Sekarang ni SPR sedang sibuk membuat taklimat kepada para petugas petugas pilihanraya. Di mana mana negeri sekalipun, ia merupakan agenda keutamaan sekarang ini. Ramai yang terlibat, dan ini mengesahkan lagi angin PRU yang semakin tiba.
Ditambahkan lagi dengan gendang perang yang ditiup dan dititipkan penuh semangat oleh YAB Perdana Menteri semasa perhimpunan agung UMNO baru baru ini, maka semua pihak perlu berada dalam keadaan siap siaga.
Sejauh mana kita mampu untuk menyakinkan rakyat bahawa kita layak dan perlu diberi peluang sebagai pemerintah bagi tempoh 5 tahun lagi masih menjadi tanda Tanya. Siapakah senarai winnable candidate yang kerap dicanang dan dibicarakan dewasa ini masih lagi menjadi satu persoalan walaupun dikhabar khabarkan senarai ahkir itu telah pun ada pada Ketua Perhubungan Negeri masing masing.
Mampukah unsur unsur sabo dinyahkan daripada diri dan pemikiran calon dan penyokong pada mereka mereka yang tidak terpilih, masih lagi isu yang menghantui kita semua dan pucuk pimpinan. Sejauh mana kita sanggup berkorban demi parti dan bangsa sebagaimana yang kita canang canangkan. Sejauh mana jugak orang melayu mampu member undi kepada calon bukan melayu dan sudikah orang bukan melayu memangkah undi melayu, itu juga satu tanda aras yang tidak dapat kita sukat buat masa ini.
Atas prinsip kekeluargaan dan perkongsian kuasa, UMNO, MCA, MIC, Gerakan serta semua komponen Perikatan perlu membuktikan semangat Barisan Nasional pada kali ini untuk kelangsungan kuasa dan pemerintahan ataupun kita akan berputih mata sebagai generasi pembangkang untuk penggal yang akan datang. Tepuk dada Tanya selera. Kita perlu berubah dan membuktikan keiklasan kita baru rakyat akan bersama – sama percaya dan mendokong aspirasi kita.
Perkara paling asas dan utama ialah, bukan Barisan Nasional itu tidak kuat atau PR itu terlalu ampuh, tetapi adalah dalam meletakkan CALON. Calon betul, tepat dan bagus, insyaAllah kita akan menang. Ini bukan zaman asal gambar dacing, orang akan pangkah.
No comments:
Post a Comment