Monday, December 19, 2011

Bantahan UMNO Tg. Malim terhadap kebiadapan Adam Adli yang menurunkan bendera wajah Perdana Menteri..

Ekoran daripada tindakan biadap seorang pelajar bernama Adam Adli, penuntut semester 5 Tesl di UPSI, hari ini UMNO Bahagian Tg. Malim bersama sama dengan UMNO Hulu Selangor serta para NGO’s dan parti parti komponen dalam Parlimen Tg. Malim telah mengadakan satu bantahan dengan mengemukakan memorandum kepada Vice Chancellor UPSI iaitu Prof. Dr. Zakaria Kasa.


Diantara tuntutan memorandum tersebut ialah tindakan tegas yang perlu diambil oleh pihak universiti berhubung tindakan pelajar tersebut. Menurut Prof. Dr. Zakaria, pihak beliau telah pun menubuhkan satu jawatankuasa tatatertib untuk menilai dan memantau perkara tersebut. Beliau juga kesal dengan tindakan pelajar yang mana dilihat telah mencalar dan menjatuhkan imej UPSI sebagai sebuah institusi yang melahirkan ramai pendidik dan negarawan sebelum ini.

Menurut beliau juga, pihak universiti telah cuba menjejaki pelajar tersebut sejurus selepas insiden berkenaan, namun malang sehingga saat ini, pelajar didapati gagal dikesan sama ada di kampung kedua ibu bapanya serta tidak pulang ke kampus seperti sedia kala.

Pihak universiti berjanji akan memberi jawapan bertulis seperti yang dipohon oleh UMNO Bahagian Tg. Malim dalam tempoh 2 minggu berhubung perkara ini.


Amat mendukacitakan lah bila pelajar ini yang telah gagal memperlihatkan kematangan dan daya keintelektualan beliau hingga menjadi mangsa kepada proksi beberapa pihak lain. Sendiri buat, sendiri tanggung la…Lagi hebahan berita boleh dibaca di sini, di sini dan di sini.


No comments:

A Point To Ponder

Sandwich  used to be served everyday in a hostel of 100 students. Out of 100 students 80 students complained to give different food / every ...