengambil langkah yang bertepatan dengan aspirasi negara semata-mata
untuk menjaga hati kaum Cina.
Ketegasan amatlah penting, terutama dalam menangani sikap kaum Cina yang
semakin lantang dan biadap mencabar perlembagaan serta menghina
Institusi Raja-raja.Selain itu,Presiden baru MCA juga wajib menangani
masalah akhbar-akhbar berbahasa Cina yang bermaharajalela mempamerkan
hipokrasi paling jelek dalam memainkan isu perkauman.
Lebih dari itu,Presiden MCA yang baru haruslah ikhlas dan tidak
terikut-ikut dengan rentak ektremis Cina yang terdapat dalam berbagai
nama dan rupa.
Ini bukan masa untuk pentingkan diri sendiri atau kaum dan pihak
tertentu.Malaysia sedang mengalami masalah polarisasi kaum yang kronik
dan perlu ditangani segera.Malah,tidak salah dikatakan,bahawa ‘perpaduan’
merupakan satu-satunya masalah besar yang dihadapi oleh Malaysia pada
ketika ini.Jika masalah ini selesai,maka kita bolehlah memacu negara ke
hadapan dengan sederap langkah yang pasti dan pantas.
Oleh itu,semua pemimpin yang mewakili kaum masing-masing wajib
meletakkan isu perpaduan sebagai tonggak utama.
Kesimpulannya,tidak ada guna mempunyai Presiden MCA jika rentak tarinya serupa sahaja dengan Presiden DAP. Justeru,semua yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan tersebut wajib bersedia untuk berjuang atas landskap dan struktur sedia ada negara ini dan bukannya menentang atau ingin mengubahnya.Jika tidak,parti MCA mungkin tidak perlu wujud sama sekali.

sumber : Badut Rakyat
No comments:
Post a Comment