Salam kepada pembaca semua..
Agak lama saya tidak update blog kecil ini untuk bacaan pembaca pembaca blog saya yang beberapa kerat cuma ni. Ini kerana dalam waktu waktu yang terhampir ini semangat, kekuatan dan segala galanya bagai telah hilang dan jauhhhhh dibawa pergi. Dan ia merupakan waktu waktu saya yang sukar dan buntu. Tiada lagi tulang belakang yang mendokong perjuangan, cita cita dan impian saya selama ini.
Setelah semua perancangan, perangkaan, permasalahan dirungkaikan satu per satu, tiba tiba kita terpukul dengan kejadian kejadian yang tidak kita duga tanpa pengetahuan kita hingga semua perancangan yang telah dilakukan berlalu begitu saja.
Semua idea, sinikal mahupun sekadar kaedah suka suka meninggikan hitcounters bagai tidak lagi timbul dalam kotak idea saya. Patah hati, kecewa mahupun putus asa macam menjadi agenda utama dalam kehidupan.
Tiada lagi semangat, tiada lagi cita cita. Allah Maha Mengetahui. Dia datangkan sakit, pasti Dia juga akan datangkan penawarnya, insyaAllah. Namun yang pasti, hidup kena diteruskan.
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan. Agar ibadah puasa tahun ini mendapat keberkatan.
Bagi ahli ahli UMNO, ramadhan kali ini juga merupakan tempoh bersidang bagi cawangan2 dalam menentukan kepimpinan yang baru. Semoga tidak silap memilih. PRU 14 terletak daripada pembentukan persepsi hari ini. Jangan jadikan sesi kali ini dicemari dengan insiden2 yang tidak diingini lebih lebih lagi dalam bulan yang penuh keberkatan ini.
Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak dan Selamat Bersidang cawangan cawangan semua.
Sent by Samsung Galaxy Note
No comments:
Post a Comment