Sekurang-kurangnya 500 orang pelajar berbangsa Melayu yang sedang melanjutkan pelajaran di IPTA seluruh negara bakal berhadapan dengan tindakan. Mereka akan DITERAJANG keluar dari IPTA tempat mereka belajar kerana terbabit dalam demonstrasi BERSIH 2.0.
Sewajarnya tindakan sebegitu dilakukan semenjak dari awal lagi. Jangan mereka fikir, mereka adalah pelajar universiti, mereka lebih pandai daripada orang lain dan semua pihak perlu memberikan kebebasan kepada mereka untuk mereka membuat semua perkara terutama yang dihasutkan oleh unsur-unsur subversif.
Hasutan unsur-unsur subversif di kalangan pelajar-pelajar universiti bukan baru. Sudah terlalu lama. Walaupun terdapat larangan yang sangat jelas, namun perkumpulan-perkumpulan kecil, terutama yang diketuai oleh pelajar-pelajar yang memang gila berpolitik, sentiasa wujud di universiti-universiti awam di seluruh negara. Selanjutnya di sini.
DNA : Aku setuju sangat - sangat dengan tindakan ini jika ia dilaksanakan. Ini kerana pelajar - pelajar tersebut bukan jenis yang tak ada otak, mereka mereka ni dari golongan yang bijak pandai, golongan terpilih yang berjaya menjejakkan kaki ke menara gading membawa 1000 harapan dan cita - cita mereka dan keluarga. Aku tak nafikan ada golongan mahasiswa yang dibuang Universiti atas faktor - faktor lain seperti gagal menamatkan pembelajaran atau keputusan peperiksaan yang tidak memenuhi piawaian. Tetapi tindakan sengaja mencari penyakit seperti ini, memang tidak perlu ada pengampunan.
Mereka sedari awal lagi telah diberi amaran oleh Menteri Pengajian Tinggi, Naib Canselor, Dekan bahkan mungkin ada juga ibu bapa yang pro aktif yang awal - awal lagi telah berikan amaran lisan kepada anak - anak mereka yang berada di pengajian tinggi. Tapi biasalah, budak - budak pandai ni mula memandai mandai atas alasan ini pemikiran generasi muda. Mahu merubah Kerajaan kononnya, mahu merubah ketidak adilan alasannya, apa pun alasan, mereka patut tahu tanggung jawap sebenar mereka di IPTA. Selesaikan dulu amanah yang telah dipertanggung jawapkan kepada diri sendiri baru kita boleh berlagak hero. Persoalannya, majoritinya merupakan anak - anak melayu. Begitu besar harapan dan impian yang disandarkan dibahu mereka, tindakan sebegini bodoh yang mereka pilih.
Yang lebih mendukacitakan, kebanyakkan pelajar melayu ini pula hadir dari golongan keluarga berpendapatan sederhana dan ke bawah. Mereka bukan sahaja mengelapkan masa depan tetapi gagal untuk melunaskan impian yang diharapkan kepada mereka, tetapi pada masa yang sama mereka berlagak seolah - olah seluruh harapan dan masa depan bangsa, agama dan negara ini terletak diatas keperihatinan mereka.
Masing - masing ada tanggungjawap. Ahli politik dengan tanggungjawapnya, pelajar dengan dunia pelajarannya, begitu juga dengan yang lain - lain. Tak perlulah kita merosakkan masa depan sendiri hanya kerana terlalu taksub dan fanatik kepada unsur - unsur subversif ini. Sekarang ni, bersih sangat lah korang lepas kena buang...
1 comment:
Orang-orang yang meninggalkan puasa dengan sebab apa pun diberi kelapangan masa untuk mengqada’ puasanya itu, asalkan tidak lewat sehingga masuk bulan Ramadhan yang berikutnya. Seandainya masih belum mengqada’nya lagi dan masuk bulan bulan Ramadhan yang berikut. Ia dikenakan fidyah iaitu sehari secupak beras serta qada’nya sekali. Seperti contoh :
Seorang itu telah meninggalkan puasa 5 hari pada tahun pertama dan tidak mengqada’ sehingga masuk bulan Ramadhan tahun kedua maka ini dikenakan :
1. Tinggal 5 hari -> Qada’ 5 hari ini bagi tahun pertama iaitu masuk tahun kedua -> Beras 5 cupak (1 cupak sehari)
2. Tinggal 5 hari -> Qada’ 5 hari ini bagi tahun kedua iaitu masuk tahun ketiga -> Beras 10 cupak (2 cupak sehari)
3. Tinggal 5 hari -> Qada’ 5 hari ini bagi tahun ketiga iaitu masuk tahun keempat -> Beras 15 cupak (3 cupak sehari)
Begitulah seterusnya jika masih juga belum mengqada’ puasanya. Maka jumlahkanlah berapa tahun yang belum dijelaskan puasa yang ditinggalkan itu dan berapa pula yang patut dikenakan fidyahnya.
Ketika memberi kepada fakir miskin dengan kadar yang telah ditetapkan bagi tujuan membayar fidyah memadai dengan niat sahaja. Tetapi jika membayar fidyah melalui jawatankuasa masjid atau mereka yang menjalankan tugas berkaitan dengan hal ehwal Islam adalah lebih baik dinyatakan tujuan.
Sebagai seorang Islam yang mengakui menjunjung perintah Allah janganlah lalai untuk mengqada’ puasa yang ditinggalkan itu. Lagi cepat kita qada’ lagi besar faedahnya yang kita dapati dan ringan penanggungan kita terhadap Allah S.W.T.
Post a Comment